Utama Blog Halaman 836

Renault Megane R.S 280 Cup Serba Baharu Terima Suntikan Elemen F1

Renault MEGANE R.S. serba baharu secara rasmi pada harga yang cukup menarik, bersama harga sah untuk transmisi automatik dan di Langkawi

Renault MEGANE R.S. kini rasmi kembali ke pasaran Malaysia dengan gaya yang lebih sporty dan radikal berbanding sebelumnya.

Diedarkan oleh TC Euro Cars (TCEC), Renault MEGANE R.S. generasi baru kini didatangkan
dengan transmisi automatik Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, sebagai tambahan kepada transmisi manual (MT) enam kelajuan sedia ada.

Harga untuk Renault MEGANE R.S. 280 CUP dengan kotak gear automatik Efficient Dual Clutch (EDC) sudah ditetapkan. Sementara harga tanpa cukai untuk transmisi manual dan automatik pula telah diturunkan:

Semenanjung Malaysia Bermula Dari RM279,888
Langkawi Bermula Dari RM149,888

*Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans.

Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu padat dengan teknologi baru dan yang telah
dipertingkatkan. Ia terbukti menerusi kesungguhan Renault dalam dunia sukan bermotor demi menawarkan prestasi, pengendalian dan kestabilan luar biasa untuk pemanduan yang lebih selesa dan mengujakan.

Pasukan jurutera memperkenalkan sistem stereng empat roda 4CONTROL – teknologi pertama dalam segmennya di dunia yang meningkatkan lagi kecekapan ketika mengambil selekoh.

Sistem itu berfungsi mengubah suai roda belakang untuk menghala ke arah yang sama dengan roda hadapan sehingga satu darjah pada kelajuan tinggi dan arah bertentangan sehingga 2.7 darjah pada kelajuan lebih rendah. Titik penukaran itu ditetapkan pada kelajuan 60km/j atau 100km/j dalam mode Race.

Ciri baru yang kedua ialah penambahan empat pemampat hidraulik ke atas penyerap hentak yang diinspirasikan daripada teknologi rali. Bagi menambah baik aspek keselesaan suspensi untuk kegunaan harian, hentian lantunan hidraulik ini juga menghilangkan gangguan apabila dipandu secara lebih sporty.

Pasukan pakar di Renault Sport Cars dan Renault Sport Racing turut mencurahkan segala kepakaran mereka ke atas enjin turbo empat selinder 1.8 liter itu. Mereka telah mereka semula kepala selinder, selain mengintegrasikan satu sistem penyejukan baharu, inlet kemasukan udara berkembar kepada pengecas turbo dan sistem pemasaan yang dipacu oleh rantai.

Hasilnya, enjin yang telah dimodenkan itu mampu menjana kuasa maksimum 280PS dan tork puncak 390Nm – menjadi antara yang terbaik dalam kelasnya. Pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 5.8 saat dengan kelajuan maksimum 255km/j (250km/j untuk varian AT).

Untuk pasaran Malaysia, Renault MEGANE R.S. 280 serba baharu didatangkan dengan chasis CUP. Ia merangkumi mekanikal Torsen dan limited-slip differential untuk menambah baik aspek pengendalian sewaktu pecutan dan memperlahankan kenderaan.

Satu lagi ciri Renault MEGANE R.S. 280 CUP ialah konfiguari lima pintu, berbanding tiga pintu sebelum ini. Pelanggan boleh memilih warna signatur yang baru (Orange Tonic), penambahan kepada warna klasik iaitu kuning (Liquid Yellow).

Kotak gear automatik Efficient Dual Clutch (EDC) untuk keseronokan pemanduan yang tiada tandingan. Kotak gear klac berkembar enam kelajuan EDC telah diperkukuhkan untuk menahan kuasa tork dan rev enjin kereta sports ini.

Berdasarkan kepada pecutan yang diperlukan, pecutan ketika gear sedang digunakan dan kelajuan maksimum, pasukan jurutera Renault Sport berjaya mendapatkan nisbah gear yang baru dan corak penukaran gear secara spesifik. Ini selari dengan sistem MULTI-SENSE yang boleh diubah suai bagi disesuikan dengan apa jua corak pemanduan.

Sama seperti kereta lumba, kotak gear EDC hadir dengan paddle shifter. Tempoh penukaran gear bergantung kepada mode MULTI-SENSE yang dipilih:

  • Comfort dan Normal: penukaran gear yang lancar, tanpa sebarang senggukan;
  • Sport: penukaran gear yang pantas dan bunyi enjin lebih kuat;
  • Race: kecekapan tanpa berkompromi dari segi keselesaan, penukaran gear yang lebih
    pantas

Dalam mode Sport dan Race, kotak gear EDC juga mempunyai fungsi-fungsi berikut:

Multi-Change Down: ketika membrek dalam mode manual, ciri ini membolehkan pemandu menurunkan beberapa gear secara serta-merta dengan cara menekan dan memegang paddle shifter sebelah kiri. Kedudukan gear yang terbaik kemudian akan dipilih untuk keluar dari selekoh dengan sebaik mungkin.

Launch Control: klac dan turbo telah disediakan lebih awal, membolehkan permulaan pergerakan dilakukan dengan pants seperti sebuah kereta lumba. Dalam mode sport, kawalan cengkaman memberikan sokongan tambahan kepada pemandu untuk mendapatkan cengkaman terbaik dalam kondisi permukaan jalan yang licin.

Selain daripada teknologi baharu, komponen-komponen utama yang ada pada generasi sebelum ini telah dikekalkan dan ditambah baik pada Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu.

Suspensi hadapan berpaksikan stereng bebas yang dipasang pada MEGANE R.S. sejak tahun 2004 membuktikan kepakaran Renault dalam sistem chasis dan suspensi. Pada asalnya direka untuk kegunaan sukan bermotor, sistem suspensi hadapan berpaksikan stereng bebas telah digunakan pada kenderaan pacuan roda hadapan yang berkuasa tinggi, terutama apabila ia juga dipasang dengan limited-slip differential.

Gandar hadapan Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu telah direka semula sepenuhnya untuk disesuaikan dengan geometri offset negatif rim bersaiz 19 inci dan bagi meningkatkan aspek ketegarannya.

Cukup dikenali kerana digunakan pada MEGANE R.S. generasi sebelum ini, sistem brek telah ditambah baik. Sekali gus memberi lebih keyakinan kepada pemandu. Diameter cakera brek hadapan telah ditingkatkan kepada 355mm (+15mm berbanding generasi sebelumnya).

Cakera dua material/aluminium/besi tuang membantu mengurangkan berat sehingga 1.8kg bagi setiap roda. Pada masa yang sama menambah baik aspek penyejukan ketika digunakan secara intensif.

Tetapan pedal brek memberi fokus kepada ketepatan tekanan yang dikenakan. Ini membolehkan pemandu dapat mengawal kenderaan sepenuhnya, terutama di litar lumba. R.S. Monitor juga telah disemak semula sepenuhnya dengan susun atur lebih mesra pengguna dan ciri yang lebih berkuasa.

Sistem telemetri dan pemerolehan data yang canggih ini berfungsi mengumpul serta merumuskan maklumat daripada lebih 40 unit sensor yang dipasang pada seluruh kenderaan. Ia membolehkan pelbagai talaan kereta dipaparkan pada masa sebenar menerusi tablet dengan skrin sentuh R-LINK 2 bersaiz 8.7 inci.

Melalui sistem ini, pemandu boleh memeriksa pelbagai data pemanduan seperti pecutan, brek, yaw, sudut stereng, operasi sistem 4CONTROL suhu dan tekanan.

Apabila reka bentuk juga bermaksud prestasi Dengan gayaannya yang ekspresif dan sporty, Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu telah direka untuk menawarkan prestasi, sehinggalah ke perincian yang terakhir.

Rekaan sisi badan yang spesifik membolehkan wing dilebarkan sebanyak 60mm di bahagian belakang dan 45mm di belakang. Jentera ini juga telah direndahkan sebanyak 5mm, dengan rim baharu bersaiz 19 inci, perkadaran baru itu membuatkan penampilan kereta nampak lebih agresif.

Reka bentuk penuh kuasa itu ditingkatkan lagi dengan sejumlah ciri yang diambil daripada dunia sukan bermotor. Sekali gus meletakkan Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu dalam kategori jentera berprestasi tinggi:

  • Corong pengambilan udara yang lebar pada bampar hadapan bersama bilah seperti jentera F1, merupakan gayaan signatur Renault Sport yang menjadi refleksi kepada pembabitan jenama ini dalam Formula 1.
  • Bilah-bilah yang menerima kemasan warna kelabu satin (Gun Metal Grey) kontras dengan bahagian lain yang lebih berkilat.
  • Rekaan corak sarang lebah secara 3D pada gril mengukuhkan lagi DNA Renault Sport
    Bahagian sisi kenderaan yang maskulin diwarisi daripada reka bentuk Renault MEGANE
    yang disempurnakan lagi dengan trak hadapan dan belakang yang lebih lebar
  • Pengekstrak udara pada bahagian sisi mengoptimumkan aliran udara pada arca roda
    Sil sisi mengukuhkan lagi hubungan di antara bahagian hadapan dan belakang, bilah
    berwarna hitam itu pula menyerlahkan gayaan sebuah jentera Formula 1
  • Spoiler belakang yang lebih nipis itu telah direka semua untuk menambah baik prestasi
    aerodinamik. Selain membuatkan kereta kelihatan lebih lebar, corong vertikal itu
    meningkatkan aspek aerodinamik dengan menambah baik aliran udara
  • Bampar belakang dengan peresap udara binaan dalam dan ekzos diletakkan di bahagian
    tengah menyerlahkan lagi gayaan MEGANE R.S. 280 CUP
  • Kecekapan peresap udara ditingkatkan berbanding generasi terdahulu. Selain
    membuatkan rekaan lebih sporty, komponen aerodinamik itu membantu meningkatkan
    kuasa downforce.
  • Angkup brek Brembo diberi warna merah pada chasis Cup, jadi ia lebih mudah dikenali
    oleh para peminatnya.
  • Lampu R.S. Vision berprestasi tinggi yang unik dalam segmen ini menggabungkan empat fungsi: lampu sisi, lampu membelok, lampu kabus dan lampu tinggi jarak jauh
Nico Hulkenberg with the All-New Renault MEGANE R.S.

Kebolehdapatan dan pandu uji

Renault MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu boleh didapati dalam empat pilihan warna – hitam (Diamond Black), putih mutiara (Pearl White) (tambah RM1,000) dan warna signatur kuning (Liquid Yellow) atau oren (Orange Tonic) (tambah RM8,000).

Pandu uji boleh dilakukan di beberapa bilik pameran terpilih Renault melalui temu janji sahaja dan boleh dipohon melalui laman web Renault Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai MEGANE R.S. 280 CUP serba baharu atau Renault di Malaysia, sila layari lamen web: www.renault.com.my or www.facebook.com/RenaultMalaysia.

AirAsia Lancar Laluan KL – Tokyo Narita

Perkhidmatan Kuala Lumpur ke Tokyo – Narita akan bermula dari 20 November* dan tambang promosi termasuk semua bagi ahli AirAsia BIG dari RM199* sehala

KETUA Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail mengumumkan laluan baharu antara Kuala Lumpur dan Tokyo – Narita menerusi akaun Instagram beliau (@BenyaminIsmail).

Benyamin berkata “Tetamu kami kini boleh terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo, Jepun, sama ada menerusi Lapangan Terbang Narita atau Haneda, memberikan mereka lebih fleksibiliti dalam pemilihan waktu dan hubungan penerbangan.”

“Perkhidmatan ini adalah hasil dari permintaan penumpang dan sebelum bermula tahun yang gilang gemilang buat pelancongan Tokyo tahun 2020”

“Beroperasi dari dua lapangan terbang di Tokyo dengan waktu penerbangan yang berbeza juga akan mempromosi penumpang Fly-Thru dari bandar-bandar lain dalam jaringan hubungan global kami, pada masa yang sama memberi rakyat Malaysia lebih banyak pilihan penerbangan ke ibu negara dan bandar terbesar Jepun ini.”

“Kami berbesar hati untuk menawarkan tambang promosi ke Tokyo-Narita dari serendah RM199** bagi merangsang permintaan serantau. Tambang promosi sempena pelancaran ini tersedia untuk minggu ini sahaja, jadi dapatkan segera sebelum habis,” tambah Benyamin.

Dalam video pengumuman itu, turut diumumkan adalah tambang promosi dari Kuala Lumpur ke Tokyo-Narita buat ahli AirAsia BIG dari Kuala Lumpur ke Tokyo – Narita akan dijual pada harga serendah RM199* sehala bagi tempat duduk biasa dan tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 25 Ogos 2019 di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia, untuk perjalanan antara 20 Nov 2019* dan 28 Mac 2020.

Tempat Duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah pula dijual pada tambang RM999* sehala bagi tempoh tempahan dan perjalanan yang sama.

AirAsia pada masa ini menyediakan penerbangan tujuh kali seminggu antara Kuala Lumpur dan Tokyo – Haneda, serta 21 kali seminggu antara Bangkok – Don Mueang dan Tokyo – Narita.

Penerbangan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Tokyo – Narita akan bermula pada 20 November 2019* akan membawa kapasiti sebanyak 156,000 tambahan tempat duduk pelancong menerusi Lapangan Terbang Narita Airport setahun.

*Tertakluk kepada kelulusan kerajaan. **Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja untuk perjalanan sehala termasuk cukai. Rujuk terma dan syarat di sini .

*Tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

**Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja untuk perjalanan sehala termasuk cukai. Rujuk terma dan syarat di sini.

Kerajaan Perlu Campur Tangan Untuk Menyelamatkan Kumpulan Utusan

Isu mengenai syarikat akhbar Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang menghadapi masalah kewangan yang meruncing terus mendapat reaksi pelbagai pihak.

Salah satu pihak yang menyuarakan pandangan ialah Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Mustapa Ahmad Marican yang berpendapat penutupan akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan lain-lain penerbitan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad amat menyedihkan dan mendukacitakan bagi negara kita.

“Ini kerana Utusan ada sejarah kemerdekaan negara, ada perjuangan orang Melayu dan jangan lihat Utusan dari sudut politik tetapi lihatlah perjuangan yang dibawa olehnya sebagai wadah pembacaan ilmu terkini bagi semua rakyat secara profesional.

“Kita semua rakyat Malaysia yang sayangkan akhbar ni perlu memikir cara untuk mengatasi masalah ini secara bijaksana. Justeru kerajaan sekarang perlu memikirkan cara untuk menyelamatkannya dan kita bukan sahaja menyelamatkan Utusan tetapi juga nasib kakitangan Utusan terdiri daripada para wartawan, jurufoto dan staf pentadbiran serta keluarga merekam” katanya.

Selaku NGO Antarabangsa saya syorkan beberapa pandangan untuk dikongsi bersama supaya ada cadangan dan kaedah yang terbaik untuk menyelamatkan syarikat Utusan ini.

  1. Mohon campurtangan Kerajaan dalam hal ini
  2. Ahli perniagaan Melayu perlu bersama-sama beli saham Utusan bagi langkah pemulihan
    Utusan boleh diletak bawah GLC kerajaan dengan cara pemegang adalah GLC berkenaan
    Kerajaan dan GLC memberi geran pinjaman kepada Utusan bagi tujuan pemulihan semula
  3. Semua Agensi kerajaan termasuk universiti, GLC dan ahli politik mengambil atau membeli akhbar Utusan dan lain-lain penerbitan secara berkala dengan bayaran bulanan
  4. Semua iklan dari GLC dan tokoh perniagaan dimasukkan dalam akhbar Utusan dan lain-lain
  5. Sumbangan dari individu, tokoh perniagaan dan orang ramai perlu bagi mengelakkan syarikat ini ditutup
  6. Setiap individu, tokoh perniagaan yang menyumbang harus dikecualikan dari Cukai Pendapatan
  7. Campurtangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar Utusan tidak ditutup dan sejarah ini tidak akan dilupakan
  8. Perdana Menteri kena campurtangan kerana ini merupakan kunci penyelasaian dan Utusan antara syarikat akhbar terbesar negara yang mempunyai banyak sejarah terbina darinya.

Mustapa yang juga Pengerusi Yayasan Seaweed Malaysia berkata, pihaknya tidak mahu kelak sejarah menyatakan zaman kerajaan bertukar syarikat akhbar terbesar negara ditutup kerana faktor tertentu dan jalan penyelasaian kepada konflik ini dengan cara pemulihan oleh Kerajaan dengan cara pembelian saham atau memberi pinjaman pemulihan.

“Jalan terbaik untuk menyelamatkan Utusan sama ada melalui GLC atau campurtangan Kerajaan ini kerana nasib Utusan, Kosmo dan lain-lain penerbitan adalah ditangan kita semua. Oleh itu, kita semua perlu melihat daripada fakta sejarah perjuangannya terdahulu kepada negara dan nasib kakitangan serta keluarga mereka,” katanya.

Volvo XC90 T5 Dibina Guna Besi Boron, Besi Paling Kukuh Dipasaran – Pandu Uji

Sejak model XC90 diperkenalkan di pasaran global pada 2002, model ini menjadi tumpuan bukan hanya disebabkan rekaannya tetapi dilimpahi ciri keselamatan canggih yang memang sinonim dengan jenama Volvo.

Justeru, ungkapan ‘Pemanduan kelas pertama setiap hari’, mungkin bunyinya agak janggal tetapi sebenarnya ia ada realiti apabila memandu kereta buatan Sweden ini dengan gaya Scandinavian.

Kehadiran model ini sebagai SUV premium saiz pertengahan yang menawarkan tujuh tempat duduk dan ciri fleksibel turut menerima teknologi dengan ciri keselamatan terkini yang canggih serta diyakini.

Maka tidak hairanlah SUV ini banyak digunakan sebagai kenderaan pengiring kepada golongan istana, kenamaan dan pembesar negara.

Direka Untuk Melindungi

Keselamatan adalah ‘jantung’ kepada XC90 dan ia adalah hasil inovasi berdekad kumpulan jurutera Volvo. Model ini dibina menggunakan besi boron bertekanan ultra tinggi – salah satu jenis besi paling kukuh yang ada dipasaran yang menjadi perisai kepada penumpang di dalam kenderaan ini.

Saling melengkapi ialah tali pinggang keselamatan pra-tegang yang sudah lama diperkenalkan Volvo dalam industri automotif dunia.

Model generasi kedua ini masih mengekalkan kapasiti muatan tujuh tempat duduk dengan saiz panjang kenderaan 4,950 milimeter (mm), lebar 2,140mm, tinggi 1,776mm serta jarak roda 2,984mm.

XC90 ini dilengkapi lampu hadapan LED dan nyalaan siang (DRL) berbentuk ‘T’ ala penukul dalam filem Thor dan perincian gril hadapan serta logo yang menjadi signatur pada SUV ini.

