Tinggal tujuh hari lagi jenama teknologi global HONOR akan melancarkan Flagship AI Terbaik 2025, HONOR Magic7 Pro pada 9 Januari 2025.
Sebelum pelancaran rasmi, orang ramai kini boleh menjadi antara yang terawal untuk memiliki telefon pintar dikuasakan AI ini dengan membuat bayaran deposit RM200 semasa tawaran pembelian awal Early Bird Special yang bermula hari ini hingga 8 Januari 2025.
Sempena Early Bird Special, pembeli juga akan menerima hadiah eksklusif percuma bernilai RM2,096 yang terdiri daripada HONOR Watch 5, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand, Jaminan Tambahan Setahun dan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari selain rebat segera RM200 semasa membuat pembayaran penuh.
Dapatkan HONOR Magic7 Pro Anda Pada Hari Pelancaran, 9 Januari 2025!
Istimewanya, pembeli Early Bird Special tidak perlu menunggu jualan rasmi pertama HONOR Magic7 Pro kerana boleh mengambil peranti mereka pada 9 Januari 2025, mulai jam 5PM. Mereka boleh segera alami ciri-ciri AI tercanggih dan perkakasan yang dinaik taraf pada HONOR Magic7 Pro lebih awal berbanding pengguna lain.
Anda boleh menempah HONOR Magic7 Pro sekarang di kedai HONOR Store di seluruh negara, kedai atas talian rasmi HONOR Malaysia, Shopee, Lazada dan pengedar sah Senheng, SenQ, dan Urban Republic.
HONOR Magic7 Pro Akan Didatangi Dengan Storan Ultra Besar 1TB dan Tiga Warna Premium
HONOR Magic7 Pro mentakrif semula kecemerlangan dengan peningkatan signifikan dalam keseluruhan peranti pada cipset, bateri, keupayaan pengecasan, inovasi paparan, penambahbaikan komunikasi, dan ciri-ciri ketahanan, sekaligus mempersembahkan pengalaman flagship secara menyeluruh bagi memenuhi keperluan pengguna.
Kali ini, HONOR memberi kejutan dengan menawarkan HONOR Magic7 Pro dalam dua pilihan storan besar iaitu 512GB dan 1TB untuk menyimpan pelbagai jenis fail serta aplikasi. Bagi warna pula, HONOR Magic7 Pro akan dipasarkan dalam tiga warna premium iaitu Lunar Shadow Grey, Breeze Blue, dan Black.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic7 Pro, sila layari laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.