Maxis dan Public Bank Bhd. (Public Bank) akan bekerjasama untuk mempercepatkan
penerima gunaan digital dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Melalui kerjasama ini, yang telah dimeterai di sebuah majlis pertukaran Memorandum
Persefahaman (MoU), kedua-dua pihak akan menjalankan program kesedaran bersama
untuk mempromosikan digitalisasi antara PKS. Ini juga akan membuka jalan untuk PKS
mengakses penyelesaian digital, bersama dengan bantuan kewangan untuk
melaksanakannya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek,
berkata, kerjasama ini akan melihat PKS Malaysia mendapat yang terbaik daripada kedua-
dua bidang kewangan dan teknologi.

“Kami percaya bahawa dengan menggabungkan kepakaran kewangan kami dengan kebolehan teknologi Maxis, kami dapat memberikan impak yang bermakna dalam transformasi digital PKS Malaysia, membolehkan mereka berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Public Bank dan Maxis bersama-sama berdedikasi untuk menyokong perniagaan dalam perjalanan mereka ke arah kejayaan, memanfaatkan yang terbaik daripada perbankan dan teknologi,” katanya.

“Kami gembira kerana mempunyai Public Bank sebagai rakan kerjasama yang berfikiran
sama dalam mencerminkan komitmen kami untuk membantu PKS. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu, Maxis Business ialah rakan kerjasama yang dipercayai untuk perusahaan berbilang saiz.

“Kami ingin memudahkan digitalisasi untuk PKS, supaya mereka boleh memberi fokus kepada mengembangkan perniagaan mereka. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat bersama-sama memacu transformasi digital PKS Malaysia,” kata Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Untuk impak maksimum bagi kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menerokai langkah untuk bersama-sama melibatkan pelanggan masing-masing melalui aktiviti di lapangan dan dalam talian.

Ini mungkin termasuk aktiviti seperti acara kesedaran di rangkaian cawangan Public Bank.

Sementara itu, Maxis Business akan menjadi rakan telekomunikasi dan digital rasmi Program Bantuan Digital PKS PB enterprise oleh Public Bank. Ini akan membolehkan pelanggan PKS Public Bank untuk mengakses rangkaian penyelesaian ketersambungan dan digital Maxis untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan mereka, seperti ketersambungan mudah alih dan tetap, pembayaran, e-dagang, awan, dan keselamatan siber.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini