Dengan sejarah 52 tahun pengeluaran kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor
(UMWT) hari ini mengumumkan arah tuju tersebut kini diselaraskan dengan perancangan penting untuk masa depan industri automatif di negara, dengan cara menjadi pelopor bagi usaha neutraliti karbon bagi merintis jalan terhadap pengeluaran massa kenderaan hibrid elektrik (HEV) di sini.

Usaha ini dipacu oleh komitmen Toyota Motor Corporation (TMC) untuk membawakan “mobiliti untuk semua” serta melahirkan “kegembiraan untuk semua” ke arah membentuk “Masyarakat Bersih dan Selamat”.

Untuk menjadikannya kenyataan, TMC telah memberikan komitmen untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, melalui kaedah praktikal dan mapan. Turut menjadi sebahagian daripada perancangannya adalah untuk mengeluarkan barisan lengkap kenderaan emisi rendah melalui pelan elektrifikasi kenderaan.

Ini akan memenuhi kepelbagaian permintaan mobiliti di seluruh dunia. Selain daripada kenderaan elektrikfikasi, ada banyak lagi usaha lain yang sedang dalam perancangan untuk mengurangkan pembebasan karbon dan untuk mengatasi kesan pembebasan karbon dioksida (CO2) di dalam semua proses yang terlibat dalam kitaran pengeluaran, pengangkutan, operasi, bahan api atau pengecasan serta kitar semula bahkan pelupusan kenderaan—yang selari dengan pendekatan global ke arah penilaian ke atas potensi
dan kesan terhadap alam sekitar di sepanjang kitar hayat produknya.

“Arah tuju global Toyota adalah untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050. Ini juga selari dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara progresif yang mempromosi lebih banyak teknologi hijau dan alam sekitar yang mapan,” kata  Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

“Ini merupakan waktu yang menarik bagi industri automotif Malaysia, dan UMW Toyota Motor bersedia untuk menjadi pelopor kepada impian ini. Untuk mencapainya dengan penyelesaian paling realistik, praktikal dan segera adalah melalui teknologi dan kenderaan hibrid elektrik Toyota,” tambahnya.

“Pengeluaran massa dan penerimaan yang semakin berkembang terhadap kenderaan hibrid
elektrik (HEV) akan membawa kepada perubahan eko-sistem keseluruhan automotif untuk
memupuk kesedaran bersama dan bergerak ke arah mengurangkan jejak karbon di Malaysia.

“Arah tuju Toyota selari dengan pendekatan penilaian kitaran hayat antarabangsa bagi neutraliti karbon yang akan sepenuhnya mengubah industri, bermula dari kenderaan dikilangkan hinggalah kepada pemilikan kenderaan, bahkan hingga ke akhir kitaran hayatsesebuah kenderaan,” katanya.

Toyota merupakan pelopor utama teknologi kenderaan hibrid elektrik dan telah memajukan lagi teknologi berkenaan dalam tempoh 20 tahun terakhir ini. Setakat hari ini, Toyota telah menjual sebanyak 17 juta kenderaan hibrid elektrik (HEV); kenderaan hibrid elektrik plug-in (PHEV), kenderaan bateri-elektrik (BEV) serta kenderaan elektrik fuel-cell hidrogen (FCEV) di seluruh dunia.

Sumbangan terkumpul Toyota untuk pengurangan CO2 adalah bersamaan dengan 17 juta
kenderaan yang telah membawa kepada pengurangan 140 juta CO2 atau sekitar 1.5 juta
kenderaan penumpang konvensioanal setahun bagi tempoh 20 tahun.

Langkah penuh kesedaran untuk beralih kepada alternatif yang lebih bersih, lebih cekap serta mapan ini dijangka akan diterjemahkan kepada jualan lapan juta kenderaan elektrifikasi Toyota setahun menjelang 2030.

Pada April tahun ini, Toyota mengumumkan strategi kenderaan elektrik yang akan membawa kepada pengenalan 15 kenderaan bateri-elektrik (BEV) menjelang 2025, termasuk kenderaan yang dikuasakan oleh fuel-cell hidrogen elektrik, bateri-elektrik dan hibrid elektrik, ke arah menawarkan kepelbagaian pilihan kepada pelanggan.

Pelaburan berterusan Toyota terhadap empat teknologi kenderaan hibrid; hibrid elektrik plug-in, bateri-elektrik dan fuel cell hidrogen meletakkannya sebagai sebuah pengeluar kenderaan global dengan kepelbagaian.

Dengan matlamat untuk menjadi pelopor usaha neutraliti karbon di Malaysia, pelaburan baru UMW Toyota Motor ini adalah tambahan kepada pelaburan terdahulu bernilai RM2 bilion yang digunakan untuk pembinaan kilang di Bukit Raja.

Dianggap sebagai sebuah kilang Toyota paling moden dan termaju serta cekap di Asia, kemudahan di Bukit Raja menjadi pendahulu selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV).

Jejak sekitar kilang berkenaan termasuk pemasangan panel solar 2MW serta kemampuannya untuk mengumpul dan mengitar semula 156 kubik meter air hujan. Ia juga mendahului dengan menampilkan pembebasan terendah bagi sebatian oraganik meruap (Volatile Oraganik Compound) di Asia dengan pemasangan pengoksida suhu regeneratif (Regenerative Thermal Oxidiser).