Utama Blog Halaman 739

Wanita Dalam Dunia Kerjaya Lelaki

Apabila kita bercakap tentang profesion juruteknik dalam industri penerbangan tentu sekali perkara pertama yang kita fikirkan ia satu kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki.

Bagaimanapun, berbeza dengan dua anak muda ini, Wafa Suhailah Husin dan Nur Zaedah Johari yang melihat kerjaya ini daripada perspektif berbeza yang menawarkan satu bentuk profesion yang lebih spesifik atau menyumbang kepada sektor ekonomi.

Kerjaya kedua-dua gadis ini seolah-olah bertentangan dengan norma dan berjaya membuktikan bakat mereka menerusi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh tidak disia-siakan begitu sahaja.

Mereka mampu mencapai kedudukan yang tinggi dan memperoleh pendapatan yang lebih baik dalam profesion atau sektor yang diceburi yang sebelum ini dikuasai oleh golongan lelaki.

Wafa Suhailah Husin

Gadis kelahiran Sungai Buloh, Selangor berusia 24 tahun ini pernah membantu neneknya menjual nasi lemak dan lauk tengahari di gerai ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan latar belakang keluarganya yang susah.

Bapanya, Husin Harun, 51, yang pernah bekerja sebagai pemandu bas manakala ibunya, Salmiah Mohd Firdaus, 51, merupakan surirumah sepenuh masa. Dua adiknya yang masing-masing berusia 22 dan 14 tahun pula masih lagi belajar.

Sebagai anak kedua daripada tiga beradik, Wafa Suhailah Husin bertekad untuk mengubah nasib keluarga dengan mengambil keputusan memohon program Peneraju Skil Juruteknik Pesawat Berlesen yang ditawarkan oleh Yayasan Pendidikan Peneraju Bumiputera (Yayasan Peneraju) selepas memperoleh keputusan SPM yang memberangsangkan.

Wafa tidak menoleh ke belakang setelah melihat penawaran program pembiayaan berkenaan di laman sesawang Yayasan Peneraju dan menyahut cabaran menceburi bidang ini yang sering didominasikan oleh golongan lelaki.

“Keluarga saya bergelut dengan masalah kewangan selepas saya tamat pengajian Tingkatan 5 dan pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran ketika itu juga terhad.

“Maka, saya amat bersyukur kerana diberi peluang menyertai program ini kerana ia membantu saya belajar tanpa perlu memikirkan mengenai kos pembelajaran seperti membayar tuisyen dan yuran peperiksaan.

“Bagi saya, program selama 3 tahun ini berjaya mencapai sasaran untuk mewujudkan jalan ‘paling singkat’ ke arah kerjaya dan indusri berpendapatan tinggi. Selain daripada pembiayaan, program ini turut membantu menyediakan penempatan pekerjaan selepas pelatih tamat program, tertakluk kepada prestasi pelatih sepanjang pengajian.

“Saya merasakan ia satu takdir apabila melayari laman sesawang Yayasan Peneraju ketika itu yang menawarkan pelbagai program pembiayaan. Alhamdulillah, selepas sebulan permohonan dibuat, saya telah mendapat panggilan temuduga daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan kemudiannya diterima masuk,” katanya.

Wafa (dua dari kanan berdiri)

Segala usaha dan cabaran yang dilalui Wafa sepanjang tempoh program membuahkan hasil apabila beliau telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai juruteknik oleh MAB pada September 2017 sejurus menamatkan program pada tahun yang sama.

Mengimbau sejarah pembabitannya sejak memulakan kerjaya dalam bidang penerbangan,
beliau memulakan kerjaya sebagai juruteknik penyelenggaraan kabin dalaman di Hangar 6,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan gaji asas RM1,800 (tidak termasuk elaun dan kerja lebih masa) dan kemudian dinaikkan pangkat kepada Juruteknik Pesawat Berlesen bagi pesawat jenis Boeing 737-800 dengan gaji asas RM2,000.

Perjalanan kerjaya Wafa semakin berkembang apabila beliau diberi kepercayaan untuk membantu kerja-kerja memeriksa pesawat sebelum penerbangan pada tahun 2019.

Wafa (duduk dua dari kanan)

Beliau seterusnya menduduki ujian lisan bagi pemeriksaan pesawat Airbus A350-900 dan lulus, membuatkan beliau berjaya mencapai gaji sasaran yang ditetapkan oleh Yayasan Peneraju iaitu RM3,800 termasuk kerja lebih masa.

Sepanjang lebih 3 tahun berkhidmat bersama MAB, Wafa telah berjaya mengumpul
pelbagai pengalaman baharu dan berpeluang menimba pengalaman dan menjelajah ke luar negara seperti di Filipina, India, Sri Lanka, Indonesia dan Australia.

Beliau yang kini memegang jawatan sebagai Licensed Aircraft Certifier amat berbesar hati kerana dapat berkhidmat dengan syarikat penerbangan kebangsaan.

Secara amnya, seorang Licensed Aircraft Certifier boleh memeriksa satu jenis pesawat (1 type rating) sahaja akan tetapi, Wafa memiliki kelulusan untuk memeriksa lima jenis pesawat (5 type rating) iaitu Boeing 737-800, Airbus A350, Airbus A330-200, Airbus A330-200F dan Airbus A330-300.

Wafa (kanan sekali)

Mendapat gelaran ‘flying technician’, Wafa mengakui dia tidak pernah mengimpikan untuk menaiki pesawat di bawah pemeriksaannya.

Beliau juga berasa sangat bersyukur kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan dan dapat membantu keluarganya dan pada masa sama mencapai cita-cita yang diimpikan meskipun terpaksa mengharungi kejatuhan industri pelancongan dan penerbangan akibat pandemik COVID-19.

Terbaru, beliau ditempatkan di bangunan Satelit, KLIA bagi mengendalikan operasi kargo dan pesawat badan lebar yang kini mendapat permintaan tinggi disebabkan pandemik COVID-19.

Nur Zaedah Johari

Dilahirkan pada 18 Ogos 1992 di Kuala Lumpur, beliau merupakan anak sulung kepada pasangan Johari Itam dan Farizah Ahmad dan kakak yang tegas kepada 2 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki iaitu Nur Hafizah (27), Muhd Hafiz Mansur (24), Nur Faezah (21), dan Muhd Fadzli (15).

Nur Zaedah dibesarkan di Kampung Sungai Tua Bharu, Batu Caves, Selangor dalam suasana yang penuh kasih sayang dan keluarga yang mementingkan pendidikan agama.

Ayah dan ibu beliau yang masing-masing berkhidmat di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Bank Negara Malaysia sentiasa menjadi inspirasi dan tunggak kejayaan beliau.

Nur Saedah (kanan sekali)

Sikap, dedikasi dan komited mereka dalam dunia pekerjaan menjadi satu contoh dan rujukan serta pada masa yang sama menyuntik semangat beliau untuk menjadi seorang insan yang proaktif dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.

Nur Zaedah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains Fizik Gunaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2014.

Berbekalkan minat yang mendalam terhadap industri penerbangan, beliau memulakan langkah dengan menyertai program Peneraju Profesional Jurutera Pesawat Berlesen di mana beliau dilatih oleh syarikat penerbangan kebangsaan di Malaysia, Malaysia Airline Berhad (MAB).

Program latihan di Jabatan Latihan Kejuruteraan (Engineering Training Department) bertempat di Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama 5 tahun telah mendidik beliau menjadi seorang individu yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Berkat dorongan keluarga tercinta, beliau berjaya menamatkan program dan menjadi pelatih pertama di bawah tajaan Yayasan Peneraju yang memperoleh lesen Jurutera Penyelenggaraan Pesawat (DCAM Part 66) Kategori B2 (Avionics) pada Januari 2019.

Beliau juga muncul sebagai salah seorang pelatih terbaik dari kalangan pelatih Yayasan Peneraju untuk program ini dengan mendapat kelulusan cemerlang dalam semua peperiksaan yang didudukinya dengan sekali percubaan sahaja.

Tanggal Mac 2019, bermulalah perjalanan kerjaya beliau sebagai kakitangan Jurutera
Penyelenggaraan Pesawat di bahagian Operasi, Engineering and Maintenance Department KLIA sehingga kini.

Kepakaran beliau sebagai pemilik lesen B2 (Avionics) lebih tertumpu kepada sistem
Elektrikal, Instrumentasi, dan Radio.

Dengan gaji permulaan sebanyak RM1,800 (tidak termasuk elaun dan bayaran lebih masa), beliau membuka langkah menempuhi alam pekerjaan di dalam bidang yang diminatinya ini.

Sepanjang hampir 2 tahun bekerja, beliau telah berpeluang mendapatkan pengalaman dan bekerja bersama pelbagai kumpulan jurutera dan juruteknik untuk jenis pesawat lain yang dimiliki oleh MAB seperti model Airbus A330, A350, serta A380.

Sejak berkhidmat dari Mac 2019, beliau pernah berjaya mengumpulkan gaji kasar teringgi lebih daripada RM4,800 termasuk elaun dan gaji lebih masa.

Meskipun pendapatan beliau sedikit terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19, beliau berasa amat bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk berkhidmat di dalam bidang yang diminatinya ini.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak Yayasan Peneraju atas peluang yang diberikan.
“Sepanjang program untuk mendapatkan lesen Jurutera Penyelenggaraan Pesawat, hasil kerjasama antara Yayasan Peneraju dan MAB yang ditawarkan kepada saya banyak memberi kemudahan kepada saya dari pelbagai sudut, teori serta praktikal. Saya berjaya mendapatkan lesen saya dalam masa yang diberikan.

Secara tidak langsung saya dapat mengukuhkan kemahiran ‘hands on’ dan cara menyelesaikan masalah berkaitan penyelenggaraan pesawat.

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur dapat menjadi salah seorang penerima faedah Yayasan Peneraju. Pertolongan ini sedikit sebanyak membantu keluarga saya daripada segi kewangan dan meringankan beban keluarga saya untuk menampung perbelanjaan adik-beradik saya yang lain.”

AirAsia,Tourism Malaysia Bekerjasama Tawar E-baucar Cuti-Cuti Malaysia Bernilai RM50 Untuk Pacu Pelancongan Domestik

AirAsia memuji langkah proaktif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam mengumumkan Pakej Rangsangan dan Pelan Pemulihan terperinci untuk menghidupkan kembali ekonomi negara melalui pelancongan domestik, yang melibatkan kempen Cuti-Cuti Malaysia dengan kerjasama pemain industri pelancongan.

Sebagai salah satu syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam pelan ini, AirAsia akan menawarkan e-baucar bernilai RM50 kepada 24,000 pelancong domestik yang dijangka memacu pelancongan domestik dan membantu menjana pendapatan perniagaan berkaitan dengan pelancongan seperti hotel, restoran, pengendali pelancongan dan banyak lagi.

Riad

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, E-baucar tersebut boleh ditebus di laman web kami, airasia.com tidak lama lagi.

Ikuti kami di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia) untuk maklumat terkini.

MOTAC Gerak Pelan Pemulihan Bangunkan Semula Industri Pelancongan Negara

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan perincian pelan pemulihan pelancongan bagi merancakkan semula ekonomi negara melalui sektor pelancongan yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, bahawa MOTAC melalui agensinya, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan menggerakkan pelan pemulihan pelancongan tersebut melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dengan melibatkan kerjasama penggiat-penggiat industri pelancongan negara.

Tiga teras utama pelan pemulihan yang telah digariskan di bawah strategi pemulihan tersebut dijangka akan menyemarakkan semula pelancongan domestik:

1. Mengembalikan Keyakinan untuk Melancong

2. Menyemarakkan Pelancongan Domestik

3. Memaksimumkan Sumber Sedia Ada

Program yang telah dikenalpasti untuk menggerakkan industri pelancongan tempatan adalah dengan melibatkan kerjasama dengan semua pemain industri seperti syarikat penerbangan, pengangkutan dan badan bukan kerajaan dalam industri pelancongan seperti Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet (MyBHA).

Sehubungan dengan itu, beberapa program yang telah sedia untuk digerakkan adalah seperti berikut:

a) Kerjasama TM, MAH dan e-market platform untuk mempromosikan pakej-pakej penginapan bagi menggalakkan pelancongan domestik dan membantu hotel-hotel di bandar yang terkesan teruk akibat penularan Covid-19;

b) Tourism Malaysia akan menjalin kerjasama dengan penggiat industri melalui segmen perkhidmatan, pengangkutan dan syarikat swasta iaitu Prasarana bagi menggalakkan pergerakan inter dan intra di kalangan pelancong domestik dan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam; dan

c) Kerjasama dengan MyBHA bagi hotel bajet (3 bintang ke bawah) yang terpilih dan aktif mengikut negeri dan keutamaan akan diberikan kepada ahli yang berdaftar dengan MOTAC melalui kempen ‘Jom Nginap’ dan ‘Malaysia Welcomes You’.

d) Kempen ‘Cuti-Cuti Malaysia’ dengan kerjasama syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB), Firefly, Air Asia dan Malindo Air bagi meningkatkan kesalinghubungan ke lokasi percutian di dalam negara untuk merangsang pelancongan domestik;

e) Diskaun Pembelian Produk Kraf di Outlet Karyaneka untuk menggalakkan penjualan kraftangan Malaysia.

Mekanisme yang dicadangkan merupakan pemberian baucar/diskaun/rebat tunai yang akan memberi manfaat secara terus kepada rakyat Malaysia.

Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Kerajaan bagi meningkatkan penggunaan teknologi digital di kalangan rakyat melalui pembelian/tempahan atas talian, penggunaan aplikasi mobil dan penebusan e-baucar tunai.

“MOTAC menyambut baik keputusan keputusan kerajaan yang telah membenarkan gelembung perjalanan domestik antara zon-zon hijau di Malaysia. Oleh itu, kami berharap rakyat akan mengambil peluang untuk melancong dengan selamat dan sentiasa mematuhi SOP di dalam norma baharu sepanjang perjalanan,” katanya.

Beliau juga menyeru pemain industri pelancongan supaya sentiasa menampilkan tawaran-tawaran pakej menarik di samping menjaga SOP dengan norma baharu bagi memastikan kelestarian ekonomi pelancongan yang merupakan salah satu penyumbang besar ekonomi negara.

Program serta inisiatif yang telah dirangka diharap dapat membantu menaikkan semula sektor pelancongan domestik dengan kerjasama dari setiap pihak industri pelancongan tempatan ke arah pemulihan dan kemajuan ekonomi negara.

Kempen Taksir Dan Bayar Zakat Perniagaan 1 November 2020 – 31 Mac 2021

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada semua pihak. Banyak perniagaan yang terpaksa dihentikan akibat jualan yang semakin merosot. Namun begitu, masih ada perniagaan yang tidak terjejas dan kukuh meneruskan perniagaan seperti biasa.

Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Kempen Taksir dan Bayar Zakat Perniagaan bagi menggalakkan lebih ramai usahawan PKS menunaikan zakat perniagaan mereka di samping membantu asnaf yang semakin ramai akibat pandemik COVID-19.

Kempen ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula November 2020 hingga 31 Mac 2021 dan ianya terbuka kepada usahawan yang ingin menunaikan zakat perniagaan atas nama syarikat dengan bayaran minimum sebanyak RM5,000. Bagi pembayar zakat perniagaan sedia ada, jumlah kenaikan bayaran zakat haruslah melebihi daripada jumlah bayaran yang terdahulu.

Untuk makluman, pembayar yang menunaikan zakat perniagaan layak untuk mendapat Wakalah atau Dasar Pengembalian Semula untuk diagihkan sendiri kepada asnaf. Pembayaran zakat perniagaan melebihi RM10,000 akan mendapat pulangan semula sebanyak 37.5% manakala bayaran melebihi RM1 juta pula akan mendapat pulangan semula sebanyak 50%.

Sebagai tanda penghargaan, setiap syarikat yang menunaikan zakat perniagaan akan menerima Sijil Pengiktirafan Pembayar Zakat dan Logo Pembayar Zakat Perniagaan.

Ianya dilihat sebagai pelengkap kepada sijil halal dan ianya boleh diguna pakai pada produk-produk keluaran syarikat. Secara tidak langsung ia juga memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih produk dari syarikat yang telah menjalankan tanggungjawab berzakat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, kempen ini adalah salah satu usaha PPZ-MAIWP bagi meningkatkan kutipan zakat supaya ianya cukup untuk terus membantu asnaf yang semakin ramai kini.

“Situasi COVID-19 telah menjejaskan mata pencarian segelintir daripada kita, oleh itu saya menyeru kepada semua syarikat sama ada besar ataupun kecil untuk menunaikan zakat perniagaan di PPZ-MAIWP agar dapat membantu dan memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan” katanya.

Pembayar yang menunaikan zakat perniagaan dalam tempoh kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti:

  • 4x Komputer Riba
    ●  6x Tablet
    ●  4x Coffee Maker

Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan dan akan diumumkan pada April 2021.

Cara penyertaan:

  •  Tunaikan zakat perniagaan melalui pilihan saluran pembayaran PPZ-MAIWP.
    ●   Imbas QR Code atau layari https://zakat-perniagaan.zakat.com.my/
    ●   Taksir Zakat
    ●   Wakil pegawai PPZ-MAIWP akan menghubungi dan membantu pembayar untuk proses seterusnya.
    ●   Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-300-88-5757

4 Latest Features In PUBG Mobile Version 1.1

Lightweight Installation, Server Restriction, Metro Royale and Weapon adjustment

Starting on 11 November 2020, the fans and the PUBG Mobile community around the world, including Malaysia, have been able to enjoy the updates of PUBG Mobile version 1.1.

Aside from collaborating with Metro Exodus, the PUBG Mobile version 1.1 update also offers a variety of new features that are ready to provide a more optimal gaming experience, starting from the Lightweight Installation feature, restrictions on switching servers and personal adjustments on various weapons.

This version 1.1 update is already available online and can be downloaded for free on the Google Play Store or the official PUBG Mobile website.

The PUBG Mobile 1.1 update is PUBG Mobile’s answer to the fans and PUBG Mobile community around the world, who have participated in the PUBG Mobile survey program and provided their opinion, in order to create a healthier competitive climate while still providing an intense classic PUBG Mobile experience smoothly, lightly and with anti-lag.

Here are some of the new features that are brought in with the PUBG Mobile Update version 1.1:

Lightweight installation

In this latest version, PUBG Mobile is more practical with 70% smaller file size on Android
phones. This gives choices for Android cellphone users who have a limited storage space, to
choose what content to install according to their needs.

By taking advantage of the new resource technology, the downloaded file size will be drastically reduced to 610 MB, from previously over 1.8 GB. When starting the game, players are free to choose to download 2 resource packages, namely low specifications and HD specifications.

Even though the resource pack is made with a smaller file size, PUBG Mobile still maintains the high quality of the games it has and can be played smoothly.

If the player chooses the wrong option when playing, they can add or delete files that are no longer needed in the settings menu. With the Lightweight Installation feature, players will feel a 10% lag reduction when starting a battle.

Server Restriction

In order to provide a smoother, more stable playing experience, and understand many requests from the PUBG Mobile community who want servers to be separated, in this 16th season, PUBG Mobile decided to limit the ability to switch servers at will.

When the season starts, players must select and confirm in advance which server they want to use. Players who have confirmed the selected server will not be able to change the server for the next 60 days.

This limitation of switching servers at will is done solely to maintain a stable environment between regional servers and provide major changes to the PUBG Mobile environment, such as improvements on server latency problems and also to make it easier for players to interact socially and find new friends in the same language and region.

Metro Royale

In the version 1.1 update, PUBG Mobile introduces its latest mode, PUBG Mobile Metro Royale. In this mode, a player will experience an intense underground battle against bandits to ferocious mutants hiding in the shadows of darkness.

To support intense combat, PUBG MOBILE has added a variety of tactical equipment in this mode, ranging from thermal sights that can track body heat, Night Vision Scope & Goggles to target enemies in the dark and a diverse range of armor attachments that can further customize the abilities of armors.

Other new additions to the armory include grenade attachments for weapons, heavy armor, and the unique silent air rifle – Tikhar Rifle.

Weapon Adjustment

The adjustment of grenades and explosive weapons also occurs in this PUBG Mobile version
1.1 update, which makes the explosive effect of grenades and bombs even more exciting and more realistic.

Adjustments took place on Frag Grenades, Stun Grenades, Smoke Grenades and Molotov Cocktails.

For frag grenades, there is 20% reduction in damage but the explosion effect is increased. As for the stun grenades, the effect will only occurs after 0.7 seconds from touching the ground, there is an increase in the throwing distance, which was only able to reach 5 meters, but has now been changed to a further distance 6.5 meters.

The changes that happen in smoke grenades are in the effectiveness of time, where the new smoke grenade takes effect 1 second after it hits the ground and reduces the visibility of the player’s FPP after being hit by the explosion. Lastly is the Molotov cocktail, where the throw distance is increased by 20% and the damage area is increased by 10%.

“In the PUBG Mobile version 1.1 update, we aim to provide the best gaming experience to
players. Lightweight installation is our way to answer the fans and the PUBG Mobile community demand and wishes, which can save memory capacity by up to 70%.

“Our commitment is to deliver high quality and smooth gameplay, but with the same gaming experience,” said Jenny, PUBG MOBILE Marketing Manager.

Update PUBG MOBILE to the latest version and experience the new gaming experience. For
information about other updates, please visit social media of PUBG Mobile Malaysia on
Instagram @pubgmobilemyofficial, Facebook PUBG MOBILE, and Twitter@PUBGMOBILE_MY.

Etika Extends Support For Retired Army And Police Officers

Etika donates wheelchairs and refreshing products for families of retired army and police force as a gesture of goodwill and care.

Etika Sdn Bhd (Etika), is making a constant effort to offer care and support to various organisations and sections in society as we navigate through challenging times.

Presently, Etika has embarked on a mission to express heartfelt gratitude and showcase their support for retired army and police force from Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera (POLTERA), also known as the Ex-Police & Army Family Welfare Association.

One of the initiatives undertaken by Etika to honour our reputable army and police force included the donation of five units of wheelchair and wide range of refreshing mixed beverages to the association.

Etika has been actively involved in showcasing their gratitude to fellow Malaysians, their
loyal customers, supporting local businesses and motivating frontliners since the very
beginning of the pandemic.

Through Etika Cares, one of the country’s leading beverage manufacturers has been undertaking several initiatives to keep the morale up and support local communities in any way they can.

For their latest initiative, Etika turned to recognise the hard work and contributions of the
retired army and police in protecting our lives, maintaining order and keeping the country
safe, through years of sacrifice and dedication.

“We cannot ignore the role that our army and police force have played in upholding peace
and security in the country, and their contributions in building Malaysia into the prosperous
country we see today.

“This is our humble effort to sing praise for the work of our unsung heroes and their brave acts of valour. We hope that this gesture gives them comfort and adds a sparkle of joy to their day,” said Yee Pek Kuan, Vice President of Marketing at Etika.

“Simple acts of kindness, no matter how small they are, would mean the world to the ones
in need around us. As we pass through these challenging times, we encourage Malaysians to partake acts of goodness and do their bit to rebuild those impacted by these challenging
times,” added Pek Kuan.

Airasia.com Bekerjasama Dengan Turkish Airlines Untuk Penerbangan Antarabangsa

Airasia.com Asean super app mengumumkan kerjasama dengan Turkish Airlines untuk penerbangan antarabangsa akan datang dalam usaha mengembangkan tawarannya sebagai aplikasi perjalanan dan gaya hidup sehenti.

Kerjasama tersebut membolehkan airasia.com meningkatkan jaringan penerbangan pan-Asia dengan memanfaatkan destinasi komprehensif Turkish Airlines, yang mempunyai jaringan terbesar di dunia dari segi negara dan titik penerbangan antarabangsa oleh syarikat penerbangan global.

Tony Fernandes

Dengan teknologi bersepadu, airasia.com kini dapat menggabungkan inventori penerbangan Turkish Airlines dan penerbangan AirAsia serta menawarkan diskaun hebat.

Kerjasama ini diharapkan dapat menghasilkan sinergi antara kedua-dua belah pihak melalui promosi destinasi bersama dan bersedia secara proaktif untuk memanfaatkan pembukaan sekatan perjalanan antarabangsa akan datang.

Tidak lama lagi, para pelancong boleh melakukan perjalanan antarabangsa dengan penerbangan Turkish Airlines sambil menikmati kemudahan dan nilai hebat yang ditawarkan di seluruh ekosistem airasia.com, seperti penerbangan, hotel dan aktiviti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “airasia.com Asean super app bertujuan untuk menghubungkan para tetamu ke destinasi mereka dan kini kami dapat menghubungkan Asean ke serata dunia.

“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan Turkish Airlines dan peluang untuk mempromosikan Turki sebagai pintu masuk utama ke Eropah, yang dijangka mendapat sambutan apabila sempadan dibuka secara beransur-ansur pada tahun depan.

Sementara itu, airasia.com yang menawarkan produk perjalanan dan gaya hidup komprehensif adalah sebuah platform terbaik untuk mempromosikan tawaran pelancongan oleh Turki dan pasaran Eropah.

“Kami akan terus bekerjasama secara kreatif dengan pemain industri lain untuk menggalakkan permintaan perjalanan dan melengkapkan tawaran produk kami untuk keperluan perjalanan dan gaya hidup dalam satu platform.”

Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Airlines, Bilal Ekşi berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan airasia.com yang menawarkan pelbagai kelebihan kepada kami di masa hadapan.

“Kerjasama ini membuatkan kami tidak sabar untuk menyambut para penumpang bagi merasai pengalaman penerbangan yang lancar bersama Turkish Airlines.”

Mitsubishi Motors Commence Delivery Of New XPANDER

Display and Test Drive Vehicles Now Available at Showrooms Nationwide

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, announced the commencement of new XPANDER delivery for customers who have booked the new XPANDER earlier.

The new XPANDER is now available for viewing and test drive at all Mitsubishi Motors showrooms nationwide.

“Mitsubishi Motors is very excited to deliver the Malaysian made new XPANDER to some early bird customers.

The XPANDER has already attracted a strong following here and wherever it is sold in ASEAN. With its combination of style, practicality and competitive pricing, we believe the XPANDER will play an increasingly important role in growing our sales,” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of MMM.

He added, “We would like to thank our customers for the tremendous support. Due to the
overwhelming response, the total amount of bookings which MMM received has exceeded the total production capacity until December 2020.

Customers who book the new XPANDER moving forward will be taking the Year Make 2021 vehicles, which will be subjected to sales tax.”

The estimated prices for the new XPANDER when the 2020 sales tax exemption expires will be the following:

Being At The Top Of Your Game – Samsung Latest And Most Innovative Monitors, TV

Samsung QLED 8K TV

Video gaming has emerged as one of the hottest pastimes during a period where many of us are spending more time at home. What’s interesting is that many people have also become casual gamers for the first time in their lives.

Whether new or seasoned, video gamers are always chasing after higher scores, completing new challenges while optimising their game experiences. To become a better gamer, it is not just about practice and patience, but also the best gears to create a smoother gaming experience.

Odyssey G9

For PC gamers, having a PC with the best graphics card and fast processing speeds is a no brainer. For console gamers, it is about optimising the performance of your console, or even investing in the latest consoles.

What can give consummate gamers across different platforms the extra edge is having a monitor and TV that are purpose-built for gaming. These displays usually come with high refresh rates and super-fast response times.

Simply put, you will be faster and more responsive during player-vs-player game modes or first-person shooters 1 , or be mesmerised in beautifully crafted virtual worlds.

Here are two displays from Samsung to put you at the top of your game: Dominate with Lightning-Quick Responses and Eagle Eye Acuity.

The Samsung Odyssey G9 is a marvel to look at, featuring a sleek, cutting-edge design that will not look out of place in any sci-fi movie. And it’s a beast when it comes to performance, harnessing all of its technical prowess and capabilities for a visually enthralling gaming experience.

Spotting targets in the dark or characters making sudden movements using the cover of shadows is unbelievably easy with the Odyssey G9, thanks to the Dual Quad High-Definition,120 x 1,440 resolution and VESA-certified HDR1000 screen.

It has a refresh rate of 240Hz, 1ms response time, supports NVIDIA G-SYNC® Compatibility and AMD FreeSync Premium Pro on DP1.4 to get the most out of graphically demanding gameplay found in racing or raid-based games.

Samsung Odyssey G9 curved 1000R

It is also the perfect monitor to use for first-person shooter games where split-second decision-making is imperative to your survival.

Size is also another key factor for gaming displays. This is especially so for open-world RPG gamers, where having that additional screen real estate allows you to fit more content on the screen, such as a larger map or having a better view of combat scenes.

This is where the Odyssey G9 stands out – its ultra-wide 49-inch screen completely envelops one’s field of vision. It is also the first monitor in market to feature a deep 1000R curvature (certified by TUV Rheinland 2 for eye comfort) that fills up users’ field of view whereby everything on-screen is equal distance from your eyes and refocusing your vision when panning from end-to-end requires little to no effort.

So instead of having to scroll across the screen when trying to find an item inventory during gameplay, it’s there in full view for you to see with the Odyssey G9.

Keeping Up with Next Generation Video Gaming Consoles

Avid console gamers eagerly waiting for the latest Xbox and PlayStation consoles to drop should also consider upgrading their TVs to maximise the immersive gaming experience these consoles can deliver.

The latest 2020 Samsung QLED 8K TVs are great, obvious choices for those seeking hyper-
realistic experiences, especially with Real Game Enhancer+ 3 feature, which reduces halo and blur in fast moving game scenes.

Boasting high-resolution visuals with a high 120Hz refresh rate coupled with Quantum Dot
Technology for 100% Real Colour, the Samsung QLED 8K TVs adds detail and realism to virtually any game.

These next-generation QLED TVs utilise AI technology to offer an adaptive screen experience that automatically adjusts brightness levels to deliver picture perfect definition with distinctive detail, making it easier to identify objects and enemies in dark scenes at any time of the day.

A game’s soundtrack can make or break a game, and horror games are the best genre to highlight it.

Samsung QLED 8K TVs

With the cinematic Object Tracking Sound + 5 (OTS+) feature, sounds travel dynamically as it follows an object’s movement around the screen, allowing you to react quicker and avoid being maimed by some unspeakable terror in-game.

Better Gaming and More

Gamers who are simply looking to elevate their gameplay can rely on having the correct hardware to help them achieve perfect kills. The only drawback to having screens as powerful as the Odyssey G9 and the QLED 8K TVs?

You can no longer blame your poor gaming performance on your monitors and TVs. If anything, just put down the keyboard or controller, kick back, and enjoy great streaming
content with these displays instead.

The New Acer Swift 3 X And Aspire 5 Arrive In Malaysia

Acer Swift 3X

New Acer Swift 3 X and Acer Aspire 5 have landed in Malaysia with the latest 11th gen Intel® CoreTM processors

The newly announced Acer Swift 3 X and the new Acer Aspire 5 have arrived in Malaysia less than a month after its unveiling at the next@acer global press conference on 21 October 2020.

Acer Aspire 5

Equipped with the latest Intel® CoreTM processors,the Swift 3 X and new Aspire 5 are ready to be the best companions for work and study.

Pushing the envelope of ultra-portable PC design, Acer Swift 3 X and Aspire 5 come with intuitive features, striking design aesthetics and the latest technology all in a thin and light package.

Both the Acer Swift 3 X and Aspire 5 are equipped 11thGen Intel® CoreTMprocessors and Intel®’s latest graphics solutions to enable users to complete tasks quicker with plenty of power to spare for creation-focused work or even the occasional game.

To further enhance users’ experience, both Swift 3 x and Aspire 5 come with a new device-lifting hinge design to create extra ventilation at certain angles, providing more airflow below the device and leading to betterthermal performance.

The multiple cooling modes accessible via the “Fn + F” shortcut allow users to adjust the mode to silent, normal or performance according to their requirements.

Acer Swift 3X

Acer Swift 3 X – Thin and Light Laptop for Creative Users

Designed with YouTubers, photographers in mind, Acer Swift 3 X packs enough performance into its 17.95mm, 1.37kg metal chassis to enable mobile creative users to work from anywhere.

Equipped Intel® Iris® X e MAX graphics optimized with 11th Gen Intel® CoreTM processors, Acer Swift 3 X offers uncompromised performance and mobility experience for mobile creative users.

Thanks to the Deep Link technology, CPU and GPU performance is boosted intelligently while supporting better AI-Enabled editing and hyper video encoding speeds.

The Acer Swift 3 X comes with up to 16GB onboard DPDDR4X RAM and 512GB superfast PCIe NVMe SSD to minimize loading time.Together with 2×2 MU-MIMO Wi-Fi 6 (802.11 AX) and Bluetooth 5.0, Acer Swift 3 X also comes with a plentiful array of ports such as HDMI 2.0, USB 3.2 Gen 1, USB Type-CTM that supports ThunderboltTM 4 for fast data transfer and power delivery.

Through the narrow bezel with 84% screen-to-body ratio, Acer Swift 3 X has a 14-inch FHD IPS display that covers 72% NTSC color gamut providing eye popping colors and details bringing images and video to life.

Acer ExaColorTM provides sRGB-like display quality while Acer Color IntelligenceTM dynamically adjusts gamma and saturation in real-time. Together, both visual features lessen eyestrain and improve color recreation.

Comparatively, the Acer Swift 3 X is equipped with a bigger fan that provides roughly 60% airflow improvement. Multiple cooling modes and dual D6 copper heat pipes maximize the cooling efficiency of the Acer Swift 3 X.

Acer Swift 3X

Its up to 17.5 hours1 of battery life can last the entire day and in cases of emergencies it can be fast charged to provide 4 hours of video playback with just a 30-minute charge2.

Pre-installed with Microsoft Office Home & Student 2019, the ultra-delish looking Steam Blue colored Acer Swift 3 X is available immediately at all Acer official online stores and all Acer authorized resellers nationwide.

The 11th Gen Intel® CoreTM i7 with 16GB LPDDR4X RAM and 512GB PCIe NVMe SSD is priced at RM4,599 while the 11th Gen Intel® CoreTM i5 with 8GB LPDDR4X RAM and 512GB PCIe NVMe SSD retails for just RM3,799.

1 Battery life varies depending on product configuration, power settings and usage, among other factors.
2 “Use” refers to video playback and “charge-time” refers to the laptop being switched off during charging.
3 With purchase of any select Acer 14-inch Swift models, T&C apply.

Acer Aspire 5 – Practical, Function-Driven and Powerful

With the latest 11th gen Intel® CoreTM processor and Intel® Iris® X e graphics or optional discrete NVIDIA® GeForce® MX350 graphics card, the brand-new design Aspire 5 allows users to breeze through multiple tasks simultaneously.

It comes with basic 4GB RAM with additional slots for future upgrades and is equipped 512GB superfast PCIe NVMe SSD with the HDD upgrade kit offered to users who need more storage.

Allowing users to choose the right size that fit their usage, Acer Aspire 5 comes in 14-inch and 15.6-inch FHD IPS display options, in a slim bezel design. Measuring as thin as 17.95mm, Acer Aspire 5 is light on the shoulders with its 1.45kg for the 14-inch model and 1.65kg for the 15.6-inch model.

Acer Aspire 5

In addition, the Aspire 5 is pre-installed with Microsoft Office Home & Student 2019 for immediate productivity. With the color options, Acer Aspire 5 allows customers get one that fit their personality.

Acer Aspire 5 is available immediately at all Acer official online stores and all Acer authorized resellers nationwide, priced from RM2,799.

Customers who purchase the Acer Swift 3 X or Acer Aspire 5 equipped with 11th Gen Intel® CoreTM processors before 31 December 2020 will be entitled to redeem free gifts, including up to RM100 worth of Touch ‘n Go eWallet credit and personalized premium laptop sleeves at https://www.a-redemption.com/.

In addition, every submission before 24 December 2020 will also entitle the customer to one entry to the Christmas rEunion Advent Calendar to stand a chance to bring back prizes from the total prize pool worth up to RM30,000.

Starting from 1 December 2020 until 25 December 2020, Acer Malaysia will pick a lucky
winner every day for the special prize. Winners will be announced on Acer Malaysia Facebook.

For more information, please visit Acer Malaysia’s Facebook @MyAcer or call Acer’s Product Infoline at 1800-88-1288 (9am – 6pm, Mondays to Fridays), or email [email protected].

Post Menarik