Pengalaman berharga selaku Pengerusi NGO Antarabangsa ketika melakukan lawatan ke  India pada 25 Februari lalu berdepan konflik antara penganut Hindu dan Islam.

Lawatan anjuran Persatuan India Muslim di negara itu bertujuan mengenali lebih dekat masyarakat Islam India di Delhi, Madras, Nagore, Karaikal dan Truchirappli.

Tujuan lawatan ialah melihat sekolah tahfiz, masjid bersejarah dan makam para wali di India sejak ribuan tahun dulu apabila Islam berkembang melalui pedagang Arab dari Yemen dan berkahwin dengan penduduk tempatan akhirnya Islam berkembang meluas diserata negeri di India.

“Pengalaman berharga setelah saya tiba di Delhi dan melawat beberapa Kampung orang Islam yang kadang kala bercampur dengan masyarakat Hindu.

“Saya amat terkejut apabila berlaku rusuhan melibatkan agama di mana pelampau Hindu yang disokong oleh Perdana Menteri India ketika ini ke atas orang Islam di Delhi.

“Sungguh mengerikan kerana pembunuhan berlaku ke atas orang Islam tanpa belas kasihan apabila orang tua, kanak-kanak dan wanita dibunuh dihadapan sekumpulan pengganas Hindu dengan parang, cangkul kayu dan batang besi,” katanya ketika menceritakan detik cemas kepada Prebiu.com.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, kejadian mencemaskan itu turut mengakibatkan masjid dibakar, kedai milik orang Islam dirompak dan perkampungan Islam juga dibakar.

“Ini pengalaman saya yang baru tiba dari India di Malaysia semalam. Sungguh menakutkan dan menyedihkan malah di negara kita Malaysia masyarakat bukan Islam boleh hidup aman damai, bebas untuk berniaga dan berpolitik.

“Di India, orang islam tidak ada jawatan penting dalam kerajaan, ini yang dapat saya sendiri lihat malah banyak tempat tidak dapat dikunjungi kerana keganasan yang berlaku bukan lagi cerita rekaan tetapi hakikat.

“Malah media India tidak melaporkan insiden ini melalui saluran televisyen atau suratkhabar tempatan tetapi hanya diketahui menerusi media sosial dan media antarabangsa yang banyak melaporkan kejadian ini,” katanya.

Beliau yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan India yang tidak dapat mengawal pembunuhan ke atas orang Islam itu berkata, tragedi ini pernah berlaku di Gurjerat, India membabitkan pembunuhan beramai-ramai di wilayah itu sebelum ini.

Memberi contoh negara Kemboja misalnya, Perdana Menteri Hun Sen memberi layanan istimewa kepada masyarakat Islam dengan memberi jawatan menter dan timbalan gabenor iaitu jawatan dalam kerajaan kepada golongan minoriti di negara itu.

Menceritakan semula bagaimana beliau berjaya keluar dari konflik pertempuran antara penganut Hindu dan masyarakat Islam, Mustapha berkata, dia berjaya keluar seorang diri dengan bantuan anggota polis unit khas beragama Islam.

“Saya menaiki kereta menuju ke bandar Madras selama beberapa jam namun berdepan masalah apabila tiket kapal terbang untuk pulang ke Malaysia sukar diperolehi di Madras menyebabkan saya tinggal di sana selama tiga hari sebelum menuju ke Trichy.

“Dalam kesempatan berada di Nagore, saya sempat mengunjungi sebuah makam wali Allah dan melihat sendiri beratus-ratus orang melawat makam itu bukan sahaja orang Islam malah penganut Hindu yang mempercayai doa-doa mereka akan dikabulkan Tuhan.

“Saya juga sempat ke Karaikal yang turut menempatkan sebuah lagi makam wali Allah bersebelahan masjid tertua di daerah itu sebelum meneruskan perjalanan selama lima jam untuk ke Truchirappuli sebelum menaiki pesawat kapal Malindo Air jam 12 malam dari India,” katanya.