AirAsia telah meraih dua anugerah berprestij di The Edge Billion Ringgit Club 2018 setelah mencatat pertumbuhan keuntungan yang kukuh sejak tiga tahun yang lalu.
ANUGERAH yang diterima adalah Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun bagi Syarikat Besar dengan Permodalan Pasaran RM10 bilion hingga RM40 bilion dan Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Produk dan Perkhidmatan Pengguna.
Dato’ Fam Lee Ee, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Bhd, Dato’ Ong Eng Bin dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Ho Kay Tat pada majlis gala yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur semalam.
Dato’ Fam Lee Ee, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Bhd, Dato’ Ong Eng Bin dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge Ho Kay Tat pada majlis gala yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur semalam.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Anugerah-anugerah yang diterima ini datang pada masa yang tepat kerana kami baru sahaja menyambut ulang tahun ke-17.
Penghargaan ini melambangkan komitmen kami dalam membina perniagaan yang kukuh dan menguntungkan serta memberikan nilai yang terbaik kepada para pemegang saham kami yang percaya kepada keunikan AirAsia sejak kami tersenarai di bursa awam pada tahun 2004.
“Kami juga akan meneruskan kecemerlangan syarikat dalam usaha menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan yang mengembangkan AirAsia lebih daripada syarikat penerbangan kepada syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmatan gaya hidup sepenuhnya melalui digital yang akan membolehkan kami mencipta pengalaman mudah alih, lancar dan mengikut individu.
Syarikat e-dagang kami seperti RedCargo dan Redbox telah menunjukkan pendapatan yang positif dalam masa beberapa bulan sahaja dan kami percaya Redbeat Ventures akan turut menyumbang kepada sebahagian besar pendapatan kami dalam usaha membina perniagaan digital.
The Edge Billion Ringgit Club ditubuhkan pada tahun 2010 untuk mengiktiraf syarikat-syarikat berprestasi tinggi di Malaysia yang tersenarai di bursa awam dengan modal melebihi RM1 Bilion. Seramai 184 ahli kelab yang tersenarai pada tahun ini.
Dianjurkan oleh The Edge Media Group, sebanyak 42 syarikat yang meraih 59 anugerah yang meraikan syarikat korporat terbaik di Malaysia dan organisasi-organisasi yang paling bertanggungjawab.
Pada tahun 2017, AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik Malaysia di The Edge Billion Ringgit Club 2017 dan menerima dua anugerah lain; Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun bagi Syarikat Besar dengan Permodalan Pasaran RM10 Bilion hingga RM40 Bilion dan Pertumbuhan Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Perdagangan/Perkhidmatan, Hotel, IPC dan Teknologi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes (di hadapan sebelah kiri) berjabat tangan dengan Tran Trong Kien, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Saham Bersama Thien Minh Travel (TMG) dan Ketua Pengarah Syarikat Saham Bersama Hai Au Aviation Company (HAA), selepas menandatangani memorandum tersebut yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam Vu Duc Dam (tengah kanan) dan Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam Le Quang Tung (tengah kiri), bersama-sama Naib Pengerusi Majlis Penasihat Vietnam kepada Perdana Menteri mengenai Pembaharuan Prosedur Pentadbiran, Pengasas Bersama Kumpulan VinaCapital Don Lam (kiri) dan Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FPT Corporation Truong Gia Binh (kanan), yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sektor Swasta Vietnam
AirAsia telah menandatangani Memorandum Kerjasama yang mengukuhkan hasratnya untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah di Vietnam dengan rakan kongsi tempatan.
MEMORANDUM itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes dan ahli perniagaan Vietnam, Tran Trong Kien, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Saham Bersama Thien Minh Travel (TMG) dan Ketua Pengarah Syarikat Saham Bersama Hai Au Aviation (HAA), di Hotel InterContinental Hanoi Landmark72, Vietnam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes (di hadapan sebelah kiri) berjabat tangan dengan Tran Trong Kien, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Saham Bersama Thien Minh Travel (TMG) dan Ketua Pengarah Syarikat Saham Bersama Hai Au Aviation Company (HAA), selepas menandatangani memorandum tersebut yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam Vu Duc Dam (tengah kanan) dan Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam Le Quang Tung (tengah kiri), bersama-sama Naib Pengerusi Majlis Penasihat Vietnam kepada Perdana Menteri mengenai Pembaharuan Prosedur Pentadbiran, Pengasas Bersama Kumpulan VinaCapital Don Lam (kiri) dan Pengasas Bersama, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif FPT Corporation Truong Gia Binh (kanan), yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sektor Swasta Vietnam
Majlis tersebut, yang diadakan di luar Sidang Kemuncak Pelancongan Vietnam 2018, telah disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Vietnam Vu Duc Dam dan Timbalan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam Le Quang Tung.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan Asean, dan di rantau ini, Vietnam adalah salah sebuah negara dengan penduduk yang besar terakhir yang belum kami jejaki.
“Memorandum ini mengesahkan komitmen kami untuk menubuhkan AirAsia di Vietnam. Pada tahun lepas, ketika kami mengumumkan usaha sama ini, kami yakin dengan Vietnam dan kini kami tetap yakin untuk berkhidmat dengan salah satu negara yang mempunyai ekonomi yang paling dinamik dan paling pantas berkembang di Asia.
“AirAsia kini menjadi kumpulan syarikat penerbangan asing terbesar di Vietnam melalui kapasiti.
“Kami kini beroperasi ke lima destinasi di sini, termasuklah laluan terbaru kami, Phu Quoc. Kami akan terus memperluaskan rangkaian untuk menghubungkan Vietnam ke rantau Asean dan seterusnya, dan berharap usaha sama tempatan akan mempercepatkan langkah ini.
Kuala Lumpur – Phu Quoc
“Kami amat teruja untuk membawa lebih ramai pelawat ke negara ini dan menawarkan perjalanan udara dengan tambang rendah sebenar kepada 95 juta rakyat Vietnam pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TMG dan Ketua Pengarah HAA Tran Trong Kien berkata, “Sektor pelancongan Vietnam telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Jumlah kedatangan pelancong antarabangsa telah meningkat sebanyak dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun yang lalu serta perjalanan dalam dan luar negara juga telah berkembang dengan pesat.
Sektor ini banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial terkini. Sebagai sebuah negara, Vietnam memerlukan rangkaian yang lebih baik untuk meneruskan trend ini dan mencapai potensi sepenuhnya.
Tambahan syarikat penerbangan baharu, terutamanya pada peringkat ini dan dengan pengendali yang berpengalaman seperti AirAsia adalah langkah yang sangat diperlukan dan haruslah disambut baik. Syarikat penerbangan baharu ini akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada rakyat kita di masa akan datang.”
AirAsia mengendalikan 141 penerbangan mingguan ke 13 laluan – termasuklah enam laluan unik – menghubungkan Hanoi, Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Nha Trang dan Phu Quoc dengan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bharu di Malaysia, Bangkok dan Chiang Mai di Thailand dan Manila di Filipina.
AirAsia juga telah membawa seramai 12 juta orang penumpang ke dan dari Vietnam sejak memasuki pasaran tersebut pada tahun 2005.
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan varian mewah Nissan Serena 2.0L S-Hybrid yang telah dipertingkatkan secara dinamik dan lebih premium; Nissan Serena J IMPUL Baharu.
NISSAN Serena J Impul direka oleh pakar daripada Nissan dan firma talaan IMPUL, Lip Spoiler Depan dan Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada Nissan Serena dibina khas di Jepun.
New Nissan Serena J IMPUL
Ini bagi menghasilkan rekaan 3 dimensi yang tepat menerusi acuan suntikan untuk mencapai downforce sehingga 10% dan menambah baik kestabilan pada kelajuan tinggi.
Rim Aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci dalam Kemasan Hitam Berkilat menaikkan lagi rekaan mewah dan aspek aerodinamik MPV ini manakala Kerusi Kulit Premium Sulaman Berlian menyerlahkan lagi kemewahan Jepun.
“Pengenalan Nissan Serena J IMPUL Baharu ini direka khas untuk mereka yang mahukan dan menghargai kemewahan Jepun. Manakala sistem 2.0L S-Hybrid terus menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2km/L (NEDC R101), sekali gus memberikan Nissan Serena status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Dengan pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Berkuasa Bebas Tangan, Dua Pintu di bahagian belakang, 7 port USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar dengan Apple CarPlayTM, menjadikan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid sebagai MPV Saiz Sederhana Bukan Nasional paling laris di Malaysia*.
Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, Nissan Serena J IMPUL hadir bersama jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had.
Sementara aksesori pula didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
*(Sumber: MAA dari Mei hingga Oktober 2018)
* Dengan Cukai Jualan 10% tidak termasuk Insurans, Pendaftaran Peribadi sahaja
* Warna Luaran Dua Tona: Imperial Umber (Bumbung) dengan Cashmere Gold (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Brilliant White (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Tungsten Silver (Badan)
* Warna Luaran Satu Tona: Cashmere Gold, Brilliant White, Diamond Black dan Tungsten Silver
Pemilik Nissan Serena S-Hybrid (C27) yang berminat boleh menaik taraf Lip Spoiler Depan and Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada kenderaan mereka. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke [email protected].
Nissan Serena J IMPUL baharu yang mewah ini akan membuat penampilan pada acara Karnival Pandu Uji Nissan di beberapa bilik pameran terpilih sepanjang dua hujung minggu iaitu 7 hingga 9 Disember dan 14 hingga 16 Disember 2018, bermula jam 10am hingga 8pm.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Serena J IMPUL Baharu.
Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan ETCM Nissan di talian 1800-88-3838.
Pelan Hotlink Postpaid Flex Plus RM60 tawar telefon baru Vivo Y81i dengan hanya RM1 atau Vivo Y85 pada harga RM199, dan nikmati panggilan tanpa had bersama 10GB data Internet berkelajuan tinggi setiap bulan
BERIKUTAN kejayaan pelan Hotlink Postpaid Flex yang mendapat sambutan tinggi sejak ianya
dilancarkan awal tahun ini, Hotlink kini menjadikan proses untuk menaiktaraf pelan ke pascabayar lebih mudah dengan pelancaran pelan terbarunya, Hotlink Postpaid Flex Plus
yang ditawarkan bersama sebuah telefon mudah alih dan lebih banyak data.
Pelanggan yang mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus kini boleh memiliki telefon mudah alih Vivo Y81i dengan hanya RM1 atau Vivo Y85 pada harga RM199, bersama dengan
bayaran pendahuluan untuk kedua-dua peranti.
Dengan hanya RM60 sebulan, pelan tersebut menawarkan 10GB data Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G terpantas di Malaysia, termasuk panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.
“Bagi kebanyakan pelanggan, menaiktaraf dari prabayar ke pascabayar merupakan satu
pengalaman yang berlainan bagi mereka. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, sama ada harga peranti atau pelan itu sendiri.
Hotlink Postpaid Flex Plus menawarkan satu penyelesaian bagi kerumitan yang dihadapi ini, kerana kami menawarkan pelanggan peluang yang mudah untuk memiliki telefon mudahalih terbaru Vivo serendah RM1, di samping menikmati data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB termasuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dalam rangkaian 4G terpantas.
Dengan menjadikan proses peralihan pelan ke pascabayar lebih mudah, kami menumpukan kepada pelanggan dari produk dalam pelan yang kami tawarkan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.
Pelanggan boleh mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus dan Hotlink Postpaid Flex di
peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh
negara mulai hari ini.
Hotlink Postpaid Flex bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan dan SMS tanpa had ke
semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB. Pelan ini memberi pelanggan
lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf sendiri pelan Internet
mereka berdasarkan apa yang mereka mahu.
Ini termasuk pelbagai pas Internet dan aplikasi tanpa had; aplikasi sosial chat, dan muzik – serendah RM5. Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.
Matlamat kerajaan negeri adalah untuk menjadikan Kedah sebagai hub pelancongan sukan yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan sosio ekonomi negeri.
KEDAH berhasrat menjadi hub pelancongan sukan di wilayah utara dengan menganjurkan acara jelajah lumba basikal Red Eagle Tour 2019.
Acara lumba basikal ini akan menjadi salah satu aktiviti pelancongan sukan negeri dan ia dianjurkan bertujuan untuk memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial di Kedah.
From left; Noraidiazhar Sulaiman, Chief Executive Officer of Master Pacer Venture and Red Eagle Tour, Mohd Asmirul Anuar Aris, Kedah State Executive Councillor & Chairman of Youth and Sports Committee and Dr Mahadi Mohamad, Chief Executive Officer Menteri Besar Kedah Incorporated
Dianjurkan oleh Master Pacer Venture, perlumbaan basikal Red Eagle Tour 2019 akan bermula pada 23 hingga 27 April 2019 melibatkan 120 pelumba tempatan dan antarabangsa.
Master Pacer Venture terkenal dengan pembabitan mereka dalam perlumbaan basikal terkemuka seperti Le Tour de Langkawi, Jelajah Malaysia, Tour de Selangor dan KL State & National Cycling Rider.
Bercakap pada sidang akhbar di Alor Setar hari ini, Mohd Asmirul Anwar Aris, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Kedah berkata, matlamat kerajaan negeri adalah untuk mempromosi pelancongan sukan di Kedah terutamanya di kalangan belia.
“Harapan kami adalah untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda amatur di Kedah serta meningkatkan kualiti sukan berbasikal di negara ini. Di samping itu, acara ini juga dapat dijadikan platform untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di negeri ini.
Jalinan kerjasama di antara Master Pacer Venture dan Kerajaan Negeri Kedah dalam menganjurkan Red Eagle Tour 2019 juga selari dengan kempen Visit Malaysia 2020 yang dijalankan oleh kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negara ini,” katanya.
Red Eagle Tour 2019 akan menjadi salah satu platform untuk mempromosi pembangunan sukan, budaya dan industri pelancongan ke tahap baharu serta mewujudkan peluang-peluang baharu yang akan menjadikan Kedah sebagai hub pelancongan sukan.
Penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Red Eagle Tour 2019 lazimnya memberi pelbagai manfaat kepada ekonomi dan mengembangkan lagi sektor pelancongan tempatan.
Acara sukan seperti ini bukan sahaja memberi galakan kepada orang ramai untuk mengembara bagi menyaksikan sukan tersebut malah turut memberi inspirasi kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam cabang sukan baharu.
Diharapkan Red Eagle 2019 mampu menarik minat pelancong berbasikal di Kedah selain menggalakkan lebih ramai belia untuk menyertai sukan berbasikal.
Kejohanan ini melengkapi usaha Malaysia untuk berada di kelompok 10 destinasi pelancongan utama dunia menjelang 2019 dan 2020 menyasarkan kemasukan 36 juta pelancong dengan jangkaan hasil sebanyak RM169 bilion.
Red Eagle Tour 2019 adalah acara jelajah lumba basikal lebuh raya yang terbuka kepada peserta tempatan dan antarabangsa. Ia merupakan acara pertama seumpamanya yang diadakan di Kedah.
MENGENAI RED EAGLE TOUR 2019
Majlis pra-pelancaran Red Eagle Tour 2019 akan diadakan pada 12 hingga 13 Januari dengan penganjuran acara Fun Run 7km, Fun Ride 40km dan Century Ride 160km.
Acara utama iaitu Red Eagle Tour 2019 akan diadakan bermula pada 23 hingga 27 April merangkumi jarak perlumbaan sejauh 750km.
Sebanyak 20 pasukan dengan 6 pelumba bagi setiap pasukan akan mengambil bahagian dalam perlumbaan 5 peringkat merentasi 5 daerah di Kedah.
Acara ini akan disiarkan di kaca televisyen seluruh dunia bagi memberi peluang kepada penonton untuk melihat sendiri keunikan dan keistimewaan yang terdapat di negeri Kedah.
Seramai 100,000 penonton dijangka menyaksikan perlumbaan ini menerusi liputan media elektronik, media cetak dan media sosial.
Red Eagle Tour 2019 merupakan platform untuk mengasah bakat pelumba muda, melatih dan membangunkan pelumba bertaraf amatur ke peringkat lebih tinggi, membolehkan pelumba baharu untuk menimba pengalaman bertanding dalam perlumbaan sebenar serta memasukkan acara ini ke dalam kalendar sukan Malaysia di bawah naungan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.
Pelan jangka panjang melalui penganjuran Red Eagle Tour 2019 termasuk untuk menggalakkan lebih ramai golongan belia mengambil bahagian dalam acara sukan seperti berbasikal dan pada masa sama mempromosi berbasikal sebagai sukan menyihatkan yang membawa ke arah gaya hidup sihat.
Aspirasi Red Eagle Tour 2019 ialah untuk membangunkan lebih ramai belia menjadi pelumba profesional yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam acara ini boleh mendaftar di www.racexasia.com. www.howei.com atau layari media sosial Red Eagle Tour.
Presiden MIEA, Eric Lim (kiri) dan Ketua Jualan Korporat Kumpulan AirAsia, Alex Tan Heng Lay (kanan)
Institut Ejen Hartanah (MIEA) dan AirAsia mengumumkan perkongsian mereka melalui majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menawarkan fleksibiliti perjalanan yang lebih besar untuk ahli MIEA baru-baru ini.
MoU itu ditandatangani oleh Presiden MIEA Eric Lim dan Ketua Jualan Korporat Kumpulan AirAsia, Alex Tan Heng Lay.
Presiden MIEA, Eric Lim berkata, kerjasama ini dengan AirAsia adalah satu pencapaian penting
bagi MIEA. AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama yang berkerjasama dengan MIEA dan kami amat gembira kerana dapat bekerja dengan syarikat penerbangan murah terbaik di dunia.
(dari kiri ke kanan) Ketua Setiausaha dan Keahlian MIEA, Chan Ai Cheng, Presiden MIEA, Eric Lim, Ketua Jualan Korporat Kumpulan AirAsia, Alex Tan Heng Lay dan Pengarah MIEA, Pengerusi Faedah Keahlian Christopher Chan
Kerjasama ini adalah langkah yang maju untuk MIEA kerana ahli-ahli MIEA akan memperoleh akses kepada kadar istimewa dan kemudahan perjalanan, secara lazim menjadikannya pengalaman lancar untuk perjalanan bisnes mereka.”
“Kini, kami juga berfokus pada operasi pasaran hartanah ASEAN, yang kami percaya dapat
ditingkatkan dengan manfaat yang diuntung oleh rangkaian luas AirAsia yang kukuh. MIEA juga merupakan anggota ASEAN Real Estate Network Alliance (ARENA) yang mewakili 8 persatuan kebangsaan hartanah di ASEAN.
Kami percaya kerjasama ini akan menggalakkan ahli kami untuk mengambil peranan yang lebih besar dalam pemasaran hartanah di ASEAN” tambah Lim.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata “Berkerjasama dengan persatuan seperti MIEA amat baik kerana kami sama berkongsi wawasan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Kami gembira dapat meningkatkan operasi perniagaan MIEA dengan membantu ahli-ahlinya mengalami perjalanan yang lebih lancar dan merendahkan kos perjalanan perniagaan melalui keistimewaan MyCorporate. Sebagai syarikat penerbangan yang benar-benar ASEAN, ahli MIEA juga dapat manfaat dari rangkaian luas kami di seluruh 10 negara ASEAN untuk terus merangsang pertumbuhan rantau ASEAN.”
Dengan MoU ini, lebih 5,000 ejen dan perunding hartanah di seluruh negara yang didaftar bersama MIEA akan menikmati keistimewaan AirAsia MyCorporate, seperti fleksibiliti perubahan penerbangan, tambahan penting untuk keselesaan lanjut, lebih simpanan dengan tambang korporat tergabung, mata ganjaran AirAsia BIG dan sokongan pelanggan korporat.
MyCorporate adalah satu rangkaian produk yang eksklusif untuk penumpang bisnes. Ia terdiri daripada tiga pilihan pakej yang bergantung kepada keperluan penumpang dan belanjawan syarikat – Fare Only, Corporate Lite dan Corporate Full Flex.
Salah satu tawaran utama adalah Corporate Full Flex yang memberi fleksibiliti kepada penumpang untuk menukar masa penerbangan mereka dan tarikh sehingga dua jam sebelum penerbangan berlepas seperti dijadualkan.
Ciri ini digabungkan dengan perkhidmatan lain termasuk makanan percuma, bagasi, pemilihan tempat hot-seat, kaunter daftar masuk berdedikasi dan banyak lagi.
Penumpang Corporate Full Flex juga boleh melayari penerbangan awal pada hari yang sama tanpa sebarang caj. Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila layari airasia.com/MyCorporate.
MIEA aktif menggalakkan pengamal menjadi sebahagian daripada persatuan berusia 42 tahun ini dalam usaha untuk menyatukan persaudaraan, menetapkan standard yang tinggi dalam amalan mereka dan menegakkan profesionalisme demi kepentingan Penjual dan Pembeli, Tuan Tanah & Penyewa.
Perodua sumbang 50 buah Myvi kepada Bomba, 25 institusi pengajian tinggiseluruh negara
PERODUA akan menyumbang 50 buah Myvi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak serta 25 institusi pengajian tinggi di seluruh negara untuk kegunaan mereka dalam latihan dan penyelidikan, menjadikan ia antara penyerahan kenderaan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh syarikat tersebut.
Perodua Myvi 1.3 X Green
“Kami menyumbang tujuh buah Myvi generasi terbaharu dan 43 buah Myvi generasi sebelumnya kepada organisasi-organisasi ini dengan harapan ia dapat dimanfaatkan di dalam
penyelidikan, latihan dan pembelajaran mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Beliau menyerahkan kenderaan-kenderaan tersebut secara simbolik kepada wakil-wakil organisasi masing-masing dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn
Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin, pada satu majlis di ibu pejabat Perodua di Sungai Choh.
Sebanyak 25 institusi pendidikan tinggi tersebut merangkumi universiti serta institusi vokasional, teknikal, latihan industri dan kemahiran belia.
“Sebagai syarikat People First, Perodua gigih memperkasakan golongan belia melalui
pendidikan, kerana merekalah bakal pemimpin Malaysia dan peneraju masa hadapan industri
automotif tempatan.
“Inisiatif-inisiatif pendidikan kami termasuk Perodua Eco Challenge dan Perodua Youth Training
Programme (PYTP). PYTP merupakan program Tanggungjawab Korporat yang paling lama
telah kami laksanakan, menghasilkan lebih 630 graduan sejak 1999,” kata Datuk (Dr) Aminar.
Perodua Myvi 1.5 AV Grey
Awal tahun ini, Perodua telah mengadakan majlis konvokesyen untuk 141 belia yang dilatih
dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran, melayakkan mereka untuk menerima
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan kecekapan teknikal and vokasional.
Lebih 70% daripada mereka akan berkhidmat di pusat servis dan fasiliti Badan & Cat (Body &
Paint) Perodua di seluruh negara.
“Dengan lebih sejuta unit dijual sejak kelahirannya pada tahun 2005, Myvi merupakan model
kenderaan terlaris di Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.
“Justeru itu, Myvi sangat sesuai untuk tujuan penyelidikan dan latihan tempatan kerana ia
adalah model yang paling dekat mewakili kenderaan di Malaysia,” kata Datuk (Dr) Aminar.
Baru-baru ini, Perodua Myvi telah memenangi segmen Aras Mula (Entry-Level) di Anugerah
Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2018, anjuran Malaysia Automotive Institute (MAI).
Aplikasi perkongsian kereta SOCAR, menjalinkan kerjasama dengan jenama rangkaian restoran terkemuka dan ikonik di negara ini, iaitu KFC Malaysia.
MENERUSI kolaborasi berkenaan, mereka memperkenalkan 12 lagi Zon SOCAR bersama ganjaran menarik untuk dinikmati oleh para pelanggan dari 5 Disember 2018 hingga 28 Februari 2019.
Dilancarkan pada awal tahun ini, aplikasi perkongsian kereta SOCAR telah menjadi peneraju di dalam memperkenalkan gaya hidup multiflex* kepada warga Malaysia di sekitar Kuala Lumpur dan yang terkini, di Johor Bahru.
SOCAR berhasrat untuk mengembangkan komuniti multiflex dan perkongsian kereta melalui ganjaran berterusan dan kerjasama yang menarik.
Dengan sokongan zon SOCAR terbaharu di 12 buah restoran strategik KFC, ‘multiflexers’ dari pelbagai kawasan yang berbeza kini boleh berhubung dan menikmati kemudahan tambahan dan peningkatan aksesibiliti.
“Dengan mengambil kira kemudahan, kemampanan dan kehidupan moden, SOCAR bersama dengan KFC sedang berusaha untuk memperluaskan lagi komuniti multiflex dan perkongsian kereta.
“Kami berharap agar dapat melihat lebih banyak keluarga menerima teknologi dan mengamalkan gaya hidup perkongsian kereta sambil mereka menikmati hidangan KFC yang seterusnya bersama-sama,” kata Leon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia.
Baru sahaja mengembangkan sayap ke Johor Bahru dan bakal diikuti dengan zon utara dan timur tidak lama lagi, SOCAR sedang mengatur langkah untuk menyediakan pilihan mobiliti mudah kepada semua warga Malaysia bagi melakukan perjalanan, bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara.
From left to right: Ling Mee Jiuan, Chief Operating Officer, KFC Malaysia; Merrill Pereyra, Restaurants CEO, QSR Brands; Leon Foong, CEO SOCAR Malaysia; and Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands
“Dengan SOCAR berada di lebih daripada 470 lokasi, pemilikan kereta tidak lagi menjadi keperluan bagi pengguna.
Perkongsian kami dengan KFC menunjukkan betapa mudahnya bagi multiflexers untuk mendapatkan satu ‘bucket’ KFC kegemaran mereka dan berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga mereka tanpa perlu bergantung kepada kereta peribadi mereka. Teknologi dan perkongsian kereta, apabila digabungkan, benar-benar dapat membantu membawa runcit ke pintu depan lebih ramai lagi,” tambah Foong.
Sementara itu, Pengarah Urusan QSR Brands, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, “KFC berhasrat untuk menjadi peneraju di dalam menyediakan perkhidmatan berinovatif bagi memberi manfaat kepada para pelanggan.
