Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengakhiri 2018 dengan jumlah hasil sebanyak RM12 bilion, peningkatan 16% daripada RM10.4 bilion yang dicatat pada tahun 2017.
PENINGKATAN ini disokong oleh harga antarabangsa yang lebih tinggi dan pertumbuhan stabil dalam jumlah jualan.

Jumlah jualan dalam tempoh itu mencapai 35.5 juta tong, naik 2% daripada 34.9 juta tong yang dijual pada tahun sebelumnya.
Syarikat telah menjalani penyelenggaraan berkala untuk Loji Penapisan Port Dickson pada bulan Oktober yang mengurangkan pengeluaran produk eksport Residu Sulfur Rendah (Low Sulfur Waxy Residue) dan Naphtha.
Walaupun eksport menurun, jualan domestik terutamanya dalam sektor runcit terus berkembang pada tempoh tersebut.
Syarikat menyifatkan trend positif dalam jualan runcit kepada permintaan yang meningkat untuk bahan api berprestasi tinggi seperti Blaze 100 Euro 4M dan Turbo Diesel Euro 5 yang dilengkapi dengan program kad kesetiaan Petron Miles yang lebih bermanfaat.

Pendapatan bersih untuk tahun ini ialah RM225 juta, 44% lebih rendah daripada RM405 juta pada 2017. Penurunan ini dapat dijelaskan menerusi kerugian bersih pada suku keempat sebanyak RM26 juta, pembalikan pendapatan bersih RM100 juta yang dicatat pada tempoh yang sama pada tahun 2017.
Dari trend menaik pada bulan Julai hingga Oktober, Dated Brent menurun secara mendadak pada bulan November dan Disember.
PMRMB menanggung kerugian inventori sehingga akhir tahun apabila harga jatuh hampir 30% kepada AS$ 57 se tong pada bulan Disember daripada AS$ 81 se tong pada bulan Oktober. Pada tahun 2017, syarikat juga melaporkan keuntungan tidak berulang berjumlah RM65.6 juta daripada penjualan wajib stesen minyak oleh kerajaan.
“Walaupun persekitaran perniagaan yang mencabar, kami terus memberi tumpuan kepada pengukuhan segmen yang bernilai tinggi seperti runcit. Kami juga memberi keutamaan kepada program-program yang bertujuan untuk menjangkau lebih banyak pelanggan sambil meningkatkan pengalaman pelanggan,” kata Pengerusi PMRMB, Ramon S. Ang.
PMRMB terus berkembang bilangan stesennya pada 2018 kepada lebih daripada 640 stesen bersama syarikat-syarikat saudaranya, Petron Fuel International Sdn Bhd dan Petron Oil (M) Sdn Bhd.


































