SEJAK Perodua mengumumkan untuk melancarkan model Myvi terbaru, cerita mengenai kereta ini menjadi trending di alam siber sehinggakan ada yang sanggup menjadikannya dalam bentuk video yang kemudiannya dimuatnaik ke YouTube.

Maka tidak hairanlah selepas majlis pelancarannya selesai orang ramai terus menyerbu cawangan-cawangan Perodua seluruh negara untuk melihat lebih dekat model kereta terbaru itu.

Jom kita lihat model terbaru Myvi ini pada majlis pelancarannya yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. Difahamkan sebelum majlis pelancaran rasmi, model itu sudah menerima tempahan sebanyak 5,000 unit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata paling popular ialah model 1.5 liter yang menyumbang sebanyak 78% tempahan dan warna Kelabu Granite pula menjadi pilihan utama.

Perodua Myvi serba baru ini juga sudah menerima pengiktirafan 5 bintang untuk Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (ASEAN NCAP).

Perodua Myvi 2018 Serba Baru ini dibangunkan selama dua tahun dengan penglibatan 60 pereka tempatan daripada mereka yang mendapat pendidikan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Islam Antarabanngsa (UIA).

Dikuasakan dengan enjin 1.3 dan 1.5 liter, dilengkapi Dual VVT-i serta pilihan transmisi kotak gear lima kelajuan manual (MT) untuk 1.3 atau empat kelajuan automatik (AT) bagi semua varian.

Enam warna ditawarkan iaitu Putih Ivory, Perak Glittering, Ungu Mystical, Merah Lava, Hijau Peppermint (1.3 sahaja) dan Kelabu Granite (1.5 sahaja).

Untuk Semenanjung Malaysia ia dijual pada harga jualan:

  • RM44,300 (1.3 Standard G (MT)
  • RM46,300 (1.3 Standard G (AT)
  • RM48,300 (1.3 Premium X (AT)
  • RM51,800 (1.5 High (AT)
  • RM55,300 (1.5 Advance (AT)
Jom tengok sekitar pelancaran Perodua Myvi Serba Baru 2018.
Perodua Myvi 2018
Perodua Myvi 2018
Majlis Pelancaran Perodua Myvi 2018

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini