Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadi rakan perjalanan kegemaran di rantau ini, AirAsia MOVE, OTA (Agensi Pelancongan Dalam Talian) Capital A, berbesar hati untuk mengumumkan tambang eksklusif dan terendah untuk penerbangan AirAsia di platform sehenti.

Sebagai platform tempahan rasmi untuk syarikat penerbangan dalam Kumpulan AirAsia, para pengembara akan menikmati tambang terbaik di aplikasi AirAsia MOVE untuk semua penerbangan domestik dan Asean AirAsia (kod penerbangan: AK, D7, FD, QZ, Z2, KT) merentasi Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam dan Kemboja bermula serendah RM39 termasuk semua sehala**. Terma dan syarat boleh didapati di sini.

Para pengembara juga akan menikmati pengalaman yang lebih baik dan lancar dengan aplikasi AirAsia MOVE yang mempunyai beberapa ciri utama:

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Di AirAsia MOVE, visi kami adalah untuk menjadi rakan perjalanan kegemaran Asean yang mencipta perjalanan yang inklusif dan menggembirakan, dan sebagai OTA Terulung di Asia*, kami bangga menjadi platform perjalanan eksklusif yang menawarkan tambang asas terendah untuk semua penerbangan kumpulan AirAsia, membolehkan lebih ramai orang mengakses perjalanan yang berpatutan dengan mudah.

Ini adalah perluasan bagaimana rangkaian luas rakan syarikat penerbangan terbesar kami telah memberi manfaat kepada ramai di rantau ini untuk memenuhi impian mereka untuk melancong, dilengkapi dengan ciri-ciri utama aplikasi AirAsia MOVE kami untuk meningkatkan setiap perjalanan pengembara.

Muat turun aplikasi AirAsia MOVE hari ini, dan nikmati tawaran terbaik di seluruh rangkaian penerbangan kumpulan AirAsia untuk tempoh promosi bermula hari ini sehingga 2 Jun 2024.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini