Tahukah anda telefon pintar anda sebenarnya terdedah atau mudah digodam oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Apatah lagi sekiranya peranti anda hilang akibat dicuri mahupun tercicir tanpa disedari.

Bayangkan semua maklumat peribadi seperti info perbankan, nombor PIN akaun mahupun aplikasi perbankan yang disimpan dalam peranti mudah diakses sesiapa sahaja menyebabkan anda akan kehilangan wang sekelip mata tanpa disedari.

Justeru bagi melindungi data anda daripada diceroboh, Samsung mencipta Knox Vault sebagai cip tambahan di dalam telefon dan diasingkan daripada pemproses utama serta memori.

Ini untuk melindungi data di dalamnya daripada diceroboh secara perisian atau melalui perkakas kerana sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar mengenai isu peranti digodam, maklumat peribadi dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menggodam telefon pintar kita untuk mengakses butiran peribadi.

Samsung Knox Vault memperkenalkan ciri ini pada kedua-dua model kelas pertengahan terbaharu, Galaxy A55 5G dan A35 5G yang melindungi data daripada pelbagai serangan siber.

Selain itu, pengguna siri Galaxy A juga akan mempunyai akses kepada Security & Privacy Dashboard yang membolehkan pengguna mengawal pelbagai perkara pada peranti, termasuk akses pada sesuatu aplikasi.

Selain itu, peranti ini turut mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri menarik termasuk sokongan kemaskini selama empat generasi Android dan lima tahun kemaskini sekuriti.

APA ITU KNOX VAULT

Data penting yang tersimpan di dalam Knox Vault adalah data kritikal seperti maklumat kunci skrin seperti nombor PIN, kata laluan dan paten. Ia juga menyimpan kekunci penyulitan (encryption) serta data peribadi yang disulitkan di dalam peranti.

Hanya pengguna yang mempunyai bukti kelayakan skrin kunci yang betul sahaja boleh mengakses data tersebut. Jadi semua data kritikal ini tidak boleh diakses walaupun peranti itu hilang atau dicuri.

Jadi, amat penting untuk kita mengetahui jenis ancaman siber yang sering berlaku dan mengenalpasti tanda awal sekali gus mengambil langkah pencegahan yang sesuai.

AUTO BLOCKER

Salah satu ciri keselamatan tambahan yang disediakan di dalam Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G adalah Auto Blocker. Ia sangat berguna untuk melindungi pengguna dari serangan siber.

Antaranya, ia akan menghalang aplikasi dipasang dari sumber yang tidak dibenarkan. Ia juga akan memeriksa aplikasi yang dipasang dari sebarang aktiviti yang diragui.

Auto Blocker boleh menghalang arahan yang disalurkan dari kabel USB, cara yang sering digunakan penjenayah siber untuk menceroboh secara fizikal.

Satu lagi cara penjenayah siber menceroboh adalah menggunakan gambar di dalam aplikasi permesejan. Gambar juga boleh digunakan untuk membawa kod yang mengandungi akses tanpa disedari pengguna, yang boleh menyebabkan peranti menjadi lambat atau data hilang tetapi Auto Blocker akan menghalangnya.

Cara penggodam menghantar kepada peranti kita adalah dengan menghantar fail ataupun pautan melalui emel palsu, laman web yang tidak dipercayai, atau aplikasi yang dirancang untuk menggodam data melalui peranti kita.

Selain itu, terdapat juga kaedah memancing data di mana penjenayah siber menggunakan teknik penipuan ataupun menyamar sebagai orang lain untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna. Mereka akan menghantar emel atau mesej palsu yang kelihatan seperti dari institusi kewangan atau organisasi yang dipercayai.

Selalunya, kandungan mesej tersebut meminta pengguna untuk mengemaskini butiran akaun mereka. Apabila pengguna mengikut arahan tersebut, maklumat peribadi seperti kata laluan boleh dicuri dengan mudah. Oleh itu, sangat penting untuk berhati-hati ketika menerima e-mel ataupun membuka pautan dari sumber yang tidak dikenali.

Justeru, telefon pintar Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G turut dilengkapi dengan ciri “Security and Privacy Dashboard“. Ia menyediakan tempat sehenti untuk pengguna memeriksa dan mengawal dengan mudah, sebarang kebenaran yang diberikan kepada aplikasi.

Pengguna juga dapat menikmati perkongsian fail yang selamat menerusi “Private Sharing“. Selain menyediakan sambungan yang disulit dan selamat untuk menghantar data peribadi termasuk gambar dan video, pengguna juga boleh mengawal kebenaran dan akses untuk penerima seperti tarikh luput kebenaran, jenis gambar dan sebagainya.

Samsung merupakan satu-satunya pengeluar Android yang menjamin kemaskini OS dan keselamatan yang panjang untuk hampir semua perantinya, termasuk peranti kelas permulaan.

Bagi Galaxy A35 dan Galaxy A55, Samsung menjamin kemaskini OS Android dan One UI sebanyak 4 kali atau sehingga Android 18, serta kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Selain penuh dengan ciri keselamatan dan penyulitan data, pengguna kedua-dua peranti ini juga akan dilindungi untuk jangka masa yang lama.

Salah satu contoh sistem sekuriti yang boleh dipercayai adalah Samsung Knox Vault, di mana ia dibina bersama pelbagai peranti Samsung. Ini sekaligus dapat menawarkan perlindungan yang lebih baik untuk maklumat peribadi anda.

Ciri sekuriti ini diaktifkan secara automatik sewaktu peranti dimulakan dan ia akan menawarkan perlindungan berterusan. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mencari sekuriti tambahan atau mengambil masa untuk mengaktifkannya secara manual.

Jika anda mahukan ciri sekuriti yang menawarkan perlindungan kukuh terhadap maklumat dan privasi, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A35 5G pada harga RM1,699 untuk varian 256GB dengan tiga pilihan warna iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Jika anda mempunyai bajet yang lebih pula, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A55 5G pada harga RM1,999 untuk varian 256GB dengan tiga pilihan warna Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

KESIMPULAN

Adalah penting untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk melindungi diri daripada ancaman siber yang semakin berkembang. Ini adalah termasuk mengenal pasti jenis ancaman siber dan langkah untuk mengelakkan diri dari risiko tersebut.

Malah, memastikan sistem sekuriti peranti yang kukuh juga menjadi salah satu faktor yang penting.

Selain itu, amalkan penggunaan kata laluan yang kuat dan unik untuk setiap akaun, serta aktifkan pengesahan dua faktor apabila boleh. Melaluinya, anda dapat menambah lapisan keselamatan yang penting untuk melindungi akaun anda daripada akses yang tidak sah.

Pastikan juga untuk tidak berkongsi kata laluan dengan sesiapa dan mengubahnya secara berkala. Dengan mengamalkan langkah proaktif ini, anda dapat meningkatkan keselamatan akaun anda secara keseluruhan dan sekaligus mengurangkan risiko akses yang tidak sah.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini