Produk TETTRO, bumbung gelas yang boleh direnggang atau digerakkan menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai bumbung gelas yang boleh direnggang terbesar di Malaysia
INHOME Engineering Works Sdn Bhd (Inhome), syarikat yang terbabit dengan penghasilkan produk seperti gril untuk kegunaan rumah, pagar dan fabrikasi pagar memperkenalkan produk terbarunya Retractable Roof (bumbung yang boleh direnggang) menerusi jenama TETTRO.

Pengerusi Inhome, Datuk Mazlan Sabli berkata, pengenalan produk itu adalah hasil kajian dan tinjauan syarikat yang mendapati, kebanyakan bangunan, pusat agama, dewan komuniti memerlukan atap yang lebih praktikal.
“Kami menjalankan program pembangunan dan penyelidikan (R&D) ke atas bumbung yang boleh ditarik atau direnggang secara fleksibel pada harga yang berpatutan.
“Kami mendapat penyelesaian dengan menghasilkan bumbung (Retractable Roof) dan ini dilakukan oleh bahagian khas yang ditubuhkan syarikat untuk menyediakan kemudahan kepada pelanggan mendapatkan produk pada harga yang berpatutan, berketahanan dan berkualiti,” katanya.

Produk itu dilancarkan di Taman PJ Perdana, Seremban Negeri Sembilan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek.
Pada majlis itu, Inhome turut menerima sijil pengiktirafan daripada Pengarah Pembangunan Perniagaan Malaysia Book Of Records (MBOR), Jwan Heah Yeow Hooi.
Bumbung atau atap yang boleh ditarik dan direnggang ini menggunakan jenama TETTRO dan dalam bahasa Itali, ia membawa maksud Tetto Retratile.

Kejayaan menghasilkan bumbung ini mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai bumbung gelas ditarik atau direnggang terbesar di Malaysia.
Bumbung ini memiliki pelbagai fungsi seperti sensor hujan yang boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh, isyarat operasi yang boleh menggunakan pelbagai bunyi seperti ciapan burung, bunyi desiran air, lagu, lampu LED yang boleh ditetapkan mengikut mood atau kehendak pelanggan.
Dalam kata lain, bumbung ini boleh ditempah mengikut citarasa dan kehendak pelanggan dengan menggunakan bahan berdasarkan bajet dan kesesuaian pelanggan.

Ketika ini syarikat sedang melaksanakan sistem ini untuk tujuan rekabentuk dalaman seperti siling dalaman yang boleh memaparkan imej, menutup kolam renang, platform mudah alih seperti pentas dan bumbung seperti mana yang kita dapat lihat pada bumbung yang dibina di Masjid Nabawi, di Madinah.
Produk ini adalah 100 peratus buatan Malaysia dengan menggunakan bahan dan kandungan tempatan sepenuhnya. Produk ini direka dan dibangunkan sendiri oleh kakitangan yang muda, dedikasi serta inovatif.
TETTRO memiliki jaminan struktur selama 5 tahun dan jaminan produk 2 tahun. Ia termasuk sistem, pencahayaan dan prestasi. Untuk tahun pertama, sebanyak dua kali pemeriksaan dan servis akan dilakukan dan seterusnya setiap enam bulan.

Bagi tahun kedua pula, pemeriksaan percuma atau servis akan hanya dilakukan sekiranya produk TETTRO menghadapi masalah dalam sistem, struktur dan masalah pada lampu.
TETTRO turut memerlukan penyelenggaraan secara berkala seperti pembersihan, aplikasi gris, perlindungan kebocoran (jika ada) dan penggantian alat ganti jika diperlukan. Caj bagi penyelenggaraan berkala adalah pada kadar minima.
Inhome Engineering Works Sdn Bhd turut merancang melebarkan operasi fabrikasi ke zon industri dimana Sime Darby adalah pemaju utama yang akan membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi dikawasan seluas 11,600 ekar sebagai permulaan.

“Kami mahu menerokai peluang untuk bersama-sama mengembangkan operasi dalam usaha meraih peluang dalam perniagaan ini. Kami juga sudah membuka cawangan di Johor Bahru untuk mempromosikan produk khususnya TETTRO,” katanya lagi.
Mazlan berkata, pihak syarikat berasa bangga dengan pengenalan produk TETTRO ini pada harga yang berpatutan dan memiliki ciri-ciri produk import yang dihasilkan sepenuhnya di negara ini.
Mengenai syarikat
Inhome Engineering Works Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Mei 2013 bermula dengan kerja-kerja menghasilkan gril untuk kegunaan rumah, pagar dan fabrikasi pagar.
Bermula daripada sebuah bengkel kecil dibawah pokok sebelum mengembangkan operasi sehingga berjaya membuka sebuah kilang fabrikasi menghasilkan atap, bumbung kaca dan bumbung yang boleh direnggangkan di Cheras, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.myinhome.com.my
Inhome Engineering Works Sdn Bhd
3A, Jalan KPB 18,
Kawasan Perindustrian
Balakong,
43300 Seri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
Tel: 03-8964 0083
017-775 3383





















































