Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican berkata bulan ramadan banyak mengajar erti kehidupan dan juga perlu berubah dari era lama kepada era baru dengan perubahan teknologi.

Beliau berkata, anak-anak kini terdedah kepada pelbagai pengaruh dlm media dan internet, justeru pendidikan agama memainkan peranan penting.

“Anak-anak perlu mendapat pendidikan agama yang secukupnya supaya mereka dapat menghindarkan diri daripada sebarang gejala yang merosakkan kehidupan,” katanya ketika menyerahkan duit membaiki atap Sekolah Tahfiz yang rosak teruk di Kampung Sempadan, Kemboja.

Menurutnya, seorang dermawan dari Malaysia, Dato Zainal Abidin Ahmad sanggup menyumbang keseluruhan bumbung sekolah ini.

“Penduduk merakamkan perhargaan diatas sumbangan yang bermakna ini dan berharap penduduk Kg Sempadan menggunakan sekolah ini sebaiknya mungkin bagi kepentingan generasi muda akan datang,” katanya.

Mustapha menyerahkan sumbangan USD1200 bagi membaiki atap, USD1000 untuk pembelian beras bagi fakir miskin dan USD250 untuk majlis berbuka puasa fakir miskin, mualaf dan anak-anak yatim.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada Ketua Kampung A Manap Md Zin bagi urusan fakir miskin dan sumbangan sekolah kepada Mudir Ustaz Ramli Yusof bagi tujuan kerja baikpulih sekolah berkenaan.

Sementara itu, pada majlis berasingan, Dr Mustapha turut mengadakan pertemuan dengan He. Nasir Saleh, Penasihat Kementerian Komunikasi Cambodia dan Presiden Muslim Media Center Cambodia.

Mustapha yang juga Profesor Adjung UMT berkata, antara perkara yang disentuh ialah berkaitan umat Islam Kemboja, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Beliau berkata, peranan Kementerian Penerangan Cambodia juga penting menyalurkan makkumat untuk penduduk luar bandar melalui media sosial.

Dalam pada itu,  Dr Mustapha Ahmad Marican turut mengadakan pertemuan dengan usahawan Muda Melayu, Cham En Skander Mat yang memulakan perniagaan daging sejukbeku yang di perolehi dari India.

“Pada peringkat awal perniagaan untuk mendapat pasaran agak terhad tetapi setelah 3 tahun beliau menerima sambutan amat menggalakkan kini kerana harga lebih murah dari daging segar tambahan pula ramai yang susah disebabkan pandemik Covid-19.

“Jika dulu dia hanya mempunyai 3 orang pekerja kini sudah hampir 30 orang. Saya harap lebih ramai anak muda terlibat dalam perniagaan dan menjadi dan menjadi pengedar gading sejukbeku di semua province.

“Dengan cara ini mereka berpeluang mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang tetap dan lebih ramai anak anak muda Cambodia perlu bangkit dan mencuba sesuatu yang baru dalam perniagaan tetapi perlu buat kajian dahulu sebelum mencuba sesuatu perniagaan dalam masa yang sama mereka perlu berani, berdisiplin dan sanggup menghadapi risiko sekiranya ada perkara berlaku di luar dugaan contoh pandemik Covid-19, perang dan bencana alam,” katanya.