Kasut jenama Skechers bukan sesuatu yang asing di negara ini kerana jenama dari Amerika Syarikat itu sudah cukup terkenal di seluruh dunia.

Skechers yang ditubuhkan pada 1992 oleh Robert Greenberg, yang sebelum ini memperkenalkan kasut jenama L A Gear pada 1978, adalah jenama ketiga terbesar bagi kasut atlet di Amerika Syarikat.

Justeru, kehadiran jenama Skechers di negara ini terus menerima sambutan disebabkan produk berkenaan memiliki gaya terkini, ketahanan dan berkualiti tinggi.

Meskipun Skechers memiliki cawangan butiknya tersendiri, produk berkenaan bagaimanapun boleh didapati di cawangan terpilih al-ikhsan SPORTS pada tanda harga yang mampu milik.

Peruncit barangan sukan terbesar di Malaysia, al-ikhsan SPORTS memperkenalkan koleksi eksklusif kasut Skechers pada harga dibawah RM199 di cawangan terpilihnya.

Koleksi eksklusif Skechers ini meliputi kasut untuk lelaki dan wanita ditawarkan pada harga mampu milik agar seluruh rakyat Malaysia mampu memiliki sepasang kasut itu bagi menjalani gaya kehidupan yang sihat.

Secara keseluruhan, sebanyak 28 pelbagai jenis gaya kasut dan warna ditawarkan dalam koleksi terbaru Skechers ini.

Prebiu.com yang diberikan kesempatan menguji salah satu kasut Skechers Sports terbaharu yang mempunyai ciri memori foam cukup merasai tahap keselesaan ketika pertama kali menyarung kasut ini.

Bahan fabrik biru bermutu tinggi yang menyaluti kasut ini juga ringan dan seolah-olah berasakan sedang berjalan di atas awan.

Meskipun cirinya ringan, namun tidak keterlaluan kasut ini cukup sesuai dan selesa dipakai untuk kegunaan harian atau bersantai di hujung minggu.

Mereka yang memiliki ciri tapak kaki yang lebar amat sesuai memakai kasut ini kerana dapat mengurangkan tekanan ke atas hujung jari dan terdapat ruang udara dibahagian dalaman kasut.

Apa yang menarik mengenai rekaan kasut Skechers Sports yang dihasilkan di Los Angeles ini ialah pada bahagian belakang tumit juga dibaluti sejenis bahan plastik yang memberi sokongan kepada kaki sekali gus menyumbang kepada kestabilan ketika kasut ini digunakan.

Tapak memori foam yang lembut mampu menyerap hentakan kepada kaki si pemakai sekali gus mampu mengurangkan tekanan kepada tulang belakang.

Ini antara faktor yang penting ketika memilih kasut sukan yang selesa tanpa perlu berbelanja besar untuk sesuatu jenama yang dihajati.

Pada harga mampu milik RM199 sepasang, Skechers Sports adalah kasut yang boleh menjadi pilihan penggemar kasut masa kini.

Ia bukan sahaja disebabkan rekaan terkini dan moden tetapi faktor harga juga memainkan peranan penting.

5 Ciri Menarik

  • Rekaan moden dan gaya terkini
  • Ciri memory foam
  • Ringan (Lite-Weight)
  • Bahan fabrik yang selesa dan tahan
  • Harga mampu milik

Kesimpulannya

Kasut Skechers Sports dengan memory foam adalah kasut yang boleh dipakai untuk pelbagai tujuan daripada untuk kegunaan santai, mengembara atau ke tempat kerja.

Ramai penggemar kasut ini sukakan ciri ringannya, rekaan kain fabriknya dan ciri estetiknya.

Walaupun rekaan tapak kasutnya ringkas, namun ia memiliki daya cengkaman yang baik dan tidak berasa licin cuma warna putihnya mungkin menjadi kelemahan jika kasut ini dipakai ditempat lasak atau kotor.

Apa yang baiknya apabila memory foam digunakan anda tidak perlu berfikir mengalami tekanan apabila setiap kali berjalan kerana busa getah atau foam ini menawarkan sokongan kepada lengkungan kaki serta pada masa sama menyokong tumit kaki.

Justeru, ramai yang tidak menafikan fakta bahawa kasut Skechers adalah salah satu kasut memory foam terbaik yang diperkenalkan di pasaran.