Bahagian but belakang kini lebih lebar dengan rekaan lampu yang moden, unik serta jelas tidak kira apa jua keadaan cuaca menyerlahkan elemen rekaan terkini.

Rim aloi 19 inci menjadikan reka bentuk keseluruhan tampil lebih lasak dan agresif. Tayar pula dilengkapi Sistem Pengawasan Tekanan Tayar Tidak Langsung (iTPMS) untuk maklumat kepada pemandu.

Ruang Dalaman

Menjengah ke ruang dalaman, pujian harus diberikan kepada pereka dalaman Volvo ini yang berjaya menyerlahkan seni kemewahan dengan setiap perincian diberikan termasuk ciri tablet Sambungan Sensus 9 inci pada papan pemuka dengan skrin sentuh dan sistem maklumat yang dibangunkan sendiri oleh Volvo.

Ia juga dimuatkan bersama fungsi kamera undur dengan 12 pengesan serta paparan ‘bird’s eye view’ bagi memudahkan urusan keluar masuk parkir kenderaan ini. Sistem ‘Auto Pilot’ turut dipadankan pada kenderaan ini.

Varian Inscription Plus ini didatangkan dengan 19 pembesar suara premium jenama Bowers & Wilkins membolehkan keseluruhan penumpang menikmati muzik dan bunyi terbaik dengan ciri akustik berkualiti tinggi ditawarkan.

Kemasan kerusi kulit Nappa menggunakan bahan berkualiti tinggi kulit serta kayu asli, menonjolkan segala yang terbaik dalam kabin manakala padanan bidai di tingkap penumpang belakang memberikan keselesaan maksimum.

Berada di tempat duduk paling selesa dalam kelasnya dengan fungsi urutan dan sokongan lumbar termasuk larasan empat posisi elektrik bagi penumpang hadapan.

Jika memerlukan lebih ruang, anda boleh merebahkan kerusi baris kedua dan ketiga dengan mudah bagi tujuan membawa barangan mengikut keperluan anda.

Enjin

XC90 T5 dijana enjin 2.0L pengecas turbo yang mampu menghamburkan kuasa 254hp dan tork 350Nm dengan transmisi 8-kelajuan.

Meskipun saiz badannya kelihatan besar, SUV ini mampu memecut dalam keadaan statik 0-100kmj sepantas 7.9 saat, manakala kadar penjimatan bahan api ialah 7.9 liter per 100km.

Model ini turut dipadankan dengan pilihan empat mod pemanduan dengan hanya menekan satu punat untuk menukar kepada perjalanan mod Comfort, Dynamic Eco dan Off-Road. Mod tambahan pula Individual yang boleh dilaras mengikut gabungan kesemua mod mengikut citarasa pemandu.

Ketika kenderaan ini dipandu meredah lebuh raya, kestabilannya cukup dirasai manakala penukaran gear transmisi lapan automatik Geartronic cukup lancar dan hampir tidak dirasai. Apabila dikerah untuk pendakian, enjinnya cukup responsif dan sentiasa bersedia untuk memintas kenderaan lain dalam apa jua jenis kelajuan.

Kelancaran kenderaan ini banyak dibantu oleh kerangka baru yang memberikan pengendalian lebih mantap dengan sistem gantungan hadapan double wishbone dan suspensi angin kawalan elektronik lima mod pilihan tersedia.

Ketika melalui laluan tidak rata atau melayan selekoh, kenderaan ini tetap stabil dan keseluruhan penumpang dapat menikmati keselesaan yang berterusan tanpa kekurangan daripada segi prestasi.

XC90 T5 ditawarkan dalam 3 pilihan warna baharu: Chrystal White (putih), Denim Blue (biru) dan Maple Brown (coklat) serta tambahan warna kabin baharu, Marron Brown. Lebih menarik, varian baharu itu turut dilengkapkan sistem Volvo IntelliSafe, sama seperti XC90 T8.

Sistem tersebut merangkumi ciri keselamatan bandar dengan teknologi brek automatik yang meminimumkan risiko pelanggaran depan menerusi pengecaman pejalan kaki, haiwan besar dan penunggang basikal. Ini termasuk dilengkapkan ciri pemanduan semi autonomi, Pilot Assist.

Kesimpulan

Volvo sememangnya terkenal dengan ciri keselamatan terbaik disediakan dengan sasaran ‘zero fatalities’ untuk semua kenderaan keluaran mereka sejak pengenalan tali pinggang keledar pada 1959, Volvo terus mencipta inovasi bagi industri automotif dunia.

XC90 serba baru ini dilengkapi dengan pengesan keadaan laluan terutama jalan lasak (off-road) yang akan memperkemaskan tali pinggang keledar secara automatik bagi mengekalkan kedudukan penumpang lebih stabil.

Ini termasuk fungsi penyerap tenaga pada kerusi yang membantu mengelakkan kecederaan pada tulang belakang, serta brek automatik jika terdapat kereta datang dari arah bertentangan termasuk pejalan kaki atau penunggang basikal pada jarak yang ditentukan dengan sistem City Safety.

Secara keseluruhan model XC90 sebuah SUV berprestasi, selesa, praktikal dan premium sesuai untuk pemanduan harian mahupun hujung minggu.

Ciri keselamatan terbaik menjadi keutamaan seperti beg udara dua peringkat termasuk Kawalan Pelayaran Adaptif dengan Bantu Pemandu membolehkan ciri separa pemanduan autonomi bagi jarak selamat antara kenderaan hadapan dilakukan dengan mengawal pecutan dan membrek serta kawalan roda stereng secara automatik.

SPESIFIKASI:

Volvo XC90 T5 Twin Engine Inscription Plus

  • Enjin: 1,969cc, 4 silinder, Sistem Pengecas Turbo dan Kuasa Pengecas
  • Kuasa maksimum: 407hp pada 5,700rpm
  • Tork maksimum: 640Nm pada 2,200 hingga 5,400rpm
  • Kapasiti petrol: 50 liter
  • Ciri keselamatan: Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Sistem Maklumat
    Titik Buta (BLIS), Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kestabilan Elektronik (ESC), Bantu Parkir, Isofix, Beg udara dua peringkat dan banyak lagi.
  • Harga: RM373,888 (atas jalan tanpa insurans)

NGO Antarabangsa Bina Lagi Masjid Baru Di Kemboja

Masjid ini dibekalkan dengan tenaga solar agar kampung ini tidak menghadapi masalah bil elektrik yang mahal di sini manakala air pula diperoleh menerusi beberapa perigi yang akan dibina bagi kemudahan masjid itu.

Menurut Ketua Kampung Thamer, Scten Meen semasa lawatan projek pembinaan masjid dihadapan 100 penduduk kampung berkenaan berkata, kehadiran sebuah masjid akan mengeratkan hubungan sesama penduduk di kampung itu.

“Kita amat bertuah kerana kehadiran Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican ke kampung ini setahun yang lalu telah membuka lembaran baru bagi penduduk kampung yang jauh di pedalaman ini.

“Satu rahmat dari Allah SWT kepada kami dengan kehadiran beliau, masjid ini dapat dibina. Kampung ini amat memerlukan sebuah masjid kerana kami sudah menetap di sini lebih 20 tahun dan rata-rata kami bekerja mengambil upah menanam padi dan penoreh getah.

“Kami tidak mampu membina sebuah masjid tetapi kami semua mengutamakan pendidikan anak-anak supaya mereka terus berjaya dalam pelajaran. Justeru, keperluan sebuah masjid akan menjadikan kampung ini hidup dengan pelbagai aktiviti termasuk mesyuarat, ceramah, majlis nikah atau kahwin dan kematian,” katanya.

Lakaran masjid oleh arkitek

Beliau berkata, masjid ini juga memudahkan segala urusan yang sebelum ini hanya dilakukan dengan menumpang dibalai raya komuniti yang juga dijadikan kelas Tadika Islam buat sementara waktu .

Katanya, masjid ini mempunyai keluasaan 8,093.71 meter persegi, dapat menampung hampir 800 jemaah lelaki dan wanita dalam suatu masa serta mempunyai pelbagai kemudahan serta aktiviti.

Selain itu, pihaknya turut merancang membuka Tadika Islam bagi pendidikan anak-anak belajar mengaji Al-Quran.

Beliau turut merakamkan perhargaan tinggi kepada Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang begitu komited membantu masyarakat Islam Kemboja dengan pembinaan masjid, surau, sekolah tahfiz dan perigi serta jalanraya ke masjid dan tanah perkuburan.

“Sumbangan beliau selama 20 tahun bagi mengangkat martabat masyarakat Islam daripada aspek pembangunan Islam, pendidikan dan ekonomi melayakkan beliau menerima pelbagai anugerah termasuk Anugerah Tokoh NGO Antarabangsa.

Beliau juga boleh dikatakan seorang Tokoh Keamanan Umnah Sejagat bagi Negara-negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi dan Majlis PBB yang seharusnya memberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Katanya, Mustapha memiliki banyak pengalaman termasuk pernah terlibat dalam banyak misi keamanan sewaktu bertugas dengan Kerajaan Malaysia.

Scten Meen berkata, banyak keunikan dan kebolehan Mustapha kerana sanggup datang beratus kilometer ke kawasan pedalaman di Kemboja dengan tidak ada kemudahan hotel, jalanraya, internet dan elektrik.

“Beliau juga tidak lupa kepada fakir miskin, mualaf serta anak-anak yatim dan Kerajaan Malaysia patut berbangga dengan pelbagai kejayaan Mustapha yang membawa imej Malaysia di peringkat antarabangsa selaku Tokoh NGO melalui hubungan baik dengan pemimpin negara dan pemimpin setempat serta masyarakat selama lebih 20 tahun.

Ini dapat dibuktikan dengan hubungan erat beliau dengan Menteri Kanan Kemboja Okhnya, Datuk Othsman Hassan dalam isu perundingan pembebasan 47 tahanan rakyat Malaysia dari Penjara Bantely Manchanly Februari lalu.

“Perundingan dan persahabatan Mustapha dengan pemimpin-pemimpin Kemboja termasuk Okhnya Datuk Othsman Hassan memudahkan urusan pembebasan tersebut…ini keistinewaan dan kelebihan Mustapha,” katanya lagi.

Mustapha dua dari kanan), Scten Meen kanan sekali, Sukri Abdullah tengah, Ustaz Yusof Iman dan Marwan Sles kiri sekali

Sementara itu, Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, masjid yang menelan kos kira-kira AS$100,000 (RM405,090) itu, adalah masjid keenam yang dibina NGO itu di Kemboja.

Beliau berkata, masjid yang sedang giat dibina Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa di Kampung Thamer, Komboja, dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

“Kerja-kerja pembinaan masjid itu sedang rancak dijalankan sejak Mei lepas. Ia diperbuat daripada batu dan mempunyai tempat solat wanita di sebelah atas masjid. Masjid ini turut mempunyai ruang untuk sekolah atau tadika Islam, serta kemudahan padang untuk bersukan.

“Masjid ini dibekalkan dengan kuasa solar, agar kampung ini tidak menghadapi masalah bil letrik yang mahal di sini. Bagi sumber air pula, beberapa perigi akan dibina bagi kemudahan masjid,” katanya.

Pembinaan masjid itu bakal beri manfaat kepada penduduk, untuk melaksanakan aktiviti harian termasuk bidang pendidikan, serta aktiviti keagamaan.

AirAsia Lancar Laluan Baharu Kuala Lumpur Ke Pulau Belitung, Indonesia

AirAsia hari ini melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Belitung, sebuah kepulauan syurga di luar pantai timur Sumatra, Indonesia.

Sebagai syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Belitung, perkhidmatan terus empat kali seminggu AirAsia akan bermula pada 2 Oktober 2019.

Belitung, dikelilingi lebih dari 100 pulau kecil dengan pantai yang indah dan air jernih, menawarkan pelancong percutian pulau yang menarik dengan pelbagai aktiviti air dan kecantikan semula jadi.

Ketua Pemasaran Serantau AirAsia Amanda Woo berkata, “Indonesia mempunyai lebih banyak tawaran berbanding Bali dan Lombok sahaja.

Belitung adalah tempat yang indah dan menakjubkan dengan potensi pelancongan yang belum diterokai, dan kami berharap dengan perkhidmatan terus baharu ini, semakin banyak orang akan dapat menerokai permata tersembunyi ini. Laluan baharu ini juga bukti komitmen kami menyokong kerajaan Indonesia dalam usahanya untuk membangunkan 10 destinasi pelancongan keutamaan baharu.”

Bagi meraikan laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa serendah RM79* dari Kuala Lumpur untuk ahli BIG. Tempah penerbangan anda di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini hingga 25 Ogos 2019 untuk perjalanan antara 2 Oktober 2019 dan 28 Mac 2020 untuk menikmati tambang istimewa ini. Ahli BIG akan menikmati yuran pemprosesan sifar apabila membuat pembayaran menggunakan BigPay.

Dikenali untuk pulau-pulau yang indah dengan pantai berpasir putih, Pulau Pasir, Pulau Batu Burung Garuda, Pulau Leebong dan Pulau Batu Berlayar adalah antara pulau-pulau paling terkenal di sekitar Belitung.

Pelancong juga boleh meneroka pengalaman taman geo yang unik di lokasi tarikan alam semulajadi seperti Gua Kelayang, Lombong Terbuka Kelapa Kampit, Pusat Konservasi Penyu Pulau Kepayang atau Air Terjun Gurok Beraye. Peminat fotografi harus menuju ke Danau Kaolin, sebuah tasik yang indah dengan perairan lautan biru dan deposit mineral putih, atau Muzium Kata Andrea Hirata, sebuah muzium sastera yang dihiasi dengan warna pelangi.

Di samping laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari ibukota Indonesia, Jakarta bermula 1 Oktober 2019. AirAsia kini menghubungkan Kuala Lumpur ke 14 destinasi Indonesia lain – Jakarta, Surabaya, Medan, Bali, Lombok, Yogyakarta, Pekanbaru, Pontianak, Padang, Palembang, Semarang, Makassar, Bandung dan Banda Aceh.

Untuk aktiviti terkini dan promosi AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk ahli AirAsia BIG sahaja. Tambang termasuk semua untuk bukan ahli bermula daripada RM84 untuk perjalanan sehala termasuk cukai.

screenshot-docs.google.com-2019.08.19-11_18_05.png

AirAsia Mansuh Bayaran Pemprosesan Mulai 1 Oktober 2019

AirAsia juga akan memansuhkan bayaran pemprosesan di Thailand, Indonesia, Filipina mulai 31 Disember 2019.

AIRASIA akan memansuhkan bayaran pemprosesan untuk Malaysia bagi tempahan dibuat mulai 1 Oktober 2019 untuk memastikan perjalanan udara kekal berpatutan bagi semua.

Bayaran pemprosesan adalah caj yang berkaitan dengan pentadbiran, penyelenggaran dan kos pembangunan sistem dalam talian AirAsia bagi memastikan tempahan selamat dan caj ini akan mula ditanggung oleh AirAsia.

Presiden (Penerbangan) AirAsia Group, Bo Lingam berkata, “AirAsia sinonim dengan tawaran perjalanan udara yang berpatutan, dan kami berharap dengan memansuhkan bayaran ini, kami dapat memegang teguh kepada slogan kami – kini sesiapa pun boleh terbang.

“Kami rasa tindakan ini amat berpatutan lebih-lebih lagi dengan caj perkhidmatan penumpang yang lebih mahal di klia2. Kami ingin mengurangkan kos perjalanan untuk para tetamu kami dan percaya inisiatif ini dapat membantu mereka.

“Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun depan, kami juga berharap untuk menggalakkan lebih ramai pelancong terbang ke dan dalam Malaysia serta membantu menjayakan kempen ini. Kami harap untuk terus memacu industri pelancongan dan ekonomi Malaysia, dan ini merupakan salah satu cara kami untuk menyumbang kepada negara.”

Kerjasama Penang Foodie Dan Penang Global Tourism Promosikan Makanan

Bersempena kempen “Experience Penang 2020” (EPY 2020), Penang Foodie, sebuah syarikat media dengan kerjasama Penang Global Tourism (PGT) telah menghasilkan 20 siri video yang meliputi kepelbagaian makanan dan tarikan terkenal di Pulau Pinang.

SEBANYAK 20 siri video tersebut akan dimuatnaik di laman Facebook Penang Foodie setiap hari Khamis selama 20 minggu bermula pada minggu ini. 20 siri video tersebut mempunyai tema yang berlainan seperti, Penang’s 20 unique experiences, family-friendly activities, historical & cultural spots, best Muslim-friendly food, seafood places and things to do in the mainland, dan lain-lain.

Pada bulan Jun yang lalu, PETACH bersama PGT telah melancarkan kempen pelancongan “Experience Penang 2020, The Diversity of Asia”. Kempen EPY 2020 adalah sempena tahun melawat Malaysia (Visit Malaysia) 2020 dan bertujuan untuk mempromosikan negeri Pulau Pinang kepada pelancong tempatan dan luar negara sebagai sebuah destinasi yang indah dan penuhi dengan budaya, warisan, seni, makanan serta persekitaran semula jadi.

Angka ‘20’ telah dipilih sebagai simbol untuk kesemua video terhadap persiapan tahun 2020 yang bakal tiba tidak lama lagi. Kempen ini diharap dapat menarik pelancong dari seluruh dunia untuk melawat negeri Pulau Pinang pada tahun 2020 yang akan datang.

Kempen “Penang Foodie x Experience Penang 2020” ini telah dilancarkan oleh Yeoh Soon Hin, Ahli Majlis untuk Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang juga dikenali sebagai PETACH.

Video pertama dilancarkan hari ini, bertemakan “20 MUST-TRY FOOD IN PENANG”. Video
sepanjang 3 minit ini memaparkan 20 tempat makanan yang menarik di Pulau Pinang dan di Seberang.

Laman Facebook dan Instagram Penang Foodie telah berjaya mengumpul lebih dari 700,000 dan 217,000 pengikut dalam tempoh kurang daripada tiga tahun. Video Penang Foodie mampu mencapai lebih daripada 20 juta jangkauan dan 10 juta paparan setiap bulan. Selain itu, laman web Penang Foodie juga mempunyai 1 juta trafik setiap bulan.

“Penang Foodie mempunyai ramai pengikut tempatan dan antarabangsa. Kami sangat teruja untuk berkongsi pelbagai permata tersembunyi di Pulau Pinang dan menarik lebih ramai pelancong sempena kempen EPY 2020 untuk melawat Pulau Pinang dan juga Seberang,” kata Nicholas Lim, pengasas bersama Penang Foodie.

“Kerjasama dengan Penang Foodie adalah usaha terbaru kami untuk mempromosikan kempen EPY2020 melalui saluran media sosial. Selain daripada Penang Foodie, PETACH telah berkerjasama dengan Online Travel Agency (OTA) terkemuka dunia dan aplikasi video media sosial yang popular, TikTok.

