EPB Group Berhad (EPB) dan kumpulan anak syarikatnya (Kumpulan EPB), pembekal sehenti bagi penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, telah memeterai perjanjian taja jamin dengan Malacca Securities Sdn. Bhd. (Malacca Securities), untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).
IPO sebanyak 71,570,000 saham biasa baharu, atau 19.24% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian dengan tawaran untuk jualan sebanyak 40,000,000 saham biasa, atau 10.75% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian.
Untuk langganan orang awam Malaysia diperuntukkan 19,570,000 Saham Terbitan, atau 5.26% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia melalui cara pengundian, yang 50% daripada peruntukan ini yang mewakili 9,785,000 Saham Terbitan akan disediakan kepada pelabur awam Bumiputera.
Manakala 21,196,000 Saham Terbitan, atau 5.70% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disimpan untuk permohonan oleh pengarah yang layak, pengurusan kanan utama yang layak, pekerja yang layak dan sekutu perniagaan (termasuk mana-mana orang lain yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan EPB) (“Peruntukan Borang Merah Jambu”).
Penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebanyak 30,804,000 Saham Terbitan, atau 8.28% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI melalui penempatan persendirian.
Sebanyak 40 juta saham biasa untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI dan dipecahkan seperti berikut iaitu 15,696,000 Saham Tawaran, atau 4.22% daripada modal saham terbitan diperbesar semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.
Baki 24,304,000 Saham Tawaran, atau 6.53% daripada modal saham terbitan diperbesarkan semasa penyenaraian, akan disediakan kepada pelabur terpilih.
Menurut Perjanjian Penaja Jaminan, Malacca Securities akan menaja jamin 19,570,000 Saham Terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, dan 21,196,000 Saham Terbitan yang disediakan untuk permohonan di bawah Peruntukan Borang Merah Jambu.
Pengarah Urusan EPB Group Berhad, Yeoh Chee Min berkata, visi syarikat adalah untuk meluaskan rangkaian pasaran dan meningkatkan penawaran perkhidmatan dalam sektor jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan.
“IPO ini merupakan langkah strategik ke arah mencapai matlamat tersebut. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Malacca Securities untuk memudahkan penyenaraian kami di Pasaran ACE Bursa Securities.
“Pada masa akan datang, Kumpulan kami merancang untuk mengembangkan barisan produk kami, terutamanya dalam automasi robotik dalam industri pembuatan makanan,” katanya di sini hari ini.
Pengarah Urusan Malacca Securities Sdn. Bhd., Lim Chia Wei menambah, pihaknya amat berbangga dapat membantu Kumpulan EPB dengan IPOnya yang akan datang.
“Pendekatan komprehensif Kumpulan EPB untuk menyampaikan penyelesaian jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, digabungkan dengan dorongan berterusan untuk inovasi dan tumpuan yang sepenuhnya terhadap keperluan pelanggan, menetapkan asas yang kukuh untuk perkembangan masa depan.
“Dengan rekod prestasi yang membanggakan sejak 1992 dan pasukan yang berpengalaman, EPB Group Berhad dengan serba lengkap boleh mengemudi landskap dinamik industri makanan dengan baik,” katanya.