SUDAH menjadi trend dikalangan rakyat Malaysia apabila mengadakan acara Malam Berinai sempena majlis pernikahan yang bakal berlangsung.
Tidak terkecuali di kalangan selebriti yang turut memilih pelbagai tema bagi menyemarakkan lagi hari bersejarah mereka.
Malam tadi, berlangsungnya majlis berinai pelakon jelita Izara Aishah yang bertemakan Bollywood. Mungkin ramai yang tidak tahu, Izara adalah peminat filem Bollywood. Jadi tidak mustahil jika dia memilih tema itu.
Malah, pilihan Izara tidak silap apabila dia kelihatan sangat cantik persis jelitawan Bollywood.
Menerusi gambar dimuat naik pereka fesyen busana itu, Shanell Harun, Izara menggayakan sari moden berwarna merah lengkap dengan aksesori.
Satu perkataan menggambarkan penampilan Izara semalam adalah So Pretty.
Izara dan tunangnya, Adib Khalid yang juga anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melangsungkan pernikahan pada malam ini. Disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan.
Tahniah diucapkan daripada Prebiu.com semoga majlis yang dirancang berjalan lancar. Gambar dari Instagram Shanell Harun dan Siti Nurhaliza