“Kami berharap melalui kerjasama ini, kami dapat menarik lebih ramai orang untuk melawat Pulau Pinang, khususnya generasi muda” kata Yeoh Soon Hin.

Hanya 60 Unit MINI Edisi 60 Tahun Bagi Pasaran Malaysia

MINI Celebrates 60 Years with the MINI 60 Years Edition

Hanya 60 unit model terhad ini akan tiba di Malaysia dengan ciri-ciri, reka bentuk dan inovasi yang eksklusif untuk meraikan sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60.

MINI, Malaysia telah memperkenalkan MINI Edisi 60 Tahun untuk merangkap sejarah pengeluar kenderaan ini selama enam dekad yang berintikan rekaan ikonik serta aspek pemanduan ala go-kart yang sinonim dengan jenama tersebut.

Menerusi MINI Edisi 60 Tahun yang hadir dalam warna baharu Hijau ‘British Racing’ yang lebih mempesonakan pada tubuhnya, model eksklusif ini menabik hormat kepada salasilah jiwa perlumbaan British yang diberi nafas oleh MINI, serta ia mengorak langkah untuk membentuk sebuah era yang baharu.

Menggiurkan dari setiap sudut, MINI Edisi 60 Tahun menyerlahkan gaya dan resminya – berunsurkan sejarah silam dan wawasan untuk masa hadapan,” kata Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Terhad dalam bilangan 60 unit sahaja di Malaysia, MINI Edisi 60 Tahun merupakan model jentera yang unik didatangkan bersama ciri-ciri, reka bentuk dan inovasi yang eksklusif. MINI Edisi 60 Tahun menampilkan Jalur Bonet, Projeksi Logo, Ambang Pintu, Stereng bermaterialkan kulit ‘Walknappa’, Ruang Lounge dalam material kulit berwarna ‘Dark Maroon’, Permukaan Interior, dan set roda aloi ringan 17” yang eksklusif dalam versi penggayaan ruji ‘60 Tahun’ dengan 2 tona bersama tayar ‘run-flat’.

MINI Edisi 60 Tahun ditawarkan secara eksklusif di Malaysia menerusi varian MINI Cooper S 3 Door, didatangkan dalam warna Hijau ‘British Racing’ dengan bumbung dan pelitup cermin sisi berwarna putih.

Sebagai alternatif, model eksklusif ini juga akan ditawarkan dalam warna ‘Melting Silver’ dengan bumbung dan pelitup cermin sisi berwarna ‘Jet Black’. Jalur bonet berwarna hitam berserta jaluran halus dalam warna ‘Aspen White’ dan ‘British Oak’ turut menonjolkan keeksklusifan jentera MINI Edisi 60 Tahun ini.

Dengan pakej kelengkapan ‘60 Years Chili’, jentera berkenaan hadir dengan lampu hadapan LED, lampu kabus LED, indikator berwarna putih dan lampu belakang LED dengan imej rekaan Union Jack yang unik.

Ketutup sisi eksklusif yang berlencanakan model ulang tahun ke-60 ini membawakan tahap individualiti yang tersendiri, sementara elemen projeksi logo pula diserlahkan daripada cermin luar. Spoiler belakang menonjolkan lagi perwatakan jentera berkenaan dan set roda aloi ringan 17” yang eksklusif bersama penggayaan ruji ‘60 Tahun’ dengan 2 tona menuntaskan penampilan MINI Edisi 60 Tahun.

Kenderaan moden ini didatangkan dengan enjin MINI TwinPower Turbo empat silinder berkapasiti dua liter yang mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.7 saat.

Lengkap dengan Transmisi DCT Steptronic Sports 7 kelajuan, MINI Edisi 60 Tahun dapat menjana 192 kuasa kuda (hp) dan puncak tork berjumlah 280 Nm. Model eksklusif ini juga berupaya untuk mencatat kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, pada masa yang sama, ia mengguna pakai bahan api berjumlah 5.5 liter bagi setiap 100 km dengan emisi CO2 berjumlah 125 g/km.

Tetapan Suspensi Sport yang dirumus untuk pemanduan yang berorientasikan prestasi juga menyinambungkan aspek pengendalian ala go-kart yang sinonim dengan MINI.

Di ruang dalam, jentera MINI Edisi 60 Tahun menampilkan stereng sport MINI Yours bermaterialkan kulit ‘Walknappa’ yang disulam dengan tangan, ia juga membawakan lambang ‘60 Tahun’ di bahagian bawah. Lencana lambang tersebut turut menghiasi lapisan strip di seksyen ambang pintu hadapan untuk menyerlahkan lagi perwatakannya.

Upholsteri kulit yang menawan ditawarkan dalam versi warna ‘MINI Yours Lounge 60 Years Dark Maroon’, ia disinambungkan dengan sulaman yang menonjol untuk memberi penghormatan kepada salasilah MINI dalam aspek kesenian.

Paparan Skrin Sentuh 6.5” yang beresolusi tinggi dengan fungsi Navigasi di ‘MINI Centre Instrument’ kini memuatkan teknologi yang tercanggih serta pelbagai informasi navigasi di hujung jari pemandu.

MINI Edisi 60 Tahun juga hadir dengan pakej pencahayaan interior, komputer terintegrasi, penyaman udara dengan fungsi kawalan suhu automatik, sensor hujan dan pakej kompartmen muatan.

Mod Pemanduan MINI dalam ‘Green’, ‘Mid’ dan ‘Sport’ turut melengkapi jentera MINI Edisi 60 Tahun untuk menzahirkan sebuah pengalaman pemanduan yang dapat diperibadikan mengikut cita rasa pemandu. Di samping itu, Pakej ‘MINI Excitement’ membolehkan pemandu mengawal ambien pencahayaan mengikut kreativiti masing-masing, sebanyak 12 pilihan warna disediakan.

Kelengkapan ruang interior yang standard buat jentera MINI Edisi 60 Tahun hadir dalam bentuk kamera pandang belakang dan cermin pandang belakang yang bersertakan fungsi anti silau, cadar velor yang anggun, tempat duduk ‘sport’ untuk pemandu dan penumpang di hadapan, termasuk pelaras ketinggian bagi tempat duduk penumpang di hadapan.

Kemudahan pemasangan ISOFIX kerusi kereta kanak-kanak turut memaksimumkan tahap
keselamatan bagi para keluarga yang membawa anak kecil bersama mereka.

