Pengenalan dua peranti terbaharu Samsung Malaysia kepada media dalam siri Galaxy Awesome di The Campus, Ampang pada 7 April lalu memperlihatkan usaha berterusan Samsung Malaysia dalam menawarkan keseimbangan antara prestasi, ciri moden dan harga yang lebih mesra pengguna.

Lokasi itu menjadi pilihan apabila media berpeluang mengenali lebih mendalam spesifikasi peranti terbaharu dalam segmen pertengahan ini menerusi beberapa bahan pameran dan bilik khas untuk menguji peranti ini lebih dekat.

Apa yang menarik, Samsung menyediakan satu bilik khas untuk menguji sendiri ciri kamera Galaxy A37 5G yang diberi peluang untk menilai tahap kejelasan gambar yang dihasilkan sebelum dan selepas menggunakan ciri mod malam.

Media mengambil gambar menggunakan mod biasa dan mod malam yang menyaksikan mod malam memberikan hasil gambar yang lebih jelas berbanding mod biasa. Lihat contoh gambar dibawah.

Gambar pertama menggunakan mod biasa manakala gambar kedua terhasil menerusi ciri mod malam.

Menerusi Samsung Galaxy A57 5G dan Samsung Galaxy A37 5G, jelas bahawa segmen pertengahan kini semakin kompetitif dengan kehadiran ciri-ciri yang sebelum ini eksklusif kepada peranti flagship.

Rekaan Praktikal

Dari sudut rekaan, Galaxy A57 5G tampil lebih premium dengan binaan bingkai aluminium dan rekaan lebih nipis iaitu ketebalan hanya 6.9mm manakala A37 5G pula dibina menggunakan kemasan plastik yang lebih ringan dan praktikal.

Kedua-duanya bagaimanapun masih mengekalkan ketahanan dengan pensijilan kalis air dan debu IP68, satu kelebihan yang jarang ditawarkan dalam kategori ini peranti kelas pertengahan.

Paparan pula tidak mengecewakan. Kedua-dua model hadir dengan skrin 6.7 inci AMOLED bersama kadar segar semula 120Hz yang menjanjikan pengalaman visual lancar. Namun, A57 5G mempunyai kelebihan dengan sokongan HDR10+, menjadikannya lebih ideal untuk pengguna yang gemar penstriman kandungan berkualiti tinggi.

Prestasi Exynos Baharu

Di bawah hud, A57 5G dipacu cip Exynos 1680 bersama 12GB RAM, memberikan kelebihan daripada segi multitasking dan prestasi keseluruhan.

Sementara itu, A37 5G menggunakan Exynos 1480 dengan pilihan RAM sehingga 12GB, masih cukup berkuasa untuk kegunaan harian dan gaming sederhana.

Dengan storan sehingga 512GB untuk A57 dan 256GB untuk A37, kedua-duanya memenuhi keperluan pengguna moden yang memerlukan ruang besar untuk aplikasi, media dan fail kerja.

Kamera

Daripada segi fotografi, kedua-duanya menggunakan sistem tiga kamera dengan sensor utama utama 50MP, namun perbezaan ketara terletak pada lensa ultra lebar — 12MP pada A57 berbanding 8MP pada A37. Ini memberi kelebihan kepada A57 dalam menangkap gambar landskap atau berkumpulan dengan lebih jelas.

Kamera makro 5MP dan kamera swafoto 12MP pula dikekalkan pada kedua-dua model, menjadikannya seimbang untuk penggunaan media sosial, permainan mudah alih dan penstriman.

Bateri

Kedua-dua peranti dilengkapi bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W — satu spesifikasi yang kini semakin menjadi standard dalam kelas pertengahan premium. Ia menjanjikan penggunaan sepanjang hari tanpa kebimbangan.

Perisian Lebih Pintar, Lebih Lama

Menariknya, kedua-dua model hadir dengan One UI 8.5 berasaskan Android 16 serta jaminan kemas kini sehingga 6 versi Android dan 6 tahun tampalan keselamatan — satu komitmen jangka panjang yang jarang dilihat dalam segmen ini.

Tambahan pula, ciri Awesome Intelligence (AI) seperti Voice Transcription, AI Select, Object Erase, Best Face Auto Trim dan Circle to Search memberikan pengalaman penggunaan lebih pintar, sejajar dengan trend semasa teknologi mudah alih.

Secara keseluruhan, Galaxy A57 5G dan A37 5G menunjukkan bagaimana jurang antara peranti kelas pertengahan dan flagship semakin mengecil. A57 5G jelas menyasarkan pengguna yang mahukan pengalaman hampir premium, manakala A37 5G pula sesuai untuk mereka yang mencari keseimbangan fungsi dan harga.

Jika trend ini berterusan, tidak mustahil siri Galaxy Awesome akan terus menjadi pilihan utama pengguna Malaysia yang inginkan nilai terbaik tanpa perlu berbelanja besar.

NGAM pada harga dan NGAM pada ciri yang ditawarkan pada mereka yang memang setia pada jenama dari Korea Selatan ini.

Untuk pasaran Malaysia, harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Galaxy A57 5G (12GB + 512GB) = RM2,699 (RM2,199 selepas rebat)
  • Galaxy A57 5G (12GB + 256GB) = RM2,399 (RM2,049 selepas rebat)
  • Galaxy A37 5G (12GB + 256GB) = RM1,999 (RM1,899 selepas rebat)
  • Galaxy A37 5G (8GB + 256GB) = RM1,899 (RM1,699 selepas rebat)

#AYETetapNgam
#NgamChoice
#NgamLaju
#GalaxyA37 5G

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini