Utama Blog Halaman 96

Infinix AI Buds Redefines Communication with Real-Time Translation in 162 Languages, Available Now for RM399

Infinix, a trendy tech brand for young consumers, is proud to highlight the availability of its groundbreaking Infinix AI Buds, both in stores and online.

These innovative earbuds transcend language barriers by supporting real-time translation in an impressive 162 languages, while delivering premium sound quality, adaptive noise cancellation, and a stylish transparent charging case with an interactive touchscreen.

Industry-Leading AI Translation in 162 Languages 

Infinix AI Buds offer real-time translation capabilities across 162 languages, enabling seamless multilingual conversations without external devices.

Powered by Infinix’s proprietary CogLabs AI engine, the earbuds feature Conversation Translation mode for smooth face-to-face dialogues and Real-Time Interpretation mode for simultaneous translation of speeches and audio.

Additionally, the speech-to-text transcription function provides reliable text records of meetings and lectures. Recognized for its accuracy, Infinix’s translation technology simplifies global communication, making interactions effortless and precise.

“At Infinix, we stand firm in our belief that technology should break barriers and create accessibility, especially in a multicultural country like Malaysia” says Tommy Xiong, Country Director of Infinix Malaysia,

“More than just audio devices, the Infinix AI Buds are intelligent tools that will help Malaysians connect, collaborate and understand others with ease – making it a breeze to interact with people from different cultures at home, or navigate conversations while travelling abroad.”

realme Lancar Buds Air7 Pro dan Magnetic Cooling Clip, Bermula Dari RM149

realme, jenama telefon pintar yang berkembang paling pesat di dunia, telah melancarkan dua aksesori baharu bersama dengan siri realme GT 7: realme Buds Air7 Pro dan realme Magnetic Cooling Clip. Gabungan ini menjadikan pilihan yang ideal untuk pengguna yang mementingkan prestasi.

realme Buds Air7 Pro: Fon Telinga Premium Dikuasakan AI

realme Buds Air7 Pro membawa pengalaman penggunaan fon telinga ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan pembantu Gemini AI pertama dalam segmennya.

Ia menampilkan fungsi seperti AI Live Translator, Face-to-Face Translator, dan AI Inquiry – membolehkan terjemahan bahasa secara masa nyata, komunikasi pelbagai bahasa yang lancar, dan akses maklumat segera. Ini menjadikan Buds Air7 Pro antara fon telinga paling pintar dalam kelasnya.

Untuk penggemar audio, Buds Air7 Pro hadir dengan pemacu Dual-DAC 11+6mm yang diperakui Hi-Res, menawarkan kualiti audio yang bertenaga, jelas dan seimbang – dengan ketahanan bateri sehingga 48 jam main balik.

Ia juga dilengkapi dengan pembatalan hingar 53dB dan 6-mikrofon AI Deep Noise Cancellation, memastikan pengalaman mendengar yang bebas gangguan. Reka bentuk Aviation Aluminium pula menambahkan sentuhan premium pada fon telinga ini.

Secara keseluruhan, Buds Air7 Pro menggabungkan teknologi AI yang canggih dengan kualiti audio yang mantap – menetapkan penanda aras baharu untuk peranti audio pintar.

realme Magnetic Cooling Clip: Penyejuk Pintar untuk Permainan Mobile

realme turut memperluaskan barisan aksesori mereka dengan pelancaran Magnetic Cooling Clip. Dikuasakan oleh kipas tujuh bilah berkelajuan tinggi, klip ini mampu menurunkan suhu telefon sehingga 32°C, memastikan peranti kekal sejuk dan selesa untuk sesi permainan yang panjang.

Dengan berat hanya 53 gram, klip ini boleh digunakan dengan dua cara pemasangan: magnetik atau clip-on, bergantung pada jenis peranti.

Perjuangan Tanpa Sempadan, Kenal Erti Kemanusiaan – NGO Antarabangsa 

Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, anak-anak yatim yang tinggal di kampung perlu di bela kerana mereka kebanyakan tinggal di dibawah jagaan ibu bapa atau ahli keluarga terdekat kerana kematian ibu atau bapa mereka.

“Kebanyakan mereka hidup susah berbanding di negara kita ada pusat penjagaan anak- anak yatim yang teratur termasuk pendidikan. Namun di sini tidak ada jaminan anak-anak yatim mendapat pendidikan terbaik.

“Kebanyakan mereka berhenti sekolah dalam usia yang muda kerana kesempitan hidup yang mereka alami,” katanya ketika mengadakan lawatan ke kampung sempadan Kemboja-Vietnam di sini, semalam.

Katanya, beliau melihat perjuangannya ngin melihat anak-anak yatim tidak ketinggalan dari segi pendidikan  dan mereka ini mesti di bela oleh pihak yang ada kemampuan.

“Pendidikan adalah asas kehidupan mereka. Kerana mereka masih lagi jauh untuk melihat masa depan ..semua pihak perlu bantu bagi impian ini anak-anak yatim berjaya selain mengubah nasib anak-anak yatim yang lain menjadi realiti.

Jualan Hari Pertama Siri HONOR 400 Bermula Nikmati Hadiah Eksklusif Sehingga RM598

Siri HONOR 400 yang baharu mula dijual secara rasmi di seluruh negara, hari ini. Susulan kejayaan mencipta rekod pratempahan selama seminggu, Siri HONOR 400 telah mengatasi pencapaian pratempahan bagi model terdahulu.

Populariti luar biasa ini mencerminkan sokongan padu pengguna Malaysia terhadap keupayaan pengimejan bertaraf flagship Siri HONOR 400, termasuk Kamera Utama Super Sensing 200MP dan kemajuan teknologi AI Imaging Generasi Baharu. Gabungan ciri-ciri canggih dan kemudahan serta aplikasi kepada pengguna telah menerima pujian meluas dari seluruh negara.

Nikmati Pakej Hadiah Eksklusif Bernilai Sehingga RM598, Serta Tambahan Jam Tangan Kecergasan PERCUMA

HONOR 400 Pro (24GB + 512GB) dijual pada harga RM2,699 dengan pilihan warna Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black. Setiap pembelian didatangkan bersama HONOR Choice Watch 2i dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun bernilai RM598.

HONOR 400 pula ditawarkan pada harga RM1,899 (24GB + 256GB) dan RM2,199 (24GB + 512GB) dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black. Pembeli akan menerima satu set hadiah percuma yang mengandungi HONOR Choice Earbuds X7e dan Jaminan Lanjutan 1 Tahun.

Tambahan pula, pembeli masih boleh menaik taraf storan 256GB kepada 512GB secara PERCUMA! Lebih menarik, pembelian varian 256GB dari kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada atau TikTok Shop akan menerima satu lagi hadiah tambahan iaitu jam kecergasan HONOR Band 10, tertakluk kepada ketersediaan stok.

Siri HONOR 400 boleh didapati melalui pelbagai platform utama, termasuk kedai HONOR Experience Store, laman sesawang rasmi HONOR, Shopee, Lazada, Harvey Norman, Senheng SenQ dan Urban Republic.

Hidupkan Kembali Memori – Daftar untuk Time Machine Studio di Jerayawara Siri HONOR 400! 

Selain itu HONOR turut teruja melangsungkan Jerayawara Siri HONOR 400 di tiga pusat beli-belah iaitu IOI City Mall, Putrajaya; AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru; dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Jerayawara pertama akan berlangsung di IOI City Mall mulai 4 hingga 8 Jun 2025. Pengunjung berpeluang mengalami sendiri Siri HONOR 400 dan juga mendaftar untuk menyertai aktiviti studio yang menarik iaitu Time Machine Studio dan Next-Gen AI Imaging Experience, yang mempamerkan ciri AI Image to Video yang canggih.

Sebagai telefon pintar pertama di dunia yang menawarkan teknologi revolusioner ini, Siri HONOR 400 membolehkan pengguna menghidupkan kenangan indah. Pengunjung boleh membawa gambar kenangan mereka, seperti gambar zaman kanak-kanak atau potret keluarga lama ke jerayawara ini dan menyaksikan AI mengubahnya menjadi video MP4 berdurasi 5 saat, sekali gus mengembalikan nostalgia.

Selain itu, pengunjung juga boleh memilih untuk mengubah foto mereka menjadi kandungan video imaginatif menggunakan AI Image to Video dan alatan penyuntingan AI berinovatif seperti AI Cutout, AI Eraser dan lain-lain.

Bayangkan dikejar dinosaur, terapung di udara, atau berada di mercu tanda ikonik di seluruh dunia. Sertailah HONOR di jerayawara ini dan melangkah ke dalam ‘mesin masa’ untuk saksikan bagaimana sekeping gambar boleh menjadi memori yang jelas dan hidup.

Pendaftaran untuk Time Machine Studio dan Next-gen AI Imaging Experience boleh dibuat melalui pautan di sini, dan peserta terpilih akan dihubungi melalui emel. Slot adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk lebih sentuhan kreatif, pengunjung juga boleh mendapatkan lakaran potret mereka daripada artis tempatan berbakat secara terus dengan tablet HONOR Pad 10 yang baru dilancarkan. Ini menjadikan pengalaman mengunjung jerayawara Siri HONOR 400 satu pengalaman peribadi yang unik.

Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Eksklusif Bernilai RM75,000!

Keseronokan tidak terhenti di situ! Dengan pembelian satu peranti HONOR berharga RM1,000 ke atas, pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah menarik, dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM75,000.

Hadiah-hadiah ini termasuk HONOR Choice Robot Cleaner R2, HONOR Choice Earbuds X5, sebuah beg pakaian kabin pelbagai fungsi, dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang sesuatu yang istimewa!

Berikut adalah tarikh Jerayawara Siri HONOR 400 di tiga lokasi:

  • IOI City Mall, Putrajaya: 4 – 8 Jun 2025
  • AEON Tebrau City, Johor Bahru: 1 – 6 Julai 2025
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang: 16 – 20 Julai 2025

Kuasa, Prestasi dan Ketelitian – Siri HONOR 400 Tawar Pengalaman Flagship Bagi Setiap Pencipta Kandungan

Siri HONOR 400 direka khas untuk penggemar fotografi dan pencerita visual, menggabungkan perkakasan kamera bertaraf flagship dengan alat pengimejan AI yang inovatif. Ia menampilkan Kamera Utama Super Sensing 200MP dengan OIS dan EIS untuk foto yang tajam dan jelas.

Model Pro ditambah dengan Kamera Telefoto AI 50MP dengan zum super sehingga 50X dan OIS. Kedua-dua Pro dan model standard turut menampilkan Kamera Swafoto Potret 50MP bagi hasil yang mengagumkan dari sebarang sudut.

Dari segi prestasi dan pengalaman pengguna, Siri HONOR 400 dilengkapi dengan Bateri Silikon-Karbon 6,000mAh, menawarkan pengecasan berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W atau 100W, dan pengecasan tanpa wayar sehingga 50W untuk kuasa pantas dan tahan lama.

Peranti ini juga menampilkan paparan AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak HDR sehingga 5,000 nits, dipertingkatkan dengan teknologi penjagaan mata seperti Cahaya Biru Rendah, Pemalapan PWM 3840Hz, Paparan Nyahfokus AI, dan mod Malam Sirkadia.

Siri ini juga menawarkan ketahanan yang lasak, dengan Pro diberi penarafan IP68 dan IP69, manakala model standard menerima penarafan IP65, menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai persekitaran.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my/.

This AI TV Understands You. But Can It Really Protect Your Eyes?

TVs have long been judged by how sharp the picture is, how rich the colours appear, and how loud the sound can go. But today, smart buyers are asking a different question: how does this TV actually support my lifestyle and health?

Samsung’s 2025 AI TV lineup doesn’t just aim to impress. It’s built to understand, adapt and protect. Thanks to Samsung’s new Vision AI[1] technology, these TVs go beyond crystal-clear visuals to offer a more personalized, eye-friendly viewing experience, no matter your room setting or content.

Smarter Viewing, Tailored to You

Powered by Samsung Vision AI, the 2025 AI TV lineup brings personalised and eye-friendly entertainment into your home. This advanced engine combines machine learning with visual recognition to analyse content in real time, detecting faces, scenes, lighting, and even on-screen text, and instantly adjusting picture settings to match.

Whether you’re watching a shadowy thriller at night or a vibrant kids’ show in a sunlit room, AI Picture[2] fine-tunes contrast, brightness, and colour balance to reduce eye strain and enhance clarity. AI Upscaling also plays a key role, turning older HD content into near, 4K or 8K quality without adding harshness or visual fatigue.

But perhaps the most underrated feature is the way these TVs learn your viewing habits. Over time, they understand what you watch and how you watch it – and subtly tweak visual settings for each user in the household. The result? Less squinting, less adjusting and more relaxing.

A TV That Knows the Room Better Than You Do11

Where you place your TV matters, and Samsung knows this. The 2025 AI TVs come with Adaptive Picture Pro, which senses ambient light and automatically adjusts brightness and contrast for optimal visibility. Whether your living room is flooded with sunlight or dimmed for a cosy evening, the screen remains comfortable to look at.

This feature is particularly helpful in Malaysia’s dynamic home settings, from open-plan living rooms to bedroom mini-cinemas.

[1] Samsung Vision AI features are available on 2025 Neo QLED, OLED, QLED (excluding Q6F model) and The Frame as of Q1 2025. Supported models may vary depending on the feature.

[2] Viewing experience may vary according to types of content and format. Upscaling may not apply to PC connection and Game Mode.

JBL Perkenal Tiga Model Baru Di Jerayawara City Of Sound Di One Utama Kuala Lumpur

JBL Charge 6

JBL®️, jenama audio gaya hidup yang terkenal di seluruh dunia di bawah Harman International, bersedia untuk mengubah lanskap bunyi runcit dengan Jerayawara City of Sound, yang berlangsung dari 27 Mei hingga 2 Jun 2025 di Pusat Beli-belah One Utama.

Orang ramai dijemput untuk menyelami dunia bunyi JBL yang mantap dan bertenaga dengan pelancaran inovasi terbarunya, diketuai oleh JBL Tour One M3 Smart Tx (TOM3 Smart Tx), dan disokong oleh pembesar suara mudah alih JBL Flip 7 dan JBL Charge 6 yang baru dikeluarkan yang dibuat untuk didengari!

Daripada persembahan yang mengasyikkan kepada himpunan pelancaran eksklusif dan zon interaktif, jerayawara itu menjanjikan pameran pengalaman untuk semua pencinta audio. Cuba sendiri setiap peranti fonik JBL yang menarik.

Sempena pelancaran itu, JBL memperkenalkan model JBL Tour One M3 Smart Tx, fon kepala atas telinga generasi akan datang yang direka bentuk untuk menyampaikan bunyi peringkat studio dengan kemudahan terbaik.

JBL Tour One M3 Smart Tx

Dibina dengan Pembatalan Bunyi Adaptif Benar, pengesanan suara Smart Talk dan pengawal inovatif yang berfungsi sebagai pemancar Bluetooth, penyama dan pengawal sambungan.

Manakala TOM3 Smart Tx menawarkan sehingga 70 jam main balik dan Bluetooth 5.3 dengan LE Audio untuk bunyi wayarles berkualiti tinggi.

Dengan Personi-Fi 2.0 onboard, setiap sesi mendengar ditala dengan sempurna mengikut keutamaan individu. Sama ada anda bekerja, melancong atau meninjau dunia, TOM3 Smart Tx membawakan fleksibiliti dan prestasi yang tiada tandingan.

Model JBL Flip 7 dan Charge 6 ialah teman yang sempurna untuk setiap gaya hidup. Kedua-dua model kini menampilkan AI Sound Boost, memberikan bass yang lebih dalam dan ketinggian yang lebih jelas walaupun pada volum yang lebih tinggi.

Flip 7 menawarkan masa bermain sehingga 16 jam, reka bentuk bertaraf IP68 yang anggun dan keserasian Auracast™️ untuk disegerakkan dengan pembesar suara JBL yang lain.

JBL Flip 7

Sementara itu, Charge 6 mendorong kemudahalihan lebih jauh, dengan bateri sehingga 28 jam, prestasi bass yang dipertingkatkan dan bank kuasa USB-C terbina dalam untuk memastikan peranti anda dicas semasa dalam perjalanan. Sama ada di pantai, berkelah atau pesta rumah – Flip 7 dan Charge 6 mengekalkan suasana hidup.

Di pameran tersebut turuy dipamerkan Siri JBL Jr khusus untuk pendengar yang lebih muda, fon kepala JBL Jr 320 dan Jr 320BT juga akan ditampilkan pada jerayawara – menawarkan had volum selamat dan reka bentuk berwarna-warni yang sesuai untuk kanak-kanak.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Harman APAC Audio Pengguna Grace Koh berkata, menerusi perkongsian runcit yang kukuh dan hubungan yang mendalam dengan budaya belia Malaysia, JBL telah meningkatkan keterlihatan jenama ini dengan ketara merentasi rantaian runcit utama dan saluran gaya hidup.

“Pendekatan tertumpu ini juga telah menjadikan JBL sebagai jenama audio mudah alih pilihan untuk Gen Z dan dewasa muda di Malaysia. Platform e-dagang kami yang kukuh dan konsisten dengan prestasi Lazada yang aktif dan konsisten. Penglibatan dalam acara ACG dan komuniti belia, menyerlahkan evolusi kejayaan JBL dalam menjadi jenama gaya hidup yang terkemuka di rantau ini,” katanya.

Semua produk JBL kini tersedia dan boleh dibeli di Lazada, Shopee dan semua peruncit terkemuka seperti ALL IT Hypermarket, Viewnet, Urban Republic, Thundermatch, Vivid Concepts, PC Image, SY Electric, THT, One Living, Harvey Norman, AES, Central Electronics, SS Audio, Brightstar Computers, Style Laser dan EKS.

Ketahui lebih lanjut mengenai Produk JBL di www.jblonlinestore.com.my.

Buku Bergambar Kanak-Kanak Pertama Paparkan Perjalanan Hidup PM Anwar

Kisah Datuk Seri Anwar Ibrahim sering dikongsi melalui biografi dan juga filem, tetapi buat pertama kali, kisah ini diceritakan dari perspektif kanak-kanak. Bertajuk Anwar Ibrahim: PMX Perjuangan Perdana, buku bergambar berwarna-warni ini, yang ditulis dalam Bahasa Melayu mudah, memudahkan kanak-kanak mempelajari tentang Perdana Menteri ke-10 Malaysia (PMX).

Membuat penampilan sulung, perjalanan inspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga dikenali sebagai PMX, kini diceritakan melalui sebuah buku kanak-kanak.

Bertajuk Anwar Ibrahim: PMX Perjuangan Perdana, buku penuh warna dan ilustrasi ini ditulis dalam Bahasa Melayu yang mudah, memudahkan kanak-kanak untuk mengenali Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Ditulis oleh Leela Chakrabarty dan diilustrasikan oleh Emiree Fazrin, buku ini bermula dari zaman kanak-kanak Anwar, melalui zaman persekolahan dan pengajian tinggi, sebelum mengupas perjalanan dewasanya dan kerjaya politik.

Dilahirkan di Cherok Tok Kun, sebuah kampung kecil berhampiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang, beliau memulakan pendidikannya di SK Stowell Bukit Mertajam.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya Kuala Lumpur, di mana beliau mengasah kemahiran kepimpinannya melalui pelbagai gerakan dan kelab, satu pengalaman yang mencetuskan minatnya terhadap politik dan membantu membentuk laluan beliau ke arah menjadi Perdana Menteri.

Menurut Pengurus Penerbitan Puru Raman, ini merupakan buku pertama mengenai PMX yang ditulis untuk pembaca peringkat sekolah. Penulisnya mendapat inspirasi untuk menceritakan perjalanan luar biasa beliau — yang merentasi 25 tahun penuh cabaran, termasuk pengkhianatan dan halangan, sebelum akhirnya menjadi Perdana Menteri.

“Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, ketabahan Perdana Menteri dalam mengharungi rintangan dan perjuangan tersebut adalah satu kisah yang wajar dikongsi. Saya berharap generasi muda dapat mempelajari nilai-nilai penting daripada kisah hidup beliau — prinsip seperti ketekunan, keazaman, dan pentingnya kerja keras,” katanya.

Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan, dengan enam bulan untuk penyelidikan dan penulisan, dan enam bulan lagi untuk ilustrasi. Ini adalah buku pertama dalam siri yang akan ditulis dan diilustrasikan tentang pemimpin-pemimpin semasa dan terdahulu negara.

“Kami mahu murid sekolah mengenali pemimpin-pemimpin yang telah berusaha keras demi negara dan membuat pengorbanan untuk membina negara. Generasi akan datang adalah masa depan, dan penting untuk memberi inspirasi kepada mereka agar terus bersemangat dan tabah walaupun ketika berdepan cabaran.”

Buku ini kini diterbitkan dalam Bahasa Melayu, dengan rancangan untuk diterjemahkan ke dalam bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil pada masa hadapan bergantung kepada permintaan.

Diterbitkan oleh PEN International Sdn Bhd, PMX Perjuangan Perdana dijual pada harga RM24.90 di kedai buku utama seperti Popular, Kinokuniya, MPH, dan kedai buku bebas lain.

Untung Sebelum Cukai Ge-Shen Lonjak 240.3 Peratus Pada Suku Pertama 2025

Ge-Shen Corporation Berhad (Ge-Shen), mengumumkan keputusan kewangannya yang belum diaudit untuk suku pertama berakhir 31 Mac dengan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) meningkat sebanyak 240.3 peratus kepada RM5.84 juta berbanding suku keempat 2024.

Bagi suku dalam tinjauan, Ge-Shen mencatatkan hasil sebanyak RM54.49 juta, mewakili penurunan 26.2% tahun ke tahun daripada RM73.85 juta pada S1 TK2024.

Hasil yang lebih rendah disebabkan terutamanya oleh kesan tarif AS, yang menjejaskan prapesanan yang dibuat pada Disember 2024.

Namun begitu, Kumpulan mencapai peningkatan 24 peratus dalam PBT daripada RM4.71 juta pada suku pertamq 2024, disokong oleh kawalan kos dalaman yang teguh.

Ketua Pegawai Eksekutif Ge-Shen Dr. Adrian Foong Hong Nian, berkata syarikat berterima kasih kepada para pemegang saham atas kepercayaan dan kelulusan berterusan mereka terhadap resolusi penting yang akan membentuk fasa pertumbuhan seterusnya Ge-Shen.

“Kami berbesar hati untuk menyampaikan pendapatan yang lebih kukuh walaupun menghadapi cabaran luaran. Ketahanan operasi kami, pengoptimuman kos yang berterusan dan pelaburan strategik kepada pelanggan terus membuahkan hasil dan projek bernilai tinggi.

“Peluang dalam rantaian bekalan EMS dan semikonduktor, terutamanya di Malaysia dan Vietnam Hasil daripada usaha pemerolehan dan automasi kami, kami menjangkakan momentum berterusan pada masa hadapan,” katanya.

Pada masa sama, Syarikat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 (“AGM”) awal hari ini. Semua resolusi, termasuk yuran pengarah, pemilihan semula pengarah, pelantikan juruaudit, pembaharuan kuasa penerbitan saham, dan mandat pembelian balik saham, telah diluluskan oleh pemegang saham dengan sokongan penuh, di mana pemegang saham juga menerima laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan jangka panjangnya, Ge-Shen menyelesaikan langganan 60 peratus kepentingan ekuiti dalam Amity Technical Services & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan Amity Research & Development Sdn. Bhd. pada Januari 2025.

Pengambilalihan ini dijangka meningkatkan keupayaan Kumpulan dalam perkhidmatan kejuruteraan dan inovasi teknikal, meluaskan jangkauannya dalam sektor elektronik dan EMS.

HoYo FEST 2025: Acara HoYoverse Paling Dinantikan Di Asia Tenggara Kembali Julai Ini!

Raikan HoYo FEST yang akan kembali tahun ini bersama peminat Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero!

Diadakan dari 24 hingga 27 Julai 2025, HoYo FEST menjemput peserta dan peminat dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam untuk meraikan permainan kegemaran mereka dari HoYoverse bagi mencipta kenangan yang sukar dilupakan.

Peminat HoYoverse Dijemput Hadir

Kini memasuki tahun kelima, acara utama HoYoverse di Asia Tenggara — yang semakin berkembang dari tahun ke tahun — akan dijalankan di enam bandar.

Peminat HoYoverse akan disajikan dengan pelbagai aktiviti selama empat hari, termasuk booth yang diinspirasi oleh permainan kegemaran masing-masing.

Mereka juga berpeluang membawa pulang barangan percuma eksklusif Genshin Impact, Honkai Impact 3, Honkai: Star Rail, dan Zenless Zone Zero, membeli barangan eksklusif HoYo FEST, menyertai cabutan bertuah, serta menikmati hasil karya peminat di Artist Alley HoYo FEST.