Bukan itu sahaja, keupayaan keterhubungan yang ekstensif dan perkhidmatan yang diperibadikan juga dapat ditawarkan melalui MINI Connected, ia hadir dengan fungsi Panggilan Kecemasan Pintar, ‘Teleservices’, MINI Dalam Talian (MINI Online) dan Servis Jarak Jauh.

Pengalaman pemanduan MINI Edisi 60 Tahun turut dinaik taraf dengan ‘Comfort Access’, Kawalan Jarak Parkir Hadapan dan Belakang, Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan fungsi pembrekan serta Kawalan Prestasi yang memelihara keseimbangan kenderaan tersebut ketika membuat olahan yang dinamik.

Sempena sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60, para pemilik yang membeli MINI Edisi 60 Tahun bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2019 akan menikmati tawaran program Inklusif Servis + Pembaikan MINI 60 Bulan.

Tawaran perayaan ini memberikan para pemilik had dalam bentuk 60 bulan atau 80,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu) untuk Servis Berjadual Percuma serta Waranti bertempoh 60 bulan Tanpa Had Perbatuan.

Bagi pembelian yang dibuat selepas 31 Ogos 2019, MINI Edisi 60 Tahun berkenaan akan ditawarkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.

Jentera MINI Edisi 60 Tahun diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ia ditawarkan untuk semua kenderaan MINI bersama pelbagai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Talian Bantuan 24 jam, 365 hari setahun untuk Kecemasan dan Kes Kemalangan; Servis Penundaan Percuma dan sekiranya perlu (lebih daripada 200 KM dari tempat kediaman); Kenderaan Ganti; Mobiliti Lancar (Seamless Mobility); Akomodasi; Solusi Servis Mobiliti; serta servis Repatriasi.

Anggaran* harga jualan (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans) MINI Edisi
60 Tahun ialah:

MINI Edisi 60 Tahun: RM255,888.00*

Kempen Panggil Balik Nissan Navara, Grand Livina & X-Gear Bagi Ganti Beg Udara Takata

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis Centre (TCEAS), mengumumkan pelanjutan tambahan kempen panggil balik tambahan bagi pelanggan untuk menggantikan modul inflator beg udara pemandu dan penumpang bahagian depan.

Siasatan telah dilakukan oleh Nissan Motor Co. Ltd dan kira-kira 11,971 unit kenderaan Nissan di Malaysia telah dikenalpasti terjejas dalam kempen panggil balik inflator beg udara Takata.

Model Kod Model  Tahun Buatan Unit yang Terjejas Beg Udara Terjejas
Navara

(CKD)

D40 Jan 2015 – Nov 2015 1,326 Pemandu dan Penumpang Depan
Grand Livina (CKD) L10 Jan 2015 – Mac 2015 10,445 Penumpang Depan
X-Gear

(CKD)

L10 Jan 2015 – Mac 2015 200

 

Nissan NP300 Navara yang dilancarkan di Malaysia pada November 2015 serta model jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kempen ini.

Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat dari TCEAS. Pelanggan  digalakkan supaya menghubungi cawangan TCEAS yang terdekat untuk menbuat temu janji. Demi kemudahan pelanggan, TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan waktu operasi dan kini dibuka sepanjang 365 hari agar pelanggan boleh menyelenggarakan kenderaan pada hujung minggu dan cuti umum serta meningkatkan kapasiti dalam tempoh kempen panggil balik ini. 

Setakat Jun 2019, sejumlah 99,670 kenderaan atau 56% inflator beg udara Takata telah siap diganti oleh TCEAS. Namun masih ada segolongan besar unit kenderaan yang masih belum tampil untuk membuat penggantian. 

ETCM dan TCEAS sekali lagi ingin mengingatkan dan menggesa pemilik Nissan yang masih belum menjalankan aktiviti penggantian supaya menukar inflator beg udara Takata dengan segara untuk mengelakkan kecederaan and kemalangan yang tidak diingini.

Memandangkan pemilikan kenderaan mungkin berubah dari masa ke semasa, pemilik baru digalakkan untuk menyemak sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggil balik ini.

Model Nissan Yang Terlibat Dalam Kempen Panggil Balik Takata Sebelum Ini.

Model Kod Model Tahun Buatan Beg Udara Terjejas
Grand Livina (CKD) L10 2007 – 2013 Pemandu
2007 – 2014 Penumpang Depan 
X-Gear (CKD) L10 2010 – 2013 Pemandu
2007 – 2014 Penumpang Depan 
Navara (CBU & CKD) D40 2007 – 2014 Pemandu 
2006 – 2014 Penumpang Depan
Latio C11 2007 – 2015 Pemandu
2008 – 2015 Penumpang Depan 
Sentra (CKD) N16 2000 – 2012 Penumpang Depan 
Frontier (CKD) D22 2004 – 2012 Penumpang Depan 
X-Trail (CBU & CKD) T30 2000 -2012 Penumpang Depan 
Teana (CBU) J31 2004 Penumpang Depan
Liberty (CBU) M12 2003 Penumpang Depan

 

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian tol percuma : 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) untuk mengetahui sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kempen panggil balik ini. 

Segala kos buruh dan alat ganti untuk kempen servis ini adalah percuma.

Selain itu, ETCM juga menyediakan Servis Penggantian Inflators Beg Udara Takata untuk kenderaan Nissan yang terlibat di Karnival Pandu Uji Nissan pada 2 hujung minggu dari 17 hingga 18 Ogos dan 24 hingga 25 Ogos masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan dengan Aktiviti Penggantian Inflators Beg Udara Takata:

Tarikh Wilayah Lokasi
17 – 18 Ogos Tengah ETCM Petaling Jaya
ETCM Glenmarie
Utara ETCM Butterworth
ETCM Ipoh
Selatan ETCM Melaka
Pantai Timur ETCM Kuantan
Sabah ETCM Sandakan
24 – 25 Ogos Utara ETCM Bayan Lepas
Selatan ETCM Johor Jaya
Sabah ETCM Kota Kinabalu
Sarawak ETCM Kuching

 

ETCM dan TCEAS menegaskan bahawa ketenangan minda dan keyakinan pelanggan menjadi keutamaan syarikat dan amat kesal atas segala kesulitan yang timbul. Kami juga komited dalam memastikan keselamatan pelanggan, servis dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami akan bekerjasama untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin.

Post Menarik