Acara Larian Generali Malaysia 2024 buat pertama kalinya telah berjaya mengumpulkan seramai 12,000 pelari dalam 3 kategori larian iaitu 6km, 12km dan 21.1km di Dataran Putrajaya pada 19 Mei 2024.
Pelari dan penaja memberikan sokongan luar biasa pada tahun ini, acara julung kali ini telah menyumbang sebanyak RM105,000 kepada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – Yayasan PINTAR, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.
Pelari-pelari bukan sahaja berhak untuk memilih baju-t mereka berdasarkan NGO, tetapi mereka juga digalakkan untuk mengetahui lebih lanjut tentang tujuan sosial melalui beberapa siri aktiviti menarik yang diadakan semasa hari larian.
• Yayasan PINTAR: pendidikan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik
• Persatuan Pencinta Alam Malaysia: pemuliharaan alam sekitar
• Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia: kesedaran tentang kanser
Selain daripada 3 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini, Larian Generali Malaysia juga bekerjasama dengan pihak penaja untuk mengumpul dana bagi The Human Safety Net (THSN) Global Challenge―sebuah gerakan global yang terdiri daripada mereka yang membantu masyarakat dengan misi untuk membantu mereka hidup dalam keadaan yang terdedah.
Sehingga kini, lebih RM250,000 telah berjaya dikumpul untuk Suriana Welfare Society Malaysia bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak untuk 80 orang kanak-kanak dan keluarga di PPR Kg Muhibbah.
Bertemakan “Berlari Dengan Tujuan” pada tahun ini, Larian Generali Malaysia 2024 turut menampilkan solidariti yang menyentuh hati apabila 10 pesakit kanser daripada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia mengambil bahagian dalam larian sejauh 6km, seterusnya mempamerkan ketahanan dan keazaman pesakit kanser.