Dalam satu langkah penting ke arah kewangan yang inklusif seiring dengan prinsip-prinsip perbankan Islam, Zurich Malaysia melalui perniagaan takaful keluarga, Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad (ZGTMB) menjalin kerjasama strategik dengan AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank), bank digital Islam
pertama Malaysia.
Kolaborasi Zurich Malaysia dengan AEON Bank mencerminkan usaha bersama menawarkan produk patuh Syariah untuk menjaga kesejahteraan peribadi dan kewangan pelanggan tempatan.
Perkongsian tiga pihak itu menandakan komitmen semua pihak terhadap penggunaan teknologi kewangan (fintech) generasi akan datang, dengan menawarkan produk perlindungan digital-dahulu dalam ekosistem kewangan Islam Malaysia yang teguh.
Ketua Pegawai Eksekutif ZGTMB, Shamsul Azman berkata, “Kami berbesar hati menerajui
pendigitalan takaful untuk negara, dengan memanfaatkan rangkaian global kami, kepakaran tempatan dan keupayaan teknologi untuk mengembangkan perlindungan takaful untuk semua rakyat Malaysia.
“Kami gembira untuk menawarkan Zurich Edge kepada AEON Bank, yang membolehkan
pengalaman pengguna yang lancar, diperibadikan dan lebih berkaitan. Kerjasama kami dengan AEON Bank menyerlahkan dedikasi kami untuk membantu rakyat Malaysia dalam melindungi aset mereka dan membuka laluan baharu untuk pengembangan sektor kewangan Islam dalam ruang digital.”
Wakil Sah ZTMB, Nur Fatihah Mustafa berkata, “Di dalam era pendigitalan yang pesat masa kini, kami di Zurich Malaysia sentiasa mencari rakan-rakan kongsi yang selaras dengan kempen jenama kami ‘Lindungi Segala Perkara yang Bermakna’.
Kolaborasi kami dengan AEON Bank adalah untuk melaksanakan wawasan bersama iaitu mempromosikan kewangan patuh Syariah yang inklusif bukan sahaja untuk masyarakat Islam, tetapi untuk rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
Ketua Pegawai Operasi AEON Bank, YM Raja Teh Maimunah berkata, “Kolaborasi antara AEON Bank dan operasi takaful Zurich Malaysia pastinya bakal meneguhkan usaha ke arah menawarkan produk takaful patuh Syariah bagi rakyat Malaysia.