Menyokong Kreator dan Artis Peminat

Selepas diperkenalkan di Indonesia dan Vietnam pada HoYo FEST 2024, Artist Alley akan diperluaskan ke setiap lokasi HoYo FEST di seluruh Asia Tenggara tahun ini.

Lazim dianjurkan di konvensyen Animasi, Komik dan Permainan (ACG), Artist Alley ialah tempat di mana artis tempatan mempamer dan menjual karya mereka yang diinspirasi oleh ACG.

Di HoYo FEST 2025, peminat boleh mendapatkan barangan bertema HoYoverse daripada artis dan kreator tempatan kegemaran masing-masing. Ini merupakan kali pertama syarikat permainan membenarkan penjualan barangan ciptaan peminat di acara anjurannya sendiri di Asia Tenggara.

Selain itu, dengan Segmen Pentas baharu, Cosplayer, Kreator dan Artis Peminat boleh menonjolkan bakat mereka di pentas HoYo FEST. HoYoverse berbangga menyambut barisan kreator dan artis peminat yang diinspirasi oleh permainan HoYoverse untuk menampilkan bakat di Artist Alley dan juga di Pentas Utama. Senarai penuh kreator dan artis peminat yang akan diumumkan pada akhir bulan Jun.

Tiket Dijual Tidak Lama Lagi

Tiket untuk HoYo FEST akan mula dijual mulai 24 Jun 2025, jam 11:00 pagi (UTC+8) di laman web rasmi HoYo FEST di https://hoyo.link/wqjjLntrY 

Peminat boleh memilih sama ada untuk membeli Pas Sehari, Pas Berbilang Hari atau Pas Segera. Pas Segera akan datang dengan pelbagai keistimewaan termasuk kemasukan awal, barangan percuma eksklusif dan akses keutamaan ke booth dan aktiviti HoYo FEST.

Perhimpunan Terunggul Untuk Peminat HoYoverse

Daripada barangan eksklusif sehinggalah pameran komuniti yang meriah, HoYo FEST 2025 merupakan acara utama untuk semua peminat HoYoverse berkumpul, berhubung dan meraikan kreativiti dan kecintaan mereka terhadap permainan. Kami tidak sabar menyambut kehadiran anda ke HoYo FEST pada bulan Julai ini.

Untuk maklumat penuh acara dan pembelian tiket, sila lawati laman web rasmi HoYo FEST 2025: https://hoyo.link/wqjjLntrY

Hotlink Perkenal Pas Bulanan Internet Tanpa Had RM25 dan RM55

Hotlink terus menawarkan nilai terbesar, harga terendah untuk pelanggan prabayar dan
pascabayar, memenuhi keperluan golongan pengguna bijak berbelanja dan generasi celik
digital.

Sama ada untuk penstriman, permainan dalam talian, media sosial atau kekal berhubung dengan rakan dan keluarga, pelan Hotlink pasti mampu kini didatangkan dengan nilai terhebat dan ganjaran menarik.

Berkongsi tip bijak untuk meraih nilai maksimum seperti seorang pro, Hotlink telah melancarkan sebuah filem baharu yang menampilkan ‘Geng Bijak Berbajet’ – sekumpulan
belia yang bijak berbelanja dalam kehidupan digital harian mereka.

Filem ini mengisahkan tiga anak muda Malaysia yang bijak mengatasi cabaran harian dengan membuat pilihan cerdik – sama ada menebus ganjaran, merancang bajet, atau memaksimumkan pelan internet mudah alih mereka – semuanya dikuasakan oleh Hotlink.

Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis berkata: “Pelan Hotlink direka
untuk memastikan pengalaman kekal berhubung, termaklum dan terhibur tetap pasti mampu untuk semua.

Dengan internet tanpa had di rangkaian Jaguh 5G terpantas kami, serta ganjaran hebat, dan juga telefon 5G percuma bagi pelanggan yang menaik taraf ke pelan Hotlink pascabayar – kami menawarkan sesuatu untuk semua.”

Hotlink juga memperkenalkan pas bulanan Internet Tanpa Had Hotlink RM25 dan RM55,
yang menawarkan lebih fleksibiliti dengan internet 5G tanpa had.

Post Menarik