HONOR Malaysia meraikan cuti akhir tahun dengan menawarkan hadiah menarik dan tawaran eksklusif di HONOR Year End Festive Roadshow yang akan berlangsung di Sunway Pyramid bermula 27 Disember 2023 hingga 1 January 2024.

Lebih menakjubkan, hadiah dan cabutan bertuah bernilai sehingga RM440,000 menanti
pengunjung yang membuat pembelian peranti serta menyertai aktiviti di sepanjang jerayawara tersebut.

Nikmati potongan harga hebat sehingga RM1,000 berserta hadiah percuma apabila membeli HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro, HONOR 90 dan HONOR Pad X8.

Pembeli berpeluang memenangi cabutan bertuah yang mana hadiah tempat pertama adalah komputer riba HONOR MagicBook X16 bernilai RM3,499. Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang jam tangan pintar HONOR Watch GS3 (RM899) dan fon telinga HONOR Choice Earbuds X3 (RM249).

Hadiah sagu hati pula adalah Cawan Thermos Talent, Thermos Keluli Tahan Karat Kayu Premium, Travel Adapter, Wooden Bluetooth, Bag Jinjing Talent dan Cawan Tahan Karat Talent.

Siri HONOR X – Tahan Lasak dan Bergaya

Mereka yang ingin mencari telefon pintar tahan lasak boleh memilih HONOR X9b 5G yang adalah peneraju dalam industri skrin tahan jatuh yang direka untuk menahan daripada kerosakan apabila terjatuh dari pelbagai sudut.

HONOR X9b 5G peranti mid-range pertama di Malaysia dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 serta dikuasakan Bateri Ultra Tahan Lama 5800mAh dan konfigurasi 20G+256GB. Dengan semua ciri-ciri hebat ini, HONOR X9b 5G hanya berharga RM1,499.

HONOR X8b pula berbaloi untuk dibeli kerana didatangi storan gergasi 512GB dan harganya cuma RM999 sahaja. Kapasiti storan ini boleh menyimpan sehingga 124,000 gambar.

Selain itu, peranti ini mempunyai Kamera Hadapan Potret Spotlight 50MP dengan lampu sorot hadapan dan Auto Switch Field of View (FOV) untuk menghasilkan swafoto yang cantik dan menarik.

Sementara HONOR X7b sangat sesuai untuk golongan yang menghabiskan banyak masa
bersama telefon pintar kerana kapasiti bateri besar 6000mAh. Harganya hanya RM799 dan
mempunyai storan 256GB untuk menyimpan 60,000 gambar, 24,000 lagu atau 950 video HD.

Siri HONOR Magic5 – Tawaran Menakjubkan

Miliki Siri Magic5, telefon pintar flagship terbaik HONOR bagi 2023 pada harga diskaun hebat hanya di jerayawara ini. HONOR Magic5 Pro telah menjadi bualan hangat ramai disebabkan teknologi tercanggih Sistem Kamera Millisecond Falcon Capture, paparan Super Dynamic Vivid Display dan Bateri Ketumpatan Tinggi Ultra 5100mAh.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan peranti ini pada harga RM3,499 selepas potongan diskaun RM800.

Manakala HONOR Magic5 dilengkapi kapasiti bateri 5100mAh, Sistem Kamera Miliesecond
Falcon Capture dan teknologi paparan keselesaan mata terbaik dalam kelas tersendiri seperti Paparan LTPO Pemalapan PWM 160Hz, Paparan Malam Sirkadia dan Pensijilan Mesra Sirkadia TÜV Rheinland.

Bawa pulang HONOR Magic5 pada harga RM2,499 selepas potongan diskaun RM1,000.
HONOR 90 5G – Peranti Mengagumkan dengan Pemalapan PWM HONOR 90 5G dilengkapi Kamera Super Sensor 200MP dan mempunyai frekuensi Pemalapan PWM 3840Hz untuk mengurangkan ketegangan mata.

Paparan dilengkapi ciri-ciri hebat seperti Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia memberi pengalaman menonton yang selesa. Peranti ini didatangi dalam dua storan pilihan iaitu 12+256GB dan 12+512GB, masing-masing ditawarkan pada harga RM1,699 dan RM1,899.

HONOR Pad X8 – Perlindungan mata dan Genggaman Selesa

HONOR Pad X8 tablet yang nipis dengan ukuran 7.55mm, berat 460g dan permukaan lengkung. Apabila digenggam, tablet ini memberi keselesaan pada tangan dan akan ditawarkan pada harga RM699 sahaja sepanjang jerayawara ini.

HONOR Pad X8 turut didatangkan bersama dengan beberapa ciri-ciri perlindungan mata untuk keselesaan mata sepanjang hari.

HONOR X6a – Prestasi Baik Pada Harga Rendah

Bagi mereka yang mencari telefon pintar pada harga rendah, HONOR X6a berharga RM499
sahaja. Dengan konfigurasi 4GB+128GB, bateri tahan lama 5200mAh dan kamera 50MP, peranti ini sememangnya berbaloi untuk dimiliki.

Maklumat mengenai HONOR Year End Festive Roadshow boleh didapati di Facebook rasmi
HONOR Malaysia. Informasi lanjut tentang peranti HONOR boleh layari laman web rasmi
https://www.hihonor.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini