Utama Blog Halaman 936

Saleem Kini Dirawat Di PPUKM – Henti Sebar Berita Tidak Benar

Anak kepada penyanyi terkenal tanah air Saleem, Syafiq Farhain kesal dengan penularan berita palsu kononnya bapanya meninggal dunia sejak pagi semalam.

SYAFIQ yang terkejut dengan penularan berita palsu itu meminta mereka yang tidak bertanggungjawab tampil memohon maaf sambil menghentikan penyebaran berita yang bukan hanya menyusahkan ahli keluarganya malah juga kepada peminat setia bapanya.

Syafiq (kiri)

“Bengang tu mesti ada sebab ada orang suka-suka buat cerita tanpa soal siasat…ikut suka dia je…jika cerita lain mungkin boleh diterima tapi ini soal kematian dipermainkan.

“Saya merayu dan harap hentikanlah menyebar cerita palsu ini, jika tidak tahu lebih baik duduk diam dan jangan susah-susah nak fikir untuk reka cerita karut itu dan sebaiknya tampil memohon maaf,” kata Syafiq yang bakal beraksi pada pentas final Big Stage malam esok.

Saleem, 56 atau nama sebenarnya A.M Salim Abdul Majeed yang popular dengan lagu Suci Dalam Debu sebelum ini dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku berdekatan rumahnya di Bandar Mahkota Cheras, Khamis lalu.

Saleem berasal dari Setiu, Terengganu yang menunggang motosikal Yamaha LC dikatakan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta yang menyebabkan dirinya tercampak mengakibatkan tulang rusuknya patah dan salah satunya tertusuk pada organ paru-paru.

Beliau sebelum itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kajang.

Sementara itu, Julia Bachok isteri penyanyi, Saleem menafikan berita tentang suaminya yang dilaporkan sudah meninggal dunia akibat kemalangan motosikal, baru-baru ini.

Menurut Julia yang juga bertindak sebagai Pengurus Saleem berkata, suaminya sudah dipindahkan ke Pakar Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) hari ini dari Hospital Kajang.

“Saya berharap peminat Saleem dapat mendoakan agar beliau cepat sembuh,” katanya

Maxis Dan Google Anjur eKelas Tentang Program ‘Be Internet Awesome’

Maxis telah bekerjasama dengan Google untuk menjalankan sesi latihan menggunakan program literasi digital Google, bertajuk ‘Be Internet Awesome’, untuk lebih daripada 150 peserta mengenai keselamatan Internet.

LATIHAN ini sejajar dengan Klik Dengan Bijak, iaitu sebuah inisiatif mantap dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyokong penggunaan Internet yang positif dan bertanggungjawab.

Sesi latihan yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan pelbagai alat-alat digital untuk mencipta kata laluan yang selamat, mengelak penipuan (scam) dan menghadapi masalah cyberbullying.

Para peserta terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus dari Pusat Internet (Community Broadband Centre – CBC) di seluruh negara dan sukarelawan Maxis. Kesemua CBC ini, yang dimiliki oleh SKMM, berfungsi sebagai hub digital bagi komuniti-komuniti di kawasan yang kurang mendapat perhatian.

Para pelatih yang baharu ini akan membantu untuk membimbing pelajar Maxis eKelas mengenai asas keselamatan atas talian dan bagaimana untuk menjadi pengguna Internet yang yakin.

eKelas, program komuniti utama Maxis, adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar.

Fokusnya adalah pada tiga mata pelajaran – Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris – untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. eKelas menawarkan gabungan tutorial langsung, pembelajaran kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia. Ia disampaikan di 55 CBC yang terletak di 10 negeri.

“Saya mengalu-alukan kerjasama antara Maxis dan Google ini, kerana ia membantu melengkapkan program Klik Dengan Bijak kami yang mengajar mengenai keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab, dengan penekanan kepada pengawalan diri dalam membendung penyalahgunaan Internet.

Ia juga menunjukkan komitmen berterusan kami ke arah mewujudkan minda yang matang dan bertanggungjawab di era Internet ini. Kami gembira melihat matlamat bersama ini dalam membantu generasi masa depan menggunakan Internet secara bijak dan sebaik mungkin,” kata Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, Ketua Pegawai, Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital, SKMM.

“Keselamatan digital adalah salah satu isu yang paling penting kita hadapi sebagai sebuah masyarakat, terutamanya dengan generasi baharu sekarang yang celik Internet dan mempunyai akses 24 jam sehari.

“Ia amat penting bagi kami untuk membantu pelajar dan golongan muda menjadi warga digital yang bertanggungjawab. Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada program Maxis ini dan saya yakin bahawa sesi eKelas yang menghiburkan ini akan memulakan perbualan yang bermakna mengenai keselamatan dan penghormatan digital di rumah, sekolah dan tempat-tempat lain,” kata Su Ann Lim, Ketua Industri, Google Malaysia.

“Salah satu daripada cita-cita kami untuk eKelas adalah untuk membawa pembelajaran digital kepada komuniti, dengan menggunakan Internet sebagai platform yang penting untuk menyediakan pelajar dengan sumber dan kandungan untuk keperluan pembelajaran mereka.

Oleh itu, ia amat penting dan tepat pada masanya bagi kami untuk melengkapkan Pengurus dan Penolong Pengurus CBC untuk membantu pelajar eKelas yang mengambil bahagian dalam program jangkauan komuniti utama kami ini untuk menikmati pengalaman digital yang selamat,” kata Robert Nason, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis

Latihan ‘Be Internet Awesome’ adalah berdasarkan modul yang disediakan oleh Google, yang meliputi lima bidang utama:
• Share with Care (Be Internet Smart)
• Don’t Fall for Fake (Be Internet Alert)
• Secure Your Secrets (Be Internet Strong)
• It’s Cool to Be Kind (Be Internet Kind)
• When in Doubt, Talk It Out (Be Internet Brave)

Selain daripada sesi latihan ini, kerjasama Maxis dengan Google termasuk menggabungkan kandungan celik digital – dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia – ke dalam portal eKelas dan tutorial secara langsung.

AirAsia BIG lancar BIG Xchange, Platform Mata Ganjaran Penerbangan Pertama Di Dunia

(Tiga dari kiri) Ketua Kad Kredit & Pengguna Citi Malaysia, Federico Grigera, Ketua Perniagaan Pengguna Citi Malaysia Elaine Fan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Loyalty Sereen Teoh dan Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG Loyalty Victor Kaw di pelancaran AirAsia BIG Xchange

AirAsia BIG Loyalty melancarkan BIG Xchange, platform penukaran mata ganjaran penerbangan pertama di dunia, untuk Ahli BIG menukar Mata Ganjaran BIG dan mata ganjaran daripada rakan niaga terpilih dengan mudah dan segera.

BERMULA 25 September 2018, Ahli BIG boleh menghubungkan akaun program kesetiaan mereka dengan rakan niaga yang mengambil bahagian melalui BIG Xchange – yang tersedia di aplikasi mudah alih AirAsia BIG Loyalty – menjadikannya lebih mudah untuk menukar Mata Ganjaran BIG dalam satu platform daripada program kesetiaan rakan kongsi gaya hidup dan kewangan kami.

(Tiga dari kiri) Ketua Kad Kredit & Pengguna Citi Malaysia, Federico Grigera, Ketua Perniagaan Pengguna Citi Malaysia Elaine Fan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Loyalty Sereen Teoh dan Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG Loyalty Victor Kaw di pelancaran AirAsia BIG Xchange

Dengan rakan niaga pertamanya Citi Malaysia di platform BIG Xchange, pemegang kad kredit Citi kini boleh menukar mata ganjaran Citi Rewards atau PremierMiles ke Mata Ganjaran BIG dan nikmati Promosi Final Call bulanan dengan diskaun tambang sehingga 90 peratus yang eksklusif untuk ahli sahaja.

Kerjasama ini juga bakal disertai oleh Citi Thailand, serta beberapa rakan niaga lain yang mempunyai program kesetiaan dalam beberapa bulan yang akan datang.

Sempena pelancaran BIG Xchange, pemegang kad kredit Citi yang menukar Mata Ganjaran Citi atau PremierMiles ke Mata Ganjaran BIG akan mendapat bonus 50 peratus daripada Mata Ganjaran BIG bermula 25 September hingga 15 Oktober 2018 dan seterusnya bonus 30 peratus hingga akhir tahun ini.

Di samping itu, pemegang kad kredit Citi yang mendaftar kad mereka di platform BIG Xchange dalam tempoh promosi ini akan menerima ganjaran berupa 200 Mata Ganjaran BIG untuk satu kad kredit Citi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Loyalty Sereen Teoh berkata, “Penukaran mata ganjaran adalah cara terpantas untuk Ahli BIG mengumpul mata ganjaran mereka.

Dengan membenarkan para ahli untuk menukar mata ganjaran antara Program Kesetiaan BIG dan rakan niaga kami, mereka mempunyai lebih banyak kebebasan untuk membelanjakan mata ganjaran mereka, tanpa mengira dari mana ia diperolehi.”

Ketua Perniagaan Pengguna Citi Malaysia Elaine Fan berkata, “Citi adalah rakan pertama AirAsia dalam platform digital inovatif untuk pemegang kad kredit dan kerjasama ini meletakkan Citi di barisan hadapan dalam melaksanakan inovasi strategi perhubungan pelanggan melalui pendigitalan. Citi dan AirAsia mempunyai semangat yang sama untuk terus maju.

Revolusi digital kini mengubah keutamaan pengguna dan interaksi perniagaan. Justeru, kami teruja untuk melihat keutamaan pengguna yang lebih luas terutamanya di kalangan generasi Millennial yang semakin meningkat bagi kategori penyelesaian dan perkhidmatan kewangan digital.

Citi merupakan peneraju utama bagi bank digital global dan memanfaatkan kelebihan hubungan global, kerjasama dalam bidang e-dagang dan kuasa keupayaan digitalnya untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.”

Kini, rakan dalam kategori kewangan BIG Loyalty termasuklah Maybank, Public Bank, UOB, CIMB, Standard Chartered Bank di Malaysia, Citi Thailand dan KBank Thailand di Thailand, serta Bank Negara Indonesia dan Bank Central Asia di Indonesia dan banyak lagi.

AirAsia BIG Loyalty juga telah mencapai 20 juta ahli, dan untuk meraikannya, BIG Loyalty menawarkan sejumlah 20 juta Mata Ganjaran BIG untuk ahli yang paling aktif bermula 1 September hingga 30 November 2018 sebagai sebahagian daripada peraduan #WeAre20MilBIG.

Ahli BIG yang mengumpul, menebus dan menukar mata ganjaran terbanyak dalam tempoh ini akan berpeluang untuk memenangi 20,000 Mata Ganjaran BIG setiap minggu, dan hadiah utama berupa 200,000 Mata Ganjaran BIG pada akhir bulan ketiga.

Ahli BIG yang menukar Mata Ganjaran BIG terbanyak daripada kad kredit atau rakan niaga yang mengambil bahagian juga berpeluang untuk memenangi 50,000 Mata Ganjaran BIG semasa kempen ini.

Ahli AirAsia BIG boleh mengambil bahagian dengan mengumpul Mata Ganjaran BIG daripada penerbangan terpilih AirAsia, BigPay atau di lebih 160 rakan niaga di 6 pasaran utama di Asia Pasifik, atau dengan menukar mata ganjaran dari bank dan rakan niaga yang lain.

Para ahli juga boleh menebus penerbangan AirAsia, penginapan hotel dan aktiviti pelancongan yang menarik untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di airasiabig.com.

Yamaha NVX 155 GP Edition Mula Berada Di Pasaran

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan satu lagi model GP Edition menerusi model NVX 155.

YAMAHA NVX 155 GP Edition itu mula berada di kedai pengedar sah motosikal Yamaha bermula 21 September ini pada harga cadangan pengeluar RM10,606.

Melihat kepada harga yang dikeluarkan oleh HLYM itu selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula September ini, harga NVX GP Edition ini adalah lebih RM700 berbanding model biasa yang diletakkan pada harga RM9,906.

Keistimewaan model GP Edition ini dapat dilihat menerusi penampilan sticker menggunakan grafik seperti jentera M1 yang digunakan oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam perlumbaan MotoGP.

Selain itu, pembeli model ini juga akan menerima jaket edisi khas NVX GP Edition dan sijil pemilikan.

Celcom Tawar Diskaun 50 Peratus Bagi Pelan Internet Fiber Di Sabah

Perkhidmatan internet jalur lebar fiber yang ditawarkan oleh Celcom Axiata Berhad bagi penduduk dan pemilik perniagaan di negeri Sabah – Celcom Home Fibre™ dan Celcom Business Fibre™ – kini telah ditambahbaik untuk memberikan lebih daripada dua kali ganda kelajuan dengan harga berpatutan.

SEMPENA sambutan Hari Malaysia, bermula daripada 16 September 2018, pelan Celcom Home Fibre™ dan Celcom Business Fibre™ akan didatangkan bersama kelajuan sehingga 100Mbps dan harga yang dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menyediakan akses jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga yang mampu dimiliki.

Pakej Celcom Home Fibre™ yang baru menawarkan pelanggan dengan internet fiber tanpa had dengan kelajuan sehingga 100Mbps pada harga RM120 setiap bulan, manakala harga yang lebih rendah bagi 40Mbps pada RM80 sebulan. Celcom Home Fibre™ juga didatangkan bersama penghala tanpa wayar percuma dan pemasangan percuma.

Kesemua pelanggan Celcom Home Fibre™ yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 100Mbps secara berperingkat sehingga akhir September 2018.

Pelanggan yang melanggan pelan Home Fibre™120 akan menikmati 10 kali ganda kelajuan internet tanpa sebarang bayaran tambahan. Manakala pelanggan Home Fibre™ 150 dan 180 pada kelajuan 20Mbps dan 40Mbps masing-masing akan menikmati kelajuan internet 100Mbps secara automatik dengan harga lebih rendah iaitu pada RM120 sebulan.

Bagi pemilik perniagaan pula, Celcom Business Fibre™ Gold Supreme menawarkan internet fiber berkelajuan tinggi tanpa had dengan kelajuan sehingga 100Mbps hanya pada RM130 sebulan, manakala Celcom Business Fibre™ Gold menawarkan internet fiber berkelajuan tinggi tanpa had dengan kelajuan sehingga 40Mbps pada RM90 sebulan.

Celcom Business Fibre™ juga didatangkan dengan pemasangan percuma, telefon dect percuma, dan penghala tanpa wayar percuma.

Kesemua pelanggan Celcom Business Fibre™ sedia ada akan dinaiktaraf secara berperingkat kepada 100Mbps sehingga penghujung September 2018 untuk menikmati internet berkelajuan tinggi dengan hanya RM130 sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Mohamad Idham Nawawi berkata, dengan perkembangan teknologi digital yang begitu pantas hari ini, setiap rakyat Malaysia seharusnya berpeluang untuk memiliki kemahiran digital dan akses kepada internet berkelajuan tinggi tanpa dibebani secara kewangan.

“Celcom ingin menjadikan perkhidmatan jalur lebar lebih mampu dimiliki dengan merendahkan sehingga separuh harga Celcom Home Fibre™ dan Celcom Business Fibre™, dan menawarkan kelajuan internet yang berganda.

“Kami akan terus berusaha untuk memperluas teknologi fiber dan akses internet jalur lebar kami bagi perusahaan dan komuniti di kawasan bandar dan luar bandar, serta menyokong agenda kerajaan dalam penembusan jalur lebar ke seluruh negara,” katanya.

Bagi pertanyaan mengenai Celcom Home Fibre™ atau Celcom Business Fibre™, pelanggan boleh terus menghubungi Perunding Khidmat Pelanggan kami di 1-300-11-3282 atau lawati Celcom bluecube berdekatan bagi memeriksa kawasan liputan bagi internet fiber. Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my

Jualan Eksport Proton Meningkat – 225 Unit Kereta Ke Mesir Sabtu Ini

PROTON, Northport and Mitsui OSK Lines heads at the beginning of the flag-off ceremony

PROTON mencatat satu lagi aktiviti eksport bagi 2018 di dalam satu majlis pelepasan di kilang Tanjung Malim semalam.

SEBANYAK 225 buah kereta Proton akan dihantar pada 22 September 2018 melalui Pelabuhan Utara, Klang dan dijangka tiba di Pelabuhan Alexandria, Cairo pada 6 Oktober.

Setibanya di sana, kereta-kereta tersebut akan dikendalikan oleh pengedar PROTON di Mesir iaitu Alpha Ezz El-Arab yang akan memasarkan kereta Proton melalui tujuh cawangan dan pengedar.

Majlis yang diadakan di Tanjung Malim ini menandakan eksport pertama kereta-kereta Proton ke Mesir sejak hampir tiga tahun dahulu.

Eksport yang terakhir merangkumi 320 unit kereta Proton Gen 2 dan Persona, yang telah dihantar pada Disember 2015 sebelum penyusutan nilai mata wang tempatan yang telah menjadi penghalang untuk meletakkan harga yang kompetitif bagi kereta-kereta tersebut.

Usaha-usaha yang dipamerkan oleh pengedar dan eksport alat-alat ganti yang berterusan telah memastikan keperluan pengguna-pengguna tempatan dapat dipenuhi sementara menunggu pemulihan ekonomi.

Dato’ Radzaif Mohamed delivering his speech

Dengan keadaan pasaran yang bertambah baik, PROTON kini berpeluang untuk melakukan semula aktiviti-aktiviti eksport dan memanfaatkan pasaran automotif yang dijangka mengalami pertumbuhan ketara pada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dalam masa  beberapa tahun akan datang.

Untuk menguatkan lagi kehadirannya adalah melalui tiga model keretanya yang akan diperkenalkan di pasaran tempatan ditambah dengan penambahbaikan kualiti pada produk selepas pelaksanaan proses-proses pengauditan produk yang digunapakai oleh Geely.

“PROTON berasa teruja kerana berpeluang untuk mengeksport kereta-keretanya di pasaran yang pada masa dahulu telah terbukti menjadi pilihan pembeli.

Pembeli-pembeli di negara itu menghargai keselamatan, keutuhan dan nilai harga jualan semula yang tinggi yang ada pada kereta-kereta Proton, iaitu kualiti yang terbukti pada ketiga-tiga model yang bakal dilancarkan di Cairo pada Oktober nanti.

Carriers departing Tanjung Malim for Northport

Untuk memastikan stok yang mencukupi, pengedar telah menempah 280 unit lagi yang akan dihantar bulan hadapan dengan sasaran sebanyak 1,000 buah kereta dalam tahun 2018,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Selain meneruskan penjualan kereta baharu di Mesir, Alpha Ezz El-Arab juga akan memperkenalkan Identiti Korporat baharu PROTON di tiga cawangan. Ini adalah langkah penting yang diambil kerana mereka merupakan pengedar luar negara yang pertama menggunakan Identiti Korporat baharu PROTON di bilik-bilik pameran.

“Langkah untuk menggunakan Identiti Korporat baharu menunjukkan pengedar kami bergerak seiring dengan matlamat kami untuk mewujudkan pengalaman jenama dan imej PROTON yang konsisten di peringkat antarabangsa. Ia juga membantu kami meningkatkan jualan kereta Proton di Mesir yang telah mencapai lebih daripada 13,000 unit sejak 2004,” katanya.

Surau Al Hijrah, Labuan Sabah Kini Dinaik Taraf Ke Masjid

Hampir 1,000 penduduk Kampung Sungai Miri, Labuan Sabah menyambut kesyukuran apabila Surau Al Hijrah menerima kelulusan untuk dinaik taraf kepada masjid baru-baru ini.

PENASIHAT surau itu, Hj Suib Nasir berkata, penduduk kampung menunggu perkhabaran gembira ini hampir 20 tahun untuk menaikkan taraf surau itu menerusi kelulusan diperolehi dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Datuk Dr Mustapha (tengah) bersama Suib Nasir (empat dari kiri) dan ajk masjid lain

“Kami bersyukur atas kerjasama semua pihak yang terlibat khususnya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kementerian Wilayah Persekutuan yang banyak membantu mendapatkan pengiktirafan ini. Tidak lupa kepada Ketua NGO Antarabangsa yang dari mula lagi memperjuangkan perkara ini,” katanya.

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam majlis ringkas ketika melawat kerja- kerja menaikkan taraf masjid itu berkata, berkat doa dan kesabaran penduduk dapat melihat usaha naik taraf surau ini tidak lama lagi.

“Kerja gotong royong, muafakat dan usaha gigih penduduk kampung membaiki surau ini dengan cara perbelanjaan penduduk tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan haruslah dipuji.

Melihat kerja pemasangan kubah Masjid

“Ini jelas dilihat menerusi kerja-kerja pemasangan kubah masjid yang sedang giat dilakukan malah tempat pemandian jenazah dan van jenazah juga sedang diusahakan,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya ahli jawatankuasa masjid ini memikirkan juga kaedah untuk menarik lebih ramai golongan muda datang ke masjid antaranya menyediakan kemudahan Intenet, membina kafe siber untuk golongan muda duduk dan berbincang.

Katanya, kemudahan lain seperti kedai kopi atau kedai runcit berdekatan masjid juga mampu menarik lebih ramai golongan muda mencintai masjid.

Datuk Dr Mustapha (tengah) bersama Suib Nasir (kanan) dan salah seorang ajk masjid

Beliau berkata, NGO Antarabangsa setakat ini telah berjaya membina 5 buah masjid di Kemboja dan memberi fokus kepada golongan muda dengan membina padang bola sekiranya kawasan masjid itu luas.

Dr Mustapha dalam pada itu mengingatkan peranan NGO bukan sekadar menyampaikan hasrat penduduk kampung tetapi yang penting NGO harus berhemah.

“Kita harus adil dan mengambil kira semua aspek misalnya sebelum kita mengeluarkan sebarang kenyataan, saya kena melihat sendiri masalah tersebut dan setelah merasakan ianya benar barulah kita menyalurkan masalah ini kepada pihak kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Datuk Dr Mustapha (kiri) melihat geran wakaf masjid dari imam Hj Samsudin Hj Nasir dan penduduk kampung Sungai Miri Labuan

“Tidak lupa juga pihak media massa yang banyak membantu dalam mempercepatkan proses ini. Oleh itu saya menyeru penduduk kampung dan ajk masjid perlu berterima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Perbadanan Labuan yang banyak memainkan peranan bagi merealisasikan hasrat penduduk bagi membina sebuah masjid,” katanya.

Menurutnya, kita juga perlu melihat keperluan anak-anak muda masa kini dengan menyediakan pelbagai program menjurus kepada minat generasi muda dan menarik mereka datang ke masjid.

Menceritakan pengalamannya berada di Kemboja, Dr Mustapha berkata, kehidupan penduduk  Islam di negara itu amat susah dan tidak banyak kemudahan sepertimana di negara ini.

“Mereka kecil-kecil lagi sudah berdikari dengan mencari duit membantu ibu bapa mengutip kerak getah atau mencari ikan di sawah dan menolong ibu bapa menanam sayur.

“Jadi bagi menarik mereka ke masjid sekiranya kawasan masjid itu besar, kita bina padang bola sepak dan sekiranya kecil kita buat tempat bermain sepak takraw dan kemudahan internet di masjid.

