Promosi ‘Beli Satu, Percuma Satu’ menawarkan langganan Captur secara percuma untuk mana-mana pembelian sebuah Renault baharu menerusi www.renault.com.my
TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia melancarkan Renault E-Store baharu dengan ciri ‘Buy a Renault’ dan ‘Subscribe’ pada laman web Renault Malaysia.

Langkah ke arah e- dagang itu merupakan yang pertama dalam industri automotif. Selain tidak perlu pergi ke bilik pameran dan memandu uji kenderaan Renault selama tiga
jam yang ditawarkan menerusi GoCar, pelanggan kini boleh memiliki kemudahan untuk
membeli atau melanggan sebuah Renault secara digital yang revolusionari.
Membeli atau melanggan kereta boleh menjadi satu proses yang memakan masa dan memenatkan. Pertama di Malaysia, Renault E-Store membuatkan seluruh proses pembelian lebih mudah dengan pengalaman digital sepenuhnya.
Daripada mendapatkan sesi pandu uji hinggalah penyerahan kereta Renault, pelanggan boleh memulakan perjalanan pemilikan mereka secara dalam talian dari rumah dan pada bila-bila masa sahaja.
Bagi meraikan pelancaran Renault E-Store, TCEC turut melanjutkan tawaran ‘Beli Satu, Percuma Satu’ untuk 50 pelanggan pertama yang membeli secara dalam talian.

Semua pelanggan ini akan menerima langganan selama enam bulan crossover gaya hidup Captur yang versatil secara percuma. Langganan itu boleh dipindahkan kepada ahli keluarga.
Apa lagi hadiah lebih baik untuk yang tersayang daripada menikmati pemanduan mengujakan dengan crossover terlaris di Eropah dalam segmennya sepanjang tempoh
berkenaan?
“Kami berbangga untuk menjadi jenama automotif pertama yang terlibat dalam e-dagang.
Menerusi Renault E-Store dan lebih banyak tawaran baru pada masa akan datang, kami
menjadi perintis dalam pendigitalan pengalaman pelanggan.

“Pada masa yang sama mengubah industri ini,” kata Pengerusi TC Euro Cars, Nicholas Tan.
Membeli sebuah Renault – bagaimana ia berfungsi
Terbuka kepada semua model Renault di Malaysia, tawaran ‘Beli sebuah Renault’ menawarkan pelbagai ciri mudah sepanjang proses membeli sebuah kenderaan baharu.
Dengan hanya melayari laman web Renault Malaysia (www.renault.com.my), pelanggan
boleh melengkapkan penyelesaian yang menyeluruh ini:
- Pilih model dan warna yang mereka mahukan
- Buat bayaran tempahan
- Hantar dokumen-dokumen berkaitan
- Hantar perincian penilaian trade-in
- Sediakan pinjaman bank yang dimahukan
- Periksa status kenderaan baharu mereka
- Nyatakan lokasi penyerahan sama ada di bilik pameran Renault atau dihantar ke
lokasi pilihan (tambahan kos)
Bagi memastikan kemudahan yang optimum kepada pelanggan, agen-agen Renault yang
komited akan membantu pelanggan melalui setiap proses pembelian.
Langgan sebuah Renault – kini digital sepenuhnya
Dilancarkan pada Ogos 2019, Renault telah membawa Renault Subscription selangkah ke
hadapan bagi membolehkan pelanggan melengkapkan transaksi mereka secara dalam
talian.
Pelanggan hanya perlu melayari laman web Renault Malaysia. Di sana mereka
boleh:
- Memilih kenderaan yang ingin dilanggan
- Memuat naik dokumen-dokumen sokongan
- Melihat status permohonan
- Membuat bayaran dan deposit sekuriti
- Menguruskan bayaran bulanan langganan mereka
Pelanggan boleh memandu pulang kereta Renault serba baharu mereka dalam tempoh 14
hari dari tarikh pembayaran (bergantung kepada model).

Sebagai tambahan, pelanggan yang memiliki Switch Plan boleh memohon dan menguruskan kenderaan Switch mereka secara dalam talian. Subscription Switch Plan
menawarkan fleksibiliti dan membolehkan pelanggan untuk bertukar di antara model-
model Renault bergantung kepada keperluan mereka.
Pandu uji tanpa perlu pergi ke bilik pameran
Pelanggan boleh memohon sesi pandu uji di mana-mana pameran Renault yang mereka
inginkan secara dalam talian melalui laman web Renault Malaysia.
Khas untuk model Captur, pelanggan boleh mendapatkan sesi pandu uji selama tiga jam
tanpa sebarang tekanan dan tidak ditemani oleh jurujual. Dijayakan dengan kerjasama di
antara TCEC dan GoCar, pengalaman pandu uji yang unik ini boleh didapati di lebih 250
lokasi di seluruh negara.
Renault E-Store dibangunkan untuk pelanggan masa kini dan menjadi bukti kepada
tawaran nilai ‘Kehidupan yang Mudah’ daripada Renault. Ia merupakan komitmen Renault
untuk memudahkan kehidupan pelanggan melalui rangkaian kenderaan kontemporari dan
aspek lain pemilikannya.
Renault E-Store merupakan sebahagian daripada proses transformasi Renault dengan
matlamat mejadikan sejumlah kecil bilik pameran Renault berfungsi sebagai galeri dan
pusat maklumat di mana pelanggan boleh mengetahui tentang produk syarikat,
menyelenggara kenderaan serta membeli barangan eksklusif Renault.
Rangkaian kenderaan moden Renault di Malaysia terdiri daripada sports hatch ikonik
berprestasi tinggi Megane R.S. 280 CUP, SUV premium Koleos dan crossover gaya hidup
yang versatil, Captur.
Maklumat lanjut mengenai Renault Online Store dan Renault di Malaysia, sila layari laman
web www.renault.com.my atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin – Ahad, 8am – 8pm).






































