Utama Blog Halaman 962

AirAsia Kini Terbang Dari Kota Kinabalu Ke Macao, China

AirAsia terus memperkukuhkan hab Kota Kinabalu dengan pelancaran laluan baharu terus ke Macao, China. Penerbangan empat kali seminggu itu akan bermula pada 2 November 2018.

MACAO yang dikenali sebagai ‘The Vegas of Asia’ di seluruh dunia, adalah sebuah bandar pesat dengan 25 tarikan warisan sejarah dunia. Bandar ini menggabungkan budaya Portugis dengan ciri-ciri tradisional Cina, menjadikannya sebuah destinasi unik untuk dikunjungi.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata, “Kota Kinabalu adalah salah satu hab terbesar kami selepas Kuala Lumpur dan kami komited untuk terus mengukuhkannya dengan mengembangkan rangkaian kami ke laluan domestik dan antarabangsa.

Baru-baru ini kami telah melancarkan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, dan hari ini kami berbesar hati kerana dapat menghubungkan warga Sabah ke Macao dan Pearl River Delta.

Sabah terletak di lokasi strategik di bahagian utara pulau Borneo dan kami berharap dapat membawa dunia ke Sabah dengan menghubungkannya dengan Asean, Asia Utara, Australia dan lain-lain.

“Tahun ini, kami telah menerbangkan lebih daripada 6.7 juta tetamu ke dan dari Sabah dengan 281 penerbangan mingguan. Dengan peningkatan penerbangan, kami berhasrat untuk menarik lebih ramai pelancong dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Kami juga sedang meneroka peluang untuk mempromosikan jenama dan produk tempatan melalui platform dalam talian, OURSHOP.”

AirAsia kini menawarkan tambang pengenalan termasuk semua dari Kota Kinabalu ke Macao daripada RM129*.

Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan dari 2 November 2018 hingga 29 Mac 2019.

Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati diskaun segera untuk ahli. Ahli BigPay pula boleh menikmati penjimatan sehingga RM32* apabila mereka membuat pembayaran menggunakan kad BigPay.

Selain Macao, AirAsia juga terbang ke 9 laluan antarabangsa terus dari Kota Kinabalu ke Bangkok, Singapura, Manila, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Taipei; serta 8 laluan domestik ke Kuala Lumpur, Tawau, Sandakan, Miri, Kuching, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Pusat Bersejarah Macao menawarkan pelbagai tarikan bangunan bersejarah, bangunan keagamaan serta bangunan bercirikan Portugis dan Cina yang tersenarai sebagai Warisan Dunia UNESCO.

Nikmatilah keindahan bangunan neoklasik Eropah dan butik-butik terkenal di sepanjang Dataran Senado. Kemudian lawatilah Runtuhan St. Paul, mercu tanda Macao paling terkenal yang dibina pada abad ke-16 sebagai kolej dan katedral.

Untuk melihat panorama menakjubkan bandar tersebut, lawatilah Menara Macao, sebuah monumen kebangsaan berketinggian 338m yang turut menawarkan aktiviti lasak seperti Tower Climb, Bungee Jump, Sky Jump atau Skywalk.

Macao juga padat dengan pusat-pusat hiburan seperti Venetian Macao yang serba mewah dan Macao Fisherman’s Wharf, sebuah kompleks taman tema yang ideal untuk seisi keluarga.

Selain itu, lawatan ke Macao tidak lengkap tanpa menikmati tart telur yang terkenal; Minchi – juadah kebangsaan Macao yang terdiri daripada daging cincang, kentang, bawang, kicap, cendawan hitam dan telur goreng yang dihidang bersama nasi; snek ikan masin; udang goreng ala Macao dan banyak lagi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Hanya untuk satu (1) penerbangan pergi-balik untuk seorang tetamu.

bki-mfm BM.png

Go Auto Dan Sirim Jalin Kerjasama Strategik

From left : Ir. Dr. Mohamad Jamil Sulaiman, Vice President of SIRIM Industrial Research from SIRIM Berhad, Prof Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani, President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Executive Director of Go Auto Group and Wan Ahmad Wan Omar, Executive Director of Go Auto Group

Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM), satu cabang pembuatan Go Auto Group of Companies dan SIRIM Berhad, agensi penyelidikan dan teknologi utama negara di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk kerjasama strategik jangka panjang antara kedua-dua pihak.

MoU ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal bersama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Executive Director of Go Auto Group answering questions during the Press Conference session

Majlis menandatangani turut disaksikan oleh Wan Ahmad Wan Omar, Pengarah Eksekutif Go Auto Group dan Ir. Dr. Mohamad Jamil Sulaiman, Naib Presiden Penyelidikan Perindustrian SIRIM dari SIRIM Berhad.

Kerjasama strategik ini merangkumi empat bidang utama iaitu pembangunan dan peningkatan produk, teknologi, tenaga manusia dan pasaran atau industri. Melalui usahasama ini, ia membolehkan GAM memperoleh akses kepada kemudahan penyelidikan SIRIM.

Manakala kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam kepakaran teknikal, pemindahan teknologi dan latihan teknikal bagi melaksanakan projek atau produk di bawah perkongsian ini.

“Go Auto amat teruja dengan kerjasama bersama SIRIM ini, suatu badan yang berpengalaman dan berkepakaran lebih 40 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi negara.

Kelebihan mereka dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, selain memastikan standard dan kualiti industri menjadikan mereka rakan kongsi yang baik untuk syarikat kami. Kami mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia dapat memberi kita peluang menggunakan kepakaran masing-masing yang mampu memberikan impak maksimum kepada kedua belah pihak,” kata Dato’ Azli.

The EV bus tour and technical briefing from Go Auto to SIRIM Berhad and members of the media

“Pengilangan kami dapat memenuhi keperluan pengawalseliaan dan pasaran dan secara tidak langsung membolehkan kami mengurangkan pengeluaran dan kos R&D.

Kerjasama ini juga sejajar dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) iaitu untuk menghasilkan produk yang memenuhi piawaian dan keperluan antarabangsa. SIRIM mempunyai rekod prestasi yang membolehkan produk dan perkhidmatan Malaysia mencapai pengiktirafan di seluruh dunia dari segi kualiti dan inovasi,” kata Dato Azli lagi.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil berkata, SIRIM berada pada kedudukan yang baik untuk menerajui industri Malaysia ke Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

“SIRIM menyambut baik perkongsian bersama Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd untuk terus membantu menghubungkan teknologi kenderaan dan mengubah pengalaman pemanduan di Malaysia,” katanya.

The EV bus tour and technical briefing from Go Auto to SIRIM Berhad and members of the media

Antara bidang kerjasama termasuk pembangunan dan penambahbaikan keupayaan dan kapasiti bateri cas semula berasaskan lithium ion untuk menggantikan bateri asid plumbum di pasaran automotif; pembangunan teknologi kenderaan hijau termasuk bateri untuk basikal dan motosikal serta pembangunan bateri sodium ion sebagai alternatif kepada bateri lithium ion.

Bidang usahasama lain termasuk Prototaip Pantas (Rapid Prototyping) dan percetakan 3D untuk pelajar TVET MARA, dan kemudahan Pengesahan Kelulusan Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval Testing) untuk e-mobiliti seperti yang dimandatkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.

“Kerjasama ini tepat pada masanya sebagai inisiatif menyokong aspirasi dan usaha kerajaan dalam mengubah perniagaan Malaysia untuk menghadapi cabaran Industri 4.0.

“Kami berazam untuk memanfaatkan Porgram Pembangunan PKS SIRIM dan Industri 4.0 dalam bidang Additive Manufacturing, Artificial Intelligence, Smart Manufacturing dan peranti Internet of Things (IOT),” kata Prof Ir Dr Ahmad Fadzil.

Rasionalisasi kolaborasi ini dijangka selesai dalam tempoh dua tahun selepas pemeteraian MoU.

LBS Rangkul Anugerah Kecemerlangan Media Sosial 2018

Malaysia mempunyai jumlah penduduk seramai kira-kira 32 juta orang. Menurut statistik, hampir 75% daripada jumlah ini ialah pengguna aktif media sosial.

LBS Bina Group Berhad (LBS) yakin dengan pengaruh penggunaan kreatif media sosial dalam menggalakkan perhubungan, baru-baru ini telah dianugerah dengan Anugerah Kecemerlangan Media Sosial – Sektor Hartanah Terbaik di Anugerah Media Sosial Malaysia 2018.

“Sesebuah perniagaan perlu menjadi relevan dan terkini supaya dapat bertahan lama. Ini bermakna mengikuti trend terkini dan meneroka cara-cara baharu untuk memajukan perniagaan.

(Tiga dari kiri) Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Desmond Lim menerima Anugerah Kecemerlangan Media Sosial – Sektor Hartanah Terbaik bagi pihak LBS daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik semasa Anugerah Media Sosial 2018.

Berada dalam sektor pembangunan hartanah selama 25 tahun, LBS telah berjaya mengharungi ujian masa dengan mengguna pakai strategi yang berani dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, media sosial telah memberikan kami peluang untuk mempelbagaikan cara kami berkomunikasi dan berhubung dengan para pelanggan dan pengikut kami.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Dewan Media Sosial Malaysia dan Anugerah Media Sosial Malaysia di atas pengiktirafan kepada usaha-usaha kami kerana ia menunjukkan bahawa kami sedang menuju ke arah yang betul.

Kami berharap untuk terus mengukuhkan kehadiran kami melalui media sosial dan berhubung dengan para pelanggan dan pengikut kami dengan cara yang dapat memberi inspirasi kepada yang lain dalam industri ini,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Percaya dengan penggunaan isi kandungan yang boleh dihubungkaitkan di media sosial, LBS sentiasa memberi penekanan kepada mesej-mesej yang konsisten dan jelas untuk para pengikutnya.

Pemaju perbandaran ini berinteraksi dengan audiensnya yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat melalui kiriman-kiriman yang sihat dan menyentuh hati, menggalakkan perubahan dan kemajuan diri dan yang berinformatif serta menarik. Ini termasuk maklumat produk hartanah baharu, petua-petua gaya hidup, peraduan, ucapan perayaan dan aktivti terkini.

Dianjurkan oleh Dewan Media Sosial (SMC), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang khusus untuk memajukan bidang media sosial yang boleh dipercayai, Anugerah MSMW ialah sebuah platform yang menghargai amalan-amalan dan para pengamal blog dan media sosial terbaik negara.

Pertubuhan dan pengamal yang disenarai pendek telah dinilai ke atas penggunaan jenama, pertumbuhan media sosial dan keberkesanannya melalui media sosial.

Syarikat-syarikat dan individu-individu yang disenarai pendek telah dinilai oleh pakar-pakar dalam dunia media sosial iaitu Pengasas Travel Camel.com, Shane Dallas; Pengarah Sosial Social Grooves, Christopher Tock; Pengasas IdeaMart, Andrew Chow; Naib Presiden Dewan Media Sosial Malaysia Ned Mohd; dan Ketua Pegawai Eksekutif Business Blogging, Kiruba Shankar.

Majlis anugerah pada tahun ini telah diadakan di Zebra Square KL dan telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Meliputi sebanyak 24 kategori, Anugerah Media Sosial Malaysia mengiktiraf amalan-amalan terbaik dalam menggunakan media sosial dalam sektor-sektor utama termasuklah, hartanah, penerbangan, automotif, perbankan dan kewangan, pendidikan, gaya hidup, penjagaan kesihatan, makanan dan minuman serta logistik dan pengangkutan.

Honda Jazz, Pilih Praktikal Atau Prestasi-Pandu Uji

Honda Jazz Sport Hibrid dan City Sport Hibrid dilancarkan di negara ini pada tahun lalu dengan harga kurang dari RM90,000, menjadikan kedua-duanya kereta hibrid paling murah di Malaysia setakat ini. Baca lebih lanjut pandu uji Prebiu.com dengan model ini.

SEKILAS pandang daripada segi luaran, model ini kelihatan kompak dan logo hibrid yang jelas tertera di sisi hadapan kiri dan kanan sudah cukup memberitahu kepada pengguna jalan raya lain bahawa ia adalah sebuah kenderaan jimat bahan api.

Kenderaan ini bukan sahaja jimat bahan api tetapi turut menawarkan beberapa ciri pintar yang tiada dalam model yang sekelas dengannya. Antara ciri paling ketara ialah ciri mod sport yang boleh mengubah karekter sebenar apabila transmisi gearnya yang bertindak balas pantas dan agresif.

Untuk menukar kepada mod sport tekan sahaja butang S berhampiran gear dan secara automatik paparan skrin dibahagian paling kanan terus bertukar grafik. Sebaik sahaja pedal minyak ditekan, kereta ini akan meluncur dengan laju menghamburkan kuasanya seakan menerima suntikan kuasa turbo.

Untuk rekod, model hibrid keluaran Honda sebelum ini menggunakan sistem Integrated Motor Assist (IMA), namun model terbaru kali ini menampilkan teknologi Intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) yang terdiri daripada enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC dan sebuah motor elektrik.

Gabungan kedua-dua elemen ini menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 135 hp dan 170 Nm. Jika dibandingkan, jumlah ini tidak jauh berbeza dengan Civic 1.8 yang mempunyai 139 hp dan 174 Nm. Kuasa yang terhasil disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi dwi-klac tujuh kelajuan.

Penampilan model hibrid ini secara langsung membuka segmen hibrid kepada golongan pembeli lebih muda dan meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap teknologi hibrid yang kurang memberikan pencemaran asap kepada alam sekitar.

Prebiu.com yang berkesempatan memandu uji model Honda Jazz Sport Hybrid ini mendapati, model ini bukan sahaja memiliki enjin yang hebat dan berkuasa malah mampu membawa sehingga lima orang penumpang dengan bagasi tanpa sebarang masalah.

Bateri lithium-ion yang terletak di bawah lantai but belakang membolehkan Jazz ini dipandu dengan kuasa elektrik sahaja untuk beberapa ketika selepas kenderaan mula bergerak.

Enjin kereta ini dihidupkan dengan senyap dan bergerak dengan lancar seakan sebuah kereta elektrik sekali gus mengingatkan penulis dengan sebuah kereta buatan Jerman yang memiliki enjin gabungan elektrik dan petrol yang pernah dipandu uji sebelum ini.

Kalau nak tahu sama ada enjin kenderaan ini sedang dipandu dengan jimat atau bukan, lihat sahaja warna hijau pada lingkaran meter kelajuan yang memberi tanda kepada pemanduan jimat dan bertukar kepada warna biru apabila enjinnya dikerah lebih laju.

Anda boleh memilih tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco atau mod Sport dan ketiga-tiga mod pemanduan ini akan memberikan petunjuk berbeza kepada tahap penggunaan bahan api.

7 Fakta Menarik Honda Jazz Sport Hibrid

  • Enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi 7-kelajuan i-DCD
  • Motor berkuasa tinggi (HPM) dan mampu bergerak dalam mod kenderaan elektrik (EV)
  • Unit Kuasa Pintar (IPU) dibangunkan daripada bateri Litium-ion (Li-ion) untuk prestasi lebih baik
  • Kedudukan bateri di bawah lantai but belakang
  • Sistem IPU baharu 50 peratus lebih berkuasa menyimpan tenaga (lebih 1.5 kali ganda kapasiti tenaga)
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) ditala semula supaya lebih sporty dan selesa dipandu
  • Tiga mod pemanduan Normal, Eco dan Sport

Honda Malaysia mengatakan bahawa Jazz Sport Hybrid mampu mencapai tahap penggunaan bahan api 25 km bagi setiap liter. Bagaimanapun, dengan pemanduan yang kadang-kala laju dan perlahan catatan pada petunjuk bahan api adalah berbeza-beza.

Selain itu, ciri baru yang ada pada model ini adalah servo elektrik pada sistem brek yang bertindak menjana semula tenaga kepada bateri kenderaan ini. Tindak balas ini tidak memberi kesan terhadap brek kenderaan malah cukup sesuai untuk pemanduan dalam bandar yang banyak menggunakan brek khususnya ketika mengharungi kesesakan jalan raya.

Bagaimanapun, disebalik kelebihan yang ada pada model ini, Prebiu.com perasan ialah bukan sahaja sistem gearnya yang unik tetapi tiada pedal tukaran gear pada stereng seolah-olah satu kekurangan yang boleh diperbaiki pada model akan datang.

Namun, pujian diberikan kepada jurutera Honda kerana untuk memarkir kereta Honda Jazz ini hanya perlu menekan butang P tanpa perlu menggerakkan tombol gear kepada kedudukan P sebagaimana biasa dilakukan. Cukup mudah bukan!.

Melihat kepada segi praktikaliti, model ini dilengkapi tempat duduk Ultra yang boleh digunakan dalam beberapa konfigurasi. Nak bawak dua pasu bungapun boleh tanpa masalah.

Penggunaan bateri lithium ion pada ruang but pula menyebabkan ruang bagasi mengecil sebanyak 49 liter kepada 314 liter, manakala tayar ganti digantikan dengan kit baik pulih tayar sementara yang hanya boleh digunakan untuk kerosakan kecil.

Soal penyelenggaraan sistem hibrid, pelanggan tidak perlu gusar kerana bateri yang digunakan adalah tahan lasak. Ia juga didatangkan dengan jaminan selama lapan tahun.

Spesifikasi Honda Jazz Sport Hybrid

Enjin: DOHC i-VTEC
Kapasiti: 1,496 cc
Kuasa: 135 hp
Tork: 170 Nm
Transmisi: dwi-klac automatik tujuh kelajuan
Tangki penuh: 40 liter
Saiz tayar : 175/65R15
Harga: RM80,091 (GST 0%) tidak termasuk insurans

Perodua Lancar Kempen Kemalangan Sifar Di Kulim, Kedah

Perodua telah melancarkan Kempen Kemalangan Sifar untuk 10,300 pekerjanya di seluruh negara sebagai fasa seterusnya selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya pada Oktober 2017 untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

PERODUA menerusi kempen itu mensasarkan kemalangan jalan raya sifar yang melibatkan kakitangan pergi dan pulang dari tempat kerja masing-masing serta kemalangan industri sifar semasa menjalankan tugas masing-masing menjelang tahun 2021.

“Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini merupakan inisiatif pertama kami khas buat para kakitangan kami, melibatkan bahagian pengeluaran, penjualan dan lepas jualan, agar mereka boleh menjadi contoh sebagai pemandu baik dan berhemah,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Datuk Aminar Rashid Salleh (tiga dari kiri) bersama kakitangan Perodua

Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini disokong oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Kedua-dua organisasi ini berada di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Walaupun isu pengurangan dan penghapusan kemalangan industri memang menjadi tumpuan utama Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, kami kini memperluaskan tumpuan kami kepada aspek perjalanan di luar premis kami.”

“Kami percaya bahawa penyemaian tabiat pemanduan yang baik bermula di rumah dan kami akan sentiasa mendidik kakitangan kami tentang keselamatan serta menjadi pemandu yang bertanggungjawab supaya mereka boleh menjadi contoh terbaik buat semua,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Kempen Kemalangan Sifar Perodua akan dilancarkan secara berperingkat bermula dari 13 Ogos hingga akhir tahun.

Datuk (Dr) Aminar berkata, Perodua akan memperoleh pengajaran dan pengalaman daripada kempen ini untuk memanfaatkan Kempen lima-tahun Keselamatan Jalan Raya Perodua.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dengan mendidik para pemandu tentang kepentingan memahami dan mematuhi peraturan asas jalan raya seperti memakai tali pinggang keledar, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, menggunakan lampu isyarat membelok serta tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu.

“Kami memilih pendidikan sebagai pendekatan kami kerana kami percaya kebanyakan pemandu Malaysia tahu mengenai peraturan jalan raya, tetapi mereka mungkin tidak memahami sebab-sebab di sebalik peraturan tersebut.

“Sudah tentu pendidikan akan mengambil masa yang lama, tetapi apabila mereka memahami sepenuhnya, kesannya akan menjadi lebih kuat,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini telah dirasmikan oleh Datuk (Dr) Aminar dan disaksikan oleh Pengarah JKKP Kedah, Hairozie Asri, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin serta Presiden Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kumpulan Perodua.

Epson WorkForce DS-320 Portable Scanner Received Awards For Outstanding Mobile Scanner For Business

WorkForce DS-310

Epson, a leading provider of innovative business solutions, announced that the WorkForce DS-320 Portable Duplex Document Scanner, known as the WorkForce DS-310 scanner in Southeast Asia, has been awarded the BLI’s Winter 2018 Pick Award for Outstanding Mobile Scanner for Business.

Keypoint Intelligence – Buyers Lab (BLI) is a leading independent evaluator of document imaging software, hardware, and services.

Delivering the fastest scan speeds in its class, the compact DS-310 duplex document scanner offers speeds of up to 25 ppm or 50 ipm and features a maximum scanning resolution of up to 1200 dpi.

The scanner features a 20-page Auto Document Feeder (ADF), with the ability to scan paper thickness between 51.8 to 230 g/m2, which includes namecards and paper documents.

WorkForce DS-310

This portable scanner also includes TWAIN and ISIS drivers for seamless integration with existing document management systems. Users can scan to online storage accounts like Dropbox and SharePoint, or to searchable PDFs and editable Word and Excel files using the included software.

“The portable WorkForce DS-310 scanner is power packed with features in a compact and lightweight body, and is designed to meet the needs of the busy professional on the move.

BLI’s recognition of Epson products underscores our commitment to meeting our customers’ evolving business needs in SE Asia,” said Jocelyn Tan, Regional Manager, Printer (Home, SOHO & Biz) & Wearable Division, Epson Singapore.

The BLI “Pick” awards gives special recognition to the hardware and software products that are reviewed by BLI’s team of expert technicians and analysts at the BLI lab. All laboratory test data is then compiled to select the top products that have been evaluated within the past six months.

The products and solutions that stand out from the competition and provide the most outstanding performance with the highest evaluation scores, are then awarded a Pick award within their respective industry category.

Honda Malaysia Rewards Winners Of Exclusive ‘Sprint To The Suzuka Circuit’ Campaign

10 Civic Type R customers win a trip to Japan worth up to RM30,000 to watch the 2018 Formula 1 Japanese Grand Prix

HONDA Malaysia announced and celebrated winners of the recently concluded ‘Sprint to the Suzuka Circuit’ campaign. The campaign was held to reward Honda customers who purchased and registered a Civic Type R during the period of April to July 2018.

The 10 exclusive winners* were chosen based on the most creative answers to the 2 short questions. Each winner will receive two business class flight tickets, two entrance tickets to the iconic 2018 Formula 1 Japanese Grand Prix at Suzuka Circuit in October 2018, a 5 Days 4 Nights accommodation in Japan and two sets of official Honda Merchandise, all worth up to RM30,000.

Managing Director and Chief Executive Officer of Honda Malaysia Toichi Ishiyama said, “I would like to extend my appreciation to the Civic Type R customers for their support towards Honda Malaysia.

It is our honour and great pleasure to reward the winners who are also owners of the best engineered Civic Type R. This hot hatch is truly a driver’s car with track-worthy performance yet providing great enjoyment to the driver in their daily commute.

The Civic Type R is an amazing piece of engineering that provides the Joy of Driving to its owners.”

Being the most powerful Honda model ever sold in Malaysia, Honda Malaysia has received more than 100 bookings and delivered more than 80 units of the Civic Type R since its launch in November 2017.

Powered by a highly advanced 2.0L VTEC Turbocharged engine, producing high outputs of 310PS and maximum torque of 400NM, the Civic Type R was engineered to deliver the most rewarding drive in the hot hatch segment. The 3-Way Driving Mode of COMFORT, SPORT and +R allows drivers to experience different dynamic performance both on the road and on the race track.

Recently, the Civic Type R completed its fifth and final planned series across Europe known as the Civic Type R Challenge 2018.

The Civic Type R achieved its objectives and broke five records for a front wheel drive production car at all five iconic European race circuits, putting the Civic Type R on the top as the fastest car in its class.

Living up to the “Challenging Spirit” inspired by Honda’s DNA, the Civic Type R features the iconic red H badge; a symbol of Honda’s racing legacy and an outstanding exterior symbol that defines a racing perfection body.

The fully imported Civic Type R is priced at RM301,928** on-the-road without insurance. Customers can visit any of Honda’s 20 Sport Dealers*** to view and place a booking for the Civic Type R. For more information on the Civic Type R, please call Honda’s Toll Free number at 1-800-88-2020 or log on to www.honda.com.my

*List of 10 Exclusive Winners of “Sprint to the Suzuka Circuit” Campaign  

No Dealership Customer Name IC No
1 Autoworld Asia Sdn Bhd Muhammad Aiman Esa 900604-14-XXXX
2 Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd Farzlina Binti Ahmad Murad 761223-08-XXXX
3 Botanic Auto Mall Sdn Bhd Mohd Azroie Bin Zainal 870625-43-XXXX
4 Global Amity Sdn Bhd Kueh Meng Hing 850313-13-XXXX
5 Kah Motor Co. Sdn Bhd – Selayang Mohd Ezane Bin Aziz 700902-03-XXXX
6 Kah Motor Co. Sdn Bhd – Sg Pinang See Kok Cheong 670905-10-XXXX
7 Peringgit Sri Motor Sdn Bhd Ding Chee Rong 850612-13-XXXX
8 Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd Datu Raja Noorfaisal Bin Datu Marsuali 831030-12-XXXX
9 Yong Ming Motor Sdn Bhd Mohd Hafiz bin Mohd Haris Lim 861123-23-XXXX
10 Yooi Cars Sdn Bhd Aliza Binti Kasim 890818-02-XXXX

 

***List of 20 Honda Sport Dealers

No Region Honda Sport Dealers
1 Central Autoworld Asia Sdn Bhd
2 Central Botanic Auto Mall Sdn Bhd
3 Central Global Amity Sdn Bhd (Bangi)
4 Central Kah Motor Co Sdn Bhd – Selayang
5 Central Sri Utama Auto Sdn Bhd
6 Central USJ Car Express Sdn Bhd
7 Central MH Prestige Auto Sdn Bhd
8 Central Peringgit Sri Motor Sdn Bhd
9 Central Tenaga Setia Resources Sdn Bhd
10 Central The Millenium Auto Carriage
11 East Coast Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd
12 East Malaysia Syarikat Labuan Automobile Sdn Bhd
13 Northern Ban Hoe Seng (Auto) Sdn Bhd
14 Northern Formula Venture Sdn Bhd
15 Northern Kah Motor Co Sdn Bhd – Sg Pinang
16 Northern Lee Motor SP (Car Div) Sdn Bhd
17 Northern Yooi Cars Sdn Bhd
18 Southern Ban Lee Heng Motor Sdn Bhd (Seremban)
19 Southern Syarikat Motor GS Tay Sdn Bhd
20 Southern Yong Ming Motor Sdn Bhd

Celcom Jalin Kerjasama Dengan Huawei Guna Platform Cloud

Celcom Axiata Berhad menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd untuk menggunakan penyelesaian Platform Operasi Pengkomputeran Awan, Perisian Sebagai Perkhidmatan (Cloud-based Digitised Operation Platform, Software as a Service (SaaS) solution).

CELCOM menjadi yang pertama di negara ini untuk menggunakan Perkhidmatan Sokongan Operasi (Operation Support Service, OSS) berasaskan Pengkomputeran Awan secara sepenuhnya bagi mempertingkat kecekapan dalam automasi dan kepintaran pengurusan rangkaian, seterusnya memberi kelancaran dalam perjalanan Celcom untuk menjadi syarikat digital.

The handshake between Amandeep Singh, Chief Technology Officer of Celcom Axiata Berhad (second from the right) and Baker Zhouxin, Chief Executive Officer, Huawei (M) Sdn Bhd (second from the left)

Platform Operasi Digital ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI)dan
teknologi Machine Learning, dijana oleh Perkhidmatan Operasi Sesawang (Operation Web Services, OWS) Huawei, yang akan mempertingkatkan kecekapan Celcom dalam menguruskan rangkaian dan perkhidmatan yang semakin rumit.

Ia juga membolehkan transformasi operasi harian Celcom daripada reaktif kepada proaktif dan ramalan, serta terus mengukuhkan strateginya untuk memberi pengalaman yang hebat kepada pelanggan.

Perjanjian bagi penggunaan platform tersebut bagi operasi rangkaian Celcom diTandatangani oleh Amandeep Singh, Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad dan Baker Zhouxin, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

Ia turut disaksikan oleh Bassaharil Mohd Yusop, Ketua Perolehan Celcom Axiata Berhad dan Tang Qibing, Presiden Bahagian Perkhidmatan Teknikal Global, Huawei Technologies Co. Ltd.

Melalui kerjasama ini, Huawei berhasrat untuk mengetengahkan penyelesaian Digitised Operation AUTomation & INtelligence Services Solution (AUTIN™) yang dimilikinya serta berkongsi pengalaman global dengan Celcom dalam usahanya mencapai operasi rangkaian yang lebih divisualkan, diautomasi serta lebih pintar.

(From left to right) Tang Qibing, President of Global Technical Service Department, Huawei Technologies Co. Ltd, Baker Zhouxin, Chief Executive Officer, Huawei (M) Sdn. Bhd., Amandeep Singh, Chief Technology Officer of Celcom Axiata Berhad, and Bassaharil Mohd Yusop, Head of Procurement, Celcom Axiata Berhad

Amandeep Singh, Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad berkata bahawa perjanjian
tersebut memperlihatkan komitmen berterusan Celcom dalam memberikan pengalaman rangkaian yang terbaik kepada pelanggan.

“Celcom akan terus memperlihatkan evolusi rangkaiannya dengan teknologi terkini dalam
menyediakan pengalaman yang hebat kepada rakyat Malaysia. Maka ia adalah penting untuk terus menerokai teknologi generasi baru bersama rakan global seperti Huawei.”

“Platform Operasi Digital ini akan meningkatkan kecekapan Celcom dalam menguruskan operasi harian, serta bersiap siaga dalam pengurusan isu yang berpotensi dan terus memperbaiki rangkaian kami,” menurut beliau.

Presiden Perkhidmatan Teknikal Global Huawei, Tang Qibing berkata, “Saya berbangga kerana
Celcom memilih Huawei sebagai rakan dalam perjalanan transformasi digitalnya. Kami berharap penyelesaian AUTIN ™ Huawei ini akan memperkasa transisi Celcom daripada operasi tradisional dengan proses manual yang berulang-ulang kepada operasi berautomasi.

Visi kami adalah untuk membina ekosistem bersama rakan strategik seperti Celcom, pihak ketiga dan industri lain bagi mencipta nilai yang luar biasa melalui perkhidmatan dan inovasi baru, yang seterusnya akan memberi manfaat kepada semua orang dalam industri telekomunikasi.”

Perjanjian ini adalah signifikan kerana ia mengangkat kaedah berkerja secara kolaboratif sesama pemain industri, yang seterusnya mempertingkat keupayaannya. Sebagai perintis dalam penggunaan Platform Operasi Digital berasaskan Pengkomputeran Awan di Malaysia, Celcom berharap untuk menjadi contoh di dalam industri dan seterusnya mempergiatkan transformasi operasi digitalnya.

Maxis Perkenalkan Pelan Terbaru Maxis Zerolution360

Sama ada untuk menyemak dan membalas e-mel, perbankan, membeli-belah, perkhidmatan e-hailing atau mendapatkan arahan navigasi, telefon mudah alih adalah alat komunikasi yang amat penting dalam kehidupan seharian kita.

BAGAIMANAPUN, kehilangan akses kepada telefon mudah alih adalah sesuatu yang bukan sahaja menyusahkan, tetapi tidak boleh lagi diterima.

Hari ini, Maxis memperkenalkan cara yang baharu untuk menggunakan peranti dengan pelancaran Zerolution360, program keahlian telefon yang menawarkan pelanggan pengalaman 360 yang lengkap dan tanpa risau untuk semua keperluan peranti mereka – dari saat mereka mendaftar dan menggunakan telefon mereka, serta proses penyelenggaraan dan menaiktaraf pada masa hadapan.

Dengan Zerolution360, pelanggan boleh memilih mana-mana telefon utama terbaharu yang disediakan dan pelan MaxisONE yang mereka inginkan, tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa kad kredit, serta pelan perlindungan yang komprehensif – untuk pengalaman peranti yang menyeluruh.

Antara manfaat utama yang ditawarkan termasuk gantian peranti menyeluruh segera bagi telefon yang dicuri atau rosak, perlindungan peranti penuh serta naiktaraf telefon percuma setiap dua tahun dengan pilihan naiktaraf tahunan (dengan bayaran). Pelanggan yang mendaftar untuk program keahlian ini tidak perlu mendaftar ke pelan kontrak kami.

“Tidak boleh dinafikan bahawa telefon mudah telah menjadi sesuatu yang amat penting kepada kehidupan seharian kita; ia adalah sebuah alat yang menghubungkan kita kepada hal-hal berkaitan dengan kerja atau untuk urusan peribadi.

Oleh itu, kehilangan akses ke peranti kami dalam keadaan apa pun adalah sesuatu yang tidak lagi boleh diterima. Melalui Zerolution360, kami menyediakan pelanggan pengalaman dan proses penyelenggaraan peranti tanpa risau yang menyeluruh, bukan hanya dengan memberi mereka kebebasan dan fleksibiliti untuk memiliki peranti dengan cara yang mereka inginkan, tetapi menawarkan pengalaman tanpa risau dimana mereka boleh menjalankan kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar ke Zerolution360:

Pelanggan boleh memilih dari pelbagai jenis telefon utama dengan bayaran bulanan yang berpatutan (bayaran berbeza bergantung kepada harga peranti).

Mereka juga boleh memilih antara dua pakej perlindungan, Asas dan Premium. Dengan pakej Premium, iaitu bayaran tambahan sebanyak RM10 sebulan, pelanggan akan mendapat khidmat pembaikan keutamaan dengan masa pembaikan yang lebih pantas, telefon pinjaman sementara, dan penggantian skrin percuma sekali.

Untuk mendaftar ke Zerolution360, lawati mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zerolution 360, saksikan video ini https://youtu.be/x2ekonEIA00 atau lawati www.maxis.com.my.

Rolls-Royce Cullinan Makes South East Asian Debut In Singapore

The highly anticipated new Cullinan from Rolls-Royce Motor Cars made its South East
Asian regional debut today in Singapore, at a glittering reception held atop the covered
swimming pool of the Ritz Carlton Millenia.

Speaking at the event, Paul Harris, Rolls-Royce Motor Cars Regional Director for Asia
Pacific, said, “Today we present all-new Cullinan – the Rolls-Royce of SUVs.

This is a seminal moment in the history of the brand as we take our place at the very top of a highly competitive sector, but we are confident that Cullinan will set a new benchmark
and take its occupants wherever they dare venture in effortless luxury.”

Adding on to Mr. Harris’ positive remarks at the reception, Renee Chua, Managing Director, Rolls-Royce Motor Cars Singapore said, “Cullinan is highly-anticipated in Singapore, an all-new model that also completes a prolific range of offerings from the marque.

Singapore’s importance as a luxury hub in South East Asia is once again confirmed with this premiere, and we are very happy to bring new customers to the brand with Cullinan’s broader appeal.”

Named after the largest diamond ever to be discovered, which now resides proudly atop the British Crown Jewels, Cullinan is Rolls-Royce’s first-ever SUV. The all-wheel drive high-bodied car is only the second Rolls-Royce to be underpinned by the marque’s proprietary Architecture of Luxury, and promises to redefine luxury travel as Effortless, Everywhere, without sacrificing the brand’s legendary “Magic Carpet Ride”.

Cullinan uses this new architecture in a wholly different manner to enable limitless adventure where the road ends and the trail begins, with uncompromised comfort, space, usability and cutting edge technology.

Cullinan is the answer for super-luxury SUV patrons that accept no compromise; When Sir Henry Royce said, “Strive for perfection in everything you do. Take the best that exists and make it better. When it does not exist, design it”, he could have had Cullinan in mind.

Further, Cullinan offers a suite of Bespoke features developed specifically for the increased variance of its intended patrons’ lifestyles, for example the Viewing Suite and the Recreation Module. The Rolls-Royce Bespoke Collective seeks challenges from Rolls-Royce patrons as they dream up new and creative uses for these spaces.

Strength and power underline Cullinan’s design for supreme luxury. Headlights and air intakes are deep set into the front face, with a prominent brow accentuated by daytime-running LEDs. A newly-designed chamfered Pantheon grille protrudes forward to denote strength, combining with defined vertical and horizontal lines create a powerful visage.

Cullinan’s bold rear features a profile that sports a two-part, ‘D-Back’ format unique to the segment, with a ‘bustle’ back inspired by classic 1930s Rolls-Royce tourers that required luggage to be mounted at the exterior of the motor car. The tailgate opens and closes its two sections automatically at the touch of the key fob button.

Step inside the coach doors of Cullinan – the only SUV to feature this Rolls-Royce signature method of entry and egress – and occupants are treated to authentic Rolls-Royce luxury and craftsmanship.

Symmetrical lines and luxurious materials emphasise Cullinan’s inherent strength and attention to detail. A modern horseshoe graphic outlines the bolster of Cullinan’s newly-designed seat, and parts of the fascia are clad in a newly developed ‘Box Grain’ black leather – a rolled and pressed upholstery similar to that used in high-end couture.

Cullinan MR Interior

The top pad shields a fully-digitised LCD TFT display, fashioned like a wing to suggest muscularity and movement. For the first time in a Rolls-Royce, touch-screen entertainment systems at the front and rear integrate with the traditional Spirit of Ecstasy rotary controller to enable access to a suite of cutting-edge features in the driver-focused cockpit.

Cullinan boasts some of the best technology in its segment, including Laser Headlights (600m range); Night Vision (300m), Vision Assist (1000m – oncoming vehicles), daytime and night-time Pedestrian warning; Alertness Assistant; a 4-Camera system with Panoramic View, all-round visibility and helicopter view; Active Cruise Control; Collision Warning; Cross-Traffic Warning, Lane Departure and Lane Change Warning; an industry leading 7×3 High-Resolution Head-Up Display, Wi-Fi hotspot, and the latest Navigation and Entertainment Systems.

For those not behind the wheel, the world’s most spectacular scenery can now be from a  privileged position. Those in the rear sit higher than those in the front of the car on Rolls-Royce’s Pavilion Seating, enjoying grandstand views of their surroundings thanks to the large glazed area of Cullinan’s side windows and industry-leading panoramic glass roof.

Cullinan MR Interior

The cabin is equipped with no less than five USB-C ports, whilst phones can be wirelessly charged in the front of the cabin to ensure undisturbed connectivity, no matter where the adventure leads.

At the heart of Cullinan sits a 6.74-litre twin-turbocharged V12 engine, developed from the ground up to provide effortless torque at extremely low revs. Peak motivation at 850Nm is available from just 1,600rpm, coupled to an all-wheel drive system via an 8-speed transmission, enabling Cullinan to rise from the get-go with grace and pace.

Cullinan MR Interior

Complementing the powertrain is Cullinan’s four-corner air suspension system, giving the car unmatched levels of versatility. The car can be lowered by 40mm to make entry effortless through iconic Rolls-Royce coach doors, or raised 40mm to traverse any terrain.

The Rolls-Royce Cullinan presented in Singapore is finished in Magma Red, with a Tan and Black interior. Prices for Cullinan in Singapore start at SGD 1,268,888. Further information can be accessed via the Rolls-Royce Motor Cars Singapore website.

Post Menarik