Menjelang 2030, Volvo Cars merancang untuk hanya menjual kereta elektrik sepenuhnya dan menjelang tahun 2040, ia menyasarkan untuk menjadi syarikat yang neutral iklim.

Pelan hala tuju yang jelas ke arah elektrifikasi sepenuhnya tersebut merupakan salah satu pelan transformasi yang bercita-cita- tinggi bagi mana-mana pembuat kereta legasi.

Untuk menekankan komitmen mereka terhadap cita-cita tersebut, Volvo mengumumkan penamatan pengeluaran untuk semua model kereta Volvo berkuasa diesel menjelang awal
2024 pada Minggu Iklim NYC (Climate Week NYC).

Dalam beberapa bulan dari sekarang, kereta Volvo berkuasa diesel yang terakhir akan dibina, menjadikan Volvo Cars sebagai salah satu pembuat kereta legasi pertama yang mengambil 1angkah ini.

Pencapaian ini mengikut keputusan Volvo Cars tahun lepas untuk berhenti daripada membangunkan enjin pembakaran baharu. Pada November 2022, syarikat tersebut telah
menjual pegangan mereka dalam Aurobay, syarikat usaha sama yang menyimpan semua
baki aset enjin pembakaran mereka.

Sejak itu, Volvo Cars tidak lagi membelanjakan satu krona daripada bajet R&D mereka untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman yang baharu.

“Rangkaian kuasa elektrik adalah masa depan kami, dan ia lebih baik daripada enjin pembakaran: ia mengurangkan bunyi, mengurangkan getaran, dan juga mengurangkan kos servis untuk pelanggan kami serta mengsifarkan pelepasan paip ekor,” kata Jim Rowan, Ketua Eksekutif di Volvo Cars.

“Kami memberikan tumpuan penuh dalam mencipta sebuah portfolio yang terdiri daripada kereta elektrik premium dan elektrik sepenuhnya yang akan memberikan semua yang pelanggan kami harapkan daripada Volvo – hal ini merupakan bahagian penting dalam tindak balas kami terhadap perubahan iklim,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini