Utama Blog Halaman 746

Mitsubishi XPANDER Seven-Seater Crossover Priced At RM91,369

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, announced the following prices for the new Mitsubishi XPANDER.

Prices above are quoted on-the-road without insurance for private registration in Peninsular Malaysia, East Malaysia and duty free zone.

These prices are also quoted in view of the Malaysian government’s announcement to drop Sales and Service tax (SST) for cars, which sees a 100% sales tax exemption on locally-assembled (CKD) models.

Since its Open-for-Booking announcement on 22 October 2020, the Mitsubishi XPANDER has garnered over 2,000 bookings to date.

“Mitsubishi Motors would like to thank all its customers for showing overwhelming interest in the new Mitsubishi XPANDER. We will try our utmost effort on production to honour these early bird customers as much as possible,” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of MMM.

“The multi-award winning XPANDER has been well received in other ASEAN countries and MMM is pleased to see the same support from Malaysians. We hope to keep this momentum going and we will maximize our production capacity to meet this encouraging response.

In return for customer strong support, the team at Mitsubishi Motors are driven to deliver new units as soon as possible to reduce customer’s waiting time,” he added.

The new XPANDER comes in one variant only with four colour to choose from- Titanium Grey, Quartz White, Diamond Black and Red Metallic.

The seven-seater crossover comes with 5-Year warranty with unlimited mileage. Customers will be able to view and test drive the new XPANDER at all Mitsubishi Motors authorized
showrooms nationwide from 20 November 2020 onward.

The XPANDER is powered by a 1.5-litre MIVEC petrol engine using aluminium block that produces 105 PS at 6,000 rpm and 141 Nm of torque at 4,000 rpm.

The XPANDER comes with a four-speed automatic transmission optimized for power and fuel economy.

Maxis TV Beri Akses VIP Percuma iQIYI Dan 10GB Data Untuk Strim Kandungan

Maxis TV membawa penyedia kandungan VOD terkenal iQIYI, menawarkan akses VIP percuma dan data 10GB selama sebulan untuk penstriman kandungan

Kehendak rakyat Malaysia untuk kandungan berkualiti semakin bertambah, terutamanya dalam situasi norma baharu di mana penggunaan strim video telah meningkat dengan ketara.

Maxis menawarkan kandungan hiburan asli terbaik di Maxis TV, kini dengan penyedia kandungan VOD berkualiti terbaru, iQIYI.

Sehingga 20 November, pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Prepaid dan Hotlink Postpaid yang mendaftar dengan iQIYI di Maxis TV untuk pertama kalinya, akan menikmati akses VIP percuma ke iQIYI dan data 10GB untuk strim drama, rancangan dan filem Asia yang popular di pelantar tersebut.

“Dengan selera rakyat yang semakin menginginkan kandungan hiburan, kami memberikan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada pelanggan kami dengan kandungan yang mereka mahukan, dengan cara yang mereka mahukan.

Membawa iQIYI ke Maxis TV adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk terus memberi ganjaran kepada pelanggan kami untuk gaya hidup digital mereka yang semakin meningkat, dan untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat ditandingi,” kata Navin Manian, Ketua Pengguna Hotlink di Maxis.

Maxis TV adalah perkhidmatan hiburan video yang menawarkan kandungan video premium dari filem hingga rancangan TV yang berpatutan dan fleksibel untuk semua orang. Platform ini mudah diakses melalui aplikasi Maxis, Hotlink dan Hotlink Postpaid, yang membolehkan
pelanggan memilih untuk menonton apa sahaja dengan cara yang diinginkan.

Pas VOD bermula dari RM3 / hari yang digabungkan dengan data dan merangkumi pilihan
kandungan kegemaran semua – Hollywood, Korea, India, Cina, Indonesia dan kandungan
Melayu tempatan popular.

Pembelian pas Maxis TV VOD dibuat dengan mudah – caj dikenakan ke atas bil Maxis atau kredit Hotlink.

Maxis TV menawarkan pas VOD yang fleksibel dengan data percuma untuk streaming pada
harga yang berpatutan:

Untuk menyampaikan kandungan terbaik yang disukai semua di Malaysia, Maxis bekerjasama dengan penyedia kandungan VOD berkualiti, seperti iflix, Viu, Mubi, Netflix, YuppTV, iQIYI dan banyak lagi untuk menawarkan perkhidmatan ini.

Pelanggan dapat melihat pilihan mereka dengan mudah melalui aplikasi mudah alih mereka.

Untuk membeli pas VOD dan segera nikmati kandungan terbaik atau untuk maklumat lebih
lanjut, sila kunjungi https://www.maxis.com.my/lifestyle/entertainment/maxis-tv atau
https://www.hotlink.com.my/bm/lifestyle/entertainment/maxis-tv

OURFARM Dan IKHLAS Bantu 220 Keluarga B40 Sempena Deepavali

OURFARM, platform e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) berasaskan pertanian yang dimiliki oleh airasia Digital dan IKHLAS, cabang perniagaan mesra muslim di bawah naungan airasia.com berganding bahu pada hujung minggu lalu untuk membantu 220 keluarga daripada golongan B40 sempena sambutan Hari Deepavali akan datang.

Bantuan ini disalurkan melalui Project #Food4B40 Deepavali dengan kerjasama muhibah antara OURFARM, IKHLAS dan beberapa buah perusahaan sosial yang lain, diselaraskan oleh Masala Wheels dan disokong oleh Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional.

Di bawah projek ini, keluarga daripada komuniti B40 yang telah dikenal pasti menerima lebih daripada 500kg sayur-sayuran segar dan 220 bungkusan makanan untuk membantu meringankan beban mereka sempena sambutan perayaan tersebut.

Pengagihan telah dibuat kepada keluarga yang tinggal di beberapa buah Projek Perumahan Rakyat termasuk PPR Laksamana, PPR Batu Muda, PPR Kepong, PPR Jinjang dan Pangsapuri Melati Bukit Subang di Lembah Klang.

Lalitha Sivanaser, Ketua Pegawai Eksekutif OURFARM berkata: “Kami berbesar hati untuk membantu keluarga-keluarga ini, yang kebanyakannya mungkin tidak dapat menyambut Hari Deepavali pada tahun ini, terutamanya mereka yang terkesan oleh pandemik.

Selari dengan objektif penubuhan OURFARM dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk membantu para petani dan pengeluar pertanian meneruskan perniagaan mereka, kami memahami bahawa pandemik ini tidak hanya mempengaruhi ekonomi secara keseluruhan tetapi juga individu dan komuniti setempat.

“Kami berharap bantuan ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka pada musim perayaan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada IKHLAS dan semua perusahaan sosial yang terlibat, terutamanya Masala Wheels dan Drop & Wash kerana memberi peluang kepada kami untuk membekalkan produk segar kepada komuniti ini di saat memerlukan.

“Usaha ini bukan hanya meringankan beban isi rumah individu, malah turut membantu para petani pada masa yang sama dan kami berharap dapat menyokong lebih banyak inisiatif seperti ini, terutama pada masa-masa yang mencabar ini.”

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata: “Salah satu tonggak utama IKHLAS adalah Amal Jariah, di mana amalan melangkaui bantuan kewangan tetapi masa dan usaha.

“Sebagai aspek penting dalam kehidupan setiap manusia, kami berharap untuk terus membantu mereka yang memerlukan melalui jenama dan platform kami tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan agama mereka. Kami merasa rendah hati dengan peluang ini kerana selain dapat menyokong inisiatif tersebut, kami juga dapat meraikan semangat perpaduan kita.”

Inisiatif ini juga sejajar dengan sokongan OURFARM terhadap ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus), di mana mereka telah bekerjasama dengan Masala Wheels sejak dua bulan lepas bagi membekalkan hasil segar kepada perusahaan sosial tersebut yang bertujuan untuk memberi bantuan berupa makanan kepada masyarakat di samping memperkasakan mereka.

IKHLAS pula telah membantu lebih daripada 15,000 keluarga di seluruh negara berikutan pandemik sejak April 2020 melalui inisiatif derma digital awam pertamanya ‘Give With IKHLAS’. Baru-baru ini, IKHLAS juga telah melancarkan ‘IKHLAS Untuk Sabah’ inisiatif derma digital awam terbaru untuk membantu komuniti yang terjejas akibat pandemik ini di Sabah.

Bajet 2021: MFA Kemuka 5 Cadangan Untuk Industri Francais

Persatuan Francais Malaysia menyarankan kepada Kerajaan agar dapat memberi tumpuan dan peruntukkan dalam Belanjawan 2021 kepada Industri francais tempatan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dalam suasana pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak bulan Mac 2020 yang lalu.

Pengerusi MFA, Datuk Dr Radzali Hassan berkata, syarikat francais tempatan atau francaisor terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat memerlukan sokongan dan bantuan kewangan daripada kerajaan dari segi penyewaan premis perniagaan dan penggajian pekerja terutamanya pekerja di bahagian operasi untuk terus bertahan dalam keadaan yang sukar ini.

Pengerusi MFA, Datuk Dr Radzali Hassan

“Walaupun para usahawan francais boleh mendapatkan sebahagian bantuan kewangan daripada program PENJANA kini, namun ianya tidak dapat menampung untuk meringankan cabaran usahawan agar dapat terus bertahan dalam perniagaan.

“MFA yakin sekiranya kerajaan dapat meneruskan program subsidi upah di bawah PENJANA sebanyak RM600 sebulan sehingga Disember 2021 serta melanjutkan moratarium bagi pembayaran pinjaman dan pembiayaan ke atas perniagaan sehingga Jun 2021, ianya dapat memberi kelegaan dan membantu meringankan beban aliran tunai perniagaan” katanya.

Mengulas lanjut, Radzali berkata bahawa MFA juga berharap agar kerajaan dapat melonggarkan syarat pinjaman atau pembiayaan perniagaan bagi modal kerja di mana-mana agensi berkaitan.

Selain itu, pihak kerajaan juga digesa menggalakkan lebih banyak bank untuk menawarkan skim pembiayaan francais kepada usahawan yang mengubah perniagaan sedia ada kepada model perniagaan francais atau francaisor dan francaisi sedia ada yang mempunyai trek rekod yang baik, memandangkan perniagaan francais merupakan perniagaan yang mempunyai risiko rendah berbanding model perniagaan yang lain.

Ketiga, fi francais yang ditanggung oleh francaisi dibenarkan potongan cukai dalam usaha untuk menyokong pembangunan industri francais tempatan serta memperkasakan jenama Malaysia.

“Insentif potongan cukai ini diharapkan dapat menggalakan lagi pertumbuhan ekonomi negara dan membuka peluang kepada masyarakat yang berminat meniaga atau mereka yang kehilangan pekerjaan untuk menceburi bidang perniagaan terutamanya perniagaan francais,” katanya.

Keempat, menyediakan peruntukan untuk tujuan pendidikan kepada golongan sasar seperti usahawan, belia, ibu tunggal serta orang kelainan upaya supaya golongan ini celik francais dan berpeluang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan francais bukan hanya untuk diri sendiri malahan untuk masyarakat setempat melalui perniagaan hiliran dan peluang pekerjaan.

MFA mendapati bahawa banyak perbezaan persepsi dan fahaman yang berlaku di kalangan masyarakat mengenai francais, walaupun minat untuk berniaga francais sentiasa wujud. Sehubungan itu peruntukkan pendidikan untuk golongan bersasar terutamanya wanita dan orang kelainan upaya amat diperlukan bagi memperkasakan mereka dalam sektor ekonomi.

“MFA juga berharap agar perniagaan francais bukan sektor berasaskan makanan dan minuman diberikan perhatian untuk mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara terutamanya negara Indonesia, Filipina, Singapura dan negara ASEAN yang lain kerana terdapat potensi perniagaan yang besar di negara-negara tersebut,” kata Radzali.

Beliau berkata, lebih 50 peratus perniagaan francais Malaysia berasaskan makanan dan minuman telah pun menembusi lebih daripada 60 negara. Sehubungan itu, amatlah perlu sekiranya perniagaan francais daripada sektor lain diberi lebih pendedahan dan peluang untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Model perniagaan francais telah pun mempunyai manual operasi standard, prosedur dan pengalaman daripada pemilik perniagaan serta perkhidmatan sokongan yang dapat memberi kelebihan kepada pelabur untuk menjalankan perniagaan francais tersebut.

Sekiranya lebih banyak perniagaan francais dikembangkan ke luar negara, maka secara tak lansung ianya dapat membantu menyumbang kepada ekonomi apabila berlaku pengaliran wang masuk ke dalam negara melalui fi francais dan eksport barangan tempatan.

Arise Gamers In Malaysia, Predator Is Calling

Predator Gaming Chai

A tournament specifically for non-professional gamers, After 5 Gaming League offers RM76,000 total prize pool for the four games (DOTA 2, Valorant, PUBG Mobile and Mobile Legends: Bang Bang).

The gaming scene in Malaysia is one of the most active in Southeast Asia, with 20.1 million gamers according to Newzoo. Acer Malaysia is continuously supporting the growth of the local gaming community beyond professional gamers.

For casual gamers, Acer Malaysia has specially designed the After 5 Gaming League, which was first introduced in 2018. This year, the platform is once again open to executives and professionals from corporates and SMEs to summon their strength with fellow colleagues to compete for a total prize pool of RM76,000.

Teams can be formed by any executive or company to join After 5 Gaming League. The tournament is a proven platform that can strengthen teamwork as teams strategise and practice starting from team formation to the actual tournament.

Registration for the league is free and is open now until 10 November 2020.

“Nothing will hinder Predator on its mission to continue nurturing the gaming community in Malaysia. During the Movement Control Order (MCO) in March 2020, we conducted the Predator Charity Challenge together with three popular Malaysian gaming live streamers and raised more than RM10,000 for charity houses and the community.

“Although parts of the country are now in Conditional MCO, the beauty of a gaming tournament is that it can be conducted online and this is exactly what we are doing with After 5 Gaming League this time.

“We are determined to provide an avenue for casual gamers to pit their talents and skills, and help encourage a healthy interest. We might even unearth a future world gamer in this
League!” said Johnson Seet, Director of Consumer Business, Product and Marketing of Acer Malaysia.

In the new normal, to ensure the safety and health of gamer, After 5 Gaming League is a fully online tournament that allows gamers participate from the comfort of their own home or office.

As part of Acer Malaysia’s initiative, After 5 Gaming League comes into its third session this year with double the game titles to four and a total prize pool of RM76,000. The prize pool for DOTA 2 and Valorant are RM28,000 each, including five newly-arrived Predator xOSIM Gaming Massage Chairs worth RM4,899 each for the champion teams.

Meanwhile, the prize pool for PUBG Mobile and Mobile Legends: Bang Bang are RM10,000 each, including five units of the recently-redesigned Predator Gaming chair for the
champion teams.

The tournament starts with Valorant on 13 and 14 November (Friday – Saturday) after 5pm. The battle continues with Mobile Legends: Bang Bang on 20 and 21 November 2020 (Friday – Saturday), and is followed by DOTA 2 on 27 and 28 November 2020 (Friday – Saturday).

The league ends with PUBG Mobile on 3 to 5 December 2020 (Thursday – Saturday).

After 5 Gaming League : Gaming Schedule
13 – 14 November 2020 (Fri – Sat) Valorant
20 – 21 November 2020 (Fri – Sat) Mobile Legends: Bang Bang
27 – 28 November 2020 (Fri – Sat) DOTA 2
3 – 5 December 2020 (Thurs – Sat) PUBG Mobile

For gaming enthusiasts who follow the livestream, Predator Malaysia has also prepared activities and a series of Predator merchandise with the grand prize of Predator x OSIM Gaming Massage Cair to give out.

For more details on participation in the activities and further information regarding the After 5 Gaming League, please visit www.facebook.com/After5GamingLeague

Lazada Gaming Products Promotion

In conjunction with the After 5 Gaming League, Predator Malaysia and its partners are offering up to RM300 discount for select gaming products available on the weekends1. With the limited quantity, the select products include Acer Nitro 5, Predator Triton 300 gaming laptops, Acer Nitro 50 and Predator Orion 3000 gaming desktops, gaming accessories and the highly popular Predator Mask.

1 Promotion available on 14, 15,21, 22, 28, 29 November 2020 and 5 December 2020.

3 At the same time Acer Malaysia is also introducing the new ergonomically designed Predator gaming chair that comes with 4D armrests.

Predator Gaming Chai

Retailing at RM1,299, the Predator gaming chair will be available at a special promotional price of RM899 on the weekends1 from 14 November 2020 until 5 December 2020 (After 5 Gaming League season).

In addition, there are vouchers worth up to RM50 for users to enjoy further reductions. The participating Acer certified stores at Lazada are NBP https://www.lazada.com.my/shop/acer-certified-store-nbp and AOnePlus https://www.lazada.com.my/shop/acer-store-aoneplus.

Predator x OSIM Gaming Massage Chair

The world’s first gaming massage chair – Predator X OSIM Gaming Massage Chair – has finally arrived in Malaysia.

Predator X OSIM Gaming Massage Chair

Designed to provide a better gaming experience, this gaming chair enables gamers to relieve neck, shoulder, and lumbar pain while re-energizing the whole body.

Thanks to the OSIM patented V-HandTM Technology, Predator x OSIM Gaming Massage Chair comes with 360◦ massage rollers to massage gamers’ neck and shoulders with three auto-program massage modes to help gamers reenergize before continuing to conquer new worlds.

With the option of blue and black color, the Predator x OSIM Gaming Massage Chair retails for RM4,899.

Now OSIM Malaysia is offering a special promotion from 19 October until 30 November 2020 with additional RM100 cash voucher, visit any OSIM outlet or www.osim.com.my for more details.

For more information, please visit Predator Gaming Malaysia’s Facebook @PredatorGamingMy or call Acer’s Product Infoline at 1800-88-1288 (9am – 6pm, Mondays to Fridays), or email [email protected].

Atomy Malaysia Bantu Pusat Kebajikan, OKU & Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

Menyedari keperitan golongan yang memerlukan terkesan dengan situasi sukar pasca COVID-19 ini, Atomy Malaysia Sdn Bhd telah menyalurkan sumbangan terhadap pusat dan yayasan kebajikan, pusat jagaan kanak-kanak dan juga pusat jagaan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran. 

Antara penerima sumbangan ialah MSDEAF Community, Rumah Kebajikan Victory, PMY Deaf Community, Fun-gates Pre School, Fun-gates Soup Kitchen, Cheshire Home dan Hope Worldwide Malaysia.

Sumbangan kepada tujuh benefisiari ini berbentuk pembersih tangan berkapasiti 50ml dan 500ml, set pembersih rambut dan badan serta set penjagaan diri yang keseluruhannya bernilai RM141,080 yang kesemuanya merupakan produk keluaran syarikat. 

 Pada satu program serahan bantuan kepada salah sebuah benefisiari iaitu Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) minggu lalu, pihak syarikat melahirkan rasa simpati terhadap golongan kurang upaya yang terjejas teruk akibat pandemik ini. 

Untuk makluman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan Penaung Diraja Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf).

Dalam memastikan tiada yang tertinggal dalam menerima bantuan semasa pandemik ini, pelbagai inisiatif strategik telah dilakukan pihak syarikat antaranya menerusi penyerahan sumbangan penjagaan dan keperluan diri yang diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya golongan terbabit. 

Atomy Malaysia juga berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang dipikul oleh pusat kebajikan berkenaan selain dapat membantu mereka dalam mengharungi situasi pandemik yang kian meruncing dan juga keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Segala proses pengagihan sumbangan diuruskan secara berperingkat yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Agihan bantuan juga tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang merupakan tunjang asas kepada syarikat yang mengamalkan budaya perkongsian terhadap masyarakat dan pihak Atomy Malaysia Malaysia Sdn Bhd juga akan terus mengadakan program-program CSR khususnya terhadap golongan yang terjejas akibat pendemik ini pada masa hadapan.

Perodua Pecah Rekod Jualan Dalam Sejarah 27 Tahun Operasi

Perodua berjaya mencatatkan prestasi jualan bulanan tertinggi dengan 26,852 kenderaan pada Oktober 2020, selepas memecahkan rekod jualan bulanan sepanjang sejarahnya sebanyak 25,035 unit pada September 2020.

“Pada September, kami telah mencapai jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah kami dan kini, kami telah mengatasi pencapaian tersebut,” kata Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

President & CEO Dato’ Zainal Abidin Ahmad

“Kejayaan ini penting buat kami kerana ia membuktikan komitmen kami terhadap
penghantaran secepat mungkin dan juga peranan kami dalam memulihara ekosistem automotif.

“Dalam Oktober sahaja, kami telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan, yang turut terkesan dengan pandemik yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Ekosistem automotif merangkumi sektor langsung dan tidak langsung, seperti pembekal komponen automotif, pengedar sah, stokis, agensi dan kontraktor. Rakan niaga tidak langsung termasuk institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans.

“Dari segi kapasiti pengeluaran, kami berada di 98% secara purata pada Oktober 2020 dengan 26,362 kenderaan, yang juga merupakan pengeluaran bulanan tertinggi daripada kilang kami di Sungai Choh,” katanya.

Kejayaan ini dicapai dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti oleh setiap kakitangan dan rakan niaga kami, termasuk bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah – bersama dengan SOP asal yang diperkenalkan pada Mei.

“Dengan komitmen para pembekal, pengedar-pengedar sah kami dapat menjual lebih banyak kenderaan dan yang paling penting, memastikan kepuasan pelanggan kami kerana kenderaan Perodua mereka dihantar dalam tempoh yang terdekat,” katanya.

Perodua telah menjual 8,052 (Myvi), 6,738 (Axia), 6,895 (Bezza), 3,193 (Aruz) dan 1,974 (Alza) pada Oktober. Tiga model teratas kekal sebagai kenderaan terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

“Strategi kami seterusnya adalah untuk memanfaatkan penawaran nilai dan kualiti dalam produk dan perkhidmatan kami kepada rakyat Malaysia. Dari segi penyelenggaraan kenderaan, alat ganti kami mencukupi untuk memenuhi setiap keperluan anda kerana kebanyakannya dikilang secara tempatan,” katanya lagi.

Dalam memberi lebih ganjaran kepada para pelanggannya, Perodua menawarkan penebusan tunai sehingga RM1,500 untuk Perodua Aruz (tertakluk terma dan syarat) sepanjang November, ke atas amaun pengecualian cukai semasa.

Di samping itu, Perodua juga turut menawarkan rebat tunai sehingga RM2,000 untuk kenderaan pra-miliknya sehingga 31 Disember 2020. Tawaran ini hanya boleh didapati di pusat jualan Perodua KL yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Sila kunjungi www.perodua.com.my, hubungi atau kunjungi pusat-pusat jualan kami
untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini Perodua.

Proton Kekalkan Momentum Jualan Didorong Tempahan Model X50

Jualan sebanyak 11,392 unit pada bulan Oktober bersamaan dengan penambahan sebanyak 20% berbanding dengan bulan sama pada 2019

Syarikat automotif nasional, Proton, meningkatkan momentum jualannya, sekaligus memulakan suku terakhir tahun ini dengan cemerlang.

Jumlah jualan bertambah untuk bulan kelima berturut-turut. Dengan jualan 11,392 unit (pasaran tempatan dan eksport), jumlah keseluruhan bulan Oktober telah bertambah sebanyak 20% berbanding dengan bulan yang sama pada 2019, tetapi turun 4.6%
berbanding dengan bulan September.

Sebanyak 84,999 unit telah dijual secara keseluruhan bagi tahun 2020, penambahan sebanyak 6.2% berbanding tahun lepas, pegangan pasaran dianggarkan mencapai 21.3%.

Walaupun jualan pada bulan Oktober menurun berbanding dengan bulan lepas, tiga model Proton masih lagi mendahului segmen mereka. Proton Persona, yang menghadapi sebilangan pesaing baru pada tahun 2020, tetap mendahului pasaran sedan segmen-B dengan 2,360 unit manakala Proton X70 pula telah mencapai 2,216 unit untuk kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia.

Proton Exora juga kekal di hadapan pasaran MPV segmen-C, membuktikan pasaran untuk kenderaan besar yang mempunyai tujuh tempat duduk masih wujud walaupun jualan SUV semakin menambah.

“Penambahan kadar pelancaran model baru dan jumlah jualan bulan Oktober adalah antara tanda pemulihan pasaran automotif Malaysia. Kami menganggarkan Jumlah Pengeluaran Keseluruhan Industri (TIV) bulan ini akan melebihi 57,000 unit, jumlah kedua tertinggi bagi tahun 2020 dan ini bukti ketara pemulihan industri.

Roslan Abdullah

“Proton amat bersyukur kerana jualan bulanan bertambah berbanding dengan tahun lepas dan penambahan pula amat stabil, tetapi kami yakin boleh mencapai pretasi yang lebih tinggi.”

“Kajian terhadap prestasi jualan secara terperinci menunjukkan jualan telah menurun secara mendadak di Malaysia Timur manakala di Wilayah Tengah pula tiada penambahan berbanding dengan bulan September.

“Ini dipercayai disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang telah mengurangkan pergerakan penduduk dan memberi kesan kepada jualan, tetapi mungkin juga kerana pelanggan menanti-nantikan pelancaran Proton X50, model Proton terbaru.

“Apa jua sebabnya, PROTON berasa yakin akan dapat mengakhiri tahun ini dengan pencapaian yang cemerlang supaya boleh mencapai matlamat yang lebih tinggi pada tahun 2021,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton EDAR.

Proton X50, yang telah dilancarkan pada 27 Oktober, menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari pembeli di Malaysia. Sebanyak 27,400 tempahan telah diterima setakat akhir bulan lepas dan pada masa yang sama, penghantaran kenderaan sebanyak 447 unit telah selamat dihantar ke pembeli.

AirAsia.com Lancar AirAsia Health, Platform Digital Untuk Perkhidmatan Perubatan

Asean super app, airasia.com melancarkan airasia Health, sebuah platform digital pertama di Asean untuk perkhidmatan perubatan secara menyeluruh.

Sebagai permulaan, airasia Health menawarkan tempahan untuk ujian RT-PCR Covid-19 bermula daripada RM260, yang disediakan oleh rakan perubatannya Lifecare Diagnostic Medical Centre dan Sunway Medical Centre. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari airasia.com/health.

airasia Health turut bekerjasama dengan penyedia perubatan dan hospital terkemuka, serta menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti perundingan profesional, rawatan tempahan seperti pemeriksaan kesihatan, estetika, pemeriksaan kesejahteraan dan kesuburan, termasuklah perkhidmatan logistik merangkumi penerbangan, penginapan, perkhidmatan sokongan visa perubatan dan peneman pesakit, semuanya dalam satu platform.

Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: “Penjagaan kesihatan merupakan aspek penting untuk semua dan kami ingin membantu memudahkannya.

Daripada rundingan awal hingga perkhidmatan pasca-rawatan, kami berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan yang lancar untuk semua melalui platform airasia Health.

Bukan itu sahaja, airasia Health juga menawarkan perkhidmatan perjalanan yang disokong oleh  ekosistem airasia.com merangkumi perkhidmatan logistik perjalanan seperti pilihan penerbangan, penginapan dan mobiliti, seterusnya memudahkan perjalanan pelancong perubatan.”

Untuk senarai lengkap rawatan dan perkhidmatan yang terdapat di airasia Health, layari airasia.com/health. Senarai rakan perubatan airasia Health termasuklah Alpha IVF & Women’s Specialists, Beverly Wilshire Medical Centre, Sunway Medical Centre, Genesis IVF & Women’s Specialist Centre, Sunway TCM Centre, Pure Touch Clinic dan banyak lagi.

Selain itu, airasia Health disokong oleh panel penasihat pakar industri seperti Datuk Dr Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM); Dato’ Dr Colin Lee, Pakar Perunding serta Pakar Ginekologi dan Kesuburan, dan ramai lagi.

Toyota Yaris Tampil Dengan Gaya Baharu, Lebih Sporty, Dinamik

Tempahan dibuka hari ini secara atas talian dan di semua bilik pameran sah Toyota seluruh negara

Dengan penampilan lebih segar, ciri keselamatan dipertingkat serta capaian sambungan dan keselesaan yang lebih tinggi, Toyota Yaris terbaru mempamerkan kemaskini rekaan yang lebih ketara untuk memperkukuhkan kedudukannya — kini lebih sporty, dinamik dan berkarisma.

Mempertemukan kecanggihan dengan gaya ranggi muda-mudi, Yaris menerima beberapa pembaharuan bagi meningkatkan lagi imejnya dengan bahagian depan yang direka semula bagi memberikan penampilan yang makin agresif.

Perbezaan ketara boleh dilihat pada rekaan bampar depan serba baru, yang kini turut hadir dengan aerokit serta gril depan berbeza, dan tidak lupa kehadiran lampu utama “triple bezel” LED sepenuhnya dengan lampu Daytime Running Lights (DRL), rekaan yang kini lebih menonjol.

Sentuhan yang sama dapat dilihat pada model lain Toyota, seperti Corolla serba baru dan Camry.

Sebagai tambahan, lampu utama “triple bezel” berkenaan turut dilengkapi dengan fungsi “follow-me- home” untuk keselamatan dan kemudahan pengguna. Yaris terbaru ini akan ditawarkan dalam tiga tingkat varian bermula dengan yang paling asas; J, E dan G.

“Yaris yang diperbaharui ini dibina untuk melangkaui standard sedia ada,” tegas Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran K.

“Model yang sudah sedia menarik ini diberikan sentuhan baru untuk tampil lebih dinamik dengan karisma personaliti tersendiri. Ini merupakan cerminan kepada kesungguhan Toyota di peringkat global dalam mengatur langkah ke hadapan.

“Kami akan terus menawarkan kenderaan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan termaju, kepercayaan yang tidak berbelah bagi, berprestasi dan juga selesa kepada pelanggan menerusi barisan produk yang ada.

“Apa yang lebih penting ialah semua model ini perlu memiliki penampilan yang kuat dan tersendiri, serta memberikan pengalaman pemanduan yang diyakini,” katanya.

Yaris mula diperkenalkan sebagai model CKD pada April 2019 dan sejak itu telah menjadi pilihan No. 1 bagi kenderaan hatchback segmen Bukan Nasional sehingga kini.

Dengan penambahbaikan terbaru ini yang melibatkan aspek rekaan dan kelengkapan, UMW Toyota yakin ia akan kekal menjadi pelopor dalam segmennya.

Dengan faktor keselamatan yang sentiasa menjadi keutamaan bagi Toyota, model seperti Yaris juga dilengkapi dengan ciri-ciri Toyota Safety Sense (TSS). Yaris terbaru ini turut hadir dengan pelbagai ciri keselamatan tambahan, termasuk sistem pra-perlanggaran (PCS) yang membolehkan sistem kamera dan radar bersepadunya membantu mengurangkan risiko perlanggaran dengan kereta di depan.

Sistem yang aktif dalam kelajuan bermula 15 km/j ini akan memaklumkan pemandu sekiranya ia mengesan kenderaan lain dalam jarak perlanggaran dan akan membantu memperlahankan kenderaan sebagai sokongan tambahan.

Amaran penukaran lorong (LDA) pula menghindarkan kenderaan daripada menukar lorong secara tidak sengaja melalui peringatan melalui paparan pelbagai-info dan juga dalam bentuk bunyian.

Ciri berkenaan berfungsi dalam kelajuan 50 km/j ke atas dan boleh dinyah-aktif jika diinginkan. Selain itu, peninjau pandangan panoramik 360-darjah 3D pula memberikan penglihatan sekeliling kenderaan kepada pemandu untuk memudahkan lagi pemerhatian.

Ciri-ciri ini menjadi pelengkap kepada sistem keselamatan sedia ada pada Yaris sebelum ini, termasuk kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan bantuan mula mendaki (HAC), tinjauan titik buta dengan amaran lintasan trafik di belakang (RCTA), sistem brek anti-kunci (ABS), agihan daya brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA) serta perakam video digital di depan dan juga belakang (DVR).

Sebagai tambahan kepada aspek keselesaan pengguna serta capaian sambungan yang lebih mudah, Yaris terbaru ini dipasangkan dengan skrin tujuh-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sistem telematik kenderaan juga didatangkan secara standard (bagi varian G & E) sebagai sebahagian langkah lanjutan syarikat terhadap capaian sambungan di bawah jenama 360-T.

Platinum White Pearl menjadi warna baru yang ditawarkan untuk Yaris. Pelanggan bagaimanapun masih boleh memilih dua warna sedia ada , Red Mica Metallic dan Silver Metallic.

Bagi yang berminat, Yaris mula dibuka untuk tempahan hari ini di semua bilik pameran sah Toyota seluruh negara, dengan jaminan komprehensif lima-tahun tanpa had perbatuan.

Harga jualannya akan diumumkan tidak lama lagi dan pelanggan akan terus dapat menikmati pengecualian cukai jualan bagi kenderaan CKD yang sedang berlangsung ketika ini. Pelanggan juga boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi laman web rasmi UMW Toyota bermula 2 November 2020.

Untuk maklumat lanjut berkaitan model Yaris terbaru ini, layari toyota.com.my.

Post Menarik