Utama Blog Halaman 59

Carry Less, Do More with Samsung Wallet on Galaxy

Samsung Wallet lets Malaysians carry less and do more by bringing daily essentials together in one secure app. From payments to travel, entertainment, and rewards, Samsung Wallet simplifies life on the go.

Built into all eligible Samsung Galaxy devices and protected by Samsung Knox, it offers a smarter, safer way to pay, organize, and enjoy more every day.

With Samsung Wallet, Malaysians can store their credit, debit, and prepaid cards to make seamless tap-and-pay transactions anywhere contactless payments are accepted. Travel and entertainment are also made easier, with the ability to add boarding passes and movie tickets for smooth check-ins and entry.

Online shopping is now more convenient too, as Samsung Pay is accepted on supported websites and apps, expanded further through Fiuu, the first local payment processor to bring Samsung Pay to e-commerce in Malaysia.

Beyond payments, Samsung Wallet also helps users keep their loyalty and membership cards organized in one place, and even digitize compatible NFC access cards for entry into homes, offices, or gyms — all protected by Samsung Knox security.

New Features

Samsung Wallet continues to evolve with new capabilities designed for local lifestyles:

  • Bank Islam Partnership – Bank Islam MasterCard users can now add their cards to Samsung Wallet, earning points with every transaction. To celebrate, Bank Islam is rewarding customers with extra TruPoints when they spend using Samsung Pay.
  • Online Payments with Fiuu –  Samsung Pay will be accepted by online merchants through Fiuu, Malaysia’s first payment processor to enable this feature. The rollout begins with 300 merchants, including Al-Ikhsan Sports, A&W, Beacon Mart, Healthland, Loudspeaker, and many more.
  • GSC Movie Ticket– Consumers can now add their GSC tickets to Samsung Wallet for quick and seamless access at cinemas.
  • Malaysia Airlines Boarding Passes – Travelers can add their MAS boarding passes directly into Samsung Wallet, ensuring a smoother and more convenient travel experience.

Ongoing Promotions

Promotion Duration Details
Bank Islam Extra TruPoints 12 Sept – 31 Dec 2025 Earn up to 5,000 Extra TruPoints with Samsung Pay
Public Bank Tap & Be Rewarded 8 Aug – 31 Dec 2025 PB Visa cardholders enjoy 15% cashback with RM500 minimum spend via Samsung Pay
Galaxy Voucher Center Until 31 Dec 2025 Redeem e-vouchers from TGV, ZUS Coffee, Celebrity Fitness and more using Samsung Rewards Points
Galaxy Giveaway Contest 4 Sept – 30 Nov 2025 Epic prizes worth RM11,481 up for grabs
Tasty Treats, Tastier Deals Until 31 Dec 2025 Up to 50% off food and beverage
Great Fun, Greater Savings Until 31 Dec 2025 Up to 40% off activities and experiences

 

For more information, go to Samsung Wallet on your device or visit https://www.samsung.com/my/apps/samsung-wallet/

Cegah Buli Dari Sekolah Rendah Hingga Ke Universiti

Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican menyeru agar semua pihak cakna dan bersama-sama mencegah gejala buli daripada terus berlaku di semua peringkat pendidikan iaitu daripada sekolah rendah, menengah hingga ke universiti.

Beliau berkata, para pelajar juga harus mengelakkan diri daripada terbabit dalam aktiviti yang memudaratkan seperti kes buli atau jenayah lain yang akan memalukan ibu bapa dan sekolah.

“Nasihat saya ialah sekiranya ada sesiapa yang melakukan kes buli segera laporkan kepada pihak sekolah, guru-guru atau ibu bapa kita.

“Ini kerana sekolah merupakan tempat pendidikan yang paling selamat dan tenang untuk anak-anak pelajar. Buli bukan budaya kita dan adap sopan mestilah di pupuk agar dapat melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu tetapi juga memiliki keperibadian  yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM dan PPKI tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Panji Alam di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Mustapha berkata, SMK Megat Panji Alam adalah sekolah yang telah berjaya meletakkan kedudukan yang baik dari tangga ke 20-an ke tangga ke-12 bagi kejayaan cemerlang dalam keputusan SPM.

Menurutnya, lanak-anak muda kini perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya kerana ketidaktentuan zaman sekarang dan cabaran berdepan dengan zaman teknologi masa kini supaya tidak ketinggalan zaman.

“Hakikatnya dunia tidak akan berubah tanpa perkembangan ilmu, maruah dan harga diri seorang manusia berkait rapat dengan ilmu yang dimiliki.

“Hargailah guru-guru yang bertungkus lumus untuk mencurahkan ilmu, memberi kita pengetahuan walaupun mereka juga mempunyai tanggungjawab dalam keluarga. Tetapi demi para pelajar, mereka sanggup mencurah bakti,” katanya.

Seramai kira-kira 300 orang hadir terdiri daripada 103 pelajar yang menerima sijil penghargaan ibu bapa dan guru-guru. Turut hadir Pengetua Sekolah SMK Megat Panji Alam Cikgu Ibrahim Mohd Amin; Yang Di Pertua PIBG, Emellia Abdullah; Tokoh usahawan DinMega,  Haji M Tajudeen Mohd Shahabudin dan guru-guru.

Celebrate OPPO Members’ 6th Anniversary with Lucky Draw Prizes Worth RM100,000!

OPPO Malaysia is thrilled to announce the OPPO Member’s 6th Anniversary Sale, taking place from 10 to 31 October 2025. In celebration of this milestone, Malaysians can look forward to exclusive discounts on a wide range of OPPO products and an exciting opportunity to win lucky draw prizes worth up to RM100,000.

Additionally, consumers who purchase OPPO products during the promotional period will receive 2x reward points via the My OPPO App, which can be redeemed for a variety of exciting gifts. For those planning a gadget upgrade, there’s no better time to enjoy Flash Sales, Giveaways, Rebates, and many other exclusive offers throughout the anniversary celebration.

Flash Sale

This year, OPPO takes its Flash Sale to the next level with OPPO Find X8 Pro and OPPO Find X8, the ultimate flagship lineup that blends power, precision, and elegance. Available in stunning Pearl White and Shell Pink, these premium smartphones are now offered at exclusive anniversary prices, starting from RM3,399, with savings of up to RM700 during the limited-time Flash Sale.

As part of OPPO’s ongoing appreciation for its loyal members, OPPO Members can now enjoy an exclusive rebate of RM100 on the OPPO Find X8 Series (16GB + 512GB). This special offer provides added value for members seeking the ultimate in performance and design.

OPPO proudly announces the new pricing on the OPPO A5 Pro (8GB + 256GB) and various IOT during this Member’s month. The OPPO A5 Pro is now available at RM699, While the OPPO Pad 3 is retailing at RM1,799 and OPPO Enco X3i is price at RM399.

The OPPO Pad SE is now priced at RM749 for the LTE Version and RM699 for the wifi matte display and it comes with a free transparent casing + OPPO Smart Life Passive Capacitive Pen worth RM198.

NADI Mahir Cetus Bakat Dan Penghargaan Melalui Pertandingan Akhir “Cooking Star” Peringkat Kebangsaan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus komited memperkasa komuniti melalui penganjuran Pertandingan Akhir Mahir Masak Peringkat Kebangsaan “Cooking Star” bagi pengambilan pertama (2024/2025) yang berlangsung di IPTSkills TVET College, Mutiara Damansara hari ini.

Program ini merupakan sebahagian daripada program Perkhidmatan Pintar NADI di bawah teras Pembelajaran Sepanjang Hayat, yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang kemahiran dan membuka peluang peningkatan sosioekonomi kepada ahli NADI di seluruh negara.

Sebanyak 201 permohonan diterima, dan selepas beberapa peringkat saringan di peringkat negeri, 10 finalis terbaik telah dipilih untuk berentap di peringkat akhir kebangsaan.

Majlis penyampaian hadiah dan penghargaan yang diadakan di Royale Chulan Damansara pada sesi petang turut meraikan peserta Mahir Masak Ahmad Salimie, pemenang Pingat Gangsa (Bronze Medal) dalam Culinary World Cup yang berlangsung di Ipoh, Perak; Alumni Mahir Foto, yang menjuarai Malaysia Unity Short Film Festival; serta Alumni Mahir Pertanian Pintar, iaitu Jeffree Sharizal Abd Aziz dan Lee Xian Yu dari Pulau Tioman, serta Azizah Mohd Isa dari Kedah, yang berjaya memperkasa perusahaan tani masing-masing melalui penggunaan teknologi digital dan peranti IoT.

Dalam majlis yang sama, NADI Mahir turut memperkenalkan dua projek baharu di bawah jenama LOCCA dan RASSAR, masing-masing bagi penghasilan Uniform Sekolah Perempuan dan Biskut Cookies.

Melalui inisiatif ini, alumni program Mahir Jahit dan Mahir Masak dari seluruh negara diberi peluang menjana pendapatan dengan bekerja di Bengkel NADI Jahit dan Bengkel NADI Masak yang dikendalikan di bawah program tersebut.

Projek ini menjadi titik permulaan kepada pembangunan industri desa berasaskan kemahiran tempatan, sekali gus memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar. Inisiatif ini turut membuktikan keberkesanan program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam membuka peluang baharu, memperkasa masyarakat, dan meningkatkan taraf hidup rakyat di peringkat akar umbi.

Turut hadir Ketua Pejabat NADI MCMC, Dr. Mohd Arif Adenan; Pengerusi Kumpulan Syarikat MSD Alliance, Tan Sri Halim Shafie; Mohd Fuad Romeli; Datuk Wan Roslee Wan Yusof;  Amrul Halim Gan Abdullah; wakil DUSP yang terdiri dari TM Tech, Maxis, CelcomDigi dan RedTone, wakil-wakil Technology Partners (TP), rakan strategik dan kolaborasi, pakar industri serta Alumni Mahir dari seluruh negara.

The State of Sleep in Southeast Asia & Oceania

Across Southeast Asia and Oceania (SEAO), sleep is emerging as a critical—yet often overlooked—pillar of health and well-being frequently sacrificed in favor of the demands of modern lifestyles today.

Casting a lens on this reality, the Samsung SEAO Ecosystem Health Study sought to analyse the general lifestyle and sentiments towards health and fitness, as well as general wellness habits—including sleep, fitness, and lifestyle choices.

While adults in Southeast Asia and Oceania rank health as their third highest daily priority, trailing finances and family according to the study, many still struggle to achieve the recommended seven to nine hours of sleep.

An average person in SEAO sleeps for just 6 hours and 51 minutes every night and stand to miss out on benefits that they rank as important reasons to getting sufficient shut-eye – such as improved immunity (21%), maintaining good health (17%), and staying mentally agile (16%).

Want to sleep better and feel these benefits? Here are three practical steps to address common sleep concerns using Galaxy devices like the Galaxy Watch8 series and Galaxy Ring.

Establishing a consistent bedtime routine is the primary concern for consumers in Southeast Asia and Oceania (28%) citing an “inability to switch off” as a further obstacle to a good night’s rest.

We all know that going device-free is easier said than done, with many relying on smartphones as their alarm. Enter the Galaxy Watch8 series and Galaxy Ring, super comfortable sleep companions that even allow you to dismiss alarms by just pinching your fingers!

Beyond putting aside one’s smartphone for the evening, winding down also includes setting up a peaceful environment that is conducive for sleep. Custom routines on the SmartThings app cue your connected devices automatically, turning off your lights and TV at bedtime for instance.

UPSI Anjur SiSMED 2025 Perkukuh Organisasi Hadapi Krisis Komunikasi

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) menganjurkan Simposium Strategik Pengurusan Krisis dan Media (SiSMED 2025) sebagai usaha memperkukuh keupayaan organisasi dalam menangani krisis komunikasi serta mengekalkan reputasi institusi di era digital.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata setiap krisis yang melanda sesebuah organisasi tidak wajar dianggap sebagai tragedi semata-mata, sebaliknya perlu
dijadikan inspirasi untuk melakukan penambahbaikan secara menyeluruh.

Beliau menegaskan bahawa pengurusan krisis yang berkesan memerlukan strategi komunikasi yang jelas, telus dan berpaksikan integriti agar keyakinan masyarakat terhadap
institusi dapat dikekalkan walaupun ketika berdepan tekanan media atau cabaran reputasi.

“Krisis adalah ujian terhadap kepimpinan dan keutuhan nilai organisasi. Jika diurus dengan
bijaksana, ia bukan sekadar mengembalikan kestabilan, tetapi membina kekuatan baharu yang lebih mampan,” katanya dalam ucaptama bertajuk “Pengurusan Krisis: Tragedi atau Inspirasi” di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, keupayaan kepimpinan untuk menyusun naratif yang betul serta menyalurkan maklumat secara berhemah menjadi faktor penting dalam membentuk persepsi awam dan mengelakkan penularan maklumat tidak tepat.

Sementara itu, Pengarah BKK UPSI, Prof Dr. Mohd Izwan Shahril berkata, penganjuran SiSMED 2025 merupakan inisiatif penting universiti dalam memperkukuh budaya kesiapsiagaan komunikasi dan pengurusan reputasi institusi pendidikan tinggi.

“Dalam landskap media yang bergerak pantas dan tidak menentu, organisasi perlu bersedia dengan strategi komunikasi krisis yang sistematik serta berpaksikan fakta agar mesej yang
disampaikan kekal konsisten dan meyakinkan.

“Matlamat utama kami ialah membantu pemimpin dan pegawai komunikasi memahami bahawa setiap krisis membawa potensi pembelajaran, inovasi dan peluang memperkukuh
kepercayaan awam terhadap organisasi,” katanya.

Program berprestij itu turut menampilkan barisan penceramah ternama termasuk Zahan Rashid (TV Host, Bernama TV), Ali Imran Mohd Noordin (Pengarah Warta Hidup), Noor
Azam Ab Aziz (Pengarang Berita Kanan, Harian Metro), Dr. Haji Ainol Amriz Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia), Azwaliza Azman (Editor Berita Utama (Digital, TV) Andy Reza Rohadian (Personaliti RTM) serta Kumaran Rajamoney (Koresponden TV3 dan Person In Charge Bilik Berita Media Prima Berhad, Perak).

Siri HONOR X9 Terima Anugerah ‘Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ dari ASEAN Records

HONOR dengan bangganya mengumumkan Siri HONOR X9 telah menerima anugerah ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ dari ASEAN Records, sebuah organisasi berprestij yang mengiktiraf pencapaian luar biasa di seluruh Asia Tenggara.

Pengiktirafan ini menyerlahkan prestasi jualan cemerlang model HONOR X9a, X9b, dan X9c dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan di Malaysia.

Sebagai platform penyimpanan kejayaan serantau yang berwibawa, ASEAN Records meraikan pencapaian yang mempamerkan inovasi, kecemerlangan, dan pengaruh di Asia Tenggara.

Pengiktirafan ini juga mengukuhkan lagi kehadiran dan impak HONOR yang semakin berkembang dalam industri teknologi di rantau ini. Pada masa sama, menandakan komitmen teguh HONOR terhadap kecemerlangan produk, inovasi berterusan, dan kepercayaan yang semakin meningkat daripada pengguna Malaysia di seluruh negara.

HONOR X9a, X9b, X9c and X9d

Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Tan Pei Ling, Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia di Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong, hari ini.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2022, Siri HONOR X9 telah menampilkan prestasi luar biasa di semua saluran runcit dan dalam talian secara konsisten. Siri ini dengan pantas mendapat sambutan popular dalam kalangan pengguna kerana rekaanya yang mengutamakan ketahanan, kekukuhan, dan prestasi tinggi.

Ciri-ciri tersebut menyaksikan bahagian pasaran Siri X9 mencatat lonjakan yang ketara, daripada 33% pada 2023 kepada 56% pada 2025. Hari ini, satu daripada setiap dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah model daripada Siri X9, sekali gus mengukuhkan dominasinya dalam segmen tersebut.

Selain itu, HONOR X9d 5G yang baharu dilancarkan telah menetapkan penanda aras baharu apabila habis dijual semasa tempoh pra-tempahan. Pencapaian ini berjaya mengatasi jualan pra-tempahan model terdahulu, iaitu X9c, seterusnya memperkukuh kehadiran HONOR dalam pasaran kategori pertengahan menjelang jualan hari pertama X9d 5G di seluruh negara hari ini.

HONOR X9d 5G kini boleh dibeli di kedai di seluruh negara. Varian dengan storan RAM 24GB (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dan storan 256GB dijual pada harga RM1,499. Manakala storan 512GB pula berharga RM1,699.

Setiap pembelian didatangkan dengan pakej hadiah PERCUMA bernilai RM946 yang merangkumi jam tangan pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Hadapan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

HONOR X9d 5G Mula Dijual di Seluruh Negara Esok, Kunjungi Jerayawara di IOI Mall Puchong Sekarang!

Selepas kejayaan pra-tempahan, telefon pintar Pilihan Utama Malaysia HONOR X9d 5G akan mula dijual secara rasmi di kedai seluruh negara bermula 10 Oktober 2025. Pembeli yang terlepas pra-tempahan kini boleh mendapatkan peranti ini yang menawarkan ketahanan tiga kali ganda di HONOR Experience Store berhampiran atau platform dalam talian.

HONOR X9d 5G didatangi dengan set hadiah percuma eksklusif bernilai RM946 yang terdiri daripada jam pintar HONOR Watch 2i bersama dengan Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun. Bagi HONOR Watch 2i, ia adalah tawaran eksklusif yang terhad dan tersedia berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’, jadi segera dapatkan HONOR X9d 5G sekarang!

HONOR X9d 5G tersedia dalam dua varian: 24GB RAM (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) dengan storan 256GB pada harga RM1,499, manakala storan 512GB berharga RM1,699. Peranti ini hadir dalam empat warna premium iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black.

Telefon pintar ini boleh dibeli di HONOR Experience Store, kedai dalam talian HONOR, serta kedai flagship HONOR di Lazada, Shopee, dan TikTok. Ia juga tersedia melalui pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Diskaun Tambahan 15% Khas untuk Anggota Bomba

Bermula 10 Oktober, HONOR memberikan diskaun istimewa 15% kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang membeli HONOR X9d 5G. Diskaun ini sebagai penghargaan kepada anggota bomba terhadap komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi dalam melindungi dan berkhidmat kepada masyarakat. Untuk layak menikmati diskaun ini, anggota bomba dikehendaki mendaftar di laman sesawang HONOR menggunakan emel rasmi jabatan mereka.

Cabaran Ujian Tekanan HONOR X9d 5G Menarik Ramai Pengunjung ke Jerayawara

HONOR turut meraikan pelancaran jualan HONOR X9d 5G dengan menganjurkan jerayawara yang kini berlangsung di IOI Mall Puchong dari 8 hingga 12 Oktober. Hari pertama jerayawara telah menyaksikan ramai pengunjung mengalami sendiri ketahanan luar biasa dan prestasi peranti hebat ini. Pengunjung telah mengambil bahagian dalam aktiviti menarik iaitu Cabaran Skrin, Cabaran Penyingkiran Air dan Habuk serta Cabaran Pengecasan Berbalik.

Dalam Cabaran Skrin, pengunjung telah menguji ketahanan skrin HONOR X9d 5G ke tahap maksimum, dengan menggunakan staple gun bagi membuktikan bahawa paparan peranti ini mampu menahan impak, kekal tanpa retak atau calar, dan masih berfungsi sepenuhnya. Cabaran Penyingkiran Air dan Habuk pula mengetengahkan teknologi pembersihan kendiri inovatif telefon pintar ini.

Pengunjung dapat menyaksikan peranti ini menyingkirkan air dan habuk daripada port bagi memastikan ia kekal berfungsi dengan lancar dalam apa jua persekitaran. Dalam Cabaran Pengecasan Berbalik, pengunjung dapat melihat keupayaan peranti ini menghidupkan lampu LED menggunakan ciri pengecasan berbalik tanpa mengalami kehabisan kuasa dengan cepat, membuktikan ketahanan luar biasa kapasiti 8,300mAh bateri HONOR X9d 5G yang mengagumkan.

Peluang Menangi Hadiah Cabutan Bertuah Bernilai Lebih RM95,000

Lebih menarik, pengunjung yang membuat pembelian berjumlah RM1,000 dan ke atas dalam satu resit layak menyertai cabutan bertuah bernilai lebih RM95,000, dengan pembeli HONOR X9d 5G akan menerima dua penyertaan. Hadiah menarik termasuk HONOR Pad 10 5G, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2, bagasi HONOR dan barangan eksklusif lain.

Selain itu, HONOR juga menawarkan diskaun menarik semasa jerayawara tersebut, dengan pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga RM900 untuk model terbaharu Siri HONOR 400 dan HONOR Magic7 Pro. Setiap pembelian produk turut didatangkan dengan hadiah percuma tambahan eksklusif semasa pameran jelajah ini sahaja.

Jerayawara HONOR X9d 5G di Johor Bahru dari 20 hingga 26 Oktober

Jangan tunggu lagi, sertai keseronokan ini! Kunjungi Jerayawara HONOR X9d 5G di Carnival Court, Tingkat Bawah, IOI Mall Puchong sebelum ia berakhir pada 12 Oktober. Selepas itu, HONOR X9d 5G akan meneruskan jerayawara ke Paradigm Mall, Johor Bahru pada 20 hingga 26 Oktober ini.

Pos Malaysia Melancarkan Redly, Penyelesaian Berasaskan Teknologi untuk E-Dagang Global dan Penghantaran Merentas Sempadan

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, melancarkan Redly/Pos Malaysia International (Redly), sebuah perkhidmatan antarabangsa merentas sempadan yang menyatukan semua perkhidmatan pos dan penghantaran antarabangsa di bawah satu jenama.

Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar berkata, dengan Redly, kami menyatukan
semua perkhidmatan di bawah satu jenama dengan identiti yang kukuh, jelas,konsisten, dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

“Dengan janji ‘From anywhere to everywhere’, Redly menghubungkan orang ramai, perniagaan dan komuniti di seluruh dunia, selaras dengan tema Hari Pos Sedunia tahun ini, ‘Local Service. Global Reach’,” katanya.

Apakah itu Redly?

Redly menyatukan semua perkhidmatan antarabangsa Pos Malaysia di bawah satu jenama – menggabungkan pos antarabangsa, bungkusan, kargo, dan penghantaran e-dagang dalam satu platform.

Sama ada anda menghantar surat, dokumen, bungkusan, atau menjalankan operasi logistik global, Redly dapat memudahkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan fleksibiliti, ketelusan, dan capaian global.

Sebelum ini ditawarkan di bawah pelbagai nama, perkhidmatan antarabangsa Pos Malaysia kini dikonsolidasikan di bawah jenama Redly, memberikan pengalaman pelanggan yang jelas, konsisten dan berfokus kepada pelanggan.

Dengan “From anywhere to everywhere,” Redly bertujuan untuk memudahkan keterhubungan antarabangsa yang lancar bagi individu, perniagaan, dan komuniti di seluruh dunia.

Tiga Produk Utama Redly
Bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan antarabangsa, Redly menawarkan tiga produk utama:
• RedlyExpress – Perkhidmatan terpantas untuk penghantaran kritikal dengan jaminan
penghantaran pada hari yang ditetapkan serta ketelusan sepenuhnya dari awal hingga akhir.
• RedlyPriority – Perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai pada harga kompetitif.
• RedlyConnect – Penyelesaian kos efektif untuk penghantaran antarabangsa ringan dan
tidak tergesa-gesa.

Pelancaran Redly menandakan evolusi strategik Pos Malaysia dalam memenuhi permintaan
logistik global dan e-dagang yang semakin meningkat. Dengan menyatukan semua perkhidmatan antarabangsa di bawah satu jenama, Redly kini lebih bersedia untuk menawarkan penyelesaian yang lancar, boleh dipercayai, dan inovatif kepada pelanggan di seluruh dunia.

Redly kini tersedia secara rasmi di seluruh negara melalui semua titik sentuh Pos Malaysia,
termasuk pejabat pos, Pos Mini, ejen Pos dan platform dalam talian. Pelanggan kini boleh
mengakses perkhidmatan Redly, dan lebih banyak inovasi akan diperkenalkan pada masa akan datang, termasuk SendParcelPro, sebuah platform penghantaran digital premium.

Seiring perkembangan Redly, Pos Malaysia terus memperkukuh komitmennya terhadap kecemerlangan dalam logistik merentas sempadan serta e-dagang di peringkat antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila layari weareredly.com.

NGO Berperanan Bantu Kerajaan – NGO Antarabangsa

Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr Johari Abdul di Parlimen, semalam bagi membincangkan isu-isu semasa, serantau dan antarabangsa.

Beliau berkata, perkara penting turut dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah peranan NGO dalam membantu kerajaan dan juga sebagai perantara kepada masyarakat.

“NGO kini penting untuk menyokong dasar-dasar kerajaan dan berhak untuk memberi pandangan yang membina bagi menambahbaik sesuatu perkara bagi kepentingan masyarakat dan negara,” katanya.

Dalam pertemuan ringkas itu beliau turut menyentuh mengenai isu serantau Asean dan antarabangsa khususnya mengenai sokongan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan negara Palestin.

Post Menarik