Coway, Syarikat Best Life Solution, kembali semula dengan Zon Rileks & Refresh untuk tahun kedua, menekankan tentang peranan udara yang bersih sebagai keperluan penting untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.

Diterajui oleh pelancaran tiga jenis penulen udara baharu iaitu Coway Studio, Coway Suite, dan Coway Atrium, rangkaian terbaharu ini direka untuk menghadirkan udara bersih bagi setiap ruang di samping menyesuaikan mengikut gaya hidup seharian.

Dalam kehidupan harian yang semakin sibuk, keselesaan di rumah bukan sekadar terletak pada kelembutan tekstur dan ruang yang kemas. Sebaliknya, ia tentang bagaimana suasana yang dirasai di dalam rumah itu sendiri.

Saat rumah dipenuhi dengan pelbagai momen sama ada ketika musim perayaan atau menjalani rutin harian, kualiti udara yang bersih tetap menjadi sumber ketenangan dan keselesaan bagi semua.

“Di Coway, kami percaya bahawa keselesaan bermula dengan kualiti udara yang mengisi setiap ruang. Setiap ruang yang ada mempunyai keunikan yang tersendiri. Oleh itu, kami mencipta solusi yang disesuaikan untuk setiap ruang tersebut.

Dengan menyesuaikan setiap penulen udara kami untuk setiap ruang dan gaya hidup yang berbeza, kami berharap dapat memberi nafas baharu terhadap udara yang bersih sebagai satu pengalaman yang membawa keselesaan, ketenangan, dan terjamin bagi setiap kediaman, meskipun ketika sedang sibuk melakukan persiapan menyambut musim perayaan,” kata Janice Tan, Pengurus Bahagian Pemasaran Coway Malaysia.

Tahun ini, Zon Rileks & Refresh Coway menghimpunkan rakan-rakan media di The Agam untuk merasai sendiri pengalaman menyeluruh udara bersih yang disesuaikan untuk setiap ruang.

Direka bagi mencerminkan suasana kemeriahan Hari Raya, majlis ini diatur mengikut beberapa siri persekitaran dengan begitu teliti, membolehkan para tetamu bergerak dengan bebas, bermula dari ruang momen peribadi yang tenang sehinggalah ke ruang sosial yang penuh interaksi.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini