Utama Blog Halaman 833

Das WeltAuto Dilancarkan Pada Acara Volkswagen Fest 2019

Erik Winter, Managing Director of VPCM

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Das WeltAuto, program kenderaan terpakai global Volkswagen yang menawarkan para pelanggan kereta terpakai yang boleh mereka percayai.

Das WeltAuto yang memenangi anugerah itu disokong oleh pengetahuan, standard, proses, penyelesaian dan jaminan global oleh Volkswagen Group.

Das WeltAuto

Semua model dan jenama diterima untuk tujuan tukar beli (trade-in), malah pelanggan tidak perlu bimbang kerana semua kenderaan yang disahkan oleh Das WeltAuto sudahpun melalui 133 poin pemeriksaan yang ketat dan menyeluruh.

Pemeriksaan itu dijalan oleh dan disahkan oleh Juruteknik Kanan Volkswagen. Pelanggan kenderaan Das WeltAuto bakal menikmati lanjutan jaminan dan bantuan tepi jalan selama setahun*. Sebagai tambahan, pelanggan boleh menikmati manfaat Volkswagen Care Plus untuk kenderaan Volkswagen yang berusia lima tahun dan ke atas.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa Das WeltAuto merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang berminat untuk menukar dan membeli kereta terpakai.

“Apa yang membuatkan Das WeltAuto berbeza dengan saluran jualan kereta terpakai ialah anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan terbaik sama seperti pengalaman membeli sebuah kereta baharu di pengedar yang anda yakini.

“Kakitangan berpengalaman akan memberikan khidmat nasihat terbaik dan telus. Semua ini ditawarkan oleh jenama yang boleh anda harapkan – lebih penting lagi, produk yang boleh anda percayai.“

Erik Winter, Managing Director of VPCM

Sebagai sebahagian daripada janji Das WeltAuto, hanya alat ganti tulen akan digunakan pada kereta terpakai ini. Ia juga tidak pernah terlibat dalam kemalangan dan didatangkan lengkap dengan bukti penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen.

Buat masa sekarang, Das WeltAuto ditawarkan oleh empat pengedar Volkswagen: Volkswagen Puchong, Volkswagen Gombak, Volkswagen Alor Setar dan Volkswagen Juru. Mereka yang berminat juga boleh melihat kenderaan yang ditawarkan di laman web Das WeltAuto.

Ia sentiasa dikemas kini, lengkap dengan maklumat terperinci dan pilihan sama ada untuk pertanyaan atau menempah sesi pandu uji.

Das WeltAuto dilancarkan pada acara tahunan Volkswagen Fest 2019 kali ketiga yang berlangsung mulai 30 Ogos hingga 1 September di Setia City Convention Centre.

Volkswagen Fest merupakan satu acara yang meraikan segalanya tentang Volkswagen. Pengunjung boleh memandu uji serta memanfaatkan pelbagai penjimatan hebat ke atas kereta baharu dan terpakai.

Kereta baru dan klasik Volkswagen juga ada dipamerkan. Kawasan trak makanan, aktiviti menaiki belon udara panas, hiasan seni yang cantik untuk foto di Instagram serta stesen permainan interaktif bagi seisi keluarga turut disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.dasweltauto.my dan www.volkswagen.com.my.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Mitsubishi Motors Opens New Showroom In Sitiawan, Perak

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, together with authorized dealer Lofty Ambition Sdn Bhd celebrated the opening of a new Mitsubishi Motors 3S Centre (Sales, Service & Spare parts) in Sitiawan, Perak recently.

This is Lofty Ambition’s third Mitsubishi Motors showroom in Perak, with the first two showrooms in Ipoh and Taiping respectively.

Lofty Ambition, Sitiawan

Lofty Ambition’s outlet in Sitiawan is the first showroom in the Northern region with Mitsubishi Motors’ new corporate brand; represented by its global tagline ‘Drive Your Ambition’.

“Mitsubishi Motors and Lofty Ambition have been business partners since 2014. In a short time, Lofty Ambition is able to grow and strengthen the Mitsubishi brand presence in Perak and we are happy to celebrate Lofty Ambition’s third Mitsubishi showroom today!

We thank Lofty Ambition for their hard work and commitment towards the brand,” said Tomoyuki Shinnishi, CEO of MMM.

The 3S Centre is located at No. 1, Jalan Medan Serdang 1, Medan Serdang, 32000 Sitiawan, Perak. The new 3S Centre houses a customer lounge, and a fully-equipped workshop. The 3S centre comes with fully equipped advance diagnostic tools and Special Set Tools (SST) to serve every Mitsubishi vehicle.

With the opening of Lofty Ambition, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) is now represented by 52 showrooms (out of which 47 are 3S Centres) and 54 service outlets throughout Malaysia. In East Malaysia, MMM is represented by 15 showrooms (7 in Sarawak and 8 in Sabah).

The Triton 4×4 pick-up truck are imported as CBU (Completely Built-Up) units from Thailand while the ASX Compact SUV and Outlander are locally assembled (CKD) in Malaysia.

Honda City Comes With Special Edition At RM75,955**

The City Special Edition now available with Digital Video Recorder (DVR) and Built-in Toll Reader

Honda Malaysia introduced a Special Edition for its best-selling model, the City in the market. The City Special Edition*** offers two colour options – White Orchid Pearl and Passion Red Pearl.

The City Special Edition is now available with additional value-added features to offer more convenience to the customers such as the Digital Video Recorder (DVR), Built-in Toll Reader, Door Visors and Trunk Organiser.

The DVR offers peace of mind for drivers with a security function feature which records real-time on-the-road journeys, including rear view recording for all-round footage.

Meanwhile, the Built-in Toll Reader offers convenience for frequent toll users when going through tolls. The Built-in Toll Reader is ready for use once a Touch N’ Go card is slotted in.

This feature connects directly to the car’s power source, requiring no additional battery and removing all hassles of having to change batteries.

The City Special Edition also comes with aerodynamically-designed Door Visors which essentially act as rain guards where drivers or passengers in the car can roll the windows slightly down for fresh air when it rains.

The Trunk Organiser ensures every item is in place for ease and convenience during daily commute. These practical features are expected to enhance the City Special Edition’s value as a competitively-priced package in the B-segment.

Commenting on the City Special Edition, Toichi Ishiyama, Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer said, “For many years now, the City has been the best-selling B-segment model in Malaysia.

As a way to give more value to Malaysians who have been very supportive towards Honda Malaysia, we have decided to introduce a Special Edition to the City with an attractive price of RM75,955** in conjunction with our Road to 900,000 th Unit Milestone Campaign.

I hope everyone can grab the opportunity and visit any of our 98 Honda dealerships nationwide to view, test drive and book the City Special Edition today!”.

The City has been the biggest sales contributor for Honda Malaysia, contributing 34% to the total sales for the Company while maintaining its No.1* position in its segment from January to July 2019****.

In all the regions in Malaysia, the City has always been the most sought-after model, with the City contributing 50% in Central region, followed by Southern region at 20% and Northern region at 19% to the overall sales between January to July 2019.

Powered by Honda’s 1.5L i-VTEC engine combined with Continuous Variable Transmission (CVT) which was developed under Honda’s Earth Dreams Technology, the City Special Edition provides an ideal balance of driving performance and fuel efficiency.

The City’s interior design is developed under Honda’s ‘Man Maximum, Machine Minimum’ concept, designed to prioritize comfort and space for both driver and passengers. The City’s spaciousness is one of its most reputable features, offering a “D-segment space at a B-segment size”.

Its trunk space remains the biggest in its class at 536L, making the City Special Edition the perfect sedan that is extremely convenient for road trips for everyone be it working adults, couples or young families, with ample room for suitcases and strollers.

Honda is committed to continuously introduce technologies that contribute to the safety of their customers and everyone on the road.

The City Special Edition continues to set the benchmark for safety in the B-segment with features such as Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS) and Electronic Brake Distribution (EBD).

The City Special Edition is priced at RM75,955** for Passion Red Pearl and RM76,075** for White Orchid Pearl.

* Non-National Brand
** On-The-Road Price excludes insurance (Peninsular Malaysia)
*** Only available in E Variant
**** Based on internal data

KFC Dan Pizza Hut Tawar Ganjaran Bersama Plusmiles Merdeka Ini

Lebih perjalanan dan lebih ganjaran di KFC dan Pizza Hut Merdeka ini menerusi Aplikasi Mudah Alih PLUS

Sempena sambutan kemerdekaan kali ini, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) telah bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk membawakan promosi ganjaran eksklusif PLUSMiles di lebih 940 cawangan restoran KFC dan Pizza Hut seluruh Malaysia.

Bermula 29 Ogos 2019, ahli PLUSMiles boleh menikmati ganjaran berbentuk hidangan daripada restoran KFC dan Pizza Hut dengan menebus mata PLUSMiles terkumpul menerusi aplikasi mudah alih PLUS, istimewa untuk jangka masa terhad.

Mata PLUSMiles ini dikumpul menerusi perjalanan di lebuhraya PLUS, dengan mendaftarkan mana-mana kad Touch ‘n Go mereka di plusmiles.com.my untuk mengaktifkan pengumpulan mata.

“Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami di QSR Brands. Kami mahu mencipta detik istimewa buat para pelanggan kami menerusi kempen ganjaran terbaharu bersama PLUS ini. Di harap kempen ini dapat memberi lebih keceriaan kepada rakyat Malaysia kerana keenakkan hidangan KFC dan Pizza Hut menanti mereka menerusi perjalanan bersama PLUSMiles.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk memberi lebih nilai dan promosi-promosi menarik kepada pelanggan daripada landasan yang pelbagai,” kata Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands.

“PLUSMiles merupakan program kesetiaan pelanggan kami yang direka untuk memberi ganjaran kepada pengguna menerusi keistimewaan, diskaun dan penebusan yang menarik daripada pelbagai rakan kongsi PLUSMiles.

Hari ini, kami berbangga kerana mempunyai lebih 1.7 juta pengguna berdaftar yang aktif mengumpul mata bagi menebus hadiah secara serta-merta mahupun daripada laman portal, serta aplikasi mudah alih kami; daripada serendah 350 mata.

Menerusi aplikasi mudah alih PLUS, kami dapat terus menyediakan kemudahan dan pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna setia kami – sekaligus membolehkan mereka menebus hidangan kegemaran mereka daripada dua jenama restoran terkenal di Malaysia, KFC dan Pizza Hut, dengan hanya beberapa klik, eksklusif sempena sambutan Merdeka ini,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

Ahli PLUSMiles boleh menikmati hidangan terpilih KFC menggunakan mata PLUSMiles bermula hari ini hingga 14 Oktober 2019. Hidangan terpilih KFC adalah seperti berikut:
1. 2 ketul ayam a la carte
2. Colonel Burger a la carte
3. Cheezy Wedges (L) a la carte

Tawaran ini sah bagi pilihan makan di restoran dan bawa pulang sahaja, bersama pembelian minimum RM15 di dalam satu resit di restoran KFC. Ahli PLUSMiles perlu memuat turun dan log masuk ke aplikasi mudah alih PLUS untuk mendapatkan kod QR bagi menebus salah satu hidangan di atas, di restoran KFC yang terpilih* terhad di dalam satu transaksi.

Ahli PLUSMiles juga boleh menikmati keenakan piza bermula hari ini hingga 14 Oktober 2019. Nikmati 1 piza bersaiz Regular daripada Pizza Hut menggunakan mata PLUSMiles bersama pilihan seperti berikut:
1. Aloha Chicken
2. Beef Pepperoni
3. Chicken Pepperoni
4. Chicken Delight
5. Chicken Sensation
6. Hawaiian Chicken
7. Island Tuna
8. Veggie Lover

Pengecualian untuk cawangan Pizza Hut Ayer Keroh dan Pizza Hut Pagoh: Tawaran penebusan hanya sah untuk Hawaiian Chicken, Beef Pepperoni atau Deluxe Cheese.

Tawaran ini sah untuk pilihan makan di restoran sahaja. Ahli PLUSMiles perlu memuat turun dan log masuk ke aplikasi mudah alih PLUS dan tunjukkan butiran penebusan di kaunter restoran Pizza Hut yang terpilih*.

Pertandingan Beyblade Sempena Karnival Merdeka Muhibbah

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan yang ke-62 tahun ini, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menganjurkan Karnival Merdeka Muhibbah bermula dari 28 Ogos sehingga 31 Ogos di SACC Walk dan SACC Mall.

PELBAGAI aktiviti menarik seperti Beyblade Merdeka Battle, Upin Ipin Store, Pertandingan Mewarna Upin Ipin Kemerdekaan 2019, persembahan artis terkemuka, permainan kanak-kanak, jualan produk IKS dan yang paling menarik adalah ketibaan pelari duo veteran yang bakal mencipta sejarah di dalam Malaysia Book of Record.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Sr. Fakru Radzi Ab Ghani menyeru semua anak-anak Malaysia di sekitar Shah Alam dan sekitarnya untuk bersama-sama menyambut kemerdekaan di SACC Walk dan SACC Mall selain dapat bersama-sama menyemai semangat cinta dan bangga akan negara tercinta.

“Kami membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa seperti ‘Beyblade Medeka Battle’ yang menawarkan hadiah berjumlah RM1300 dengan pendaftaran sebanyak RM10 sahaja untuk kategori kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah dan terbuka bermula dari 31 Ogos hingga 1 September yang akan berlangsung di lot Gedung Harian Kompleks PKNS Shah Alam dari 10 pagi hingga 2 petang,” katanya.

Sementara itu, orang dewasa dapat berhibur dengan persembahan artis tanah air dan buskers dari 6ixth Sense, Dinamik, Jinbara, Assalambuskers, Klangit, Zamarul Hamzah, Zara Ali dan ramai lagi.

Kanak-kanak juga berpeluang memenangi hadiah dari Upin Ipin dengan menyertai Pertandingan Mewarna Upin Ipin Kemerdekaan yang akan berlangsung di Black Box, tingkat 2 SACC Mall pada 31 Ogos bermula dari 11 pagi hingga 3 petang.

Pengunjung tidak perlu risau untuk memikirkan lokasi tempat makan yang menarik kerana Karnival Merdeka Muhabbah ini turut menyediakan ruang jualan makanan dan jualan produk IKS di lot parkir Kompleks PKNS Shah Alam.

Peserta veteran yang menyertai larian kemerdekaan Merdeka Muhibbah dijangka tiba pada malam merdeka tersebut adalah Nasir Abas, 64 dan Krishnan A/L Andy, 61 dan bakal menempa nama dalam Malaysia Book of Record (MBOR) melalui larian mereka sejauh 500km yang telah bermula sejak 19 Ogos yang lalu dari Medan Bandar Alor Setar.

Celcom Komited Pacu Masyarakat Digital Di Sabah

Celcom Axiata Berhad menyatakan komitmen berterusan syarikat itu untuk membangunkan dan menambahbaik keterhubungan negeri Sabah.

INI termasuk menyasarkan komuniti bandar dan luar bandar dengan pengembangan dalam perkhidmatan hubungan internet berkelajuan tinggi melalui gentian optik, teknologi tanpa wayar dan aplikasi digital di seluruh Sabah, seterusnya memajukan gaya hidup digital dan masyarakat Sabah.

Celcom menyasarkan untuk menyumbang kepada pembangunan Sabah dalam sektor produktif, mencapai sumber manusia yang berkualiti, dan membantu dalam pembangunan infrastruktur asas, utiliti, dan kemudahan awam, seterusnya memandu pembangunan ekonomi, sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), bagi memacu kadar asas liputan jalur lebar 98% di kawasan penduduk pada 2023 dengan kelajuan jalur lebar minimum 30Mbps di seluruh negara.

Sejak kira-kira 26 tahun lepas, Celcom telah melabur secara progresif dalam infrastruktur rangkaian negeri Sabah sehingga memiliki 1, 200 tapak menara komunikasi di Sabah hari ini.

Tapak tersebut menyediakan liputan 2G, 3G, LTE dan LTE-Advance di kesemua daerah, meliputi 78% populasi liputan Sabah. Dalam menyediakan hubungan internet yang terbaik dan pengalaman digital bagi kediaman di negeri Sabah, Celcom menggunakan teknologi hujung ke hujung seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain.

Hari ini, Celcom bersama Celcom Timur Sdn. Bhd. (CTSB) merupakan penyedia rangkaian terluas di Sabah, meliputi kira-kira 650,000 kediaman dengan teknologi gentian optik dan hubungan tanpa wayar Celcom. Celcom Home Fibre™ menawarkan pelanggan di Sabah dengan Internet berkelajuan tinggi sehingga 1Gbps (terdapat di beberapa kawasan terpilih di Sabah), hanya pada RM229 sebulan.

Selain itu, untuk masa yang terhad, 100 pelanggan pertama di Sabah yang memilih pelan Celcom Home Fibre™ 100Mbps atau 1Gbps akan menerima Wi-Fi Extender (bernilai RM149). Celcom Home Fibre™ turut menawarkan kelajuan sehingga 100Mbps pada RM120 dan 30Mbps pada RM80 sebulan.

Kediaman yang tidak disediakan dengan perkhidmatan gentian optik boleh memilih alternatif teknologi rangkaian tembaga dengan perkhidmatan jalur lebar Celcom Home Wireless™ yang menyediakan internet berkelajuan tinggi dengan kelajuan kira-kira 30 Mbps, yang mampu menghubungkan sehingga 64 peranti dalam masa yang sama, hanya ‘pasang dan pakai’ tanpa perlu merosakkan dinding bagi pemasangan.

Sehingga kini, Celcom menyediakan perkhidmatan keterhubungan kepada kira-kira 3,000 syarikat di Sabah, melalui gentian optik, aplikasi Internet Pelbagai Benda (IoT), perkhidmatan Pengurusan Fleet, dan pakej mudah alih yang dikhususkan untuk keperluan digital bagi setiap perniagaan.

Celcom turut menyediakan penyelesaian dan keterhubungan bagi lebih 900 buah sekolah di Sabah, meliputi kawasan pedalaman seperti Tuaran dan Sipitang. Celcom juga menyediakan perkhidmatan keterhubungan di kebanyakan hotel di bandar, serta di kepulauan terpencil, termasuk penyelesaian perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Dalam usaha memajukan komuniti pedalaman Sabah, Celcom bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini mengendalikan 86 daripada 114 buah Pusat Internet di Sabah, serta menyediakan program latihan keusahawanan dan digital, yang telah melahirkan lebih 300 orang usahawan di Sabah.

Majlis ‘Celcom Memacu Masyarakat Digital di Sabah’ dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah dan Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, bersama beberapa rakan teknologi dan pembekal tempatan di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.

Idham Nawawi berkata, Celcom amat komited dalam memperkasa negeri Sabah dengan pelan pelaksanaan liputan rangkaian terbaik bersama aplikasi, perkhidmatan dan produk inovatif, yang akan memacu pembangunan dan ekonomi negeri Sabah di era digital ini.

“Inisiatif ini juga adalah suatu kerjasama dan sejajar dengan agenda kerajaan negeri bagi pembangunan digital negeri Sabah dan kami ingin mencapai kesemua lapisan masyarakat, sama ada di bandar mahupun pedalaman, bagi memastikan mereka mempunyai peluang untuk menjadi mahir dalam industri teknologi digital yang berkembang pesat hari ini,” katanya.

Tealive Tembusi Myanmar, Pasaran Asean Ketiga Selepas Eropah Dan Australia

Dengan laungan slogan “Lahir di Malaysia, Kegemaran Sedunia”, Tealive kini mengorak langkah ke utara rantau Asia Tenggara dengan pembukaan kedai pertamanya di Myanmar – negara ketiga di ASEAN selepas Vietnam dan Brunei.

Bertempat di pusat membeli-belah terkemuka, Junction Square, Yangon, kedai Tealive di negara tersebut dibuka secara rasminya pada Sabtu lalu menerima sambutan hangat peminat-peminat teh di Myanmar yang beratur panjang semata-mata untuk menikmati minuman signatur Tealive, Teh Susu Pearl dengan Gula Perang dan juga minuman dari siri “Bang Bang” yang mengandungi pearl bersalut gula perang yang suam dan lembut.

Pembukaan di Myanmar ini adalah ekoran daripada sambutan hangat pembukaan kedainya di pusat membeli-belah Aman Hills, Bandar Sri Begawan, Brunei pada bulan lepas.

Bryan Loo, selaku pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, amat teruja dengan sambutan yang diterima dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat teh di Myanmar atas sokongan padu yang diberikan, yang mana ianya selaras dengan niat Tealive untuk meggembirakan setiap insan menerusi minuman teh.

“Kami amat teruja dengan sokongan yang diberikan kepada kami serta sambutan hangat para peminat teh di Myanmar terhadap Tealive,” katanya.

Loo berkata, “Sebagai sebuah jenama ASEAN yang tidak asing buat para peminat teh di Myanmar, kami percaya ramai yang telah merasai sendiri kelazatan teh Tealive di Malaysia, justeru memberi keyakinan untuk kami maju ke hadapan lebih awal berbanding jenama-jenama asing yang lain.”

“Selain itu, kami juga merupakan jenama teh gaya hidup pertama yang memaparkan dispenser teh yang menghadap pelanggan di kaunter, lantas menjadikannya satu pengalaman yang lebih baik bagi pelanggan kami,” katanya.

Loo turut berkata rakan kongsi tempatan mereka, Myanmar Food for Thought Co Ltd (MFFT), telah memutuskan untuk membuka sebanyak lima buah kedai Tealive menjelang akhir tahun 2019.

“Kami mempunyai keyakinan sepenuhnya terhadap pasukan MFFT kerana mereka adalah pemain berpengalaman di dalam industri makanan dan minuman Myanmar dengan rekod prestasi yang memberangsangkan selama lebih daripada enam tahun.

Buat masa ini, mereka mengendalikan 20 buah outlet yang merangkumi jenama serantau dan juga tempatan di Myanmar,” katanya.

“Dengan sambutan yang menggalakkan di Vietnam, Brunei dan kini di Myanmar, kami juga telah menjalinkan kerjasama dengan sebuah lagi rakan kongsi untuk memasuki pasaran Filipina, sebuah pasaran yang sedang giat berkembang di rantau ASEAN,” kata Loo.

Pengarah Urusan MFFT Arvinder Singh dan Gerald Lee mengucapkan setinggi penghargaan kepada Loob Holding kerana telah memberikan keyakinan tinggi terhadap mereka lalu membawa kepada kejayaan pembukaan kedai Tealive yang pertama di Myanmar.

“Tealive merupakan jenama yang paling menarik dibawa oleh kami ke Myanmar kerana ia adalah jenama yang terkenal dengan kelazatan teh hasil buatan tangan di rantau ini.

Tambahan pula, kami mempunyai ramai pelanggan yang sudah lama menanti pelancaran Tealive di Myanmar,” katanya.

“Pelancaran Tealive di negara ini tepat pada masanya memandangkan Myanmar telah sekian lama membudayakan minuman teh. Kami percaya budaya teh moden yang dipelopori oleh Tealive adalah suatu perkembangan yang menarik untuk negara ini yang mempunyai ramai penduduk berusia muda dan sentiasa menginginkan pengalaman yang baharu.” Lee menambah.

Tealive ialah sebuah jenama teh gaya hidup terulung di Malaysia dengan pembukaan kedai setiap minggu, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 317 buah kedai di serata Malaysia. Ia juga turut mempunyai kedai di China, Vietnam, Brunei, Australia, dan di United Kingdom.

Proton Buka Pusat 4S Terbesar Pertama Di Malaysia

Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd buka pusat 4S Proton terbesar di Kota Kinabalu

Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, (Fook Loi) secara rasminya membuka Pusat 4S Proton terbesar pertama di Malaysia dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Pegangan pasaran keseluruhan syarikat kini adalah pada 15% iaitu sebanyak 52,269 unit kereta telah dijual, pertumbuhan sebanyak 47% berbanding tempoh yang sama pada 2018.

Prestasi yang memberangsangkan ini telah menarik perhatian banyak pelabur seperti Fook Loi. Bagi Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, keputusan yang diambil untuk menjadi pengedar Proton adalah mudah.

“Keputusan yang diambil untuk menjadi pengedar Proton tidak sukar kerana kami yakin pada potensi Proton di Sabah.

“Rangkaian model Proton sedia ada sangat berdaya saing dan mempunyai teknologi yang canggih serta dilengkapi ciri-ciri yang mampu menarik minat generasi pembeli kereta baharu,” katanya.

Secara ideal, setiap cawangan mestilah mempunyai keluasan yang besar, selesa dengan persekitaran yang menarik dan dilengkapi kemudahan seperti WiFi percuma, ruang kanak-kanak, ruang parkir yang luas dan ruang minuman, untuk memastikan pelanggan berpuas hati.

“Usaha-usaha ini telah membuahkan hasil. Jualan Syarikat kini semakin meningkat dan melalui pengenalan produk-produk baharu, kami yakin bahawa Syarikat di berada di landasan yang tepat untuk mendapat semula keuntungan,” kata Dr Li Chunrong.

MMC Corporation Bhd PBZT Jumps More Than Three-Fold To RM132 Million In Second Quater

MMC Corporation Berhad (MMC or the Group), a premier utilities and infrastructure group recorded a higher Profit Before Zakat and Taxation (PBZT) of RM132 million for the quarter ended 30 June 2019, a more than three-fold jump from the corresponding quarter ended 30 June 2018.

It’s mainly due to higher contribution from Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), lower operating cost at Johor Port Berhad (Johor Port) and Northport Malaysia Berhad (Northport) as well as gain on disposal of an asset held for sale and lower administrative cost across the Group.

These were offset by higher finance cost and depreciation due to the adoption of Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) 16 “Leases”.

The Group recorded higher revenue of RM1.23 billion, an increase of 2.4% compared to RM1.20 billion reported in the corresponding quarter ended 30 June 2018 due to higher volume handled at PTP and effect from consolidation of Penang Port Sdn Bhd’s (Penang Port) revenue. However, these were offset with lower progress from Langat Sewerage project.

For the financial period ended 30 June 2019, the Group recorded a higher PBZT of RM220 million compared to RM104 million due to higher contributions from port entities, gain on disposal of an asset held for sale and lower administrative costs.

These were offset by lower contribution from Klang Valley Mass Rapid Transit Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya Line (KVMRT-SSP Line) and Langat Sewerage project as well as higher finance cost and depreciation due to the adoption of the MFRS 16 “Leases’.

The Group recorded RM2.37 billion in revenue from RM2.48 billion reported in the corresponding period of the preceding financial year due to lower contribution from KVMRT-SSP Line following revision of contract in November 2018 as well as lower progress from Langat Sewerage project.

These were moderated by consolidation of Penang Port revenue and higher volume handled at PTP.

The Ports & Logistics division recorded revenue of RM1.58 billion, a 13.4% growth compared to RM1.39 billion in the corresponding period of the preceding financial year mainly due to effect from full consolidation of Penang Port’s revenue and higher volume handled at PTP.

Monaco Maersk 2

The segment recorded higher PBZT by RM86 million to RM222 million compared with RM137 million reported in the corresponding period of the preceding financial year due to higher volume handled at PTP, lower operating cost at Johor Port and Northport, higher share of results from Red Sea Gateway Terminal as well as full consolidation of Penang Port’s result.

These were offset by higher finance cost and depreciation due to the adoption of MFRS 16 “Leases”. The Engineering division recorded revenue of RM740 million compared to RM1.04 billion reported in the corresponding period of the preceding financial year mainly due to lower contribution from KVMRT-SSP Line following revision of contract in November 2018 as well as lower progress from Langat Sewerage project.

The division recorded a decrease of 21.8% in PBZT to RM119 million from RM152 million reported in the corresponding period of the preceding financial year due to lower contribution from KVMRT-SSP Line and Langat Sewerage project.

Continuous investments into the ports’ infrastructure, capacities and capabilities along with execution of operational plans are expected to deliver positive results. Operational and cost synergies driven by MMC would further improve the performance of its Ports & Logistics division.

The Energy & Utilities division is expected to contribute positively from the Group’s associated companies, namely Malakoff Corporation Berhad and Gas Malaysia Berhad.

Substantial existing order-book provides earnings visibility for the Engineering division anchored by the KVMRT-SSP Line. Furthermore, the earnings contribution from the Engineering division will be sustained by on-going projects including Langat 2 Water Treatment Plant and Langat Centralised Sewerage Treatment Project.

Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh, Group Managing Director of MMC Corporation Berhad said, “We will keep on strengthening our capabilities and service delivery with a focus on operating performance and efficiency whilst exploring new opportunities.”

Tun Mahathir Baca Puisi Dalam Video Kempen AirAsia

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, AirAsia melancarkan kempen “Perjalanan Anda, Dedikasi Kami” yang meraikan perpaduan rakyat Malaysia.

Selari dengan misi AirAsia untuk mengutamakan para tetamu kami, kempen ini akan dijalankan melalui pelbagai platform siaran, digital, cetak dan lain-lain.

Kempen ini bermula semalam dengan pelancaran video “Hidup Bersama” untuk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Video yang diinspirasikan oleh sebuah puisi ini dideklamasikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama novelis serta penulis puisi tersebut, Dato’ Seri A.Samad Said.

Video ini turut menggambarkan kehidupan seharian rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat yang sama-sama berusaha untuk menjadikan masa depan yang lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kekuatan Malaysia adalah pada rakyat dan kepelbagaiannya.

Tahun ini, kami ingin menunjukkan bahawa kepelbagaian ini adalah kekuatan kita, walaupun kita semua berbeza. Dalam erti kata lain, AirAsia adalah seperti sebuah negara kecil di mana Allstars daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang berganding bahu untuk memastikan kejayaannya seperti hari ini.”

Untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan*, tersedia untuk tempahan di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 1 September 2019 untuk perjalanan antara 2 September 2019 dan 19 November 2019*.

Jimat sebanyak 5% untuk tempahan hotel dengan menggunakan kod promosi AAHOTEL5 dan 20% untuk Pilihan Tempat Duduk** jika anda membuat perjalanan bersama keluarga atau rakan-rakan, atau pilih Tempat Duduk Hot Seat untuk menikmati ruang kaki lebih besar dan keutaaman masuk ke pintu perlepasan.

* Diskaun hanya dikenakan kepada tambang asas. Yuran pemprosesan bayaran akan dikenakan untuk semua bayaran yang dibuat menggunakan debit langsung, kad kredit, debit atau caj. Nikmati yuran pemprosesan sifar apabila anda membayar dengan BigPay. Untuk terma dan syarat penuh layari air.asia/b9qKC

** Diskaun untuk Pilihan Tempat Duduk tidak didapati pada kod penerbangan DJ, penerbangan ke / dari Jepun dan penukaran melalui Tempahan Saya.

Post Menarik