Utama Blog Halaman 907

GrabExpress, On-Demand Delivery Service Now Available In Klang Valley

In living up to their vision of being the everyday app, Grab is officially rolling out GrabExpress, their latest on-demand delivery service, to the wider Klang Valley area.

INTRODUCED in Malaysia in 2018 in its beta stage, GrabExpress was only available in selected areas (Bangsar, Kuala Lumpur City Centre and KL Sentral), with the aim of providing a fast, convenient, safe and affordable on-demand door-to-door delivery service.

GrabExpress provides users with the convenience of delivering items such as documents, parcels and gifts, to their business partners, customers, family and friends… with the same, easy-to-use convenience Grab users are already accustomed to when booking a Grab ride or ordering their favourite food.

“GrabExpress, which is also available in Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam and Philippines, is our latest addition to our growing suite of services on the Grab App to serve the daily needs of our customers – be it how they commute, order food, complete transactions; and now, real-time on-demand deliveries, all through a single platform.

In fact, it is fast becoming one of the preferred options of delivery,” said Adelene Foo, Regional Head of GrabExpress.

Foo went on to add that the company is gearing to build an ecosystem of services to improve the quality of life of its users, merchants, and business partners.

“As a tech based home-grown company, we not only want to help address the everyday needs of our users, but we also want to support the e-commerce industry which is growing in Malaysia.

With GrabExpress, home-based entrepreneurs and social sellers can easily utilise our service to deliver goods and items directly to their customers.

This in turn will also allow them the flexibility to focus on their business growth while knowing that they have a reliable logistics partner,” added Foo.

Since its introduction in Malaysia, GrabExpress has grown exponentially in both its pool of delivery-partners as well as the numbers of users of the service. To date, GrabExpress has seen a 10x increase in deliveries since October last year with more than 50% being return customers.

During the same period, the number of delivery partners is increasing steadily week on week.

Recently, GrabExpress has enabled customers to do multi-stop deliveries and moving
forward, will be focused on growing and enhancing the service, making it more seamless for planning and handling of packages while saving customers’ time and money.

Why GrabExpress?

1. Fast and Convenient Delivery Service: Deliver documents and parcels instantly through the already familiar Grab app. The nearest delivery partner will pick-up the item and deliver it right to the recipient’s doorstep.
2. Delivered Safely and with Care: Parcels are handled by well-trained delivery partners, and delivery can be tracked in real-time through the Grab App. Recipient
will also receive an SMS with a tracking URL to check the delivery progress.
3. Competitive Pricing: Competitive upfront fixed fares for all deliveries.
4. Deliver with Peace of Mind: GrabExpress offers insurance coverage up of to
RM500 for documents and parcels.

How it Works

How it works – Step 1
How it works – Step 2
How it works – Step 3
How it works – Step 4
How it works – Step 5

In conjunction with the current festive season, first time users of the on-demand delivery service will be able to get RM5 OFF x 1 delivery with the promo code, ‘GRABEXPRESS’. The promotion is limited to the first 1000 redemptions.

For more information on GrabExpress, please visit: www.grab.com/my/express/

Volkswagen’s Nationwide CNY Open House

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) is pleased to announce a nationwide Chinese New Year open house at all authorized dealerships.

THE Chinese New Year nationwide open house will take place on the 16 th February, Saturday from 11am till 5pm at all authorized Volkswagen dealerships in the country. Visitors will enjoy ongoing CNY savings up to RM20,000 and Volkswagen owners can take advantage of ongoing aftersales offers.

At the open house event, there will be food, “Yee Sang” and mini activities for the whole family. Find out more about your favourite Volkswagen models, get up close and test drive these models.

Volkswagen owners will receive a free battery check and if a battery change is recommended, enjoy 20% discount on new batteries starting from RM365 depending on model. Promotion ends 28 th February.

Additionally, there is also a tyre promotion where Continental tyres are available from as low as RM184 and comes with free installation, balancing and alignment.

All Volkswagen models come with 3 years’ free maintenance, 5 years’ manufacturer’s warranty and 5 years’ roadside assistance. For more information, visit https://www.volkswagen.com.my/volkswagen-events

*Terms and conditions apply.

Lebih 100,000 Unit Myvi Generasi Ketiga Kini Di Jalan Raya

Perodua Myvi catat sejarah lagi dengan lebih 100,000 unit di jalan raya

IKON Malaysia, Perodua Myvi telah mencapai satu lagi kejayaan dengan lebih 100,000 unit model generasi ketiga berada di jalan raya setakat hari ini.

Perodua Myvi 1.5 AV Grey

“Kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Myvi generasi ketiga pada November 2017, kami telah menyerahkan lebih daripada 100,000 unit kepada pelanggan kami yang dihargai iaitu dengan purata lebih daripada 1,560 unit seminggu,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Beliau berkata, maklumbalas daripada para pelanggan amat positif secara keseluruhan, dan ciri-ciri Myvi yang paling disukai mereka termasuk rekabentuk yang bergaya, praktikaliti, mudah dipandu, kos pemilikan dan penyelenggaraan yang rendah, ruang yang luas walaupun saiznya kompak, serta ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.

“Perodua Myvi merupakan model yang paling berjaya dalam sejarah kami. Myvi generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2005 ke dalam pasaran Malaysia yang pada ketika itu didominasi oleh kenderaan sedan.

“Menjelang 2013, ia telah mengatasi jualan keseluruhan kenderaan Kancil (708,000 unit dari 1994 hingga 2009) dan setakat ini, kami telah menjual hampir 1.1 juta Myvi secara keseluruhannya,” katanya.

Tempahan untuk Myvi generasi ketiga telah mencecah 150,000 dan Perodua akan terus bekerja keras untuk memenuhi pesanan itu dalam tempoh masa yang sewajarnya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Myvi, ini memberi galakan dan motivasi kepada kami untuk terus melakukan penambahbaikan supaya kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.

“Di Perodua, kami tidak pernah lupa bahawa kami adalah syarikat yang mengutamakan insan (People First),” katanya lagi.

Perodua menutup tirai 2018 dengan rekod jualan 227,243 kenderaan, menjadikan ia
syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia selama 13 tahun berturut-turut.
Perodua telah menjual hampir 3.5 juta kenderaan sejak tahun 1994.

Tips Penjagaan Batik Agar Kekal Cantik Dan Menawan

Foto WanAhfong Europe

Perkara ini seringkali menjadi pertanyaan utama bagi pembeli baju Batik ialah bagaimana kaedah terbaik untuk menjaga batik agar sentiasa cantik seperti batik yang baharu dibeli.

PENGUSAHA batik, Bujins Batik ingin berkongsi maklumat mengenai langkah-langkah yang boleh membantu anda menjaga batik kesayangan anda.

Foto WanAhfong Europe

Bujins Batik ialah pengusaha batik Malaysia autentik yang dilukis tangan dan bertaraf premium.

Jika fabrik batik anda adalah dari jenis kain kapas (cotton), anda dianjurkan untuk mencucinya bersama pakaian yang mempunyai warna senada (iaitu warna fabrik gelap bersama fabrik gelap dan fabrik terang bersama fabrik terang.)

Anda boleh mencuci dengan mesin basuh biasa tetapi dengan menggunakan air bersuhu dingin (cold / room temperature).

Anda juga boleh mencuci batik anda dengan cucian tangan. Bahan pencuci yang digunakan hendaklah yang lembut (soft detergent).

Foto Vendimia

Untuk batik yang baru hendak pertama kali dipakai, anda disarankan untuk menambah dua kali bilasan batik tersebut bagi memastikan tiada sisa warna celupan yang luntur.

Tips Mencuci Batik Baharu

  • Jangan guna peluntur mempunyai ammonia dan peluntur keras lain
  • Selepas mencuci, guna mesin pengering dengan suhu sederhana panas atau mengeringkan di udara seperti lazimnya di Malaysia
  • Elakkan menjemur di cuaca matahari terik kerana akan memudarkan warna
  • Tidak digalakkan memintal batik yang masih basah untuk membuang air bagi mengelakkan kedutan pada tekstur batik
  • Biarkan air lebihan itu menitik di jemuran

Untuk fabrik batik yang lain seperti sutera dan kain crepe, anda dianjurkan untuk menghantar batik anda kepada Perkhidmatan Cucian Kering yang professional.

Begitu juga jika batik anda mempunyai hiasan-hiasan tambahan seperti manik-manik, butiran mutiara dan lain-lain, anda hendaklah menghantar ke perkhidmatan cucian kering professional.

Foto aimehasanStudio

Setelah kering, anda bolehlah menggosok batik anda dengan suhu yang bersesuaian dengan jenis fabrik anda. Penggunaan seterika jenis “garment steamer” atau “steam iron” tidak digalakkan.

Adalah lebih elok jika anda meletakkan satu alas kain di atas batik anda sebelum menggosok. Anda boleh memilih untuk melipatnya untuk simpanan selepas itu atau jika batik tersebut jarang dipakai, anda disarankan untuk menyimpannya di dalam beg plastik baju kedap udara untuk melindungi batik tersebut.

Yang pastinya, batik harus disimpan ditempat yang jauh dari sinaran matahari.

Semoga langkah-langkah yang dinyatakan bermanfaat untuk anda menjaga batik anda agar sentiasa cantik dan menawan.

AirAsia Teruskan Kerjasama Dengan UFC®

Kerjasama antara UFC dan AirAsia diteruskan setelah berjaya menjalankan pengaktifan jenama dan menerima pengiktirafan industri dalam masa setahun

UFC®, syarikat seni bela diri campuran terulung di dunia (MAA) dan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di dunia serta Syarikat Penerbangan Rasmi UFC, mengumumkan untuk meneruskan kerjasama mereka.

(Dua dari kiri) Presiden UFC Dana White dan Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw bersama-sama kru kabin AirAsia

Kerjasama ini diteruskan setelah AirAsia berjaya menerima pengiktirafan industri setelah setahun bekerjasama dengan merangkul anugerah gangsa SPIA bagi kategori Penaja Terbaik.

Melalui kerjasama bersepadu ini, UFC dan AirAsia akan mencari dan memupuk bakat baharu untuk sukan MMA di rantau Asia-Pasifik dan mencipta kandungan asli untuk para peminat MMA.

Pengaktifan jenama yang inovatif ini juga termasuklah pelancaran Program Biasiswa UFC® pertama yang diberikan kepada juara kelas straw Wanita One Pride Linda Darrow untuk mengasah kemahirannya di UFC Performance Institute® di Las Vegas.

Atlet UFC Australia, Jim Crute turut mendapat manfaat daripada kerjasama ini yang membantu kemasukannya dalam “Dana White’s Tuesday Night Contender Series”, melalui perlawanan yang dimenangi dan memperoleh kontrak bersama UFC.

Beliau yang baru sahaja memenangi perlawanan pertamanya di UFC FIGHT NIGHT®: DOS SANTOS vs. TUIVASA di Adelaide, Australia pada Disember lalu, kini melonjak di arena perlawanan dan bakal berhadapan dengan Sam Alvey dalam acara utama UFC® 234: WHITTAKER vs. GASTELUM di Melbourne pada hari Ahad, 10 Februari.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Tony Fernandes dan seluruh pasukan AirAsia untuk sokongan berterusan mereka dan kami amat berbangga dengan kerjasama yang dibina bersama,” kata Naib Presiden Perkongsian Global UFC, Paul Asencio.

“Kerja keras kami sememangnya berbaloi apabila dapat melihat impak daripada kandungan yang dijana dan peluang baharu yang dicipta untuk para pelancong, peminat, atlet UFC dan atlet baharu MMA seperti Darrow dan Crute.”

Menyedari populariti yang dimiliki oleh atlet UFC, AirAsia mula bekerjasama dengan mereka seperti atlet kategori berat UFC Australia Tai Tuivasa untuk mensasarkan lebih ramai peminat.

Kerjasama ini juga memberikan AirAsia akses untuk acara tayangan berbayar terkemuka UFC seperti perlawanan UFC® 229: KHABIB vs. MCGREGOR, di mana jenama syarikat penerbangan tersebut dapat dilihat di sudut pentas Octagon® yang ditonton oleh berjuta-juta orang.

“Saya berbangga untuk bekerjasama dengan AirAsia, dan terlibat dengan syarikat yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mengembara melihat dunia. Segalanya mungkin dengan AirAsia.” kata atlet UFC Tai ‘BamBam’ Tuivasa.

Selain itu, kerjasama ini mewujudkan salah satu acara kemuncak utama pada tahun ini untuk jenama UFC dan AirAsia iaitu pelancaran pesawat berjenama UFC pertama pada pesawat Airbus A330-300 AirAsia.

Pada tahun ini juga, barangan istimewa berjenama UFC AirAsia boleh didapati dalam penerbangan AirAsia, bermula dengan model pesawat berjenama UFC.

Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, “Kami amat berbangga untuk meneruskan kerjasama dengan UFC untuk satu tahun lagi, terutamanya kerana mereka terus mengembangkan kehadiran mereka di pasaran Asia Pasifik.”

“Menerusi kerjasama ini, kami telah melihat beberapa kejayaan pada tahun lepas – termasuklah jenama AirAsia di pentas Octagon® untuk perlawanan UFC 229: Khabib vs McGregor, dan pesawat berjenama UFC pada Airbus A330-300, yang kini telah membawa hampir 150,000 orang tetamu ke lebih dari 20 destinasi dalam rangkaian jarak jauh kami.

“Lebih penting lagi, sebagai sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan peluang kepada orang ramai, kami teruja untuk terus mencari dan memupuk bakat MMA baharu di rantau ini.”

Pada tahun 2019, AirAsia akan merancang lebih banyak kempen yang inovatif dan pengaktifan jenama menerusi jenama UFC, sukan dan peminat global yang boleh menarik rakan kongsi di seluruh dunia.

Ledakan Adrenalin Volkswagen Golf GTI Cukup Mengujakan-Pandu Uji

Jika anda sudah biasa melihat kelibat Volkswagen Golf GTI di jalan raya, model kereta ini kini hadir dengan rekaan yang lebih garang. Baca lebih lanjut sesi pandu uji.

LENCANA GTI tidak perlu diperkenalkan lagi. Lambang itu sudah cukup sinonim bagi Volkswagen Golf sebagai sebuah kereta berprestasi tinggi sesuai dengan status lagenda sebagaimana model Beetle.

Kehadiran model kompak, Volkswagen Golf GTI facelift 2018 versi Mk7.5 menawarkan beberapa perincian yang lebih kemas pada bahagian luaran dan dalaman serta pada masa sama kekal dengan imej ‘garang’.

Maka tidak hairanlah, setiap kali model ini meluncur laju di jalan raya, pastinya mencuri perhatian mana-mana kereta sekelas dengannya yang mahu ‘menguji’ ketangkasannya.

Prebiu.com sendiri merasai ‘kegilaan’ memandu Golf GTI ini sentiasa menaikkan ledakan adrenalin sebaik saja pedal minyaknya ditekan disebabkan enjin hot-hatch ini memberikan tahap respon yang cukup pantas menerusi kotak gear DSG 6-kelajuan yang dipadankan.

Pertukaran gear cukup responsif dan lancar meskipun ketika mod pemanduan jenis Eco digunakan malah untuk mencapai kelajuan 170kmj cukup mudah, begitu juga jika mahu memotong kenderaan dihadapan.

Jika mahukan lebih prestasi, tukar sahaja kepada mod sport pada skrin selepas menekan butang berhampiran gear atau tolak sedikit sahaja gear ke belakang ketika berada pada kedudukan gear D. Petunjuk pada paparan meter pada sebelah kiri akan bertukar kepada S.

Sebaik saja bertukar kepada mod S, karektor ini terus berubah menjadi lincah seperti sebuah kereta lumba di litar Sepang dengan bunyi deruman ekzos yang cukup mengasyikkan.

Bercerita mengenai warna merah, ia seakan menjadi warna rasmi GTI kerana hampir keseluruhan kekemasan dalamannya menerima sentuhan warna merah daripada jalur benang pada kerusi hingga kepada jalur lampu led menghiasi pintu, stereng dan tombol gear.

Pada bahagian luaran, jalur merah yang memanjang dapat dilihat jelas pada bahagian gril hadapan, pelapik brek dan logo GTI di kiri dan kanan fender hadapan.

Volkswagen Golf GTI masih dijana enjin EA 288 2.0 liter TSI berkuasa 230 PS/350 Nm, atau 10 PS lebih berkuasa daripada model asal.

Antara perbezaan jelas model 2018 ini dengan versi terdahulu, ia dilengkapi dengan lampu LED Advance Adaptive (menggantikan lampu b-xenon) yang turut datang dengan fungsi bantuan lampu dinamik.

Paling menarik ialah lampu isyarat membelok dinamik atau bahasa mudah ‘lampu berekor’ cukup jelas kelihatan pada waktu malam mahupun siang manakala lampu belakangnya adalah LED-penuh.

Ciri lain ialah padanan kerusi balutan kulit Vienna, rim aloi 18-inci Milton Keynes, Adaptive Chassis Control (ACC), sistem pendingin hawa automatik dua-zon climatronic Air Care, dan juga kluster paparan Active Info Display bersaiz 12.3-inci dengan butang kawalan pada stereng.

Sebagaimana kereta buatan Jerman lain, Golf GTI ini menggunakan sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, kabus hadapan dan belakang, penukar profil pemandu, kawalan cruise serta lampu hadapan dan pengelap cermin automatik.

Sebagaimana sifat GTI sebenar, ia dipadankan dengan roda stereng sport tiga jejari bersama pedal penukar gear manual enam kelajuan, pedal aluminium, plat berhampiran pintu yang bernyala dan juga ekzos krom berkembar.

Sistem infotaimen Discover Media hadir dengan skrin utama 8.0 inci boleh dihubungkan dengan Bluetooth, kad SD, USB, AUX serta fungsi navigasi dan bantuan parkir bersama kamera pandang belakang.

Turut disertakan sistem aplikasi App-Connect yang memberikan fungsi padanan skrin menerusi Apple CarPlay, Android Auto dan Mirrorlink.

 

Sistem keselamatan untuk model ini sama seperti model Sportsline dan dilengkapi tujuh beg udara, ESC serta Proactive Occupant Protection System.

7 Ciri Menarik Golf GTI

  • Bilah udara pada bampar depan bercat hitam
  • Rekaan jalur pada logo GTI pada fender
  • Kemasan strip merah GTI sepanjang gril depan
  • Rim aloi ‘Milton Keynes’ 18 inci
  • Ekzos berkembar
  • 5 pilihan mod pemanduan
  • Lampu isyarat belakang dinamik

Secara keseluruhannya, kereta ini cukup bersedia meratah laluan berselekoh tanpa rasa olengan dan sesuai dipandu sebagai kenderaan harian mahupun hujung minggu.

Sebenarnya, memandu Golf GTI ini sudah memadai apatah lagi pada tanda harga lebih RM200,000 dan tidak salah jika anda mampu memiliki Golf versi R yang lebih mahal pada tanda harga hampir RM300,000.

Cuma apa yang membezakan GTI dan Golf R ialah enjin 2.0TSI pengecas turbo dipadankan dengan kotak gear automatik 7 kelajuan DSG yang menjanjikan output mengagumkan, 288hp dan tork 380Nm.

Volkswagen Golf GTI 2018 dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM239,990. Setiap pembelian model ini akan disertakan dengan waranti selama lima tahun bersama bantuan tepi jalan juga selama lima tahun, serta servis percuma 45,000km/tiga tahun.

BMW Group Malaysia Perkenal Enam Fasiliti Pengecasan BMW i Baharu Di Bangsar Shopping Centre

Pengeluar kenderaan premium membuka halaman yang baharu bagi Mobiliti Bervisi di Malaysia, dengan pertumbuhan cemerlang dalam penyerahan jumlah unit kenderaan serta portfolio produk yang baharu untuk tahun 2019.

BMW Group Malaysia mengorak langkah pada tahun baharu ini sebagai peneraju dalam arena e-mobiliti di Malaysia dengan pengenalan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Tahun 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group di peringkat global dan kami telah mencerminkannya di sini dengan satu lagi rekod baharu untuk tahun yang kelapan secara berturut-turut dengan penyerahan 14,338 unit kenderaan.

Ia melambangkan peningkatan sebanyak 13% dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam segmen pasaran seumpamanya. Pencapaian ini juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini bagi BMW Group, dan kami berbesar hati untuk menggarap kejayaan tersebut.

BMW Group Malaysia merangkumi penyerahan yang berjumlah 57% unit kenderaan
menerusi lebih daripada 7,500 unit varian kenderaan Hibrid ‘Plug-in’ BMW dan
MINI pada tahun 2018.

“Sebagai peneraju dalam pembekalan kenderaan berelektrik yang premium di negara ini, kami sentiasa berusaha untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia.

“Kami mula mengikhtiarkan inisiatif-inisiatif ini bersama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) seawal tahun 2015 dan kami juga telah membangunkan beberapa projek dalam rangkaian pengedaran kami di seluruh negara,” kata Hoelzl.

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i yang baharu di Bangsar Shopping Centre, menandakan satu langkah yang penting dalam inisiatif syarikat ini untuk memupuk peralihan negara Malaysia ke arah Mobiliti-Elektro.

Pengenalan infrastruktur baharu ini merupakan susulan kepada Fastiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i yang dibuka di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang serta WEIL Hotel di Ipoh yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Samsung Introduces New Generation Of Picture Quality With 8K Digital Signage At ISE 2019

With the QLED 8K Signage at the forefront, Samsung showcases the future of commercial display including The Wall in 8K and 8K HDR technology for LED signage

SAMSUNG Electronics Co., Ltd. will transform the global digital signage market by launching the first signage products featuring the unmatched picture quality of QLED 8K at the Integrated Systems Europe (ISE) 2019 in Amsterdam.

The new visual display quality is expected to drastically impact the commercial digital signage industry, unlocking new and exciting opportunities.

In addition to the QLED 8K Signage, ISE 2019 attendees will experience the future of display signage including The Wall 2019 and Multi-Link LED HDR technology for signage.

“By introducing 8K in display signage, businesses can deliver impeccable picture quality to their audiences in a way that was previously not possible,” said Seog-gi Kim, Executive Vice President of Visual Display Business at Samsung Electronics.

“The 82” QLED 8K Signage is just one of the many industry-leading products we are excited to showcase at ISE 2019.

We look forward to introducing the global AV industry to the commercial applications of 8K.”

QLED 8K Signage: Market’s highest resolution with AI upscaling

Samsung will present the new 82” QLED 8K Signage, which combines the market’s highest resolution with Artificial Intelligence (AI) upscaling technology — producing lifelike images, enabling users to enjoy immersive viewing experiences.

The AI upscaling technology in commercial displays will capture the attention of potential customers; and to store owners and advertisers, this means more content production at lower costs and lower resolution but higher resolution display in 8K quality.

The new signage’s slim design, at less than 40mm deep, provides hassle-free installation by adopting Samsung’s advanced optical technology and blends into any environment in portrait or landscape mode.

With a resolution of 7,680 x 4,320 pixels, individual pixels in an image become imperceptible to the human eye.

Similar to its 8K TV counterpart, the QLED 8K display delivers enhanced black color presentation through local dimming and Quantum Light Control. The display also features HDR10+ along with 4,000nit peak brightness and provides 100 percent Color Volume, presenting rich pictures.

The Wall in 8K: Set to launch in the first half of 2019

Samsung will launch a 292” version of The Wall display in 8K globally in the first half of this year. The Wall is a large-format modular display ideal for luxury residences as well as for business purpose, configurable and customizable to a variety of sizes and ratios from 73” to 292”.

The Wall’s slim, bezel-less infinity design allows the display to blend subtly into its surroundings. The Ambient Mode allows customization of the display by showcasing diverse content such as photos and art and matching the background to complement its surroundings.

A customizable décor frame also allows the display look, sleek and sophisticated from every angle to fit any luxury space.

To compliment the display’s visuals, Samsung works with industry-leading partners, including Harman Luxury Audio and Steinway Lyngdorf for sound solutions, Control4, Crestron and Savant for home automation solutions, and Domotz, Ihiji and OrvC on remote monitoring capabilities for channel partners.

Multi-Link LED HDR: Industry’s first 8K HDR for LED signage

Samsung will introduce Multi-Link LED HDR, the industry’s first 8K LED HDR technology. Using Samsung’s proprietary algorithm and scene analysis, Multi-Link LED HDR turns any content into HDR quality, without special meta-data.

Multi-Link LED HDR for signage delivers unparalleled image quality, featuring Inverse Tone Mapping (ITM) and Dynamic Peaking to maximize brightness and contrast ratio of the full screen by doubling peak luminance.

OMN/OMN-D Series: Bringing semi-outdoor signage to the world

Samsung will launch its semi-outdoor OMN/OMN-D series globally this year. These in-window displays available in both 46” and 55” sizes give businesses an eye-catching display solution with vivid and crisp content and excellent visibility, even in direct sunlight, with 4,000nit brightness and high contrast ratio of 5,000:1 all packed in a slim and neat design.

The OMN-D series is a double-sided display that allows store-front and indoor display, increasing sales opportunities both in and out of the store simultaneously. With WiFi embedded and using one electric power cord and one LAN cable, the series reduces cord clutter and increases energy efficiency.

Both displays feature dust-proof IP5X-validation and three-step overheat protection for durable performance, along with their own embedded solution, MagicINFO S6 powered by Tizen 4.0 for streamlined content management.

“We are proud to partner with Samsung in implementing the disruptive technology for semi-outdoor windows OMN. Thanks to over fifteen thousand digital windows installed in its stores and customers’ shops, today Luxottica is one of the largest private digital broadcasters globally.

This new solution represents a step forward in the way our group engages with millions of consumers around the world,” said Carlo Panigati, Indirect Procurement Director at Luxottica, a leader in the design, manufacture, distribution and sale of fashion, luxury and sports eyewear based in Italy.

Luxottica will begin using the OMN-series display in its stores across Europe, beginning in Italy.

At ISE, Samsung will also be introducing the new QMR and QBR series 4K displays that feature five models – 43’’ to 75” in size, an intelligent upscaling engine and IPX5 dust-proof validation, embedded with KNOX security solution and Wi-Fi for wireless management.

Created with shopping malls, retail stores and airports in mind, QMR series has 500nit brightness and a non-glare panel. Made for smaller shops, commuter stations and terminals, QBR has 350nit brightness.

Both series are upgraded from the last with smaller bezels and a more symmetric design.
To learn more about ISE 2019, visit www.iseurope.org. For more information about Samsung’s latest SMART Signage Displays, please visit https://displaysolutions.samsung.com/ise2019

Proton Rai Kejayaan Serah Lebih 1,000 Unit X70 Seluruh Negara

Proton Edar Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan majlis rumah terbuka yang dihadiri pelanggan dan pada masa sama meraikan kejayaan menyerahkan model terbaru Proton X70 serentak.

PROTON mengadakan sambutan rumah terbuka membabitkan 74 cawangan Proton 3S dan 4S seluruh negara pada 2 Februari lalu.

Majlis itu dihadiri pelanggan daripada pelbagai bilang bangsa dan turut diadakan sambutan tradisi Yee Sang sebagai simbolik kepada perayaan Tahun Baru Cina.

Pelanggan turut dihiburkan dengan pertunjukan Tarian Singa dan juga aktiviti lain. Sambutan Tahun Baru Cina memberi peluang kepada Proton untuk menyerahkan lebih 1,000 unit Proton X70 kepada pelanggan.

Majlis ini menjadi satu acara khas untuk meraikan model baru X70 dan pada masa sama mendidik pelanggan mengenai model baru SUV ini.

Ketika majlis itu juga, pelanggan yang menerima kenderaan masing-masing diberikan penerangan dan ciri-ciri yang ada pada X70 oleh pengurus selepas jualan di setiap cawangan bagi memahirkan pelanggan mengenai kenderaan ini.

Pelanggan yang menghadiri majlis itu turut ditanya mengenai ciri yang menarik perhatian mereka kepada Proton X70 dan maklumbalas ini akan digunakan untuk tujuan rekaan masa depan model Proton.

AirAsia Kini Terbang Ke Chiang Rai – Hab Ke-7 AirAsia Di Thailand

(Enam dari kiri) Pengurus Stesen Chiang Rai AirAsia Thailand Marnop Wongpraewit, Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Pejabat Chiang Rai Karuna Dechatiwong, Pengarah Operasi Darat AirAsia Thailand Witchunee Kuntapeng, Naib Gabenor Chiang Rai Paskorn Boonyalug, Pengarah Eksekutif TAT Wilayah Asia Timur Titiporn Manenate, Pengarah TAT Bahagian Pasaran Asia Timur Wajanan Silpawornwiwat

Airasia mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia-Thailand dengan pelancaran laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Chiang Rai, hab ketujuh dan terbaru di Thailand.

AIRASIA Thailand, yang akan menempatkan pesawat Airbus A320ceo di Lapangan Terbang Antarabangsa Mae Fah Luang, Chiang Rai juga akan mengendalikan perkhidmatan baharu ke Phuket, Singapura dan Macau, serta dijangka membantu membangunkan komuniti pelancongan dan dan perniagaan tempatan.

(Enam dari kiri) Pengurus Stesen Chiang Rai AirAsia Thailand Marnop Wongpraewit, Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Pejabat Chiang Rai Karuna Dechatiwong, Pengarah Operasi Darat AirAsia Thailand Witchunee Kuntapeng, Naib Gabenor Chiang Rai Paskorn Boonyalug, Pengarah Eksekutif TAT Wilayah Asia Timur Titiporn Manenate, Pengarah TAT Bahagian Pasaran Asia Timur Wajanan Silpawornwiwat

AirAsia kini mengendalikan enam laluan ke dan dari ibu negeri wilayah utara Thailand, termasuklah perkhidmatan yang sedia ada dari Bangkok Don Mueang dan Hat Yai.

Pengarah Operasi Darat AirAsia Thailand Witchunee Kuntapeng berkata, “Pembukaan hab baharu kami di Chiang Rai adalah seperti membina sebuah rumah baharu. Di Chiang Rai, kami akan menempatkan pesawat Airbus A320ceo dan melantik kakitangan baharu, yang terdiri daripada komuniti tempatan.”

“Chiang Rai mempunyai potensi besar untuk menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Thailand, dengan budaya Lanna yang unik dan cara hidup suku kaumnya yang telah mendapat perhatian global baru-baru ini.

“Kami percaya ini adalah masa yang tepat untuk mempromosikan Chiang Rai kepada para pelancong dan kami berbesar hati untuk melihat empat laluan baharu kami antara Chiang Rai dan Phuket, Macau, Singapura dan Kuala Lumpur telah diterima dengan baik. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti tempatan atas sokongan mereka.”

Satu majlis perasmian yang diketuai oleh Naib Gabenor Chiang Rai Paskorn Boonyalug, Pengarah Eksekutif Pelancongan Thailand untuk Wilayah Asia Timur Titiporn Manenate dan ejen pelancongan tempatan telah diadakan di hab baharu tersebut untuk meraikan empat penerbangan antarabangsa AirAsia dari Phuket, Macau, Singapura dan Kuala Lumpur antara 30 Januari dan 1 Februari 2019.

Penerbangan dari Kuala Lumpur yang menyaksikan faktor beban 85% peratus, membuktikan usaha syarikat penerbangan ini untuk mempromosikan Chiang Rai sebagai destinasi pelancongan utama oleh pelancong antarabangsa.

cei.bm.jpg

Post Menarik