Pengedar kenderaan premium itu menawarkan hadiah jam tangan Tag Heuer F1 Chronograph bernilai lebih RM5,000 bagi setiap pembelian kereta BMW di Ingress Auto Puchong untuk masa terhad bermula hari ini hingga esok (25 Mac 2018).
INGRESS Auto, wakil pengedar kenderaan BMW milik Bumiputera sepenuhnya di negara ini memperkenalkan model terbaru BMW X2 yang tampil dengan reka bentuk baru lebih sporty dan dilengkapi pelbagai ciri teknologi terkini.
Promosi khas selama dua hari bermula hari ini hingga esok juga membolehkan pengunjung membeli barangan eksklusif BMW dengan tawaran diskaun sebanyak 25 peratus dan promosi kadar pembiayaan yang menarik sempena pelancaran model baru BMW X2 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman.
Bagaimanapun, tawaran ini bergantung kepada terma dan syarat dan hanya ditawarkan untuk tempoh dari 24 hingga 25 Mac ini di cawangan Ingress Auto Puchong sahaja.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.ingressauto.com.my atau Facebook www.facebook.com/ingressauto
Ingress Auto ketika ini beroperasi menerusi dua cawangan iaitu di Puchong dan Damansara dilengkapi ciri 4S iaitu jualan, servis, alat ganti dan baik pulih badan kenderaan. Syarikat itu turut menjadi pengedar bagi model kenderaan MINI.
Sementara itu, Ketua Jualan Ingress Auto Puchong, Zaidi Hazral Abdul Hadi berkata, Ingress Auto secara keseluruhannya menyasarkan jualan kira-kira 30 unit bagi model BMW X2 pada tahun ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya model BMW X2 menawarkan satu pengalaman pemanduan yang berbeza bukan sahaja revolusi reka bentuk serba baru yang mengabungkan ciri sebuah coupe sporty dan ‘DNA’ kenderaan X yang dihasilkan BMW seperti X1, X3, X4, X5 dan X6.
“Kami mensasarkan jualan keseluruhan akan meningkat kepada 320 unit pada tahun ini disumbangkan oleh jualan model terbaru BMW termasuk beberapa model baru yang akan diperkenalkan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada majlis prebiu model terbaru BMW X2 yang dilancarkan di Ingress Auto Puchong, hari ini.
Ingress Auto Puchong mengadakan majlis prebiu dan penerangan teknikal kepada pelanggan sepanjang kempen pengenalan model itu yang bermula hari ini sehingga Ahad ini. Kempen yang sama turut diadakan di cawangan Ingress Auto Damansara.
Ingress Auto pada tahun lalu merekodkan jualan keseluruhan sebanyak 1,505 unit pelbagai model BMW yang didorong menerusi pengenalan model BMW jenis hibrid.
Syarikat itu juga merancang mengadakan Program BMW Advance Driving Performance kepada pelanggan yang membabitkan sesi pandu uji pelbagai model BMW meliputi laluan bandar dan lasak pada pertengahan tahun ini.
BMW X2 adalah jentera terbaru dalam portfolio pengeluar kenderaan premium ini bagi segmen Sports Activity Coupes. BMW X2 dicipta khas untuk mentransformasikan segmen kenderaan Kompak Premium dengan kesemua model terbaru BMW yang sporty, dinamik dan mempunyai reka bentuk urban.
Model itu diperkenalkan melalui variasi BMW X2 sDrive20i M Sport. Jentera ini mempunyai prestasi yang cukup memberangsangkan hasil daripada enjin TwinPower Turbo, teknologi powertrain yang canggih.
Jentera BMW X2 dikuasakan oleh enjin petrol dua liter, BMW TwinPower Turbo 4-silinder (teknologi ini telah mengarap pelbagai anugerah) yang menggabungkan twin-scroll turbocaj dengan Valvetronic, dua VANOS dan High Precision Injection; kenderaan ini dapat mencapai kelajuan maksima setinggi 227km/j.
Secara keseluruhan, sistem ini menjana kuasa 192hp dan tork sebanyak 280Nm dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat. Jentera ini juga turut disertakan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac Steptronic Sport.
BMW X2 didatangkan dengan warna-warna yang baru seperti Galvanic Gold Metallic, Misano Blue Metallic dan Sunset Orange Metallic, manakala ruangan dalaman jentera ini yang serba hitam dipadankan dengan sulaman kelabu.
Model ini juga boleh didapati dalam warna Black Sapphire Metallic dengan ruangan dalaman berwarna Magma Red yang dikontraskan dengan sulaman berwarna kelabu.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans dengan Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW Group Malaysia, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Jaminan Tayar BMW) BMW X2 sDrive 20i M Sport ialah RM320, 800.