Volvo Car Malaysia, Three Little Ahmads dan Nano Textile telah berganding bahu melancarkan koleksi pelitup muka anti-mikrob, yang dinamakan ‘Volvo Batik Reusable Facemasks’.

Selain membawakan alternatif yang lebih lestari kepada pelitup muka pakai buang, projek ini banyak memberi manfaat kepada kemahiran komuniti setempat dalam menyokong kehidupan mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan mengharungi pelbagai kepayahan hidup disebabkan pandemik ini.

Mendapat sentuhan tempatan daripada jari-jemari Three Little Ahmads – Pengusaha jenama pakaian kanak-kanak dan perusahaan sosial yang diasaskan di Malaysia – pelitup
muka ini dihasilkan secara dibuat, dijahit dan disumberkan oleh ibu-ibu tunggal, wanita di
kawasan luar bandar dan alumni vokasional GIATMara, yang kehilangan pekerjaan
disebabkan penutupan kilang semasa Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia pada Mac
2020, yang mengakibatkan sesetengah daripada mereka terpaksa menggadaikan barang
kemas yang ada demi memenuhi keperluan hidup.

Sehubungan dengan itu, bagi setiap pelitup muka yang dihasilkan, individu daripada
kumpulan komuniti yang disasarkan ini akan diberi imbuhan yang sewajarnya. Sehingga hari ini, hasil daripada pembuatan pelitup muka ini, dapat memberikan kumpulan wanita ini
sumber pendapatan yang stabil bahkan membolehkan mereka menebus balik barang kemas kesayangan mereka di kedai pajak gadai.

Akhtar Sulaiman, Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia,
berkata: “Kolaborasi ini benar-benar selari dengan teras falsafah ‘Omtanke’ Volvo, iaitu
perkataan dalam bahasa Sweden dan ethos jenama Volvo yang bermaksud ‘untuk menjaga’
dan ‘bertimbang rasa’.

“Kami berbesar hati menghulur tangan untuk membantu komuniti setempat dalam meneruskan kehidupan mereka, terutama dalam tempoh yang sangat mencabar dan sukar ini.”

Gaya Menarik Hati dan Lestari

‘Omtanke’ juga mendefinisikan pendekatan Volvo terhadap kelestarian, yang mengambil
berat terhadap pihak lain termasuklah usaha menjaga planet ini. Sebagai syarikat automotif yang mempunyai semangat paling tinggi dalam merealisasikan matlamatnya menjaga iklim, Volvo Cars komited untuk melindungi dan memperbaiki persekitaran dan masyarakat secara meluas.

Antara kebimbangan persekitaran yang terlahir daripada serangan pandemik ini ialah pembuangan pelitup muka pakai buang, yang boleh berakhir di tapak pembuangan sampah atau lautan sebagai plastik nano.

Menyedari pelitup muka pakai buang sebagai masalah persekitaran yang begitu pantas
berkembang, penghasilan pelitup muka fabrik yang boleh digunakan semula dengan corak
Batik Tekap yang unik dalam kerjasama tiga hala ini adalah satu penghormatan yang baik
kepada warisan seni Malaysia.

Datin Azrene Ahmad, Pengasas dan Pereka Fesyen di Three Little Ahmads, berkata: “Apabila kami menerima taklimat dari Volvo Car Malaysia, kami mengambil pendekatan
kontemporari dengan menghasilkan corak Batik khususnya berasaskan tiga jenis bunga:
bunga matahari, bunga lili dan melati – bunga-bungaan yang jarang sekali kita lihat pada
batik tradisional.

Dengan bantuan inovasi dan teknologi nano, pelitup muka ini adalah selamat dan sangat bergaya untuk kegunaan umum. Kami sangat berbesar hati diberi peluang bekerjasama dengan Volvo Car Malaysia dan NanoTextile yang mengangkat bakat komuniti tempatan yang membolehkan mereka mempunyai sumber pendapatan; dalam masa yang sama, dapat mempamerkan pelitup muka dengan rekaan yang unik dihasilkan untuk rakyat Malaysia bagi melindungi diri mereka.”

Penghasilan yang Teliti dengan Teknologi

Setiap pelitup muka yang dihasilkan, diambil kira tahap kesihatan pemakainya. Direka dengan teliti dan dicantumkan secara manual menggunakan tangan.

Setiap pelitup muka dibuat daripada 100 peratus kain kapas, anti bakteria, kalis air dan memberi perlindungan terhadap bakteria serta virus, dan ia boleh bertahan sehingga 100 kali cucian lembut.

NanoTextile, syarikat di sebalik pelitup muka bercirikan antibakteria, adalah syarikat tekstil
progresif di Malaysia yang menawarkan solusi teknologi terkemuka dalam pengeluaran
tekstil.

Mengambil kira kos, sisa pengeluaran, jangka hayat produk dan potensi risiko kesihatan, NanoTextile menggunakan teknologi nano untuk mengurangkan penembusan titisan tercemar dan mencegah kemungkinan berlakunya jangkitan virus atau bakteria pada
fabrik.

Penambahan penuras PM 2.5 menjadi lapisan perlindungan kelima pada pelitup muka ini dan ujian menunjukkan ia mampu menyaring 90 peratus partikel virus dengan berkesan.

Dr Thomas Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Nano Textile, berkata: “Teknologi nano membuka
ruang kepada kaedah baharu untuk memproses bahan-bahan dalam industri tekstil. Kami
mencari fabrik yang mempunyai kualiti lebih baik diperbuat daripada pelbagai jenis bahan,
termasuklah plastik-nano.

Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menunjukkan potensi teknologi nano sebagai salah satu penyelesaian kepada pencemaran alam sekitar, dan juga menghasilkan bahan yang lebih berkualiti, supaya ia dihargai sebagai barangan premium yang boleh dipakai berulang kali dan tahan lama.”

“Perubahan iklim adalah satu masalah yang besar untuk ditangani sendirian, tetapi dengan
organisasi, jenama dan orang-orang yang berfikiran sama, kita boleh membuat perbezaan
yang memberi kesan kepada komuniti dan planet kita. Diharapkan melalui kerjasama ini,
kami dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang lebih lestari demi planet kita,” jelas Akhtar.

‘Volvo Batik Reusable Facemasks’ ini didatangkan dalam set tiga helai, dengan dua pilihan
saiz – sederhana dan besar. Setiap set hadir dalam tiga variasi warna, iaitu Biru Tua (bunga matahari), Biru Kelasi (bunga lili), dan Biru Langit (bunga melati).

Dijual pada harga RM99 setiap set, pelitup muka ini boleh dibeli di pengedar Volvo di seluruh negara.