“Untuk memastikan kami terus berada di hadapan, kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terawal di dalam menyokong dan melaksanakan perubahan yang sejajar dengan perkembangan terkini. Perkongsian kereta adalah sebahagian daripada gaya hidup moden kontemporari dan ianya semakin diterima baik oleh masyarakat di Malaysia.
“Melalui kerjasama ini, kami menggalakkan kemajuan mobiliti pintar yang kami percaya bakal memainkan peranan penting di dalam kehidupan di masa hadapan,” katanya.
Di samping pembelian biasa, pelanggan KFC dan SOCAR akan dapat menikmati ganjaran berbentuk diskaun di platform SOCAR, penggunaan SOCAR secara percuma serta E-baucar KFC Delivery.
“Peluang kerjasama unik seperti ini membolehkan kami menjalankan aktiviti pemasaran secara lebih kreatif bagi menawarkan nilai tambah kepada para pelanggan, selain daripada perkhidmatan sedia ada.
“Secara asasnya, kami mengaplikasikan kemudahan teknologi yang telah disediakan bagi terus menawarkan kemudahan buat para pelanggan kami.” katanya lagi.
Zon SOCAR di Cawangan KFC
Memperkenalkan 12 Zon SOCAR tambahan di cawangan KFC terpilih di Kuala Lumpur (7) dan Johor Bahru (5), menjadikan jumlah zon SOCAR terkini adalah sebanyak 475 lokasi.
Pengguna akan dapat mengenal pasti Zon SOCAR di cawangan KFC yang mengambil bahagian menerusi penanda dalam aplikasinya. Pengguna juga akan menikmati diskaun 20% untuk semua tempahan yang dibuat di cawangan-cawangan ini.
Bonanza KFC Delivery
Sementara itu, pelanggan KFC Delivery atas talian akan dapat menikmati diskaun SOCAR sepanjang tempoh kempen berlangsung.
Dengan perbelanjaan minimum sekurang-kurangnya RM40 (termasuk yuran penghantaran dan cukai perkhidmatan sebanyak 6%) dalam satu transaksi, pelanggan akan dapat menikmati diskaun RM40 daripada Tempahan SOCAR seterusnya (kecuali BMW dan Mini Cooper).
Ganjaran Dalam Kedai
Pelanggan di KL dan JB akan dapat menikmati promosi dalam kedai di kedua-dua platform SOCAR dan KFC. Pelanggan perlu mengunjungi cawangan KFC yang mengambil bahagian dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam kedai. Pelanggan akan dibawa ke halaman utama untuk mendapat pengesahan sebelum menerima baucar mereka.
Baucar Termasuk:
SOCAR: 3 Jam Percuma untuk tempahan mana-mana kereta (kecuali BMW dan Mini Cooper).
KFC: Baucar RM5 KFC E-delivery, boleh ditebus di Laman Web KFC Delivery, Aplikasi mudah alih serta ‘Chatbot’.
AirAsia BIG Loyalty has been named Best eCommerce Merchant (Travel/Hospitality) at the 2018 Asia eCommerce Awards, its first ever e-commerce award.
THE award recognises travel and hospitality companies with the best online storefront and those that successfully establish an e-commerce platform or a presence on third-party e-commerce platforms.
AirAsia BIG Loyalty Head of Branding and Creative Cheng Ling Wei (right) accepting the Best eCommerce Merchant (Travel/Hospitality) award from panel judge Anny Huang, NTUC Income Head of eCommerce
AirAsia BIG Loyalty won the award for its Freedom Flyer Programme, a first-of-its-kind frequent flyer programme that rewards members based on how often they fly, not how far they fly or how much they paid, making it easier and faster for loyal AirAsia customers to earn BIG Points and join the BIG community.
BIG Members are able to use BIG Points as a digital currency to perform diverse transactions on the AirAsia BIG Loyalty mobile app or web, from flights, inflight meals and baggage to hotel stays, gift vouchers and more, enhancing their travel activities and everyday lives.
AirAsia BIG Loyalty Head of Branding and Creative Cheng Ling Wei accepted the award at a gala ceremony held at InterContinental Hotel in Singapore last Thursday.
AirAsia BIG Loyalty was also shortlisted in two other categories – Best eCommerce Customer Service and Best Platform Experience.
AirAsia BIG Loyalty CEO Spencer Lee said, “We are proud and honoured to be recognised in the e-commerce space among such strong, established contenders.
We have worked hard to be a disruptive force in the airline loyalty industry and add more value to the lives of over 20 million BIG Members. And as we continue to go beyond what is traditional and transform BIG Loyalty to BIG Life – an all-encompassing travel and lifestyle platform that relies on BIG Points as a digital currency – we will keep looking for more opportunities and partnership to increase our scale and fast-track earnings for the benefit of our members.”
Asia eCommerce Awards, organised by Marketing magazine, recognise the best e-commerce merchants, specialists for customer service and more in 29 categories, with winners selected by a panel of judges based on strategy, product and results.
This award follows their success earlier this year at the Kuala Lumpur and Singapore editions of Marketing magazine’s Marketing Excellence Awards, where they bagged the Silver and Bronze awards respectively for Excellence in Loyalty Marketing.
To learn more or to register as a BIG Member for free, visit airasiabig.com or download the AirAsia BIG Loyalty app on App Store or Google Play to start enjoying these exclusive privileges now.
Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) has officially launched its latest Honda 3S Centre located in Pasir Gudang, Johor by Yong Ming Motor Sdn Bhd (Yong Ming Motor).
WITH this opening, Honda Malaysia has 97 dealerships nationwide with 12 dealerships in Johor to-date to provide easier accessibility and more convenience to customers.
Yong Ming Motor invested a total of RM18.5 million into the 77,000-square foot building in Pasir Gudang that is equipped with latest facilities and equipment.
This 4-storey building (including basement parking) houses 14 bays, comprising 9 Service Bays, 3 General Repair Bays and 2 Tyre Service Bays that can accommodate up to 30 cars per day.
On top of that, the new Honda 3S Centre has conducive and comfortable lounges especially for customers to relax in or catch up on work.
There is also a free flow of food and beverage for customers to enjoy, Kids Corner and appropriately-assigned prayer rooms for Muslims to perform their prayers while waiting for
their cars to be serviced.
Yong Ming Motor has a well-established relationship with Honda for over 48 years and the opening of this new Honda 3S Centre in Pasir Gudang marks its second Honda dealership.
The first Yong Ming Motor Honda dealership opened in Skudai, where they have maintained high quality sales and after-sales service which has enabled them to consistently emerge as a top dealer.
Honda Malaysia MD and CEO Mr Toichi Ishiyama during his speech at the Official Opening of Yong Ming Motor Honda 3S Centre
Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Toichi Ishiyama said,
“With customer satisfaction being our main priority, it is very important for Honda Malaysia and our dealership partners to work together closely in order to serve our mutual customers better.
This can only be achieved with strong support from our partners such as Yong Ming Motor. We believe this dealership expansion in Johor will provide more convenience to our customers, particularly in Pasir Gudang.
Customers will be able to enjoy high quality service and after-sales offerings at an authorized Honda dealership nearer to them with upgraded facilities to enhance their Joy of Buying.”
Management of Honda Malaysia and Yong Ming Motor Sdn Bhd at the ribbon cutting ceremony of the new Honda 3S Centre
The Director of Yong Ming Motor, Kenneth Cheng said, “We are grateful for the opportunity
given to us by Honda Malaysia to grow our customer base in this area.
Previously customers in this area had to travel far to view the latest models or to service their cars but with our new dealership we aim to offer them the best Honda experience closer to where they are.
This showroom that we are opening today represents our continuing commitment to Honda Malaysia.
Honda Malaysia MD and CEO Toichi Ishiyama signed the plaque after the opening ceremony, witnessed by Honda Malaysia President and COO Roslan Abdullah and Management of Yong Ming Motor Sdn Bhd
The opening of new Yong Ming Motor Honda 3S Centre in Pasir Gudang is timely to support the increasing customers and after-sales service intake in Johor and able to provide the best quality service to them.
Based on the record, the after-sales intake rose 51% in the past five years. From January to November of 2018, the southern region alone recorded over 235,000 service intakes, an increase of 13% against the same period last year.
In terms of sales performance by region, the southern region was the second highest contributor with more than 17,000 units sold from January to October 2018 an increase of 2% when compared to the same period in 2017.
This achievement is largely thanks to the Johor state which was the highest contributor to the southern region, accounting for over 12,000 units sold. Model-wise, the B-segment leader, City tops the chart as the best-selling model in the southern region.
This model contributed 24% to the total southern region sales followed by Civic and CR-V which contributed 11% and 9% respectively to the regional sales units during this period.
Yong Ming Motor Honda 3S Centre houses 14 bays that can accommodate up to 30 cars per day