Akademi Aruba akan menjadi yang pertama seumpamanya di Malaysia, Asia Tenggara dan Taiwan (SEAT) yang menangani keperluan pembangunan bakat peka digital.
ARUBA, sebuah syarikat Hewlett Packard Enterprise, telah bergabung tenaga dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melancarkan Akedemi Aruba, satu program pendidikan rangkaian yang akan memenuhi kehendak dan cabaran abad ke 21.
Diakui oleh Gartner sebagai peneraju dalam Kuadran Magik untuk Akses Infrastruktur Berwayar dan Tanpa Wayar 2019, Aruba telah menandatangani satu memorandum persetujuan (MOA) dengan UTHM, yang akan menempatkan Akademi Aruba, akedemi yang pertama seumpamanya di Malaysia, untuk melahirkan generasi baharu yang arif dalam dunia digital bagi memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0.
MOA itu telah ditandatangani sebagai permulaan hubungan antara kedua-dua organisasi bagi membolehkan pelajar teknologi maklumat dan komunikasi universiti mendapat latihan khusus dan persijilan berdasarkan kerja kursus Akedemi Aruba, seterusnya memperkasakan pelajar dengan kepakaran dan pengetahuan global dalam persekitaran tempatan.
“Untuk pelajar berjaya dalam masyarakat digital, pendidikan mesti mengambil langkah berevolusi. Program Akedemi Aruba kami telah dihasilkan berdasarkan pengetahuan dan direka untuk memberi ilmu, kemahiran dan pengalaman praktikal kepada pelajar bagi memenuhi keperluan negara dalam bidang pekerja berkemahiran khusus bagi memenuhi transformasi teknologi digital,” kata Justin Cheah, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar, Asia Tenggara dan Taiwan.
“Di seluruh dunia dan di Malaysia, majikan berasa bimbang dengan jumlah pekerja yang memiliki kemahiran yang mencukupi di pasaran untuk menyumbang kepada transformasi teknologi digital. Bagaimanapun, menerusi persijilan kami, graduan kini mampu membuktikan kepada majikan bahawa mereka bukan sahaja layak, malah memiliki pengetahuan dan pengalaman langsung,” katanya.
Justin berkata, “UTHM akan menjadi universiti pertama di Malaysia yang akan menempatkan program Akedemi Aruba yang bukan sahaja meliputi pelaksanaan dan sokongan teknikal teknologinya, malah memfokuskan kepada elemen rekaan dan seni bina teras yang memastikan jaminan kerja untuk pelajar kami.
Matlamat untuk membantu menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan akan dalam jangka panjang, menyokong pemain industri seperti perusahaan kecil dan sederhana, yang mencari penyelesaian automasi digital atau jenama multinasional global yang mencari pekerja yang berkemahiran dan cekap.”
Program Akademi Aruba memfokuskan kepada kemahiran rangkaian asas dan membawa pelajar menerusi empat tiang utama mobiliti, pensuisan, keselamatan dan rekaan.
Akademi Aruba menawarkan dua program sijil, Mobility Associate (ACMA) iaitu kursus berfokuskan di makmal yang direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman praktikal yang diperlukan untuk menyedia dan mengatur Aruba WLAN asas, dan Mobility Professional (ACMP) iaitu kursus WLAN Design and Implementation (SWDI) boleh skala yang menggunakan konsep yang diperkenalkan dalam kursus Implementing Aruba WLAN (IAW) v8 untuk memperkayakan kemahiran pelajar bagi membina rangkaian perusahaan WLAN yang lebih rumit.
Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UTHM berkata, “Bagi menyahut seruan negara ke arah mencapai standard Revolusi Industri 4.0, majoriti tenaga kerja di Malaysia kini berlumba-lumba untuk memperlengkapkan diri mereka dengan kemahiran bagi memenuhi kehendak industri”.
“Pelan strategik kami memberi penekanan terhadap menjadi pendahulu menerusi kecemerlangan yang berfokuskan kualiti, inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, dan kesungguhan untuk terus meningkatkan diri terutamanya dalam memenuhi keperluan melahirkan generasi baharu tenaga kerja yang berkemahiran.
Teknologi Aruba pada masa ini digunakan di 75% syarikat-syarikat Fortune100 dan di lebih 300,000 perusahaan, kerajaan dan institusi pendidikan di seluruh dunia, sekali gus membawakan amalan global terbaik ke Malaysia menerusi pensijilan ini.
Program Akademi Aruba akan menyediakan pelajar dengan latihan berbentuk hands-on terhadap teknologi switch teras Aruba yang akan dikongsi dengan fakulti dan kakitangan universiti bagi memastikan lanjutan program dan makmal.
Kursus-kursus Bertauliah Akademi Aruba akan ditawarkan di HTHM mulai April 2020. Bagi mereka yang berminat, layari laman web UTHM untuk mendapatkan maklumat lanjut.