Utama Blog Halaman 55

Siri OPPO Find X9 Dilancarkan Secara Global, Harga Dari RM3,699

Jenama peranti pintar global terkemuka, OPPO, mengumumkan pelancaran global untuk siri telefon pintar flagship terbarunya, Find X9 dan Find X9 Pro.

Siri baharu ini menawarkan pengalaman serba lengkap yang luar biasa, menggabungkan sistem kamera yang dibangunkan bersama Hasselblad, jangka hayat bateri yang revolusioner, prestasi berkuasa tinggi, serta system operasi ColorOS 16 yang pintar dan lancar.

“Siri Find X9 menandakan lonjakan besar dalam keupayaan pengimejan mudah alih, dipacu oleh inovasi peneraju industri terkemuka seperti Telefoto Hasselblad 200MP,” kata Pete Lau, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Produk di OPPO.

“Sebagai peranti flagship generasi baharu OPPO, Siri Find X9 menawarkan peningkatan yang komprehensif dari setiap aspek, menetapkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan telefon pintar di peringkat global.”

Ketepatan dalam Setiap Piksel: Sistem Kamera Hasselblad Master Generasi Baharu
Melanjutkan legasi inovasi pengimejan siri Find X, Siri Find X9 memperkenalkan Sistem Kamera Hasselblad Master generasi baharu. Dengan menggabungkan perkakasan tercanggih dengan fotografi pengkomputeran termaju, siri ini mewakili lonjakan besar dalam kualiti imej yang dihasilkan.

Find X9 dilengkapi dengan kamera utama 50MP bertaraf profesional, dengan menggunakan sensor Sony LYT-808 bersaiz 1/1.4 inci dan apertur f/1.6, membolehkan pengambilan cahaya sebanyak 57% lebih banyak untuk menghasillan gambar yang lebih jelas dan tajam.

Ia turut dipadankan dengan kamera ultra-lebar 50MP serba boleh yang dilengkapi dengan autofokus untuk rakaman fotografi makro, serta kamera telefoto periskop 50MP dengan adanya sensor Sony LYT600 bersaiz 1/1.95 inci untuk menawarkan keupayaan zum yang unggul.

Tiga kamera 50MP ini dilengkapi dengan Kamera True Color yang pertama dalam industri. Sensor spektrum khas ini berupaya untuk mengukur cahaya persekitaran dengan
tepat — menghasilkan reproduksi warna yang lebih semula jadi dan jitu, walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar.

Ketersediaan OPPO Find X9 dan Find X9 Pro OPPO Find X9 dan Find X9 Pro kini dibuka untuk pra-tempahan bermula sekarang hingga 7 November, dan akan mula dijual secara rasmi di seluruh negara mulai 8 November. Kedua-dua variasi ini hadir dengan konfigurasi 16GB + 512GB.

Find X9 akan dijual pada harga runcit RM3,699, manakala Find X9 Pro dijual pada harga RM4,999 (eksklusif sepanjang tempoh pra-tempahan). Pelanggan yang membuat pra-tempahan siri Find X9 dari sekarang hingga 7 November akan menerima pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,577, yang merangkumi Pengering Rambut Mini Laifen bernilai RM459, Kotak Hadiah Magnet Premium bernilai RM499 atau RM399, serta Jaminan Pelbagai Wilayah selama 1 tahun.

Selain itu, pelanggan yang mendaftar sebagai Ahli Aplikasi My OPPO akan menikmati ganjaran tambahan termasuk Pelan Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM399, Set Penjagaan Kulit Perjalanan Kiehl’s bernilai RM170, serta E-Baucar Kiehl’s bernilai RM50.

Suria Park Perkukuh Legasi IJM Land Di Puncak Alam

Taman seluas 4.42 ekar bernilai RM3 juta menetapkan penanda aras baharu dalam membina komuniti sejahtera dan saling berhubung di Suria Hill.

Sebagai pelopor pembangunan di Bandar Puncak Alam, IJM Land telah lama menjadi tunjang perkembangan progresif dalam transformasi kawasan ini.

Dari pembinaan kediaman pertama hingga pembentukan infrastruktur dan kemudahan utama, IJM Land kekal antara pelabur terawal yang membentuk asas kukuh komuniti setempat sebelum Puncak Alam diiktiraf sebagai salah satu koridor pertumbuhan utama di Lembah Klang.

Meneruskan visi pembentukan komuniti sejahtera, IJM Land memperkenalkan Suria Park
sebagai mercu tanda hijau yang melambangkan komitmen syarikat dalam membina kediaman sambil membentuk perbandaran menyeluruh berasaskan kesejahteraan, keterangkuman dan kelestarian.

Sempena pelancaran tersebut, IJM Land turut menganjurkan Program Penanaman Pokok yang menyatukan penduduk, pemimpin komuniti serta rakan strategik untuk menanam
pokok sebagai simbol pertumbuhan, perpaduan dan kelestarian bagi generasi akan datang.

SANTUARI BERINSPIRASIKAN MENTARI
Direka oleh HODA Design, landskap Suria Park berinspirasikan Suria, simbol tenaga, kehangatan dan pembaharuan dengan pelaburan bernilai RM3 juta di atas tanah seluas 4.42 ekar.

Setiap elemen disusun dengan teliti, daripada pokok renek berwarna-warni hingga pepohon tahan lasak yang mencipta keseimbangan antara keindahan dan keteguhan. Bagi menstabilkan cerun, spesies berakar dalam dipilih bagi mengukuhkan tanah, manakala pokok berbunga memperkayakan suasana dengan warna bermusim yang sentiasa berubah.

Direka dengan pendekatan lestari, taman ini turut menggunakan sistem saliran semula jadi serta bahan mesra alam bagi memastikan kelangsungan dan daya tahan ruang hijau ini untuk komuniti masa depan.

Direka sebagai ruang rekreasi inklusif untuk semua peringkat umur, Suria Park menampilkan pelbagai kemudahan bagi memenuhi gaya hidup aktif dan santai komuniti.

Trek joging sepanjang 400 meter serta laluan mendaki sejauh 250 meter disediakan untuk penggemar aktiviti luar, manakala dua gelanggang serba guna memberi ruang kepada sukan seperti bola keranjang, futsal, badminton, pickleball dan sepak takraw.

Untuk kanak‑kanak, taman papan luncur (skate park) dan dinding panjat (wall climbing) menambah elemen keseronokan, di samping Taman Permainan Kanak‑Kanak Suria yang menjadi tumpuan keluarga.

Bagi pencinta haiwan, Taman Kucing khas turut disediakan, melengkapkan suasana mesra komuniti. Kemudahan seperti stesen kecergasan luar, dua Gazebo Suria, ruang rehat berbumbung serta tempat letak kereta memastikan pengalaman riadah yang selesa, seimbang dan menyeronokkan untuk seisi keluarga.

AEON Shah Alam Dibuka Semula Dengan Wajah Baharu Dan Tawaran Menarik

Dato' Rohaizi Bahari (ke-5 dari kanan) merasmikan pembukaan semula AEON Mall Shah Alam.

AEON CO. (M) BHD. (AEON) mengumumkan pembukaan semula AEON Shah Alam, yang kini berwajah baharu dengan kemudahan yang dinaik taraf bagi memenuhi keperluan gaya hidup komuniti yang semakin berkembang.

Transformasi ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam komitmen berterusan AEON terhadap inovasi dan pengalaman berpusatkan pelanggan.

AEON Shah Alam yang berwajah baharu kini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih pintar dan menyeronokkan.

Rekaan yang dipertingkatkan ini menampilkan ruang deli yang lebih besar, pengenalan La Boheme Café yang serba baharu, serta 12 kaunter konsep makanan baharu yang memenuhi cita rasa pelbagai pelanggan. Pengembangan ini direka untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan sekaligus meningkatkan pengalaman menjamu selera mereka.

Aktiviti membeli-belah kini lebih mudah dan selesa dengan penggunaan Troli Pintar di AEON Mall Shah Alam

Pasar raya turut dinaik taraf bagi menawarkan kemudahan yang lebih baik melalui pengenalan Troli Pintar (Smart Trolleys), penambahan kaunter Layan Diri (Self Check-Out, SCO) serta bahagian Grab N Go baharu bagi menjadikan pengalaman membeli-belah harian lebih pantas, mudah dan pintar.

Reka bentuk baharu ini turut menonjolkan pelbagai jenama eksklusif AEON termasuk Inner Casual, Home Coordy, TopValu, JKids, JBaby, Puteri dan Scarletteen.

Sementara itu, peminat kecantikan dan penjagaan diri pasti teruja dengan Glam Beautique yang telah dipertingkatkan, kini menampilkan lebih banyak pilihan wangian, kosmetik, penjagaan kulit dan produk penjagaan diri — semuanya di bawah satu bumbung.

Bersempena dengan majlis tersebut, AEON Mall Shah Alam turut memperkenalkan tiga restoran baharu iaitu Maruki Ramen, Genki Sushi dan Hock Kee Kopitiam, yang meraikan pembukaan cawangan pertamanya di AEON Mall Shah Alam.

AEON Shah Alam memperkenalkan mesin avocado

Majlis pembukaan semula yang berlangsung pada 28 Oktober 2025 telah disempurnakan oleh Dato’ Rohaizi Bahari, Pengarah Kanan, Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Sektor Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

AEON akan terus kukuh dalam memperkasakan asas perniagaan, meningkatkan nilai pelanggan serta memacu daya saing jangka panjang. Syarikat ini akan terus memperluas rangkaian jenama eksklusifnya, mempercepat transformasi digital, mengoptimumkan campuran penyewa serta memaksimumkan nilai ruang runcit bagi menarik lebih ramai pengunjung dan mempertingkat pengalaman pelanggan.

Pada tahun ini, AEON telah melaksanakan beberapa inisiatif peningkatan dan pembukaan semula di beberapa pasar raya dan pusat beli-belahnya. AEON Mall Ipoh Station 18 dibuka semula pada bulan Jun dengan penampilan baharu serta campuran penyewa yang lebih menarik, diikuti dengan AEON Mall Bandaraya Melaka yang turut direjuvenasi dan dibuka semula pada pertengahan Oktober.

Sementara itu, AEON Bukit Raja di Klang akan dibuka semula tidak lama lagi dengan rekaan pasar raya yang diperbaharui dan lebih moden.

Peningkatan ini mencerminkan strategi berterusan AEON dalam mewujudkan destinasi gaya hidup yang bermakna dan melangkaui pengalaman membeli-belah. Rejuvenasi AEON Mall Shah Alam ini menggambarkan visi syarikat untuk menyediakan ruang yang menggalakkan kebersamaan sambil memupuk kesihatan, kebahagiaan dan kelestarian

Saham2u Lancar Kempen #ZeroChargesZeroWorries – Cagar Saham Tanpa Kos!

Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd, syarikat kewangan berlesen yang diiktiraf, mengumumkan pelancaran kempen khas bertemakan #ZeroChargesZeroWorries – Cagar Saham Tanpa Kos! melalui platform digital mereka, Saham2u.

Ketua Operasi Saham2u, Noor Hazimah Sain berkata, kempen ini bertujuan menggalakkan pelabur individu memanfaatkan pegangan saham mereka dengan cara yang lebih mudah,
patuh syariah dan selamat.

“Melalui kempen ini kami ingin membuka peluang kepada pelabur untuk mencairkan nilai daripada portfolio saham mereka tanpa sebarang beban faedah bagi mendapatkan modal kerja tanpa caj tersembunyi.

“Kami percaya bahawa konsep ini akan membuka peluang kepada lebih ramai pelabur untuk mengurus kecairan kewangan dengan ringkas, selamat dan selari dengan prinsip kewangan Islam,” katanya.

Kempen istimewa sehingga 23 Disember 2025 ini juga menawarkan peluang kepada para pemegang saham untuk mencagarkan saham mereka dan memperoleh tunai tanpa sebarang faedah, caj atau yuran tersembunyi bagi jumlah pinjaman sehingga RM5,000.

Saham2u juga berfungsi sebagai platform kewangan berasaskan teknologi (fintech) yang membolehkan pengguna mendapatkan kecairan segera tanpa perlu menjual pegangan
saham mereka.

Saham2u telah dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu di Menara Kuala Lumpur oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan menerima
sambutan menggalakkan daripada para pelabur tempatan sejak penubuhannya.

Hazimah berkata, kempen #ZeroChargesZeroWorries dijangka bakal menarik lebih 500 pelanggan baharu secara dalam talian menjelang akhir tahun ini.

Get Closer to the Action with the Galaxy S25 Ultra

Concert nights are magical, the lights, the energy, the sound of your favourite artist performing live. But let’s be honest: capturing those moments on camera? Not always easy.

Between blinding stage lights, fast choreography, and being seated a little too far from the stage, your dream concert footage can easily turn into a blur of lights and noise.

That’s where the Samsung Galaxy S25 Ultra changes everything.
Equipped with 100x Space Zoom and an AI-optimised Nightography camera, the S25 Ultra lets you get up close, even from the nosebleed seats.

Every glittering outfit, every iconic dance move, every smile, captured in crystal-clear detail, no matter how far you are. With the Galaxy S25 Ultra, there are truly “No Bad Seats”, every view feels front-row.

Local influencer Alex Ho knows this best. Known for his stunning concert fan cams, Alex always brings the Galaxy S Series along for every show. And at the recent BLACKPINK concert, his S25 Ultra delivered jaw-dropping footage that had fans flooding his comments with praise.

Samsung Announces Availability of Sleep Apnea Feature in Malaysia on Galaxy Watch Series

Sleep Apnea feature is now available on the Galaxy Watch series, through the Samsung Health Monitor app. This growth follows the feature’s receipt of the Medical Device Registration Certificate from the Medical Device Authority in Malaysia.

The certification affirms that Samsung meets the Medical Device Authority’s health, safety and environmental protection standards, reinforcing its leadership in sleep technology.

Additionally, the feature was also approved by Australia’s Therapeutic Goods Administration and Singapore’s

Health Sciences Authority.
The milestone builds on Samsung’s groundbreaking De Novo authorization from the U.S. Food and Drug Administration (FDA) — the first of its kind for a wearable device to detect signs of moderate to severe obstructive sleep apnea.

The Sleep Apnea feature was also approved by Korea’s Ministry of Food and Drug Safety, Brazil’s health regulatory agency ANVISA, and Health Canada.

Recognizing the critical role of sleep in overall health, Samsung is committed to helping users improve sleep quality by understanding their sleep patterns, providing personalized sleep coaching and optimizing their sleep environments.

With the Sleep Apnea feature, more users can now detect symptoms earlier — helping to prevent health issues associated with this common yet often undiagnosed condition.

The Sleep Apnea feature reflects Samsung’s ongoing commitment to providing users with meaningful insights to support healthy sleep habits. By expanding access to this FDA-authorized feature globally, Samsung is empowering users worldwide to take proactive steps toward better sleep health.

Memupuk  Bakat Bolasepak Muda Bersama Arena CelcomDigi

CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan Klinik Bolasepak Kanak-kanak CelcomDigi (CelcomDigi Kids Football Clinic) – satu inisiatif untuk memupuk kemahiran bolasepak dalam kalangan kanak-kanak.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi platform Arena CelcomDigi sebagai usaha memperkukuh komitmen dalam mempromosi gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. Klinik bolasepak ini merupakan antara misi utama Arena CelcomDigi untuk membina ekosistem sukan yang berdaya mampan serta memperluas akses kepada sukan bagi  golongan muda.

Ia juga menawarkan ruang yang inklusif dan selamat kepada kanak-kanak untuk belajar, bermain dan membesar melalui program latihan yang berstruktur.

Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, bersama Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Transformasi CelcomDigi, Cheng Weng Hong, Ketua Pegawai Jualan dan Peruncitan CelcomDigi serta Naquib bin Hamdan, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bertempat di Taman Rimba Kiara, Kuala Lumpur.

Dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), DBKL dan YFA Red Star Academy selaku rakan program, Klinik Bolasepak Kanak-kanak CelcomDigi  direka khas untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Program ini menawarkan pembelajaran sukan yang berstruktur dalam persekitaran yang inklusif dan selamat. Selain memberi tumpuan kepada kemahiran bolasepak, program ini turut menekankan pembangunan sahsiah, disiplin, dan semangat berpasukan di bawah bimbingan jurulatih bolasepak bertauliah menerusi modul latihan yang progresif.

“Pelancaran ini merupakan contoh bagaimana kerjasama awam-swasta mampu mencipta impak yang bermakna di peringkat akar umbi.Kolaborasi antara KBS, DBKL dan CelcomDigi mencerminkan bagaimana entiti yang berbeza boleh bergabung tenaga untuk memperkasa remaja serta memacu pembangunan komuniti.

Program seperti Klinik Bolasepak Kanak-kanak CelcomDigi ini diperlukan bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda, di samping memupuk bakat sukan yang merupakan asset masa depan negara.

Miliki Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia, HONOR X9d 5G Secara PERCUMA di Telco Terpilih!

HONOR X9d 5G telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia kerana tahap kelasakan dan daya tahannya yang luar biasa.

Kekuatan ini malah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia.

HONOR X9d 5G dijual pada harga runcit bermula daripada RM1,499 dan boleh didapati di HONOR Experience Store, pengedar-pengedar rasmi, serta platform atas talian. Selain itu, peranti ini juga ditawarkan melalui penyedia telekomunikasi terpilih, iaitu CelcomDigi, Maxis, redOne, U Mobile, Yes, dan unifi.

Lebih menarik, pengguna boleh mendapatkan versi storan 512GB secara PERCUMA dengan hanya melanggan pakej pascabayar terpilih yang ditawarkan penyedia-penyedia tersebut.

Miliki HONOR X9d 5G daripada hanya RM 1 dengan CelcomDigi

Dengan serendah RM1, pelanggan CelcomDigi boleh mendaftar untuk pelan Easy360 bagi memiliki HONOR X9d 5G, tanpa faedah dan tanpa bayaran pendahuluan! Untuk butiran terperinci, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

Bawa pulang HONOR X9d 5G secara PERCUMA dengan Maxis!

Lebih menarik, HONOR X9d 5G boleh menjadi milik anda secara PERCUMA melalui pelan Maxis Postpaid, penjimatan sebanyak RM1,699! Kunjungi laman sesawang rasmi Maxis untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini.

Daftar dengan redONE Mobile dan dapatkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA!

HONOR X9d 5G juga ditawarkan secara PERCUMA apabila pengguna mendaftar untuk pelan devicePRO 98 dengan redONE Mobile! Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi RedOne.

HONOR X9d 5G adalah PERCUMA dengan U Mobile

Selain itu, U Mobile turut menawarkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA apabila pengguna melanggan pelan U Postpaid 98 atau U Family 128. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, layari laman sesawang rasmi U Mobile

Dapatkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA dengan Yes Infinite+ Standard 88

Langgani Infinite+ Standard 88 dan dapatkan HONOR X9d 5G secara PERCUMA bermula dari hanya RM88 sebulan dengan data dan kelajuan 5G tanpa had! Kunjungi laman sesawang rasmi YES untuk ketahui lebih lanjut tentang pelan ini.

Unifi Mobile kini tawar HONOR X9d 5G secara PERCUMA! 

Langgan UNI5G Postpaid dan bawa pulang HONOR X9d 5G sekarang! Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Unifi.

Melangkaui ketahanan dan kuasa lebih tahan lama

HONOR X9d 5G dibina untuk daya tahan luar biasa, menampilkan kaca terbaja ultra-kukuh dengan reka bentuk penyerap berbilang lapisan yang pertama dalam industri. Ini termasuk lapisan peredam gred balistik untuk penyerapan kejutan yang dipertingkatkan, menghasilkan peningkatan ketahanan impak sebanyak 112%.

Tambahan pula, peranti ini telah mendapat penarafan tertinggi untuk rintangan air dan debu iaitu IP69K, IP69, IP68, dan IP66. Ini membolehkan peranti ini berupaya menahan cabaran seperti air bersuhu tinggi, kelembapan yang tinggi, dan pendedahan kepada air.

Untuk kuasa, HONOR X9d 5G memiliki bateri karbon silikon 8,300mAh yang besar untuk mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Beroperasi dengan cipset Snapdragon 6 Gen 4, peranti ini turut meningkatkan pengalaman pengguna dengan pembesar suara dwi-bass baharu yang menawarkan peningkatan kelantangan sehingga 400%.

Dari segi paparan, HONOR X9d 5G mengutamakan keselesaan mata dengan pelbagai ciri yang direka untuk mencegah keletihan mata semasa penggunaan yang lama. Ini termasuk Pemalapan Bebas Risiko 3840Hz, Pemalapan Dinamik, Perkakasan Cahaya Biru Rendah, dan Paparan Nyahfokus AI.

Manfaat Ketahanan Unggul untuk Ketenangan Pengguna

HONOR X9d 5G tersedia dalam empat warna menawan iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold, dan Midnight Black. Ia didattangi dalam dua pilihan storan iaitu 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) dengan storan 256GB pada RM1,499, manakala model storan lebih besar 512GB pada RM1,699.

Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana HONOR X9d 5G didatangkan dengan perlindungan komprehensif, iaitu Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Jaminan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun. Jangan tunggu lagi, bawa pulang HONOR X9d 5G yang tahan lasak ini melalui pelbagai pilihan telco, hari ini!

GAC M8 PHEV Now Available From RM328,800

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), the official sole distributor of GAC in Malaysia, today announced the official selling prices for the GAC M8 PHEV, a luxurious masterpiece that combines refined craftsmanship, intelligent hybrid technology and exceptional comfort in a premium MPV.

The GAC M8 PHEV is offered in two variants, with on the-the road price for Pen.Msia (excluding Insurance) for the Premium at RM328,800 and the Luxury at RM388,800.

To celebrate its market introduction, customers who place bookings before 31 December 2025 will enjoy two years of complimentary scheduled maintenance and receive a portable charging cable, offering a combined value of RM3,800.

These exclusive offers are available for a limited time and subject to specific terms and conditions.

At the heart of the M8 PHEV is a 2.0-litre turbocharged engine paired with a 2-speed Dedicated Hybrid Transmission (DHT) and an electric motor, delivering a combined maximum output of 372PS and 630Nm of torque.

With an impressive driving range of up to 1,038km on a full charge and a full tank, powered by a 25.57kWh battery and 56-litre fuel capacity, the M8 PHEV delivers a seamless balance of power, efficiency, and long-distance comfort.

Featuring an advance Adaptive Vehicle Dynamics Control System and an Electromagnetic Damping Suspension, it ensures outstanding driving comfort and stability across different road conditions.

The advanced hybrid powertrain offers three intelligent driving modes – Intelligent Hybrid, All-Electricity First and Power Preservation – catering to the versatile needs of modern drivers.

True to its positioning as a “Luxurious MPV Masterpiece”, the M8 PHEV redefines first-class travel on wheels. Its striking “Lion-like” front face and signature “Awakening Eye” LED headlights make a bold visual statement.

This is further complemented by 18-inch alloy wheels with a signature self-levelling wheel caps. Inside, the cabin exudes refined elegance with semi-aniline leather upholstery, extended 480mm second- and third-row sliding rails for best-in-class legroom, and an ultra-quiet interior enhanced by 108 sound insulation points and an Engine Noise Control (ENC) system.

The unique M8’s draft-free air conditioning system, powered by Cool-Sense Technology, delivers gentle, wind-free cooling for an elevated sense of comfort.

Introduced Smarter Everyday Essentials With Izipizi #Flash Collection And Ringo Pro Water Bottle

Championing innovation, artistry, and thoughtful design, ante, a Singapore-based curator group of design-led lifestyle products available in Malaysia, unveiled two exceptional additions to its portfolio this season.

As IZIPIZI celebrates its 15th anniversary, the French eyewear brand expanded its legacy with #FLASH, a dynamic Winter Capsule 2025 collection created for life in motion. Simultaneously, the group’s lifestyle label, Ringo, introduced the Ringo Pro Water Bottle,
a sophisticated evolution of daily hydration essentials.

Through strategic collaborations with forward-thinking global brands, ante continues to champion products that elevate everyday experiences – where form meets function, and innovation meets intention.

IZIPIZI #FLASH, Where Performance Meets Playfulness
Following its 15th anniversary milestone, IZIPIZI continues its journey of joyful innovation with #FLASH, a Winter Capsule 2025 crafted for the active lifestyle. Engineered from bio-sourced materials, #FLASH blends intelligent functionality with confident design, ideal for cyclists, runners, and outdoor enthusiasts alike.

The lightweight, unisex frame features photochromic lenses that seamlessly adjust from Category 1 to Category 3, adapting to changing light conditions while maintaining full UV protection.

Anti-fog ventilation ensures crystal-clear vision even during high-intensity activities, marrying technical precision with IZIPIZI’s signature effortless style.

Available in Black, Crystal, and Red Boost, #FLASH demonstrates how performance eyewear can be both practical and expressive. The collection, priced at RM499, is now exclusively available at IZIPIZI’s kiosk at Pavilion Kuala Lumpur.

Ringo Pro Water Bottle: Smart Hydration for the Modern Lifestyle
Designed for the rhythm of contemporary life, Ringo introduced the Ringo Pro Water Bottle – a clever fusion of hydration and connectivity. With its integrated magnetic booster ring, the bottle securely holds your smartphone at any angle, enabling effortless video calls, content viewing, or hands-free multitasking wherever you are.

Crafted from lightweight, powder-coated aluminium, the Ringo Pro offers dual-wall insulation to keep beverages cold for up to 24 hours or hot for up to 12. A leakproof stainless-steel cap and wide-mouth opening ensure both durability and ease maintenance, while its sleek, minimal design transitions seamlessly from desk to gym.

Available in six sophisticated shades – Orange, Lilac, Ivory, Green, Blue, and Black – the Ringo Pro Water Bottle is now available at ante, SEIBU, The Exchange TRX, Level 2, priced at RM269, and includes a complimentary magnetic booster ring.

Post Menarik