“Penduduk juga membina kedai makanan dan minuman berhampiran masjid bagi memudahkan mereka duduk sebelum masuk waktu solat dan alhamdulilah usaha ini membuahkan hasil,” katanya sambil menambah usaha itu menyaksikan ada penambahan golongan muda Kemboja ke masjid.

PRK Port Dickson: Mengundi 13 Oktober, Penamaan Calon 29 September

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson, Negeri Sembilan diadakan pada Sabtu, 13 Oktober 2018.

SPR juga menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu pada 29 September (Sabtu) manakala hari pengundian awal pada Selasa, 9 Oktober.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood yang mengumumkan perkara itu pada sidang media hari ini, berkata tempoh berkempen bagi PRK berkenaan ialah selama 14 hari.

“PRK Port Dickson melibatkan peruntukan RM3.6 juta kerana ia melibatkan kawasan yang luas dan Parlimen Port Dickson melibatkan lima Dewan Undangan Negeri di bawahnya,” katanya selepas mesyuarat khas berkaitan urusan PRK Parlimen Port Dickson di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Othman berkata, SPR meletakkan sasaran 70 peratus daripada 75,700 pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Port Dickson keluar mengundi pada PRK itu nanti.

Ini adalah PRK keempat selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, DUN Seri Setia dan DUN Balakong selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu. –Bernama

Tun Dr Mahathir Officiates 701st KFC Restaurant In UTM Gurney Mall

KFC Malaysia was honoured to receive a courtesy visit by Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad at KFC UTM Gurney Mall to officiate the opening of the newly-established KFC restaurant near Residensi UTMKL, Jalan Semarak today.

KFC UTM Gurney Mall was built from a strategic collaboration between QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), the sole operator of KFC and Pizza Hut restaurants in Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia Holdings Sdn Bhd (UTM), to enhance the commercial offerings and dining experience to the residents, students and working community around the area.

Ribbon cutting ceremony by Tun Dr Mahathir in conjunction with the launching of the KFC UTM Gurney Mall

Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, President & Chief Executive of Johor Corporation and Chairman of QSR Brands who was present today highlighted that the commercial collaboration with local public universities such as UTM is an excellent strategy for QSR Brands to expand its service network to leading campuses around the country.

“This will allow QSR Brands to further strengthen its position as a market leader in the country by tapping into the institutions’ resources.

The opening KFC UTM Gurney Mall marks our 22nd KFC restaurant this year and this is in line with our goal of opening 23 outlets in total as part of KFC’s brand development strategy,” he added.

Also present during the ceremony were Dr Maszlee Malik, Minister of Education, together with Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands and Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar, Vice Chancellor of UTM.

The launching of KFC UTM Gurney Mall by Prime Minister was in tandem with the official launching of Residensi UTMKL, a latest residency project by the institution and UTM’s Premier Lecture in conjunction with MJIIT Japan Day 2018 at Universiti Teknologi Malaysia.

Skim Wang Kutu Tradisional Tidak Termasuk Dalam Akta SSM

Aktiviti skim wang kutu secara tradisional yang tidak bermotifkan keuntungan tidak termasuk dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) dalam kenyataan memaklumkan skim wang kutu tradisional hanya memberikan kembali jumlah yang disumbang mengikut giliran yang ditetapkan.

“Skim wang kutu tradisional biasanya dianjurkan atas dasar kemasyarakatan dan kepercayaan dalam kalangan jiran tetangga, sahabat handai, saudara-mara atau rakan kerja bagi tujuan mengumpulkan wang mengikut keperluan masing-masing tanpa sebarang keuntungan bagi mana-mana individu,” kata kenyataan itu.

Ini kerana skim wang kutu tradisional hanya memberikan kembali jumlah yang disumbangkan mengikut giliran yang sudah ditetapkan.

Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 melarang mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 (atau dahulunya Akta Syarikat 1965) atau perniagaan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menjalankan aktiviti perniagaan berbentuk skim wang kutu.

Jika didapati bersalah, penganjur boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali. – Bernama

Post Menarik