Utama Blog Halaman 919

Touch ‘N Go eWallet Perkenal Kaedah Pembayaran QR Pertama Di Malaysia Untuk Teksi

Sebanyak 10,000 teksi di seluruh negara akan menggunakan kaedah tanpa tunai menjelang penghujung tahun 2018

TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik yang membolehkan pemandu teksi EzCab dan Public Cab menerima pembayaran tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet (“eWallet”).

Bertemakan #JomTeksi, pengenalan kaedah pembayaran elektronik oleh TNG Digital untuk pengusaha teksi berkenaan adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai dan memperkasakan mereka untuk bersaing lebih kompetitif dengan perkhidmatan ride-hailing lain di Malaysia.

Sistem pembayaran menggunakan kaedah QR ini dikuasakan oleh Touch ‘n Go eWallet. Para penumpang hanya perlu mengimbas kod pemandu teksi untuk membayar tambang.

Bagi pemandu teksi pula, mereka tidak perlu memasang sebarang peralatan atau terminal di dalam teksi masing-masing.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook berkata, “Industri pengangkutan turut dipengaruhi perkembangan teknologi dan kepesatan era digital.

Dengan kemajuan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan bas dan keretapi, serta peningkatan platform aplikasi “e-hailing” dan perkongsian kenderaan perubahan digital telah banyak mengubah cara industri ini berkembang.

“Saya berbangga dengan TNG Digital kerana mengambil langkah yang proaktif ini bagi membantu pemandu teksi untuk menjadi lebih inovatif di dalam era digital, di samping memastikan industri teksi kekal mesra pengguna dan berdaya saing.

“Kemudahan QR untuk teksi berdaftar di Malaysia akan memodenkan industri ini sekaligus membolehkan para pemandu teksi untuk menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cekap dan selamat untuk para penumpang. Saya menyeru pemandu teksi di seluruh negara agar melaksanakan kemudahan pembayaran tanpa tunai ini untuk terus maju ke hadapan.”

Setakat ini, hampir 4,000 pemandu teksi EzCab dan teksi persendirian telah dilengkapkan dengan kaedah pembayaran QR. Touch ‘n Go eWallet menjangkakan untuk melaksanakan kaedah pembayaran QR kepada lebih 10,000 teksi menjelang hujung tahun ini.

“Kami menyasarkan supaya 67,000  teksi berdaftar di seluruh negara bertukar kepada kaedah pembayaran QR dengan Touch ‘n Go eWallet menjelang penghujung tahun 2019 dan menjadikan mereka sebahagian daripada senarai ekosistem perusahaan kami.

Kerjasama dengan EzCab dan Public Cab adalah usahasama pertama dalam memeterai pelbagai usahasama lain untuk memperkenalkan penyelesaian digital dan memperkasakan pemandu teksi.

Kaedah ini dilaksanakan berdasarkan maklumbalas yang diterima untuk kita bergerak maju ke arah masyarakat tanpa tunai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin.

Touch ‘n Go eWallet juga memperkenalkan telah program rujukan tanpa tunai bagi menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran QR di kalangan pemandu teksi dan para penumpang.

Setiap pemandu teksi akan menerima 100 PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet. Setiap satunya bernilai RM8 dan ianya akan diagihkan kepada para penumpang. Pemandu teksi akan mendapat insentif berjumlah RM4 bagi setiap tambah nilai yang digunakan oleh penumpang mereka (Hanya untuk pengguna Touch ‘n Go eWallet yang baru atau kali pertama).

Selain itu, EzCab turut menawarkan promosi istimewa bernilai RM2, eksklusif untuk pengguna-pengguna Touch ‘n Go eWallet buat pertama kali: EZTNGD2. Kod promo ini sah bermula 1 hingga 5 November 2018 dan terhad kepada 500 PIN pertama yang ditebus setiap hari.

Syarikat teksi atau pemandu teksi persendirian yang berminat boleh mendaftar untuk menggunakan kaedah pembayaran QR menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan menghantar SMS atau melalui aplikasi Whatsapp ke to +6019 331 8643 (TNG Digital) atau +6012-355 9267 (EzCab).

Pemandu teksi yang berminat juga boleh kunjungi pejabat EzCab di No 19, Jalan 1/46A, Off Jalan Selingsing 7, Taman Niaga Waris, 51200, Kuala Lumpur.

Manakala para pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh membuat pembayaran dengan mengikuti langkah mudah berikut:

1.Klik ikon ‘Scan’ di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk mengimbas kod QR teksi yang dinaiki
2.Sahkan jumlah yang perlu dibayar kepada pemandu teksi (kira dan masukkan sekali bayaran tol, jika ada)
3.Masukkan jumlah bayaran untuk perkhidmatan teksi berkenaan
4.Masukkan kod PIN 6 digit Touch ‘n Go eWallet anda
5.Pembayaran telahpun disempurnakan dan notifikasi segera akan dihantar melalui SMS
6.Pada masa sama, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melihat sejarah transaksi mereka dengan menggunakan aplikasi berkenaan bagi menyemak pembayaran/pembelian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan QR untuk teksi atau maklumat terkini yang lain, sila layari www.tngdigital.com.my/ atau kunjungi laman Facebook Touch ‘n Go eWallet di www.facebook.com/touchngoewallet/.

MINI Malaysia Anjur ‘MINI Recharge Roadshow’

The MINI Recharge Roadshow

MINI Malaysia, jenama automotif premium kompak di Malaysia mempelawa peminat MINI untuk memberikan nafas kepada minat mereka terhadap kehidupan dan pengembaraan di MINI Recharge Roadshow.

MINI Recharge Roadshow menjanjikan pengalaman yang menarik dengan kenderaan MINI Countryman Sports dan MINI Countryman Plug-In Hybrid Baharu, kedua-duanya dilancarkan pada bulan April tahun ini sebagai ikon terbaharu Kenderaan ‘Sports Activity’ premium daripada MINI.

The MINI Recharge Roadshow

Tawaran jerayawara lain yang eksklusif boleh direbut di MINI Recharge Roadshow, ia termasuk pemilikan MINI menerusi kadar yang terendah, iaitu RM 2,468/sebulan* dengan pembiayaan ‘Full Circle’ bagi MINI Countryman Sports, hadiah percuma bersertakan perkhidmatan pandu uji, dan tawaran bagi ‘MINI Lifestyle Merchandise’.

Pemilikan MINI didatangkan dengan Waranti Perbatuan tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma, serta Bantuan Tepi Jalan MINI. Di samping itu, pemilik juga dapat menikmati kelebihan eksklusif yang ditawarkan bersama MINI Black Card, sama ada dalam bentuk pelancongan, kesihatan, peranti ataupun acara sukan.

MINI Black Card juga meletakkan pemilik di dalam senarai utama bagi semua perkara yang diinisiatifkan oleh MINI, dari previu istimewa sehingga ke parti-parti yang menarik, pelbagai acara dan pelancaran produk.

Lokasi Tarikh
Aeon Seremban 2 2 hingga 4 November 2018
Paradigm Mall 9 hingga 11 November 2018
Aeon Bukit Tinggi 23 hingga 25 November 2018
Desa ParkCity 30 November hingga 2 Disember 2018
1 Utama 14 hingga 16 Disember 2018
Vivacity Megamall 28 hingga 30 Disember 2018

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MINI Recharge Roadshow atau jika anda ingin membuat pendaftaran, sila layari www.mini.my/recharge

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

Hitachi Continues To Upgrade For Life With New Home Appliances

Enhanced features in refrigerator and new washing machine aim to elevate home living

HITACHI launched its Upgrade For Life campaign earlier this year, the brand had one purpose in mind: to inspire consumers to elevate their lifestyles through the assistance of user-friendly, eco-conscious technologies that are made to bring comfort and convenience to the next level.

Takahiro Ishii (far left), Managing Director of Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad and Steven Lim (far right), General Manager of Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad launched Hitachi’s new two-door refrigerator (R-VG490P8M) and eco-choice washing machine (SF-170ZCV) at their annual dealers’ convention recently

In its continuous mission to enhance home living experiences, Hitachi is introducing two new home appliances purposefully engineered for consumers to enjoy maximum utility and comfort in addition to making a contribution to a cleaner and healthier environment.

Joining its series of appliances are the brand’s refreshed two-door refrigerator (R-VG490P8M) and its new eco-choice washing machine (SF-170ZCV) – both of which are designed with the right balance between technology and sustainability to enable consumers to enjoy the best of both worlds.

“To upgrade means to raise every aspect of ourselves and the things we do to a higher standard. Whether it is improving our business approach or enhancing how we tackle chores at home, we should all work towards enriching the way we live.

We at Hitachi are delivering innovations that not only answer society’s challenges but also foster more efficient and sustainable living. As a brand that is here for the long haul, we are building a comfortable tomorrow by upgrading for life today,” said Takahiro Ishii, Managing Director, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad.

Style Meets Sustainability With The Refreshed 2-Door Refrigerator (R-VG490P8M) Beyond the standard workings of a refrigerator, the new feature of Hitachi’s refreshed model is the Inverter and Dual Fan Cooling function that makes it a worthwhile option for those looking to save electricity in the long run without compromising on freshness of groceries.

With a high power Inverter Compressor and dedicated fans for each compartment, the refrigerator assures powerful refrigeration and exceptional energy saving at the same time.

Complementing the inverter and dual fan cooling functions is the refrigerator’s Triple Power Filter that removes seven odour components (Methyl Mercaptan, Ammonia, Acetaldehyde, Trimethylamine, Propanal, Hexanal and Acetic Acid) while also sterilising the compartment to inhibit bacteria activity.

Combining the properties of Activated Carbon, Zeolite and Manganese Oxide, the filter greatly reduces the percentage of odours present over time.

With odour control in check, users can focus on keeping groceries fresh. The refrigerator compartment is equipped with Fresh Select that allows users to adjust airflow within the compartments by switching between Vegetable Mode and Dairy/Meat Mode to have it optimized for the produce stored.

When it comes to storage, the refrigerator is layered with scratch-proof and heat-resistant Tempered Glass Shelves that can hold up to 100kg. In the freezer, the newly developed ice box with a Twist Ice Tray has a big 5.3L capacity which is practical for various hosting occasions.

Need more space in the freezer? Just remove the ice box for a more convenient and efficient use of storage. Hitachi is offering a 10 years compressor warranty for all its refrigerators.

The Ultimate Fabric Care with Eco-Conscious Washing Machine (SF-170ZCV) Hitachi’s new washing machine prioritises fabric care hence the brand is introducing three new wash features to launder delicate materials to heavily soiled clothes.

With Hot Wash, the machine’s built-in heater produces 40/60 hot water and a high temperature steam to help keep clothes fresh and odour-free.

The Easy Refresh function on the other hand removes unpleasant odours such as cigarettes without washing, instead only using high temperature steam generated from the built-in heater.

For heavily soiled clothes, the PreWash+ feature comes in handy as instead of manually scrubbing mud and dirt from the fabric, the machine does the pre-washing for you.

The dirty water is then drained and the pre-washed items will join the rest of the clothes for a Powerful Dual Jet Wash.

While the clothes are washed with a pulsator, the powerful dual jets reach the wash items at various water levels and circulate them vertically and horizontally for a multi-directional wash.

Beyond functional features, Hitachi’s new washing machine is well-designed for Easy Operation Control and Easy Handling. The control panel located on top of the cover – very much in the line of sight – displays a series of Direct Program Buttons to let users select a course with a simple one-touch operation.

The machine is also built with a sleek and ergonomic glass top for a smoother opening/closing to make loading and unloading of clothes hassle-free. A feature that assists with the unloading of washed clothes is the machine’s pulsator that repeatedly moves clockwise and counter-clockwise to untangle the clothes as soon as the spin cycle ends.

Committed to producing quality products, Hitachi offers 2 years general warranty, 3 years warranty on control panel PCB and 10 years motor warranty for this washing machine.

These products are available now at major electrical chain stores and electrical shops throughout Malaysia. For more information on these products and more, do check out www.homeappliances.hitachi.com/my/

Maybank QRPay Bakal Dilancarkan Di Restoran KFC Seluruh Negara

Maybank dan KFC Malaysia mengumumkan kerjasama bagi menyediakan pembayaran menggunakan Maybank QRPay di restoran KFC.

INI menjadikan jenama tersebut sebagai rangkaian restoran terbesar di Malaysia yang menawarkan kemudahan pembayaran menggunakan kod QR menerusi aplikasi Maybank.

Group President & CEO of Maybank, Datuk Abdul Farid Alias (third from left) and President & Chief Executive of Johor Corporation cum Chairman of QSR Brands, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim (second from left)

Kerjasama berkenaan telah dilancarkan oleh Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias bersama Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim di KFC The Curve, Petaling Jaya.

Turut hadir adalah Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands serta Dato’ John Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank.

Farid berkata, kerjasama di antara Maybank dan KFC Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha kedua-dua syarikat bagi menawarkan lebih kemudahan kepada pelanggan, mempertingkat kecekapan serta memacu agenda negara ke arah pembayaran tanpa tunai.

“Kerjasama yang dicipta ini bertujuan mempertingkatkan pengalaman pelanggan menerusi sebuah ekosistem pembayaran yang mengurangkan keperluan untuk membawa wang tunai serta mampu memberi banyak faedah kepada peniaga,” katanya.

“Dengan lebih 11 juta pengguna perbankan internet- yang mana lebih 4 juta menggunakan servis perbankan mudah alih- kami percaya bahawa syarikat perniagaan, terutamanya industri kecil sederhana, boleh mendapat manfaat daripada bilangan pelanggan Maybank yang meluas apabila mereka menggunakan platform digital kami seperti Maybank QRPay.”

“Dengan kehadiran KFC yang meluas di seluruh negara dan keupayaan perbankan digital terkemuka Maybank, kami percaya bahawa kami mampu memacu cita-cita negara dalam mempromosikan pembayaran tanpa tunai,” katanya.

Farid berkata, Malaysia terus menyaksikan peningkatan penggunaan teknologi tanpa tunai dan dijangka menyertai ekonomi besar seperti China, Hong Kong, Singapura dan Korea dalam masa beberapa tahun.

“Trend ini boleh dilihat dari peningkatan jumlah pengguna Maybank2u yang mengakses platform berkenaan melalui peranti mudah alih dan komputer, dan pengguna yang semakin kerap memilih transaksi berasaskan tanpa tunai.”

Sementara itu, Mohamed Azahari berkata, KFC sedang menjalani transformasi digitalnya menerusi pelbagai inisiatif berlandaskan teknologi yang telah dirangka bagi mempertingkatkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh.

“Bagi memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan dan memastikan kami dapat memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan cemerlang serta pengalaman yang terbaik; strategi digital yang menyeluruh telah diatur di dalam usaha kami untuk menyediakan kemudahan capaian, peningkatan kecekapan serta lebih fleksibiliti kepada pelanggan; daripada titik pesanan, pembayaran, sehingga ke penyediaan dan penghantaran produk,” katanya.

“Tahun ini kami telah melancarkan kemudahan transaksi tanpa tunai di restoran kami dengan pilihan pembayaran digital menerusi kad kredit dan debit. Hari ini, kami akan memperkenalkan sebuah lagi keupayaan baharu melalui kaedah pembayaran QR dengan kerjasama Maybank sebagai sebahagian daripada strategi memfokuskan pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan lancar bersama nilai tambah,” katanya.

Beliau berkata, Bank Negara telah menjangkakan negara Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai menjelang 2020.

“Oleh yang demikian, kami merasakan kemudahan pilihan pembayaran menerusi telefon bimbit di restoran kami seperti QRPay merupakan satu langkah progresif untuk memastikan kami kekal menjadi peneraju dalam perniagaan di masa hadapan.”

Sistem pembayaran digital ini telah dilancarkan di 11 buah restoran KFC iaitu KFC Puduraya, Pavilion 2, Bukit Bintang, KL Sentral, Mid Valley Megamall, KLIA2 Arrival dan Departure, Sunway Pyramid, Shah Alam Section 7, The Curve dan VSQ. Ianya bakal disediakan di semua titik jualan KFC seluruh negara menjelang suku pertama 2019.

Dengan perkhidmatan terbaru ini, pelanggan yang menggunakan Maybank QRPay di restoran KFC akan menikmati kemudahan membuat pembayaran dengan hanya membuka ciri QRPay di dalam aplikasi Maybank.

Pelanggan kemudian perlu memilih fungsi “Bayar” untuk menghasilkan kod QR pada telefon bimbit mereka untuk diimbas oleh pengimbas terminal kad pada titik jualan. Jumlah pembelian kemudiannya didebitkan dari akaun deposit pelanggan sebelum transaksi selesai.

Selain kemudahan yang dinikmati oleh para pelanggan, servis terbaharu ini turut menjanjikan peningkatan kecekapan buat peniaga runcit kerana transaksi QRPay diintegrasikan ke dalam titik jualan mesin daftar tunai bagi memberikan peniaga butiran lengkap daripada setiap pembayaran.

Maybank merupakan bank pertama di Malaysia untuk menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui kod QR apabila perkhidmatan ini diperkenalkan pada Januari tahun ini. Setakat ini, Maybank telah mengumpul lebih daripada 160,000 peniaga yang menawarkan pilihan pembayaran ini, yang terdiri daripada peniaga kecil, cawangan restoran, serta peniaga runcit dan pusat kecantikan.

Di bawah kerjasama dengan KFC Malaysia ini juga, platform Maybank akan menyediakan keupayaan pembayaran QR melalui Alipay dan WeChat, dengan tujuan utama untuk membolehkan pelawat dari China membuat bayaran dengan lancar di outlet KFC di Malaysia.

NGO Antarabangsa Rasmi Sekolah Agama Darul Iman Di Sempadan Kemboja, Vietnam

Sekolah Agama Darul Iman, Kampung Jamuan di sempadan Kemboja dan Vietnam dirasmikan hari ini oleh Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican di hadapan 300 penduduk kampung terbabit.

SEBELUM ini, penduduk kampung berkenaan bergantung kepada sekolah lama yang agak uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti elektrik atau kipas.

Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican merasmikan Sekolah Agama Darul Iman disaksikan Ketua Kampung Jamuan, Manap Mohd Zin (dua dari kanan), mudir sekolah, Ustaz Ramli Yusof (jubah putih) dan Ketua NGO Muslim Kemboja, Ali Said (kiri sekali)

Datuk Dr Mustapha berkata, pembinaan sekolah itu dapat memberi manfaat kepada 120 pelajar berusia dari 6 tahun iaitu pra tadika sehingga 15 tahun.

“Kita menekankan keselesaan untuk pelajar semasa mereka berada dalam bilik darjah dan apa yang penting pelajar ini dapat menumpukan  perhatian  kepada pelajaran.

“Sekolah ini mempunyai dua kelas dengan kos pembinaan sebanyak USD30,000 dan jumlah itu tidak termasuk peralatan sekolah,” katanya ketika merasmikan sekolah baru yang dibina sejak Februari lalu dan siap sepenuhnya pada awal November lalu.

Keselesaan dalam bilik darjah sekolah agama yang lengkap dengan kemudahan asas

Menurut Mustapha, kos pembinaan sekolah itu adalah hasil  sumbangan dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Terengganu dan individu bagi melengkapkan keseluruhan sekolah tersebut.

“Walaupun sekolah ini, tidak dapat menampung keseluruhan pelajar seramai 120 orang tetapi buat masa ini, mereka boleh menggunakan sekolah lama bagi kanak-kanak pra Tadika seusia 6 tahun atau menggunakan sekolah dengan kaedah 2 sesi pengajian pagi dan petang,” katanya.

Justeru, Mustapha berhasrat untuk menambah satu tingkat lagi sekolah itu bagi menampung keseluruhan pelajar ini bergantung kepada duit sumbangan yang diterima oleh NGO Antarabangsa.

“InsyaAllah, sekiranya ada rezeki kita akan tambah satu tingkat lagi supaya semua pelajar dapat belajar pada waktu yang sama.

Lakaran artis model Sekolah Agama Darul Iman

“Saya juga menyarankan agar ibu bapa terus memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak mereka agar mereka mendapat ilmu pengetahuan untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

“Bagi anak-anak yatim dan anak mualaf serta fakir miskin, saya cadang kampung ini mewujudkan satu tabung yang diketuai oleh Ketua Kampung atau Imam kampung berkenaan,” katanya.

Mustapha juga berharap masyarakat Islam Kemboja yang berada di luar negara turut membantu saudara-saudara mereka seperti membuat sekolah, masjid, surau, telaga dan lain-lain kemudahan bagi kepentingan masyarakat secara umumnya.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa kita tidak boleh mengharapkan bantuan luar semata-mata dan masyarakat kampung perlu bekerjasama serta saling membantu supaya benda yang berat dapat diringankan,” katanya.

Ketua Kampung merangkap imam, Manap Mohd Zin (kiri) menyampaikan surat penghargaan kepada Mustapha (kanan) atas usaha membina sekolah agama

Beliau berkata, NGO Antarabangsa sekadar melaksanakan amanah Allah SWT untuk membina masjid, surau, telaga dan sekolah.

Setakat ini, tiga buah sekolah telah dibina oleh NGO Antarabangsa termasuk sekolah ini dan berharap kampung ini dapat memanfaatkan sekolah ini dengan sebaik mungkin dengan menjaga kebersihan sekolah serta memperindahkan lagi kawasan keliling supaya ianya kelihatan menarik.

“Saya juga berharap masyarakat kampung ini dapat memainkan peranan bagi menghidupkan sekolah ini manakala ibu bapa perlu mengutamakan anak anak dari segi pendidikan supaya sekolah ini nanti dapat melahirkan pelajar-pelajar hebat dan dapat menyambung pengajian ke keluar negara,” katanya.

Sebahagian daripada pelajar Sekolah Agama Darul Iman

Sekolah Agama Darul Iman dibina diatas tanah seluas suku ekar berdekatan masjid kampung berkenaan. Sekolah asal kampung itu sudah terlalu uzur dan tidak boleh diperbaiki serta tidak dapat menampung  pelajar yang sentiasa bertambah.

Sehubungan itu, NGO Antarabangsa mengambil  inisiatif membuat sekolah baru yang berdaftar dengan kerajaan supaya para pelajar terjamin untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Turut hadir Ketua kampung dan Imam, Manap Mohd Zin; Gurubesar Sekolah Agama Darul Iman, Ustaz Ramli Yusof, guru-guru dan NGO tempatan dan penduduk kampung.

Kebanyakan penduduk ini adalah golongan miskin dan bekerja mengambil upah menanam padi, menoreh getah, kelindan lori kerana kedudukan kampung itu tidak jauh dari sempadan Kemboja Vietnam

Mustapha berkata, ilham menamakan sekolah itu bukan kerana sumbangan dari GLC itu sahaja tetapi saya sendiri berasal dari Negeri Terengganu Darul Iman. Jadi, nama sekolah itu diberi nama atas perhargaan kepada GLC Negeri Terengganu yang bermurah hati bagi tujuan  membina sebuah sekolah agama.

AirAsia Rai Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Macao

(Dari kiri) Mandy Huang, Gigi Wong, Dato Dr. Lam Vai Chun, Celia Lao, Cristina Gomes da SILVA, Tan Mei Leng, Hoi Io Meng, Tay Shu Lan, Eric Fong, Lao Kin Sang dan Cindy Du merasmikan penerbangan sulung AirAsia Kota Kinabalu - Macao

AirAsia meraikan penerbangan sulung dari Kota Kinabalu ke Macao, menjadikanya satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan ibu negeri Sabah ke  “Pusat Pelancongan dan Riadah Dunia.”

UNTUK meraikan majlis itu, sebuah acara sambutan telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Macao yang dihadiri oleh Pengarah Pelancongan Malaysia Hong Kong, Tan Mei Leng; Pemangku Pengarah Pejabat Pelancongan Kerajaan Macao, Hoi Io Meng; Cristina Gomes da Silva, Pengarah Pengangkutan Udara dan Perhubungan Antarabangsa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Macau SAR; Pengurus Pemasaran Kanan Lembaga Pelancongan Sabah, Tay Shu Lan.

(Dari kiri) Mandy Huang, Gigi Wong, Dato Dr. Lam Vai Chun, Celia Lao, Cristina Gomes da SILVA, Tan Mei Leng, Hoi Io Meng, Tay Shu Lan, Eric Fong, Lao Kin Sang dan Cindy Du merasmikan penerbangan sulung AirAsia Kota Kinabalu – Macao

Hadir sama Pengarah Jabatan Pemasaran Lapangan Terbang Antarabangsa CAM Macau, Eric Fong; Dato Lam Vai Chun; Timbalan Pengurus Besar Nam Kwong Petroleum dan Kimia, Lao Kin Sang; Timbalan Pengurus Besar Syarikat Keselamatan SEMAC, Gigi Wong; Pengarah Kewangan Menzies Macau Airport Services, Cindy Du; Pengurus Besar Air Link Express (Macau) Mandy Huang dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao Celia Lao.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Dengan laluan baharu ini, kami kini terbang ke empat bandar di Pearl River Delta dari hab Kota Kinabalu kami.

Bandar-bandar ini juga kini dihubungkan dengan lebih baik menerusi jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao yang baru dibuka, jadi para tetamu kami mempunyai pilihan untuk terbang dari Kota Kinabalu ke Macao dan kembali dari Hong Kong, Shenzhen atau Guangzhou untuk pengalaman meneroka rantau ini sepenuhnya.”

“Kota Kinabalu adalah hab kedua terbesar kami di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan kami akan terus mengembangkan rangkaian kami dari bandar ini.

Kami telah melancarkan tiga laluan antarabangsa dari Kota Kinabalu pada tahun ini ke Bangkok, Kunming dan kini ke Macao. Ini akan membantu membawa lebih ramai pelawat ke negeri ini dan juga membantu mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan meningkatkan pendapatan pelancongan.”

Selain Macao, AirAsia juga beroperasi secara terus dari Kota Kinabalu ke 10 destinasi lain – Bangkok, Singapura, Manila, Taipei, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan dan Kunming (bermula 30 November 2018) – dan 8 destinasi domestik iaitu Kuala Lumpur, Tawau, Sandakan, Kuching, Miri, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Para tetamu dari Tawau, Sabah dan Kuching, Sarawak juga boleh terbang ke Macao secara lancar  menerusi perkhidmatan Fly-Thru AirAsia dan transit di Kota Kinabalu.

RedBox AirAsia Rakan Kongsi Logistik Shopee Untuk Malaysia Timur

Dua dari kiri: Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho; Ketua Pegawai Eksekutif RedBox Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes; Ketua Operasi Shopee Esten Mok di majlis pengumuman kerjasama antara RedBox dan Shopee

RedBox, syarikat perkhidmatan logistik AirAsia telah dipilih sebagai rakan logistik Shopee untuk Malaysia Timur bermula 1 Disember 2018.

DALAM perjanjian itu, RedBox akan menyediakan perkhidmatan logistik merentas sempadan ke Malaysia Timur bagi platform digital terkemuka di Asean dan Taiwan itu, bermula dengan perkhidmatan penghantaran secara langsung dari Shenzhen ke Kota Kinabalu dan Kuching.

Ketua Pegawai Eksekutif RedBox, Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Shopee, salah satu organisasi e-dagang terbesar di Asia.

Dua dari kiri: Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho; Ketua Pegawai Eksekutif RedBox Dato’ Mohd Shukrie Mohd Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes; Ketua Operasi Shopee Esten Mok di majlis pengumuman kerjasama antara RedBox dan Shopee

Pelantikan kami sebagai rakan logistik sehenti untuk Malaysia Timur merupakan satu kejayaan bagi RedBox serta bukti kepada usaha strategi kami dalam menawarkan produk berkualiti tinggi melalui 5,000 penerbangan setiap minggu ke lebih 130 destinasi dalam rangkaian AirAsia.

Kami berharap untuk terus meluaskan perkhidmatan kami untuk Shopee ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke seluruh Asean.”

Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee mensasarkan untuk mengembangkan perkhidmatannya dan mengurangkan masa penghantaran untuk pelanggan di Malaysia Timur.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata, “Shopee terus berkembang pesat dengan lebih daripada 12 juta muat turun di Malaysia sahaja merentasi sempadan dan Malaysia Timur kini amat penting bagi perniagaan kami.

Justeru, untuk terus meningkatkan tawaran perniagaan kami, RedBox telah dilantik bagi rangkaiannya yang luas antara Malaysia Timur dan China, serta perkhidmatan logistik lengkap mereka.

Dengan rangkaian AirAsia melalui RedBox, kami berharap untuk melanjutkan kerjasama ini ke Semenanjung Malaysia dan di rantau ini. Kami yakin bahawa menerusi kerjasama dengan RedBox, kami akan terus memenuhi janji kami untuk menawarkan penghantaran yang cepat dengan kos yang rendah.”

Ditubuhkan pada Mac 2018, RedBox adalah sebuah syarikat di bawah Redbeat Ventures Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan AirAsia Berhad yang menawarkan perkhidmatan logistik merentas sempadan untuk perniagaan dan pengguna melalui rangkaian laluan luas penerbangan AirAsia.

Perkhidmatan luas RedBox termasuk penggudangan, pelepasan kastam, pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran jarak jauh ke pasaran e-dagang, perusahaan dan pengguna kecil-sederhana.

Platform RedBox juga mempunyai perkhidmatan jejak penuh untuk semua penghantaran merentasi sempadan dan memastikan pesanan menepati masa melalui laluan paling pantas.

Untuk maklumat lanjut mengenai RedBox, layari redboxbyairasia.com. Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.

Volkswagen Lancar Polo Edisi Khas Sempena Karnival Beli-Belah Lazada 11.11

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Volkswagen Polo Black
White edisi khas sempena sambutan Festival Membeli-belah tahunan 11.11 Lazada.

VOLKSWAGEN Polo Black & White edisi khas itu terhad kepada 11 unit sahaja dan akan dijual secara eksklusif di platform dalam talian Lazada pada 11 November 2018.

Pelanggan hanya perlu membayar harga runcit iaitu RM68,488* untuk menerima aksesori tambahan bernilai RM7,500.

Sebagai sebahagian daripada tawaran, panel bank rasmi Hong Leong Bank juga akan menawarkan kadar faedah rendah istimewa 1.11% setahun bagi pinjaman selama lima tahun.

Polo Black & White hanya didatangkan dalam warna putih (Candy White) dan dilengkapi dengan spoiler belakang, kemasan sisi berwarna hitam, tempat duduk dibalut kulit, rim aloi bersaiz 15 inci, perumah cermin sisi berwarna hitam dan filem VW Tint.

Dikuasakan oleh enjin petrol 16 injap Multi Point Injection (MPI) 1.6l berkuasa 105PS yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan bersama Tiptronic dan mode sport, Polo 1.6l menawarkan tork maksimum 153Nm yang boleh dicapai pada 3,800rpm.

Polo 1.6l juga dipasang dengan unit utama RCD 340G baharu yang menawarkan pilihan ketersambungan luas seperti USB dan antara muka iPod, sokongan AUX-IN, slot kad SD, Bluetooth serta App-Connect (CarPlay, Android Auto dan Mirrorlink).

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Cara pembelian pelanggan kini sudah banyak berubah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam mengubah persepsi di mana pembelian kereta secara dalam
talian adalah satu perkara biasa.

“Ini terbukti dengan kejayaan kolaborasi kami dengan Lazada untuk model 12.12. Beetle dan rangkaian JOIN baru-baru ini. Selain daripada mudah, perkembangan ini juga memberitahu kami bahawa pelanggan melayari internet untuk membaca, membuat kajian dan mendapatkan tawaran-tawaran terbaik. Inilah hala tuju Volkswagen.”

Untuk membuat tempahan, anda perlu membayar yuran sebanyak RM799 yang boleh dibuat menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian.

Pelanggan kemudian akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk mengatur pengedar yang mereka inginkan, melengkapkan pendaftaran dan penyerahan kereta.

“Sebagai peneraju platform eDagang di Malaysia, Lazada telah mengalami evolusi dan bukan sekadar menjadi platform membeli-belah dalam talian, malah satu bentuk destinasi gaya hidup.

“Kerjasama berterusan dengan Volkswagen menjadi bukti perubahan tingkah laku pengguna. Kami tidak sabar untuk menawarkan pengalaman terbaik membeli-belah di Lazada kepada para pelanggan menerusi kolaborasi ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune.

Mereka yang berminat membeli Polo Black & White edisi khas boleh melayari Volkswagen store di Lazada untuk maklumat lanjut.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Samsung Sends Three Lucky Malaysians To South Korea

And to top it all the 3 lucky winners that will be going to Korea!

Over a month ago, Samsung kicked off its social media contest which invited all Samsung Galaxy smartphone users to snap their most creative mirror selfie for a chance to win a 4-days 3-nights all-expense paid trip to South Korea.

THE three winners were announced during the contest’s grand finale, Mirror Mirror Me night, where Noor Liyana Asha Mohd Noor, Laven Lim Jia Hui and Noor Ashyla Mohd Jalil won the chance to be a part of South Korea’s number one reality TV show ‘Get it Beauty’, as well as personally meet South Korean celebrity Jung Hae-in.

Nothing but love from us! Elaine Soh, Chief Marketing Officer of Samsung Malaysia on stage with Kim Kisoo, Han Heejun an dour gorgeous influencers!

Noor Liyana Asha Mohd Noor, 25, an event planner from Perlis was surprised with her winning as it was totally out of her expectation.

“The picture I uploaded onto Instagram for this contest was actually a picture I happened to snap at another event. I never expected to be a winner, and yet I’ve been given this crazy opportunity.

“I’m so excited to go to Korea and learn what I can, as I too am a makeup enthusiast,” she said.

“No words can describe my joy and excitement when I found out I was one of the three winners,” said Laven Lim Jia Hui, a 24-year-old fashion designer who resides in Kuala Lumpur.

Kim Kisso giving his tips on how you can prefect your Korean makeup

“Discovering that I was one of the 50 shortlisted participants was already good enough, as tonight’s event was so nicely planned.

The activities, such as soap-making and nail art, were a lot of fun; and now I have this chance to go to Korea, thanks to Samsung.”

For Noor Ashyla Mohd Jalil, a 28-year-old pharmacist from Johor, tears almost broke out when her name was called as the last winner.

“I was so happy, I almost cried. Not many people would get an opportunity like this, which I am extremely thankful for. I found out about this Mirror Mirror Me selfie contest through Instagram and decided to put up a picture of my own.

Our winners enjoying themselves at the event

“To be able to go to Korea to learn about makeup, as well as meet Jung Hae-in, it’s like a 2-in-1 dream come true for me, since I’m a big fan of his too!” she said.

Samsung’s ‘Mirror Mirror Me Night” was held at Nathalie Gourmet L’espace, which was attended by 50 participants.

Although not all were able to win a trip to South Korea, they were graced by the attendance of Kim KiSoo; a South Korean comedian turned celebrity makeup artist; who taught the crowd his ingenious techniques of makeup.

His makeup demonstration was followed by a live performance by Han Hee-jun, a finalist of the US talent show American Idol Season 11, K-Pop Star Season 3, and the new co-host for After School Club!

“We hope that the attendees of Samsung’s Mirror Mirror Me Night were just as enthusiastic about Kim KiSoo with his on-stage make up tutorial that bring out the better you through K-Beauty, and also the lively performance by Han Hee-Jun.

Once again, congratulations to our three winners! We hope you have a great trip to South Korea and enjoy learning the beauty secrets and skills from your favourite K-celebrities and experts,” concluded Elaine Soh, Chief Marketing Officer of Samsung Malaysia Electronics.

Hyundai Tucson Facelift Tampil Lebih Sporty

Hyundai-Sime Darby Motors memperkenalkan model Tucson yang dipertingkatkan (facelift) yang ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.0L Elegance dan 1.6L Turbo.

HYUNDAI Tucson ditawarkan pada harga bermula RM123,888 bagi model 2.0L, dan varian pengecas turbo pula berharga RM143,888. Kedua-duanya harga atas jalan tidak termasuk insurans.

Pembaharuan yang dibawa untuk SUV segmen-C ini ialah rekaan bahagian hadapannya dan bampar baharu, 2.0L Elegance kini menampilkan gril perak metalik manakala lampu utama projektor halogen.

Bagi varian 1.6L Turbo pula, dipadankan dengan gril krom bersama lampu utama LED dwi-projektor (dengan lampu selekoh dan posisi), pemegang pintu krom dengan pencahayaan poket LED dan lampu belakang LED.

Kedua-dua varian turut dipadankan dengan roda 17-inci. Papan pemuka kini lengkap dengan rekaan semula dengan paparan infotaimen ‘freestanding’ tujuh-inci (dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay) yang diposisikan di atas corong udara rekaan baharu.

Bagaimanapun, bahagian rak tengahnya tiada perubahan, masih kekal dengan kawalan suhu dwi-zon, USB dan auxiliary inputs, serta soket 12-voltan.

Melangkah ke ruang dalaman, ia menampilkan rekaan baharu bagi balutan kulit pada tempat duduk, dan untuk 1.6L Turbo didatangkan elemen tambahan termasuk brek parkir elektronik, cermin pandang belakang elektronik, tempat duduk pemandu berkuasa larasan lapan-hala dengan sokongan belakang dua-hala, paparan pelbagai-info 4.2-inci dan papan pemuka balutan kulit.

Enjin Hyundai Tucson 1.6 liter T-GDI mampu menghamburkan kuasa sehingga 177 PS dan tork 265 Nm, sama dengan model yang sedia ada sekarang.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan manakala varian tanpa-turbo pula masih menggunakan unit 2.0 liter dengan kuasa 155 PS dan 192 Nm, serta transmisi automatik enam-kelajuan.

Bagi aspek keselamatan, kedua-dua model Tucson didatangkan dengan ABS dengan EBD, Kawalan Kestabilan Elektronik, Kawalan Mula Mendaki, Kawalan Brek Turun Bukit, Bantuan Brek dan Pengurusan Kestabilan Kenderaan.

Varian 2.0L Elegance didatangkan dengan dua beg udara dan pengesan parkir belakang, sementara 1.6L Turbo pula dipertingkatkan dengan enam beg udara dan didatangkan dengan ciri tambahan pengesan parkir hadapan.

Untuk setiap pembelian Tucson didatangkan bersama 50,000 km penyelenggaraan percuma dengan tempoh sah tiga tahun, dan juga program waranti lima-tahun atau 300,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Post Menarik