Berikutan permintaan tinggi terhadap HONOR Magic6 Pro dalam warna Cloud Purple, HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei.

Model edisi terhad ini menampilkan rona Lavender lembut, menambahkan sentuhan keindahan halus pada rangkaian flagship HONOR. Selain Cloud Purple, HONOR Magic6 Pro turut didapati dalam warna Epi Green dan Black. Semua model ini didatangkan dengan RAM 12GB dan storan besar 512GB pada harga RM4,499.

Bukan itu sahaja, bagi meraikan edisi terhad ini, HONOR mengadakan promosi Magic Seasonal Specials bermula dari 24 Mei hingga 30 Jun untuk HONOR Magic6 Pro dan telefon boleh lipat inovatif HONOR Magic V2.

Magic Seasonal Specials_HONOR Magic6 Pro

Beli mana-mana warna HONOR Magic6 Pro dan bawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,696! Ini termasuk jam tangan pintar HONOR CHOICE Watch, fon putik telinga HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari serta Waranti Lanjutan 1 Tahun.

HONOR Magic V2 berharga RM6,999 juga mendapat rebat segera sebanyak RM800 sepanjang promosi tersebut. Pembeli akan mendapat hadiah percuma bernilai RM1,748, terdiri daripada Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari dan Foldable Phone Gravity Car Phone Holder. Telefon boleh lipat ini mempunyai RAM 16GB dan storan 512GB. Ia didatangkan dalam tiga pilihan warna premium iaitu Black, Purple dan Black (PU).

HONOR Magic6 Pro

HONOR Magic6 Pro in Cloud Purple

HONOR Magic6 Pro dilengkapi Kamera Utama Dinamik Super 50MP, Kamera Ultra Lebar 50MP dan Kamera Tele Falcon 180MP yang sesuai untuk merakam aksi pantas. Paparan peranti ini diperbuat daripada Pelindung NanoCrystal HONOR dan 10 kali ganda lebih tahan jatuh berbanding kaca biasa. Ia juga diperakui oleh piawaian standard Five Star Overall Glass Drop Resistance Ability SGS.

Dari segi kuasa pula, Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh peranti ini mampu bertahan dalam keadaan suhu melampau serta mencapai bateri penuh dalam tempoh 40 minit dengan pengecasan pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W.

Ciri Magic Portal yang inovatif pula menggunakan AI untuk memahami mesej teks, imej dan tingkah laku pengguna. Sebagai contoh, pengguna boleh salin alamat dan seret terus ke aplikasi navigasi, sekaligus memudahkan proses mencari lokasi.

HONOR Magic V2

Magic Seasonal Specials_HONOR Magic V2

HONOR Magic V2 hanya setebal 9.9mm dalam keadaan lipat dan 4.7mm apabila dibuka. Telefon boleh lipat ini juga sangat ringan iaitu hanya 231g, menjadikannya selesa untuk dibawa ke mana-mana. Engsel boleh lipat yang diperbuat dengan aloi titanium mampu menahan lebih 400,000 lipatan dengan 100 lipatan sehari dan mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun. 

Bateri Karbon Silikon Dwi Sell 5000mAh disokong HONOR SuperCharge 66W menjamin kuasa sepanjang hari dan mengecas dengan pantas dalam tempoh beberapa minit. Apabila dibuka, paparan peranti ini adalah 7.92 inci dan menawarkan produktiviti seperti tablet.

Berbilang tugas kini lebih cekap dengan sehingga empat aplikasi boleh dibuka dengan serentak. Paparan peranti ini juga dilengkapi Pemalapan PWM 3840Hz, Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia bagi mengurangkan ketegangan mata dan menggalakkan tidur lebih lena.

Jangan lepaskan tawaran hebat sepanjang Magic Seasonal Specials! Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/ 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini