Maxis telah mula mengintegrasikan kenderaan elektrik (EV) dalam operasi lapangannya,
menerajui syarikat telekomunikasi Malaysia dalam mengurangkan jejak karbon mereka dan
mengguna pakai penyelesaian tenaga bersih.

Langkah ini menekankan dedikasi syarikat terhadap amalan mampan, meminimumkan jejak karbon, dan mempromosikan masa depan yang lebih mesra alam. Set pertama EV terdiri daripada enam kenderaan jarak jauh BYD Dolphin yang digunakan oleh pasukan operasi mudah alih dan gentian Maxis di wilayah Tengah dan Utara.

“Komitmen kami terhadap inovasi melangkaui teknologi telekomunikasi, memacu kami ke arah masa depan yang lebih mampan. Kami percaya inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan kos operasi kami dan meningkatkan kecekapan, malah mencerminkan dedikasi kami untuk memupuk perubahan positif dalam industri kami.

“Mengguna pakai EV juga adalah sejajar dengan usaha Maxis yang lebih luas untuk menyumbang kepada inisiatif-inisiatif global yang menangani perubahan iklim bagi mewujudkan kesan positif yang lebih berkekalan di planet ini,” kata Abdul Karim Fakir bin Ali, Ketua Pegawai Rangkaian Maxis.

Selaras dengan strategi penyegaran fleet syarikat, Maxis menyasarkan untuk menggantikan semua kenderaan pacuan dua roda di tapak metro dan bandar dengan EV secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

Syarikat tersebut mempunyai 40 kenderaan sedemikian dalam perkhidmatan. Sebelum mengintegrasikan EV dalam operasi lapangannya tahun ini, Maxis telah menjalankan
percubaan bukti konsep dengan penyewaan dua EV untuk sokongan operasi tahun lepas.
Program perintis tersebut kini membolehkan pasukan-pasukan Rangkaian dan

Kelestariannya untuk memajukan inisiatif EV syarikat tahun ini dengan pengumuman hari ini. Maxis juga telah menubuhkan infrastruktur pengecasan EV berkuasa solar di pusat operasi teknikal Subang Hi-Tech, Sungai Besi, Kepong, Rawang, Nilai, Seberang Perai, dan Johor Bahru untuk memberi perkhidmatan yang lebih bberkembang.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini