BMW Malaysia mempelawa anda untuk ‘Memilih Dunia Anda’ bersama Famili BMW X.
BMW, pengeluar kenderaan premium dan perintis kenderaan SAV (Kenderaan Aktiviti Sukan) premium mempelawa orang ramai untuk menyingkap naluri keterujaan mereka di acara jerayawara, ‘BMW Choose Your World’.
Acara Choose Your World yang dinanti-nantikan ini akan dianjurkan di Plaza Arkadia
pada 21 hingga 23 Jun 2019 untuk membolehkan para peminat mengamati manifestasi
jentera BMW X2 M35i baharu, BMW X4 dan BMW X5 baharu berserta BMW X1 dan
BMW X3.
BMW X1, BMW X3 serta keluaran terbaharu BMW X4 boleh dipandu uji sepanjang acara ini yang akan berlangsung selama tiga hari.
Elemen keterujaan turut disuntik melalui penganjuran permainan kecergasan yang
dirumus untuk menepati identiti ‘sport’ yang dibawakan oleh famili BMW X.
BMW X4
Latihan Interval Berintensiti Tinggi (HIIT) dan aktiviti-aktiviti yang mampu mencabar kekuatan anda, serta Ruang Kecergasan (Playground Fitness) sedia untuk diharungi oleh para peserta, anda juga boleh menebus hadiah istimewa dengan melengkapkan aktiviti-
aktiviti berkenaan.
Kedai pop-up’ yang menyediakan barangan eksklusif, ‘BMW Lifestyle Merchandise’ juga akan dibuka buat peminat-peminat jenama BMW dan jangan lupa untuk menyaksikan persembahan aksi menarik yang bakal disajikan untuk para pengunjung.
BMW X5
Sahut cabaran ini dan ‘Choose Your World’ bersama BMW.
Butir-butir jerayawara berkenaan:
Tarikh : 21 – 23 Jun 2019
Waktu : 10:00 pagi hingga 7:00 malam
Lokasi : Outdoor Carpark 3, Plaza Arkadia, Desa Parkcity
AirAsia akan menaik taraf armada pesawat Airbusnya, dengan menukar 253 pesanan untuk A320neo kepada versi A321neo yang lebih besar.
PERTUKARAN itu akan membolehkan AirAsia menawarkan kapasiti lebih tinggi atas permintaan kukuh yang berterusan merentasi rangkaiannya. AirAsia kini menjadi pelanggan terbesar di dunia untuk pesawat jenis A321neo.
A321neo
Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Kami telah mengambil beberapa tahun mengkaji semula masa depan operasi kami dan hari ini, kami amat berbangga menjadi pelanggan terbesar di dunia untuk A321neo.
“Dengan pelbagai manfaat kecekapan dan fleksibiliti operasi yang ditawarkan oleh pesawat ini, A321neo akan menjadi tulang belakang baharu operasi kami untuk terus berkembang dan memenuhi permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat di seluruh Asia,” katanya
Secara keseluruhannya, AirAsia telah membuat 592 pesanan untuk pesawat dalam kumpulan jenis A320.
Berikutan naik taraf itu, AirAsia akan menjadi pelanggan terbesar di dunia untuk A321neo dengan 353 pesawat dipesan. AirAsia kini mempunyai 230 pesawat dalam kumpulan jenis A320 dalam perkhidmatan, yang beroperasi dari habnya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun.
A321neo merupakan pesawat jenis terbesar dalam kumpulan A320 dan mempunyai banyak inovasi termasuk enjin generasi terbaharu dan sayap peranti Sharklet yang seterusnya menghasilkan penjimatan bahan api sebanyak 15 peratus ketika penerimaan pesawat dan 20 peratus menjelang 2020.
In a market where smartphones are getting homogenous and it is difficult to pick the one that best fits you, Samsung is here to accommodate all your needs.
THE S10e is packaged in a smaller and more ergonomic structure, and it has the most essential features of the S10 series with an affordable price tag.
Galaxy S10e
Just like the other S10 series, you can enjoy immersive viewing experience with the expansive, edge-to-edge 5.8-inch FHD+ Dynamic AMOLED display paired with stereo speakers sound by AKG.
Samsung Galaxy S10e has the same camera performance as the Galaxy S10 and S10+ that supports UHD Video Recording on front and rear camera with Super Steady Mode and multiple cameras including 16MP 123° ultra-wide angle that gives you a wider panorama shots.
Without compromising your basic needs for a smartphone, Samsung Galaxy S10e offers a comfortable user experience with the One UI software that focuses on the things you are interested in, good battery life, wireless power share, as well as the same hardware, storage capacity and foundation, which is as capable as the Galaxy S10 and S10+ with the price of only RM2,699.00.
To find out more on Galaxy S10e and the promotion available, please visit https://www.samsung.com/my/offer/mobile/s10-promotions/ now!
Sambutan “Togetherness” Volkswagen diteruskan dengan program Rumah Terbuka Raya di semua pengedarnya di seluruh negara pada 22 Jun, Sabtu, mulai jam 11am hingga 5pm.
PARA pengunjung berpeluang memandu uji model-model Volkswagen yang ada, selain merebut tawaran jualan dan selepas jualan sempena Hari Raya.
Pelanggan yang membuat tempahan pada hari itu akan menerima baucar minyak tambahan sebanyak RM2,000 di samping promosi baucar minyak RM1,000 sedia ada, sekali gus menjadikan jumlahnya sebanyak RM3,000.
Promosi ini hanya sah ke atas tempahan yang dibuat pada 22 Jun dan bagi kenderaan yang didaftarkan sehingga 30 Jun 2019.
Banyak yang ditawarkan pada majlis Rumah Terbuka ini – nikmati hidangan Raya, durian yang lazat dan ambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, pelanggan yang layak boleh menikmati program Volkswagen Care Plus secara percuma.
Program Blue Durian sememangnya sinonim dengan Rumah Terbuka Hari Raya Volkswagen di seluruh negara dan akan membuat penampilan khas pada hari berkenaan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berselfie dengan Raja Buah berwarna biru ini. Jangan lupa hashtag #VWDurian dan #VolkswagenMalaysia!
Promosi Jualan yang sedang berlangsung sekarang
Model
Penjimatan bermula
Kadar faedah rendah
Pinjaman bulanan bermula
Polo
RM4,000
–
RM741
Vento Comfortline
RM8,000
–
RM800
Vento Highline
RM6,000
–
RM892
Golf R-Line
RM2,000
–
RM1,788
Golf GTI
–
–
RM2,572
Golf R
–
–
RM3,176
Tiguan Highline
RM2,000
1.88%
RM1,598
Passat Comfortline
RM15,000
1.88%
RM1,575
Passat Highline
RM4,000
RM1,865
Beetle Sport
RM5,000
–
RM1,538
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat. Bayaran bulanan berdasarkan kepada pinjaman selama 9 tahun dengan bayaran muka sebanyak 10% termasuk rangkaian model JOIN.
Promosi Selepas Jualan yang sedang berlangsung sekarang
Pendingin hawa
Para pemilik kenderaan Volkswagen dijemput untuk menjalani pemeriksaan pendingin hawa secara percuma di pusat-pusat servis Volkswagen. Mereka yang perlu menyelenggara atau menukar penapis pendingin hawa akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20% sebagai sebahagian daripada promosi yang sah sehingga 30 Jun depan.
Tayar
Sebagai sebahagian daripada promosi yang sedang berlangsung dan telah dilanjutkan sehingga akhir tahun, tayar Continental boleh didapati pada harga bermula serendah RM184. Pemilik juga akan menerima manfaat tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan seimbangan secara percuma, bergantung kepada pakej tayar yang berbeza.
Bateri
Pelanggan yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk bateri baharu berharga bermula RM365, bergantung kepada model di bawah promosi bateri yang sedang berlangsung sekarang dan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.
Semua kenderaan Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Untuk layak menerima manfaat kempen ini, tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.
Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Volkswagen atau layari laman web www.volkswagen.com.my
AirAsia, pelanggan sulung Airbus A330neo di Asia Pasifik, memperkenalkan pesawat pertama generasi baharu pesawat penerbangan jarak jauhnya di Pertunjukan Udara Antarabangsa Paris.
PESAWAT itu yang bakal berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok, Thailand akan membangkitkan perkembangan pelan jaringan jarak jauh AirAsia di pasaran utama seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan.
A330neo
Majlis pengenalan pesawat tersebut di hadiri Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Nadda Buranasiri, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam, Ketua Pegawai Komersial Airbus, Christian Scherer dan Presiden Penerbangan Awam Rolls-Royce, Chris Cholerton dan Ketua Pegawai Eksekutif Avolon Domhnal Slattery, serta penggiat media industri penerbangan antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Nadda Buranasiri berkata, “Ini adalah satu batu loncatan dalam industri penerbangan terutama bagi para tetamu kami yang mana akan mengubah pasaran penerbangan tambang rendah jarak jauh.
AirAsia teruja kerana terus menjadi peneraju, sebagai syarikat penerbangan pertama di Asia Pasifik yang akan mengoperasi generasi baharu pesawat A330neo yang canggih ini.
“Dengan 66 tempahan pesawat yang ditempah terus dan perjanjian membeli 34 lagi pesawat tambahan, A330neo adalah jenis pesawat yang seterusnya pada masa hadapan bagi operasi penerbangan jarak jauh kami dengan menyampaikan pengalaman penerbangan bagi para tetamu yang lebih baik termasuk ciri rekaan terkini dan modifikasi baharu yang menjadikan penerbangan sederhana jarak jauh bernilai lebih selesa dari sebelum ini.
“Para tetamu boleh melihat perbezaan menerusi ruang peribadi dan ruang menyimpan bagasi dalam pesawat yang lebih luas, suasana pencahayaan sekeliling yang lebih menyeluruh, soket elektrik di setiap tempat duduk dan kabin tersunyi dalam kelasnya.”
Buranasiri menambah: “AirAsia X terus fokus menyampaikan nilai yang terbaik bagi penerbangan sederhana ke jarak jauh. Kehadiran A330neo membolehkan kami meneroka destinasi baharu dalam perancangan.
Penerbangan terus ke Eropah dah Amerika Syarikat kini tidak mustahil lagi. Kami sedang mengkaji pelbagai destinasi dan pelan produk bagi menggunakan sepenuhnya potensi yang ditawarkan oleh pesawat ini termasuk jarak yang lebih jauh dan efisien yang akan diumumkan kelak.”
Ketua Pegawai Komersial Airbus Christian Scherer berkata, “Operasi yang efisien, inovasi dalam produk terkini dan peningkatan adalah teras di AirAsia…dan ini adalah sama bagi A330neo juga!
Sebagai generasi terkini, kos terendah setiap tempat duduk bagi setiap batu perjalanan dalam kelas sederhana pesawat berbadan lebar, A330neo akan membawa langkah perubahan dalam penggunaan bahan bakar yang lebih efisien dan peningkatan jarak yang akan membuka peluang baharu bagi perkembangan jaringan jarak jauh AirAsia X Thailand”
Presiden Penerbangan Awam Rolls-Royce Chris Cholerton berkata, “Hari ini adalah hari yang istimewa buat kami di Rolls-Royce, kami sangat berbesar hati melihat A330neo yang di perkenalkan di Pertunjukan Udara Paris dengan rekaan luaran AirAsia.
Kami juga sangat teruja untuk melihat pesawat ini memenuhi ruang udara Asia. Enjin Trent 7000 adalah kritikal dalam menyampaikan 14% penambahbaikan dalam mengurangkan pembakaran bahan api bagi setiap tempat duduk dalam pesawat A330neo jika dibandingkan dengan enjin generasi Trent 700 yang terdahulu, faktor ini merupakan faktor utama kejayaan pesawat ini.”
Pesawat AirAsia A330neo yang diperkenalkan hari ini akan tersedia untuk pameran di Pameran Airbus dari 17- 19 Jun 2019 dan akan dibuka bagi pelawat dan media Pertunjukan Udara Paris antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Enam panel bekerjasama dengan PROTON menawarkan faedah tambahan kepada pelanggan
PELANGGAN Proton kini boleh menikmati faedah tambahan apabila mereka menginsuranskan kereta mereka menerusi barisan syarikat insurans Proton.
Dikenali sebagai Program Insurans Proton (PIP), tawaran ini boleh digunakan untuk kedua-dua pembeli kereta baharu dan pemilik kereta Proton sedia ada yang memperbaharui polisi insurans mereka dan ianya boleh didapati di semua cawangan Proton yang diiktiraf.
Enam panel syarikat insurans yang bekerjasama dengan Proton untuk promosi ini ialah Allianz General Insurance Company (M) Sdn Bhd, Liberty Insurance Berhad, AmGeneral Insurance Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.
Pembaharuan polisi insurans untuk mana-mana kereta adalah keperluan undang-undang dan jarang sekali diambil kira oleh pemilik kereta kerana kadar dan faedah yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans tidak begitu berbeza.
Dengan memperbaharui polisi kereta mereka melalui PIP, pemilik Proton akan mendapat manfaat seperti berikut.
1. Perlindungan Utama: Sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat kecurian atau percubaan kecurian, rompakan atau pecah masuk rumah, pelanggan boleh mendapatkan ganti rugi percuma sehingga berjumlah RM1,000 ke atas kenderaan tersebut.
2. Elaun banjir: Sekiranya berlaku kerosakan akibat banjir, banjir kilat, limpahan air, longkang, sungai atau lumpur, pelanggan boleh menuntut elaun sehingga RM1,000.
3. Perlindungan semua pemandu: Perlindungan untuk semua pemandu tanpa lebihan bayaran kecuali sekiranya pemandu yang diberi kuasa semasa kemalangan berumur 21 tahun dan ke bawah atau memegang lesen pemandu sementara atau masih belajar.
4. Perlindungan Kemalangan Diri Insurans/Pemegang Polisi: Perlindungan kemalangan diri sehingga RM15,000 bagi pendaftaran kereta peribadi.
Pelanggan Proton PIP juga akan menikmati faedah tambahan seperti berikut:
1. Kos pembaikan percuma: Bagi kenderaan yang berusia sehingga 10 tahun dan tertakluk kepada kenderaan yang dibaiki di mana-mana cawangan Ketuk dan Cat (Body & Paint) Proton yang diiktiraf.
2. Perlindungan dengan Nilai yang dipersetujui: Sekiranya terdapat kerugian atau kecurian, pelanggan akan menikmati pembayaran penuh jumlah yang diinsuranskan untuk 12 tahun pertama usia kenderaan mereka.
“Proton sentiasa mencari cara untuk memberikan lebih banyak nilai dan melalui Program Insurans Proton, kami dapat memastikan bahawa pelanggan lama, sedia ada dan baharu layak menerima faedah sama hanya dengan memperbaharui polisi insurans mereka dengan kami,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Delivering fuel beyond petrol stations in a convenient, seamless and safe manner
PETRONAS keeps Malaysians on the move with ROVR, the first mobile refuelling service offered by Petronas Dagangan Berhad (PDB) in the country.
ROVR B2B 4000-liter refueling Landbridge
ROVR’s innovative service allows for a seamless and safe refuelling experience for both commercial and everyday drivers, beyond conventional petrol stations.
ROVR has been serving commercial customers (B2B) since its pilot in October 2018, and has since delivered over 1 million liters of fuel. ROVR is now ready to cater to more B2B customers nationwide with the introduction of more ROVR trucks.
End-consumers (B2C) will soon be able to experience this innovative solution as ROVR will be delivering the latest Petronas Primax95 with Pro-Drive at high-traffic hotspots, widening PDB’s coverage area beyond the extensive network of Petronas stations nationwide.
ROVR B2B 11000-liter
“At PDB, we invest heavily in understanding the customer journey and we address the frictions in their daily lives by offering progressive solutions.
ROVR provides a new refuelling experience, and we are excited to have our customers be the first in Malaysia to experience this. We have received positive feedback from our B2B customers and we are ready to cater to more.
“We want our customers to move like never before as we continue to deliver a seamless and frictionless customer experience,” said Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, MD/CEO of PDB.
ROVR provides scheduled deliveries of Petronas Dynamic Diesel to B2B customers, providing a hassle-free experience in the logistical management of the fleet. This also allows for the refuelling process to take place at the customers’ convenience on their premises.
“I am pleased with this new offering from PDB. It’s not easy for our large trucks to navigate on roads, and some stations set a limitation on large commercial vehicles. With ROVR, we just schedule for fuel deliveries, and ROVR trucks and Rangers will show up for our drivers to refuel without the need to leave the yard or take a detour.
ROVR B2C 3000-liter side view
This definitely eases logistical planning, reduces costs and improves our time management,” said Sua Hee Yuan, Chief Financial Officer of Landbridge Haulage (M) Sdn Bhd.
ROVR fuel trucks are guaranteed safe and certified for fuel delivery and dispensing, according to the stringent health, safety, security, and environmental (HSSE) requirements stipulated by national authorities and regulatory bodies.
All ROVR trucks are equipped with sensors to monitor vital information and maintain operational safety throughout the duration of service, at all times.
ROVR’s current fleet includes a 4,000-liter capacity and three 11,000-liter capacity trucks for commercial customers. ROVR’s 3,000-liter capacity truck for end-consumers is at its pilot stage. By the end of this year, PDB will expand ROVR services nationwide and set up more refuelling sites.
AirAsia telah memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-11 berturut-turut di anugerah berprestij Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.
AIRASIA juga dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan memenangi anugerah Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat berbadan lebar jarak jauh AirAsia X.
(Lima dari kiri di belakang) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Nadda Buranasiri, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam bersama-sama Kru Kabin AirAsia
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan.
Keputusan tahun ini ditentukan melalui 21.65 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 100 warganegara yang mengukur piawaian daripada 335 syarikat penerbangan dari Ogos 2018 sehingga Mei 2019.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun berkata, “Ini satu penghormatan untuk diiktiraf oleh Skytrax untuk tahun ke-11 berturut-turut dalam komitmen kami menawarkan perjalanan dengan tambang rendah dan perkhidmatan yang mengutamakan tetamu.
“Hakikat bahawa anugerah ini berdasarkan maklum balas langsung adalah pengiktirafan yang menggembirakan untuk Allstars yang telah banyak berusaha dan memberikan komitmen kepada kecemerlangan perkhidmatan untuk tetamu kami.”
AirAsia sentiasa menjadi perintis dalam industri ini, sebagai pelopor perjalanan tambang rendah di Asia Pasifik. Hari ini, AirAsia mengendalikan rangkaian lebih daripada 140 destinasi dari 25 hab di 22 pasaran dan telah menerima pelbagai anugerah untuk inovasi, perkhidmatan pelanggan, keselamatan operasi dan kecemerlangan pekerja dan tempat kerja.
Sementara itu, Pengerusi AirAsia X Berhad, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, “Kami sekali lagi terus diiktiraf dalam menyediakan Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia dalam penerbangan jarak jauh kami.
“Kecemerlangan hari ini mewakili sembilan tahun menjadi yang terbaik di dunia dalam kategori ini dan didedikasikan kepada Allstars kami yang berpegang teguh kepada budaya korporat, misi dan visi kami. Tahun ini, kami akan pergi lebih jauh dengan menawarkan keselesaan yang terbaik dalam pesawat Airbus A330neo baharu, yang akan mengubah pengalaman perjalanan jarak jauh.
“Digarap dengan perkhidmatan dalam penerbangan kami yang cukup dikenali sebagai syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang berbaloi kepada tetamu kami ke 30 destinasi di 10 pasaran di seluruh rangkaian jarak jauh Kumpulan AirAsia.”
Anugerah tersebut diterima hari ini di Pameran Udara Antarabangsa Paris oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Penerbangan) Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Nadda Buranasiri dan 11 krew kabin Allstar dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan India.
Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga Ahad, 23 Jun 2019 (2400h, GMT +8).
Dengan tambang bermula dari serendah RM12* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89* untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, inilah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya. Untuk menempah, layari airasia.com atau muat turun aplikasi mudah alih AirAsia.
The MINI 60 Years Edition (Right) with the 959 Morris Mini-Minor
MINI Malaysia akan meraikan ulang tahun MINI yang ke-60 pada bulan Julai ini.
SELAMA 60 tahun, MINI telah mendepani budaya kontemporari di persada dunia dan tempatan. Sepertimana budaya dan gaya hidup yang pelbagai dirintis dari setiap pelosok dunia, citra keghairahan kekal sebagai nadi jenama MINI.
Untuk meraikan jiwa jenama MINI yang berusia 60 tahun ini, MINI Malaysia mengimbau kembali enam pencapaian yang dilakar dalam halaman sejarah MINI dan peristiwa-peristiwa yang telah membentuk budaya kontemporari ketika itu.
The longitudinal section of the Austin Seven, also known as the Morris Mini-Minor
1959
Mini yang pertama diperkenalkan dan menjadi ikon dalam dunia automotif pada tahun itu. Perang baru berakhir dan dunia dibelenggu dengan kekurangan bahan api, Sir Alec Issigonis telah menukar krisis ini kepada satu peluang dengan menzahirkan sebuah kenderaan kecil yang mempraktikkan penggunaan ruang secara kreatif.
Sejak itu, Mini telah mencetus revolusi dan mengubah acuan yang diguna pakai oleh industri automotif. Sehingga ke hari ini, warga MINI atau ‘MINIacs’ masih menggilakan gaya pemanduan ala go-kart yang dibawakan oleh MINI dengan sistem suspensinya yang inovatif.
Bukan itu sahaja, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong terkini dan yang ke-16 diputerakan pada tahun tersebut; raja pop Malaysia, Jamal Abdillah juga dilahirkan pada tahun yang sama.
1959 turut menyaksikan patung Barbie dirungkaikan buat julung kali sewaktu pameran, American Toy Fair yang berlangsung di Bandar Raya New York. Barbie merupakan patung mainan pertama yang dikeluarkan secara besar-besaran di Amerika Syarikat yang tampil dengan struktur badan manusia yang sebenar.
Ia diilhamkan oleh karakter komik Jerman, ‘Lilli’ yang menyaksikan hak ciptanya diambil alih oleh Mattel dan kemudiannya menjurus kepada penamaan semula karakter tersebut sebagai ‘Barbara’ – sempena nama anak pengasas syarikat itu sendiri.
The MINI 60 Years Edition (Right) with the 959 Morris Mini-Minor
2001
Dengan tumpuan yang diberikan terhadap kecemerlangan nyata dan kualitatif sambil menyuntik nafas baharu ke atas elemen reka bentuk ikoniknya, BMW Group telah memperkenalkan MINI semula sebagai jenama premium pada tahun 2001.
Dari jentera unggul MINI 3-Door Hatch sehingga MINI 5-Door Hatch, barisan yang terdiri daripada lima kereta telah berputik daripada Mini ikonik yang asal – setiap satu daripadanya dirumus untuk memenuhi tuntutan orang ramai yang mahukan fleksibiliti dan untuk memenuhi tabiat pemanduan yang berlainan.
Di Malaysia pada tahun 2001, pesawat B777 milik Malaysian Airlines, iaitu sebuah pesawat komersial dengan enjin berkembar mewakili rantau Asia dengan membuat penerbangan pertama merentasi Kutub Utara.
Sementara itu, Putrajaya, iaitu pusat pentadbiran persekutuan Malaysia dinamakan sebagai Wilayah Persekutuan pada tahun yang sama.
Revolusi muzik juga dicetuskan oleh Apple yang telah memperkenalkan iPod buat julung kalinya pada bulan Oktober 2001 untuk seluruh dunia. Ia hadir dengan kapasiti muatan data bersaiz 5GB yang mampu memuatkan seribu lagu MP3 – rentetan itu, iPod berslogankan: “1,000 lagu dalam poket anda”.
The Introduction of MINI John Cooper Works
2008
Jangka waktu yang bermakna buat MINI, pengenalan MINI John Cooper Works dan MINI John Cooper Works Clubman dizahirkan melalui pengambilalihan John Cooper Works (JCW) yang dibuat oleh BMW Group pada tahun 2008.
Sensasi jiwa perlumbaan yang dibawakan oleh jenama MINI John Cooper Works tidak lagi terhad pada enjinnya sahaja, malah model-model kenderaan ini juga dibangunkan semula dengan penerapan DNA dan karakter berlandaskan prestasi serta keupayaan jentera perlumbaan.
MINI Debuted the MINI Countryman in 2010
2010
Buat pertama kali, MINI telah memperkenalkan MINI Countryman – model pertama dalam barisan kenderaan ini yang didatangkan dengan empat pintu serta pelitup belakang yang luas.
MINI Countryman mencerminkan sebuah kesinambungan yang tulen di antara konsep klasik MINI serta kenderaan SAV (Sports Activity Vehicle) yang moden, ditawarkan dengan opsyen sistem pacuan semua roda, MINI ALL4.
2010 juga menandakan Hari Malaysia yang pertama diraikan pada 16 September sebagai cuti umum.
Di peringkat global pula, Apple telah membawakan iPad yang pertama, manakala syarikat Finland bernama Rovio melancarkan aplikasi permainan video yang terbesar berjudul ‘Angry Birds’, yang menjadi aplikasi iPhone terlaris pada tahun 2010.
New MINI Countryman Plug-In Hybrid
2018
Sensasi pemanduan MINI yang tersendiri dan menyeronokkan memasuki dimensi yang baharu di Malaysia melalui pengenalan MINI Countryman Plug-In Hybrid yang sulung, mengembangkan lagi portfolio Mobiliti Masa Hadapan milik BMW Group Malaysia.
Sejak itu, ia telah membawa aspek kelestarian mobiliti ke aras yang baharu, mendemonstrasikan kepakaran MINI dalam pembangunan teknologi-teknologi terbaharu untuk industri automotif premium.
Seperti peristiwa signifikan yang menyaksikan pelantikan Barack Obama sebagai presiden Amerika Syarikat, Pakatan Harapan berjaya menundukkan pemerintahan parti Barisan Nasional yang telah berkuasa selama enam dekad dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. Tun Dr Mahathir Mohamad memainkan semula peranannya sebagai Perdana Menteri yang kembali memerintah selepas 40 tahun, dan peristiwa ini menjadikan beliau Perdana Menteri ikonik yang tertua.
MINI Celebrates 60 Years with the MINI 60 Years Edition
2019
Baru sahaja berada di pertengahan tahun, namun 2019 merupakan satu lagi tahun yang luar biasa bagi MINI serta dunia budaya pop. Buat pertama kali, sekumpulan saintis – termasuk seorang warga Malaysia – berjaya merakamkan imej pertama sebuah Lohong Hitam dengan menggunakan rangkaian lapan teleskop, yang kemudiannya diproses oleh algoritma kompleks milik Dr. Katie Bouman.
MINI sentiasa mencabar batasan dari segi keseronokan pemanduan, reka bentuk serta elemen keindividualan yang diterapkan olehnya, dan pada tahun 2019, MINI meraikan ikhtiar mereka ini yang berusia 60 tahun.
Untuk menandakan perayaan ulang tahun ini, MINI mempersembahkan reka bentuk Ulang Tahun ke-60 yang ikonik untuk mencerminkan asal usul Britishnya serta karakter MINI yang terus mengarah ke hadapan – bersifat kontemporari, namun kekal dengan tradisinya yang tersendiri.
Peminat aktiviti pemerhatian pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kini boleh melihat kapal terbang berlepas dan mendarat secara lebih dekat.
RUANG yang dinamakan ‘Anjung Spotter’ yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa dibuka untuk orang ramai secara percuma bagi membolehkan orang ramai merakamkan saat pesawat berlepas dan mendarat di KLIA, dibina dengan kos RM300,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya merancang menjadikan Anjung Spotter sebagai satu destinasi wajib dikunjungi pelancong, yang tiba di KLIA.
“Pada masa ini, terdapat ramai peminat aktiviti permerhatian pesawat yang datang ke sini, untuk bertemu peminat yang sama di Malaysia, sebelum merakamkan pelbagai gambar di sekitar lapangan terbang (KLIA),” katanya di pelancaran Anjung Spotter di sini, semalam.
Ruang pemerhatian itu dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi KLIA itu bagi membolehkan orang ramai merakamkan gambar saat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan yang strategik.
Peminat aktiviti pemerhatian pesawat dan penerbangan, kini mempunyai lokasi terbaik bagi melihat pesawat yang mendarat melalui Landasan 32 Kiri, yang terletak di Jalan Pekeliling, daripada dek tersebut.
Raja Azmi berkata, MAHB berharap Anjung Spotter akan menjadi tarikan pelancong yang terkenal seperti yang ada di Perth, Australia; Frankfurt, Jerman dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham di Amerika Syarikat.
Katanya, MAHB juga sedang mengenal pasti beberapa lagi lokasi di lapangan terbang di bawah kelolaannya untuk dibina dek seperti itu bagi memberikan pengalaman yang sama untuk peminat. -Bernama