Isteri pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Abdul Karim, 28, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini jam 4.01 petang semalam (Jumaat).
FIZO berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram peribadinya. Bayi seberat 2.78 kilogram (kg) itu dilahirkan pada jam 4.01 petang. Pasangan ini berkahwin pada 10 November 2013.
“Alhamdulillah, syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78kg pada jam 4.01 petang tadi.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” tulisnya secara ringkas dalam laman instagram fizoomar.
Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, Fizo dan Mawar yang juga usahawan tudung jenama Fareeda akhirnya dikurniakan cahaya mata sulung selepas isterinya mendapatkan rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat dan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim awal tahun lalu. Gambar dari Instagram fizoomar
TAHNIAH dari PREBIU.COM kepada pasangan Fizo dan Mawar yang memperoleh cahaya mata sulung. Semoga anda menjadi ibu dan bapa yang terbaik.