Sambutan “Togetherness” Volkswagen diteruskan dengan program Rumah Terbuka Raya di semua pengedarnya di seluruh negara pada 22 Jun, Sabtu, mulai jam 11am hingga 5pm.
PARA pengunjung berpeluang memandu uji model-model Volkswagen yang ada, selain merebut tawaran jualan dan selepas jualan sempena Hari Raya.
Pelanggan yang membuat tempahan pada hari itu akan menerima baucar minyak tambahan sebanyak RM2,000 di samping promosi baucar minyak RM1,000 sedia ada, sekali gus menjadikan jumlahnya sebanyak RM3,000.
Promosi ini hanya sah ke atas tempahan yang dibuat pada 22 Jun dan bagi kenderaan yang didaftarkan sehingga 30 Jun 2019.
Banyak yang ditawarkan pada majlis Rumah Terbuka ini – nikmati hidangan Raya, durian yang lazat dan ambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, pelanggan yang layak boleh menikmati program Volkswagen Care Plus secara percuma.
Program Blue Durian sememangnya sinonim dengan Rumah Terbuka Hari Raya Volkswagen di seluruh negara dan akan membuat penampilan khas pada hari berkenaan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berselfie dengan Raja Buah berwarna biru ini. Jangan lupa hashtag #VWDurian dan #VolkswagenMalaysia!
Promosi Jualan yang sedang berlangsung sekarang
Model | Penjimatan bermula | Kadar faedah rendah | Pinjaman bulanan bermula |
Polo | RM4,000 | – | RM741 |
Vento Comfortline | RM8,000 | – | RM800 |
Vento Highline | RM6,000 | – | RM892 |
Golf R-Line | RM2,000 | – | RM1,788 |
Golf GTI | – | – | RM2,572 |
Golf R | – | – | RM3,176 |
Tiguan Highline | RM2,000 | 1.88% | RM1,598 |
Passat Comfortline | RM15,000 | 1.88% | RM1,575 |
Passat Highline | RM4,000 | RM1,865 | |
Beetle Sport | RM5,000 | – | RM1,538 |
Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat. Bayaran bulanan berdasarkan kepada pinjaman selama 9 tahun dengan bayaran muka sebanyak 10% termasuk rangkaian model JOIN.
Promosi Selepas Jualan yang sedang berlangsung sekarang
Pendingin hawa
Para pemilik kenderaan Volkswagen dijemput untuk menjalani pemeriksaan pendingin hawa secara percuma di pusat-pusat servis Volkswagen. Mereka yang perlu menyelenggara atau menukar penapis pendingin hawa akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20% sebagai sebahagian daripada promosi yang sah sehingga 30 Jun depan.
Tayar
Sebagai sebahagian daripada promosi yang sedang berlangsung dan telah dilanjutkan sehingga akhir tahun, tayar Continental boleh didapati pada harga bermula serendah RM184. Pemilik juga akan menerima manfaat tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan seimbangan secara percuma, bergantung kepada pakej tayar yang berbeza.
Bateri
Pelanggan yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk bateri baharu berharga bermula RM365, bergantung kepada model di bawah promosi bateri yang sedang berlangsung sekarang dan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.
Semua kenderaan Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Untuk layak menerima manfaat kempen ini, tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.
Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Volkswagen atau layari laman web www.volkswagen.com.my