Utama Blog Halaman 54

XOX dan MyDigital ID Meterai MoU untuk Memperkasa Belia Malaysia

XOX memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan MyDigital ID, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (MOF), sempena majlis pembukaan CYBERDSA 2025 di Kuala Lumpur.

Majlis menandatangani MoU ini turut disaksikan oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi Aerosea Exhibitions; Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Lembaga Pengarah, Cybersecurity Malaysia; serta Gobind Singh Deo, Menteri Digital Malaysia.

Sebagai antara syarikat telekomunikasi terawal yang memeterai kerjasama ini, XOX mengambil langkah berani untuk memperkasa penggunaan MyDigital ID melalui program unggulnya, MySiswa.

Inisiatif ini akan mengintegrasikan identiti digital yang selamat dalam ekosistem pendidikan tinggi, sekali gus memperkasa pelajar, mengukuhkan keterlibatan kampus, dan mempercepatkan agenda transformasi digital negara.

Menerusi kerjasama ini, XOX akan menggerakkan rangkaian belia di seluruh negara bagi mempercepatkan penerimaan MyDigital ID, di samping memperkenalkan aplikasi dunia sebenar di universiti dan institusi pengajian tinggi.

XOX juga akan menerajui pelaksanaan kempen bersama, siri jelajah, serta aktiviti kampus bagi meletakkan MyDigital ID sebagai pemangkin utama ekonomi digital negara yang diyakini.

Pengarah Urusan XOX, Datuk Kenneth Vun, berkata: “Kerjasama ini menandakan babak baharu yang penting bagi XOX. Dengan mendorong penerimaan MyDigital ID melalui MySiswa, kami membekalkan pelajar dengan identiti digital yang selamat, membuka ruang kepada keyakinan, keselamatan dan peluang. Ini bukan sekadar teknologi, tetapi asas untuk membina generasi digital Malaysia.”

Beliau menambah: “Dunia siber hari ini penuh dengan peluang namun turut sarat dengan risiko. Walaupun AI dan platform digital menjadi pemacu kemajuan, ia juga sering disalahgunakan oleh penjenayah. Cabaran dunia siber tidak harus ditangani dengan ketakutan, tetapi dengan keyakinan.

MyDigital ID memberikan keyakinan itu, dengan melindungi privasi, memastikan keselamatan dan membuka peluang baharu bagi mereka yang menggunakannya secara bertanggungjawab. XOX komited memaksimumkan penggunaan MyDigital ID.

Inilah misi kami untuk membina ekosistem digital yang diyakini, inklusif dan berpandangan jauh untuk Malaysia.”

Pemeterian MoU ini mencerminkan aspirasi bersama antara XOX dan MyDigital ID untuk
mempercepatkan transformasi digital, memperkasa golongan belia, serta meletakkan
Malaysia sebagai peneraju yang diyakini dalam era digital.

Galaxy AI: The Journey of Innovation

A new era has begun — one in which AI defines what makes a phone smart. Ushered in by Samsung Electronics, Galaxy AI empowers users to reshape daily life through unprecedented possibilities in communication, creativity, and connection.

The launch of the world’s first AI phone — the Galaxy S24 series in 2024 — marked the moment smartphone evolution gave way to AI innovation. From that point on, Samsung has expanded its mobile AI ecosystem by advancing multimodal intelligence and integrating AI across wearables, tablets, PCs and beyond.

Since last year, Galaxy AI has redefined what it means to live freer and smarter. Explore the journey in the infographic below.

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia.

Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama.

General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups.

General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan
gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan.

Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

Varian Volvo EC40 Single Motor Kini Dibuka Untuk Tempahan pada Harga RM248,888 

Volvo EC40, SUV crossover pertama Volvo yang ditawarkan hanya sebagai model elektrik, kini boleh didapati dalam varian single motor untuk tahun model 2026. Harga jualan disyorkan (RRP) ditetapkan pada RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding RRP varian twin motor sedia ada.

Varian single motor ini datang dengan spesifikasi Ultra paling tinggi. Ia menggunakan motor elektrik magnet kekal generasi kedua yang dibangunkan sendiri oleh Volvo, dipasang di gandar belakang.

Motor ini menghasilkan 175 kW (238 hp) dan mampu memecut EC40 dari pegun ke 100 km/j dalam 7.3 saat. Bateri yang digunakan ialah pek voltan tinggi 70 kWh, membolehkan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP).

Dengan pengecasan pantas DC, bateri boleh dicas dari 10% ke 80% dalam 26 minit 3 sahaja. Warna baharu Sand Dune ditawarkan buat kali pertama pada EC40, menampilkan tona metalik hangat dengan kesan berkilau di bawah cahaya matahari – diinspirasikan daripada bukit pasir di pesisir barat Sweden.

Warna ini mula diperkenalkan pada EX90 model tahun 2025, dan kini menjadi pilihan bersama Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White. Bahagian kabin pula bebas kulit, digantikan dengan balutan Charcoal Connect suede textile dan Charcoal Microtech untuk rasa lebih premium serta mesra alam.

Panel papan pemuka dan pintu kini ditambah kemasan Cutting Edge, memberikan imej lebih moden dan tajam. EC40 single motor juga menerima sistem antaramuka generasi baharu yang mula diperkenalkan pada EX30.

Rekaan ini lebih ringkas serta mesra pengguna – kurang tekan skrin untuk akses fungsi utama. Paparan dipertingkatkan pada skrin tengah 9 inci (Google built-in) dan paparan pemandu 12.3 inci.

Chris Tan, Pengarah Jualan Volvo Car Malaysia berkata: “Sebagai model elektrik sepenuhnya yang kedua yang kami tawarkan di Malaysia, serta crossover pertama dalam barisan BEV Volvo, EC40 menyerlah dengan rekaan Skandinavia moden yang diinspirasikan era elektrik.

“Disebabkan permintaan pelanggan, kami kini tawarkan pilihan single motor dan twin motor untuk memenuhi pelbagai keperluan serta tahap komitmen pemilikan.”

Sejak dilancarkan, EC40 menonjol dalam segmen SUV kompak Volvo dengan ketinggian
tunggangan yang memberi keyakinan, roda besar bersama arca fender yang tegas, serta
bumbung landai dengan lampu belakang berbentuk unik yang menyerlahkan gaya sporty.

Seperti semua model Volvo lain, EC40 dilengkapi pakej penuh Safe Space Technology
termasuk sistem bantuan pemandu terkini, teknologi elak pelanggaran, dan struktur badan diperkukuh untuk melindungi penumpang serta pengguna jalan raya lain.

HUAWEI WATCH Ultimate 2, Now Open For Pre-Order

Huawei Consumer Business Group (CBG) Malaysia announced the availability of the HUAWEI WATCH Ultimate 2, the high-end smartwatch designed for outdoor adventurers, athletes, and professionals seeking the perfect balance of durability, innovation, and everyday convenience.

Certified under the EN 13319 standard, it is the industry’s first smartwatch that supports 150-metre diving and is equipped with sonar-based underwater communication. The HUAWEI WATCH Ultimate 2 redefines what a wearable can do both above and below the surface.

Refined yet robust, the watch is crafted with a zirconium-based liquid metal case, a dual colour nanocrystal ceramic bezel, and sapphire glass. The HUAWEI WATCH Ultimate 2 comes in two colour options; a timeless Black and a captivating Blue, which appears to have drawn inspiration from the mystique of the deep ocean.

Setting a new benchmark in wearable technology, the sonar-based communication feature in the HUAWEI WATCH Ultimate 2 allows divers to send preset messages and emojis to other users within 30 metres without the need for additional equipment.

An underwater SOS function, which supports a maximum range of 60 metres, helps ensure timely alerts in emergencies. With audio functions such as calling and music playback underwater, coupled with its zirconium-based liquid metal body and diving-level waterproof rating, the watch offers both performance and safety during aquatic adventures.

The HUAWEI WATCH Ultimate 2’s TruSense system is supported by the X-TAP and rear super-sensing modules, delivering 10 key health metrics through its Health Glance feature. From real-time SpO₂ monitoring to accurate heart rate and sleep tracking, users benefit from continuous insights into their well-being.

With up to 11 days of battery life in light use and up to 6 days in typical use, the watch ensures uninterrupted use across work, play, and adventure. The HUAWEI WATCH Ultimate 2 is also engineered for extreme outdoor connectivity. Its gap antenna system boosts signal strength, while the HUAWEI Sunflower Positioning System ensures pinpoint accuracy through dual-band five-system positioning and advanced algorithms.

The watch supports independent calls thanks to its eSIM feature, while AI call noise cancellation ensures clear conversations in harsh conditions. Safety features such as Fall Detection, Emergency SOS, and High-Altitude Monitoring add another layer of security for outdoor adventurers.

Pricing of the HUAWEI WATCH Ultimate 2 starts from RM 3,499, and is now available for pre-orders in Malaysia at any HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, and the HUAWEI Official TikTok Shop with free gifts worth up to RM1,305, including HUAWEI FreeClip, 2 Years HUAWEI Care+, and 3 Months HUAWEI Health+ membership.

Expanding its smartwatch portfolio, Huawei has also unveiled a refreshing new Blue colour variant for the HUAWEI WATCH D2, now available for pre-order in Malaysia at any HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada, and the HUAWEI Official TikTok Shop.

Priced at RM1,699, the HUAWEI WATCH D2 is the world’s first medically certified wrist-based smartwatch with ambulatory blood pressure monitoring (ABPM), offering 24-hour
precise tracking powered by the HUAWEI TruSense System.

With additional features such as Beat-by-Beat ECG analysis, heart rate monitoring, sleep and stress tracking, the WATCH D2 empowers users to take charge of their health in real time.

Why Upgrading to the Galaxy Tab S11 Series Means Smarter Productivity

Productivity today is not just about finishing tasks, it is about managing the endless flow of information, conversations, and responsibilities that shape our daily lives.

Between virtual meetings, online classes, personal projects, and family commitments, it often feels like there are simply not enough hours in the day. Samsung has long understood this challenge, and with the Galaxy Tab S10 Ultra, the brand showed how Galaxy AI could make life not only more efficient, but also more effortless.

Smarter Notes and Learning

In classrooms and boardrooms alike, features such as Note Assist and Transcript Assist gave users the freedom to focus on engaging in the moment while their tablet organized, summarized, and stored key points.

For students, this meant less pressure during lectures and more meaningful time reviewing later. For professionals, it ensured meeting minutes and action points were always captured, keeping productivity flowing even after the call ended.

Seamless Search, Instant Answers

With Circle to Search, users no longer needed to break their focus by opening new tabs or browsers. A simple gesture delivered instant results on screen, whether clarifying a term during research, identifying a reference in class, or checking details in a presentation. It kept workflow smooth, saving time and maintaining concentration.

Creativity That Flows Naturally

Galaxy AI also empowered creativity on the Tab S10 Ultra. Drawing Assist transformed rough sketches into clean illustrations, while Photo Assist enhanced images in an instant. For creators, students, or professionals, these tools turned ideas into polished content quickly and intuitively.

Conversations Without Borders

With Interpreter and Live Translate, communication extended beyond language barriers. From global meetings to supporting multilingual learning, Galaxy AI opened the door to more inclusive and effortless conversations.

The Next Step: Galaxy Tab S11

While the Galaxy Tab S10 Ultra set the stage for AI-powered productivity, the newly launched Galaxy Tab S11 Series builds on this foundation with even more intelligence, portability, and ecosystem integration. Slimmer, lighter, and equipped with multi-modal Galaxy AI such as Gemini Live, the Tab S11 Series is designed to make working, learning, and creating feel more natural than ever.

The Galaxy Tab S11 Series is now available in Malaysia.

Promotions – Just For You

From 19 September to 19 October 2025, enjoy exclusive offers worth up to RM1,958 when you purchase the new Samsung Galaxy Tab S11 Series.[1]

Customers who purchase the Samsung Reservation+ Voucher for RM50 during the period of 4 September 2025 until 22 September 2025 will receive an e-voucher worth RM250 and are able to receive rebates of up to RM500 off when you opt to upgrade your storage![2]

Bundle and save more when you purchase the Galaxy S25 FE or the Galaxy Tab S11 series together with the Galaxy Buds3 FE. Get the Galaxy Buds3 FE for only RM349 (RRP RM499).

[1] Terms and conditions apply. Promotion is on a first come first served basis, and while stocks last.

[2] Terms and conditions apply. Promotion is on a first come first served basis, and while stocks last.

GAC Malaysia Lancar Future Styled SUV, EMKOO Serba Baharu Dari RM123,800

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi GAC di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan GAC EMKOO serba baharu, Future Styled SUV, dengan harga bermula dari RM123,800 untuk varian Premium, manakala varian Premium Pro ditawarkan pada RM133,800.

Bagi meraikan pelancaran ini, pelanggan terawal akan menikmati Tawaran Early Bird Eksklusif yang merangkumi rebat tunai RM4,000 serta pakej aksesori percuma bernilai RM10,000*, menjadikan EMKOO pilihan yang lebih menarik bagi pembeli SUV di Malaysia.

Pakej Aksesori Early Bird merangkumi naik taraf eksklusif seperti 2-Channel DVR dengan kad Micro SD 64GB, EMKOO Exclusive Kicking Plate, Luggage Tray dan Sport Pedals.

Pembeli varian Premium turut menerima Vkool Solar Tint dan Electric Power Tailgate, manakala pembeli Premium Pro pula dilengkapi dengan Vkool Security Tint untuk perlindungan tambahan. Tawaran ini adalah terhad kepada 500 pemilik pertama di bawah terma dan syarat khusus kempen (*).

GAC EMKOO serba baharu, digelar sebagai Future Styled SUV, dikuasakan oleh enjin 1.5TGDI yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan wet dual-clutch, memberikan prestasi yang mengagumkan serta dinamik. Ia menawarkan kecekapan bahan api rasmi pada kadar 6.6L/100km (NEDC), pecutan 0-100km/j dalam hanya 8.8 saat, dan kelajuan maksimum 190km/j, memberikan gabungan kuasa dan penjimatan yang efisien.

Bahagian dalaman kokpit futuristik memberikan pengalaman terbaik kepada pemandu dengan Head-Up Display (HUD) yang memaparkan maklumat utama terus ke cermin hadapan, disokong oleh kluster instrumen digital LCD 10.25 inci serta sistem infotainment 10.1 inci dengan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto.

Selain itu, dengan kapasiti ruang boot iaitu 638 liter, ia boleh mencecah sehingga 1,586-liter dengan kerusi belakang dilipat, memberi fleksibiliti untuk setiap perjalanan.

Future Styled SUV ini turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini termasuk pakej lengkap ADAS Tahap 2, Full Automatic Parking Assist (FAPA), dan sistem Adaptive Vehicle Dynamic Control (AVDC) eksklusif GAC, memastikan keselamatan, keyakinan serta ketenangan dan keselesaan dalam setiap perjalanan.

Pelancaran EMKOO Sebagai model CKD kedua GAC di Malaysia, mencerminkan komitmen berterusan GAC dan WTCA dalam memperkukuhkan pemasangan tempatan serta pembangunan jenama jangka panjang di pasaran Malaysia.

Dengan pelancaran ini, GAC Malaysia melakar kejayaan GS3 EMZOOM dan sekali lagi menegaskan hasrat untuk menawarkan kenderaan bergaya, berkualiti tinggi, serta disesuaikan dengan keperluan pasaran tempatan. Model ini telah mendapat sambutan hangat sejak pra-tonton di siri roadshow dan pameran seluruh negara sejak Julai lalu, hasil daripada rekaan futuristik, keluasan ruang, teknologi maju, dan sistem keselamatan pintar.

GAC EMKOO hadir dengan lima pilihan warna luaran menarik iaitu Super Star Silver, Graphite Grey, Frost White, Asphalt Black, serta warna baharu Star Lake Green. Semua warna luaran dipadankan dengan interior kulit sintetik hitam dengan aksen merah, memberikan gabungan seimbang antara sofistikasi dan sporty.

Pelanggan juga akan menikmati jaminan keyakinan dengan waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km serta jaminan enjin dan powertrain 7 tahun atau 180,000km (mana yang lebih awal).

Bagi meningkatkan keyakinan pemilik, GAC Malaysia turut mengumumkan peluasan rangkaian selepas jualan kepada 45 pusat servis di seluruh negara bermula Oktober 2025, bagi memastikan liputan yang lebih meluas, akses yang lebih mudah serta kemudahan terbaik untuk semua pemilik GAC.

Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd berkata, pelancaran EMKOO adalah satu lagi langkah penting dalam perjalanan perkembangan GAC di Malaysia.

Dengan kejayaan pemasangan tempatan EMKOO, tawaran early bird yang sangat menarik, serta sokongan selepas jualan yang diperkukuh dan diperluas, EMKOO berada dalam kedudukan terbaik untuk memberikan nilai luar biasa kepada pembeli SUV Malaysia di samping memperkukuhkan jenama dan kehadiran GAC dalam pasaran.

GAC EMKOO serba baharu kini dibuka untuk tempahan dan pandu uji di bilik pameran GAC seluruh negara, dengan penghantaran kumpulan pertama kepada pelanggan bermula serta-merta. Untuk maklumat lanjut atau menempah pandu uji, layari www.gacmotor.com.my atau ikuti GAC Malaysia di media sosial.

The New Huawei Watch GT6 Series Now Available

The latest additions to Huawei’s smartwatch portfolio are officially available in Malaysia, arriving to offer a new standard in performance, health monitoring, and everyday convenience.

Designed for adventurers, athletes, and modern professionals, the HUAWEI WATCH GT 6 Series blends advanced technology with premium design to deliver unrivalled versatility.

Alongside it, the HUAWEI WATCH D2 brings medical-grade precision and effortless style to everyday living. From conquering challenging trails to managing daily wellness routines, these wearables are crafted to keep users connected, informed, and inspired every step of the way.

The HUAWEI WATCH GT 6 Pro delivers endurance like never before, offering up to 21 days of battery life on a single charge. Built for adventurers who demand both power and precision, it combines long-lasting performance with professional-level sports capabilities and a refined aesthetic.

Featuring a raised timing bezel, sapphire glass, and an aviation-grade titanium alloy body with a nanocrystal ceramic rear cover, the watch embodies both strength and sophistication.

From extended trail runs in the highlands and golfing on world-class courses to freediving adventures up to 40 metres, the WATCH GT 6 Pro is designed to accompany every pursuit with reliability and style.

Emirates Introduces Premium Economy To Kuala Lumpur On Newly Retrofitted Boeing 777

As part of its commitment to offering a consistent and enhanced travel experience for passengers travelling to and from Malaysia, Emirates has deployed its retrofitted Boeing 777 aircraft on flights EK346 and EK347. The refurbished aircraft features four newly
configured and refreshed cabins, including its award-winning Premium Economy.

Emirates’ flight EK346 departs Dubai at 3:10hrs and arrives in Kuala Lumpur at 14:25hrs. The return flight EK347 departs Kuala Lumpur at 19:10hrs and arrives in Dubai at 22:10hrs. All times are local.

The airline’s Premium Economy cabin redefines comfort for travellers flying between Kuala Lumpur and Dubai, offering plush seating, generous legroom, and a superior dining experience.

With the introduction of the newly retrofitted Boeing 777, this signature offering is now available across nearly 70 destinations within the Emirates network. For those seeking additional comfort and privacy during their journeys, the Premium Economy cabin offers a refined upgrade from Economy Class.

From regional dishes served on Royal Doulton fine china, stainless steel cutlery wrapped in linen to a polished woodgrain dining table that folds into the seat. The unparalleled service also offers a selection of premium wines, and exclusive beverages that are available throughout the flight.

“Malaysia has been a key market for Emirates for nearly three decades. We are proud to introduce our latest generation and award-winning Premium Economy along with refreshed First, Business and Economy cabins to our travellers”, said Saeed Mubarak, Country Manager Emirates in Malaysia.

“The new interiors bring more comfort and more choice, ensuring every passenger enjoys a seamless and consistent journey, no matter how they choose to fly. It’s a reflection of our continued investment and sets us apart in the industry by offering a redefined travel experience for millions of passengers worldwide.”

As part of its multi-billion dollar initiative to refurbish 219 aircraft, the airline has already completed upgrades on 67 aircraft. This extensive nose to tail refurbishment underscores Emirates’ commitment to delivering an elevated travel experience across its fleet.

The airline is on track to offer nearly 2 million Premium Economy seats annually across its network by the end of 2025, doubling to 4 million by 2026. Premium Economy passengers also enjoy a generous checked-in baggage allowance of 35kg and a further 10kg of carry-on baggage. Customers can book their Premium Economy experience now through emirates.com or the Emirates App.

HONOR Tawar Diskaun Eksklusif Kepada Anggota Bomba Sebagai Tanda Penghargaan

President of HONOR South Pasific, Justin Li (2nd left) and Director General of the Fire and Rescue Department of Malaysia, Dato Sri Ts. Nor Hisham Mohammad (3rd right)

HONOR X9d 5G, model terbaharu dan laris dalam Siri X telah diangkat sebagai telefon pintar pilihan anggota bomba pada majlis penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini.

Majlis berlangsung di ibu pejabat JBPM di Putrajaya dihadiri anggota dan pegawai bomba serta rakan-rakan media. HONOR menganjurkan majlis tersebut bertujuan meraikan khidmat dan jasa anggota bomba di seluruh negara.

HONOR X9d 5G bukan hanya telefon pintar pilihan rakyat Malaysia tetapi juga anggota bomba. Ini kerana peranti tersebut mengetengahkan ketahanan luar biasa disebabkan rekaannya yang mampu mengharungi keadaan ekstrim.

Ciri ini turut ada pada anggota bomba yang sentiasa berdepan pelbagai rintangan dengan berani ketika menjalankan tugas penyelamatan. Warna merah keperangan atau Reddish Brown HONOR X9d 5G sepadan dengan ‘Wira Merah’, gelaran yang diberikan kepada anggota bomba.

President of HONOR South Pasific, Justin Li presenting a plaque of appreciation to Director General of the Fire and Rescue Department of Malaysia, Dato Sri Ts. Nor Hisham Mohammad.

Direka untuk Ketahanan, Memenuhi Permintaan Anggota Bomba

HONOR X9d 5G mempunyai daya ketahanan dan kekuatan seperti ciri yang ada pada setiap anggota bomba. Setiap kali bertugas, mereka terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan keadaan ekstrim. Oleh sebab itu, HONOR X9d 5G amat sesuai untuk anggota bomba. Peranti ini telah diberikan peningkatan yang lebih baik untuk rintangan air, jatuhan dan haba, sesuai mengharungi cabaran-cabaran sedemikian.

Telefon pintar ini mempunyai penarafan kalis air IP69K, Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS dan menjadi peranti pertama menawarkan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun yang melindunginya dari air dan habuk selain rintangan kejatuhan.

Kekukuhan peranti ini turut disokong dengan Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun. Pemberian tiga jenis jaminan tersebut menjadikan HONOR X9b 5G telefon pintar pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan komprehensif sedemikian.

Peningkatan Lebih Baik dengan Nilai Tiada Tandingan

HONOR X9d 5G hadir dengan enam peningkatan hebat, sesuai untuk pelbagai peringkat usia dan persekitaran pekerjaan, termasuk anggota bomba. Peranti ini mempunyai kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 8,300mAh dan mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Selain itu, paparan OLED 6.79 inci dengan resolusi 1.5K dan kecerahan puncak 6,000 nits memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Selain itu, HONOR X9d 5G dikuasakan oleh Snapdragon 6 Gen 4, peningkatan yang besar berbanding model sebelumnya dan cipset ini memberikan prestasi serta kecekapan yang lebih baik.

Audio peranti ini juga ditambahbaik, ia mempunyai pembesar suara stereo dwi bass dengan bunyi sehingga 400%. Dengan semua peningkatan tersebut, HONOR X9d 5G tetap mengekalkan harga yang sama dengan model sebelumnya iaitu bermula daripada RM1,499.

Diskaun Eksklusif 15% untuk Wira Negara

Sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan keberanian anggota bomba di seluruh negara, HONOR memberikan diskaun eksklusif 15% kepada JBPM apabila mereka membeli X9d 5G di laman web HONOR pada jualan rasmi peranti ini yang bermula 10 Oktober dengan menggunakan alamat emel rasmi JBPM.

Setiap pembelian HONOR X9d 5G didatangi dengan hadiah percuma bernilai RM946 terdiri daripada jam tangan pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.

HONOR X9d 5G tersedia dalam empat warna menarik iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Ia hadir dalam storan 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB pada harga RM1,499, manakala varian 512GB berharga RM1,699.

Post Menarik