Utama Blog Halaman 243

HONOR memperkenalkan Strategi Semua Scenario Berkuasa AI Baharu di MWC 2024

Jenama teknologi global HONOR memperkenalkan strategi semua senario inovasinya dengan melancarkan pengalaman silang OS berkuasa kecerdasan buatan (AI) dan antaramuka pengguna berasaskan niat di pentas Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2024), hari ini. 

HONOR turut melancarkan HONOR Magic6 Pro di peringkat global bersama komputer riba AI terbaharu HONOR MagicBook Pro 16. Kedua-dua peranti tersebut dilengkapi platform tahap AI HONOR yang mempertingkatkan pengalaman pengguna dengan menumpu terhadap pemerkasaan berpusatkan manusia.

Selain dua peranti tersebut, HONOR memperkenalkan HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Pro RSR Porsche Design yang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi global.

“Ketika kita melangkah ke era AI, HONOR berkomited untuk mencipta inovasi berpusatkan manusia yang menyediakan pengalaman lancer dan terbuka bagi memenuhi permintaan pengguna selain menyelesaikan masalah mereka.

“Kami berbangga mengumumkan pelancaran global telefon pintar dan komputer riba AI baharu HONOR yang mana peranti ini merevolusikan pengalaman pengguna menerusi kemampuan AI yang termaju dalam industri, sambil merentas sempadan dalam interaksi antara manusia dan peranti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd, George Zhao.

Teroka Keajaiban AI dengan HONOR Magic6 Pro   

HONOR Magic6 Pro adalah model terkini dalam flagship Siri HONOR Magic dan tampil dengan kecanggihan dalam fotografi, paparan, prestasi, dan pengalaman pengguna berkuasa AI.

Sejajar dengan komitmen dalam mengeluarkan inovasi yang berpusatkan manusia, HONOR memperkenalkan sistem operasi Android terbaharu MagicOS 8.0. Sistem ini menggabungkan sepenuhnya platform tahap AI HONOR dan mengetengahkan UI berasaskan niat yang pertama dalam industri. HONOR sedang mengubah pengalaman pengguna dengan memperkenalkan pelbagai kaedah serba baharu untuk manusia berinteraksi dengan peranti pintar mereka.

HONOR Magic6 Pro menawarkan pengalaman lebih peribadi dan intuitif kepada pengguna menerusi Magic Capsule dan Magic Portal. Hanya dengan menyentuh pada banner pemberitahuan di bahagian atas skrin akan membesarkan Magic Capsule, seterusnya memaparkan maklumat tambahan dan pilihan berkaitan. Ciri ini membolehkan pengguna mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi, sekaligus meningkatkan produktiviti dan kecekapan.

Magic Portal pula adalah ciri yang dikuasakan oleh AI bagi memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini mengubah tugas kompleks menjadi ringkas dengan hanya satu langkah. Sebagai contoh, AI Magic Portal segera mengecam alamat dalam mesej teks dan membawa pengguna terus ke Google Maps untuk navigasi mudah.

Bagi media sosial seperti TikTok dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian maklumat. Pengguna boleh menghantar butiran tempahan atau carian online dengan seret yang mudah. Selain itu, Magic Portal meningkatkan pengalaman membeli-belah dengan membawa pengguna ke platform untuk mencari dan membeli barang diingini.

Menerusi bekerjasama HONOR dengan rakan kongsi dan pembangun aplikasi, Magic Portal dapat menyokong lebih 100 aplikasi paling kerap digunakan pengguna di seluruh dunia. Ini bagi memudahkan pengguna menggunakan sepenuhnya potensi Magic Portal dengan aplikasi kegemaran mereka.

Inspirasi Amalan Kecerdasan Buatan 

HONOR aktif bekerjasama dengan rakan industri untuk membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai. Sebagai preview peluang masa depan yang berpotensi, HONOR memperkenalkan AI dalam peranti dengan LlaMA 2 open-source di dalam HONOR Magic6 Pro.

Ciri ini bagi menyelesaikan beberapa fungsi seperti soalan, jawapan, penciptaan teks, dan pemahaman bacaan di persekitaran luar talian. Kolaborasi seperti ini di dalam industri membuka masa depan yang lebih imajinatif untuk pengguna.

Dalam pada itu, HONOR turut menunjukkan kemungkinan penjejakan mata pada telefon pintar pada masa depan dengan mengawal kereta secara hands-free menggunakan sistem penjejakan mata berkuasa AI HONOR Magic6 Pro.

Konsep yang masih di peringkat eksperimen ini menunjukkan bagaimana interaksi antara telefon pintar pertingkat AI dan kenderaan melampaui kawalan skrin atau suara.

Nikmati Pengalaman Fotografi Sukan Profesional dengan Sistem Kamera Falcon HONOR Berkuasa AI

Memandangkan pelbagai temasya sukan bakal dianjurkan sepanjang tahun ini, HONOR menjadikan fotografi sukan sebagai keutamaan. HONOR Magic6 Pro dilengkapi Sistem Kamera Falcon HONOR dengan tangkapan kelajuan dan gambar lebih jelas yang dipertingkatkan.

Sistem kamera ini dikuasakan dengan AI yang mempunyai pangkalan data 28 kali ganda lebih besar dari generasi sebelumnya.

HONOR AI Motion Sensing Capture adalah algoritma tangkapan AI canggih yang mampu meramalkan dan menangkap momen penting dalam definisi ultra-tinggi.

Sistem kamera ini lebih canggih dari generasi sebelumnya dan mampu meliputi pelbagai aktiviti bersukan seperti melompat, menari dan seni bela diri. HONOR Magic6 Pro peranti ideal untuk merakam momen mengujakan di acara sukan dan perlumbaan.

HONOR Magic6 Pro didatangi dengan Lensa Kamera Tele-falcon 180MP luar biasa (f/2.6, OIS) dengan zoom optik 2.5x dan zoom digital sehingga 100x. Peranti ini mempunyai Kamera Ultra Lebar 50MP (f/2.0, EIS) dan Kamera Utama 50MP berkuasa dengan keupayaan apertur berubah (f/1.4 dan f/2.0, OIS), untuk menangkap momen pantas dengan kejelasan terbaik.

Paparan Tiada Tandingan dengan Pelindung NanoKristal HONOR 

Menampilkan kaca skrin paling tahan jatuh dalam industri setakat ini, HONOR Magic6 Pro menetapkan piawaian baharu untuk rintangan jatuh paparan. Disahkan pensijilan Keupayaan Rintangan Kaca Keseluruhan Lima Bintang SGS bagi pelbagai senario, paparan HONOR Magic6 Pro dihasilkan daripada material canggih penambahbaikan 50% dalam ketumpatan kristal. Peningkatan ini menghasilkan keupayaan penyerapan hentakan sehingga 10 kali ganda lebih besar berbanding kaca biasa

Selain ketahanan, HONOR Magic6 Pro mempunyai Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat 6.8-inci, Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri, Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia Boleh Disesuaikan dan ciri Nada Alam Semula Jadi.

Prestasi Berkuasa Didorong Inovasi Rentas Industri

HONOR Magic6 Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 3 yang membawakan peningkatan 30% dalam prestasi CPU dan 25% dalam prestasi GPU.  Enjin AI Qualcomm® melancarkan dan menstabilkan ciri AI dalam HONOR Magic6 Pro, seterusnya mencapai peningkatan 98% berbanding model sebelumnya.

Cipset ini memberikan pengalaman permainan menakjubkan dengan kecekapan bateri selain dilengkapi kecanggihan yang mentakrifkan prestasi berkuasa

Menyedari kepentingan jangka hayat bateri, HONOR menggunakan Bateri Karbon Silikon generasi kedua yang diinspirasikan daripada kenderaan elektrik dan cipset HONOR E1 untuk menambahbaik prestasi HONOR Magic6 Pro.

Bateri kapasiti besar 5,600 mAh ini dapat menahan suhu yang sangat rendah, malah pengguna masih dapat memainkan YouTube selama 81 minit dengan bateri pada 10% di persekitaran suhu -20 darjah selsius. Disokong pengecasan pantas 80W HONOR Wired SuperCharge dan pengecasan wayarles 66W HONOR Wireless, bateri HONOR Magic6 Pro mampu mencapai 100% dalam masa 40 minit sahaja.

Kecanggihan teknologi bateri HONOR Magic6 Pro melayakan peranti ini menduduki tempat pertama dalam penarafan bateri global DXOMARK dengan skor tertinggi 157.  Peranti ini dianugerahkan lima label pertama DXOMARK pada tahun ini untuk kamera, audio, paparan, bateri dan keupayaan swafoto yang cemerlang.

Manfaatkan AI untuk Mencipta Pengalaman Saling Berkait Semua Scenario

Selain telefon pintar, HONOR melancarkan komputer riba berkuasa AI terbaharu, HONOR MagicBook Pro 16 yang membawakan pengalaman PC semua senario dan kolaborasi merentas OS dengan mudah.

Platform tahap AI HONOR dengan gabungan CPU dan GPU tercanggih pada HONOR MagicBook Pro 16 memudahkan pengguna berkongsi maklumat dan menyelaraskan material kepada semua telefon pintar, komputer riba dan tablet HONOR dengan mudah menerusi MagicRing.

Bagi menambah lagi pengalaman semua senario, HONOR turut mengeluarkan tablet terbaharu HONOR Pad 9 yang mempunyai Paparan FullView HONOR 12.1 inci 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz. Tablet ini turut dilengkapi lapan pembesar suara daripada teknologi penalaan bunyi HONOR Histen. HONOR Pad 9 menawarkan pengalaman pengguna luar biasa serta menonjol dengan reka bentuk tersendiri.

HONOR Magic6 RSR Porsche Design

Selain melancarkan telefon boleh lipat eksklusif HONOR Magic V2 RSR Porsche Design di MWC, syarikat ini turut memperkenalkan HONOR Magic6 RSR Porsche Design. Edisi khas ini turut mengetengahkan ciri-ciri Porsche Design.

Warna dan Harga 

HONOR Magic6 Pro direka bagi individu yang menggemari gaya moden dan elegan. Peranti ini ditawarkan dalam warna hitam Black and hijau Epi Green pada harga 1,299 Euro (12+512GB). 

HONOR Magic V2 RSR pula berharga 2,699 Euro dan boleh didapati dalam warna Agate Grey (16GB+1TB). 

Manakala HONOR MagicBook 16 Pro didatangi dalam warna putih White dan hitam Midnight Black akan tersedia di pasaran mulai suku kedua 2024. 

Sementara HONOR Pad 9 akan dijual pada harga 349 Euro. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR di  https://www.hihonor.com/my/

AirAsia rancang jadi kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah pertama dunia

AirAsia mengumumkan rancangan pelancaran kumpulan syarikat penerbangan dengan rangkaian tambang rendah pertama dunia.

Rancangan ini  memanfaatkan strategi pelbagai hab uniknya yang telah dibina selama 22 tahun melalui syarikat penerbangannya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja tidak lama lagi

Pengumuman tersebut dibuat semasa majlis lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Pesawat Komersial Airbus, Christian Scherer, ke RedQ, iaitu ibu pejabat korporat AirAsia di Malaysia.

Ratusan kakitangan AirAsia, Ketua Pegawai Eksekutif, serta pihak pengurusan AirAsia hadir bagi menyambut pemimpin Airbus itu semasa lawatan pertamanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ke ibu pejabatnya yang merupakan pejabat untuk 6,000 Allstars (kakitangan AirAsia).

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A syarikat induk bagi kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, berkata: “Semua pencapaian kami, antaranya menjadi salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terbesar dan paling popular di dunia adalah hasil kerjasama erat bersama-sama Airbus.

Jenis pesawatnya yang mempunyai antara spesifikasi terbaik sejajar dengan usaha kami untuk terus mengembangkan rangkaian penerbangan. Dengan penambahbaikan berterusan kepada pesawat, kecekapan penggunaan bahan api, peningkatan jumlah muatan dan keupayaan untuk terbang lebih jauh, membolehkan kami menawarkan penjimatan terbaik dan perkhidmatan lebih berkualiti.

“Kami berharap untuk mengembangkan rangkaian pesawat kami dengan memperkenalkan model pesawat Airbus A321LR dan A321XLR yang akan menggantikan pesawat utama iaitu A320 dalam tempoh beberapa tahun akan datang dari hab utama kami termasuk Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, dan lain-lain.

Pesawat baharu dengan spesifikasi lebih canggih ini akan menawarkan lebih fleksibiliti bagi perkhidmatan laluan jarak sederhana sedia ada dan memperluas rangkaian ke destinasi-destinasi yang masih belum diterokai, termasuk destinasi menarik seperti di Asia Utara, Australia dan Asia Tengah.”

“Dengan pesawat Airbus A330 yang melibatkan laluan jarak sederhana hingga jarak jauh termasuk pesawat A330neo, kami bercadang untuk mengembangkan rangkaian ke destinasi di benua Eropah seperti London, Paris, Amsterdam, Bratislava, Barcelona, Copenhagen, Afrika (Kaherah, Nairobi, Cape Town) Pantai Timur Amerika Utara (New York, Miami, Toronto) melalui Eropah dan Pantai Barat Amerika Utara (San Francisco, Los Angeles, Vancouver) melalui Jepun.

IKIM Lancar Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam Untuk IPT

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 21 Februari 2024 telah melancarkan  “Pertandingan Mereka Cipta Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) 2024 dengan tema “Harmoni”.

Pertandingan ini telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya. Dato’ Dr Mohamed Azam Mohamed Adil.

Menurutnya, penganjuran VIPKI pada tahun 2024 ini merupakan penganjuran buat kali yang kedua selepas VIPKI 2023 mendapat sambutan yang sangat baik daripada para penuntut IPT.  Pada tahun lalu seramai 618 peserta dari 49 IPT telah menyertai pertandingan ini dan 10 peratus daripada peserta merupakan penuntut bukan Islam.

VIPKI dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan penghasilan video pendek kefahaman Islam bagi membina minda Islami dan menanamkan nilai-nilai murni sejagat dalam kalangan masyarakat.

Pertandingan ini diharap dapat menarik minat ramai anak muda untuk memahami Islam dan menyampaikan mesej Islam itu melalui video pendek yang dihasilkan.  “VIPKI juga diharap dapat menggalakkan anak muda Islam dan bukan Islam untuk bergabung dan bersinergi bagi menghasikan karya yang hebat”, kata Ketua Pengarah IKIM.

Menurut Prof. Madya Dato’ Dr Mohamed Azam, pada tahun 2024 ini, tema pertandingan adalah “HARMONI” dan sehubungan itu, karya yang dipertandingkan hendaklah menggambarkan kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang harmoni.

Idea teras VIPKI hendaklah berasaskan kehidupan masyarakat majmuk harmoni Malaysia seperti: (a) Menghormati perbezaan, menghargai persamaan dan mencintai kedamaian; (b) Menegakkan keadilan dan kesaksamaan; dan, (c) Menggalakkan kerjasama antara masyarakat.

“Antara nilai-nilai masyarakat harmoni yang perlu diterjemahkan dalam video pendek yang dipertandingkan adalah: (a) adab; (b) muhibbah; (c) tolak ansur; (d) toleransi; (e) kemanusiaan; (f) empati; (g) kejujuran; (h) kesederhanaan; dan, (i) kerendahan hati”, ujar beliau lagi.

Welcome to the Era of Mobile AI

Developing the Galaxy S24 series has been the most rewarding period of my career. As an engineer, I have witnessed many examples of incredible innovations, but AI is the most transformative technology of the century.

Few engineers get the chance to be involved in something with such seismic potential. It brings great change, not only for Samsung and the mobile industry, but for all humankind.

When integrated into phones, AI, is to put it simply, a revolution. This is a new era for mobile experiences and Samsung Galaxy has a leading role to play in it. Mobile devices will become the primary access point for AI, and Samsung Galaxy – with our broad and comprehensive product portfolio, heritage of innovation, and philosophy of open collaboration – is in a great position to accelerate its global expansion. We will make mobile AI easy to access and ignite new possibilities for all.

Opening Up New Possibilities

As we pioneer groundbreaking experiences in mobile AI, we’ve thought a lot about how this new and exciting technology can enhance our lives and inspire society’s next steps. Applied with care and consideration, Galaxy AI helps people communicate beyond borders, complete everyday tasks easily, and so much more.

Since the launch of Galaxy S24 series, we’ve had great feedback about how people actually use Galaxy AI features in their daily lives. One of the most welcomed AI features is Circle to Search with Google, an incredible new tool for intuitive discovery.

Our communication tools for removing language barriers, such as Live Translate, Chat Assist and Interpreter, have captured the imagination of many. People also love Photo Assist, our tools for creativity powered by our ProVisual Engine.

Again, we’re only getting started. While developing the Galaxy S24 series, we had many ideas and concepts that we wanted to bring to life. Galaxy users will be able to enjoy more Galaxy AI features that build on these ideas and concepts over time as Samsung continuously enhances and grows the mobile AI experiences.

Moreover, we are already planning next steps for Galaxy AI beyond smartphones – optimizing it for various categories of devices, across various services. In the near future, the select Galaxy wearables will use AI to enhance digital health and unlock a whole new era of expanded intelligent health experiences.

Samsung will keep enriching and expanding Galaxy AI experiences across categories through collaborations with more industry-leading AI partners.

The Next Big Thing is YOU

Over the past year, we frequently asked ourselves what users want or need and what they could achieve with a little assistance. These questions inspired the Galaxy S24 series, our first AI phone that invites users to imagine how their lives could change thanks to AI. It is the phone of the future, shaping the standard of mobile AI and defining this emerging category of AI phones.

Of course, there are challenges and responsibilities to consider. AI models in training are still susceptible to hallucinations, and the debate on intellectual property rights continues. It is crucial that companies openly collaborate to carefully define AI experiences, so users can confidently and reliably enjoy their new abilities.

It’s also important to raise the standards of security and privacy in this new era of data-intensive mobile experiences. That is one of the reasons we’ve taken a hybrid approach that combines on-device and cloud-based AI.

Besides ensuring seamless usability, this lets users limit some features to function entirely on-device, giving them greater control over what they do with their data. We remain committed to enhancing Galaxy device security and privacy by providing users with transparency and choice.

In this new era of mobile AI, it is no longer a question of what any phone can do, but what individuals can achieve with the right tools. Galaxy S24 series provides just some of those tools and I can’t wait to see what you will do with them. It is you who decides what’s possible, useful, and meaningful. The next chapter of mobile experiences does not belong to us. It belongs to you, our Samsung Galaxy users.

Galaxy AI features will be provided for free until the end of 2025 on supported Samsung Galaxy devices. Different terms may apply for AI features provided by third parties.

PCG, Sarawak Petchem Teroka Potensi Bina Loji Ammonia dan Urea Berkarbon Rendah Di Bintulu, Sarawak

PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Sarawak Petchem Sdn. Bhd. (Sarawak Petchem) untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bersama untuk membina loji Ammonia dan Urea berkarbon rendah di Bintulu, Sarawak.

Di bawah terma MoU itu, kedua-dua syarikat akan menjalankan kajian komprehensif bersama dari segi teknikal dan komersial, dengan aspek-aspek yang lain, dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian tenaga lestari dengan memanfaatkan potensi tenaga yang boleh diperbaharui di rantau ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Petchem, Dato’ Mohammad Haji Ibrahim bersama Ketua Kewangan & Komersialnya Abdul Razak Ali; manakala PCG diwakili oleh Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Mazuin Ismail dan Ketua Perancangan Strategik & Usaha Niaga, Ir. Yaacob Salim.

Majlis tersebut disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg; Pengerusi Sarawak Petchem, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain; Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh; serta Presiden PETRONAS dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

“Usahasama untuk mengkaji potensi pembangunan loji Ammonia dan Urea berkarbon rendah berskala dunia amatlah dialu-alukan. Loji ini mempunyai keupayaan pada masa akan datang untuk menghasilkan ammonia dengan jejak karbon yang rendah; ia sememangnya satu inisiatif strategik dalam memanfaatkan peluang pasaran peralihan tenaga global,” kata Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari.

Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz turut menambah, “Kerjasama ini membolehkan kami memanfaatkan sinergi, mengoptimumkan kos, dan berkongsi risiko, justeru memaksimumkan nilai untuk Sarawak dan Malaysia; dan pada masa yang sama menzahirkan amalan perniagaan yang beretika dan pemikiran yang kolaboratif.

Inisiatif pembangunan bersama ini berfungsi sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Sarawak, di samping memacu penyediaan peluang pekerjaan dan memupuk pertumbuhan lestari selaras dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Sarawak.

Ammonia berkarbon rendah selalunya digunakan dalam sektor hidrogen dan tenaga untuk pembakaran bersama, “bunkering” dan aplikasi Ammonia lestari pada masa hadapan manakala Urea pula berfungsi terutamanya sebagai baja, bahan mentah untuk resin dalam papan lapis dan pelekat, serta cecair ekzos diesel untuk pengaplikasian automotif.

Casio bakal Lancar Jam Tangan Kolaborasi G-SHOCK – Kumpulan Penyanyi Wanita K-POP, ITZY

Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran penambahan baharu kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK.

Direka bentuk melalui kolaborasi bersama ITZY, Kumpulan Penyanyi Wanita K-POP, jam tangan GMA-P2100IT dan GMA-P2100ZY baharu ini tersedia dengan tiga model secara keseluruhannya.

Sejak penampilan sulung Februari 2019nya, ITZY menikmati sokongan hebat daripada kumpulan peminat global dan terutamanya daripada remaja perempuan dan wanita berusia dua puluhan di negara-negara Asia.

Pada Februari 2023, Casio melantik kumpulan ini sebagai duta jenama G-SHOCK lantaran padanan luar biasa lagu dan persembahan hebat mereka yang dihasilkan dengan identiti teras jenama ini iaitu kekuatan.

Jam tangan GMA-P2100IT dan GMA-P2100ZY baharu ini menandakan kolaborasi rasmi yang pertama antara G-SHOCK dan ITZY.

Jam tangan ini adalah berasaskan kepada GMA-P2100, jam tangan yang mempersembahkan reka bentuk bezel oktagon tersendiri daripada barisan 2100 dengan bentuk yang malah lebih kompak, mengekspresikan imej menyejukkan mata daripada ITZY dengan palet monokrom halus.

Ditawarkan dengan pilihan warna merah jambu kuning air, putih dan hitam lut cahaya, barisan ini menjadikan penyelarasan fesyen sesuatu yang mudah dan pantas, manakala aksen berbilang warna pula membangkitkan cahaya cincin ITZY rasmi — barangan peminat popular yang dikaitkan dengan kumpulan ini – menghiasi tanda indeks pada muka jam.

Logo ITZY muncul pada bahagian muka jam dan belakang bekas jam dan semua tandatangan bercetak dipaparkan pada bungkusan istimewa.

Nothing Phone (2a)’s Chipset Co-engineered with MediaTek

London-based technology company Nothing has today announced that the upcoming Phone (2a) will feature a custom Dimensity 7200 Pro processor co-engineered with MediaTek to deliver the best performance with optimal power consumption.

Built on TSMC’s latest second-generation 4nm process technology, Nothing Phone (2a)’s processor effortlessly powers through any task with unparalleled power efficiency and blazing speed.

The 8-core chip, clocking speeds up to 2.8 GHz, paired with up to an expansive 20GB RAM thanks to the new RAM Booster technology, ensures swift and responsive multitasking all day long.

This results in a performance that is 18% more powerful than Phone (1) and 16% more efficient in terms of battery consumption compared to Phone (1).

Additionally, Nothing has introduced Smart Clean technology, enabling Phone (2a) to regularly clean out-of-order file fragments – an optimisation that boosts read and write speeds. This ensures that Phone (2a) feels as fast as it did on day one, even after years of use.

Five AI-Assisted Tools That Maximize Workplace Productivity — From Your Phone

The AI future we’ve long been promised is now within reach. Literally. It’s AI that tags along throughout your workday. On your subway commute, it suggests an eloquent
response to your boss’s email.

In the afternoon, it live translates a call with your global team and provides a summary and transcript immediately after. At night, it helps you archive all the resources and materials you gathered during another dizzying day of multitasking — in seconds.

For all the talk about AI transforming work, the game changer for the workforce is AI that goes everywhere you go. In other words, AI that’s as mobile as your mobile device.

Enter Galaxy S24, Samsung’s first AI-powered phone.

With Galaxy S24, Samsung is harnessing AI to deliver new dimensions of personal convenience, productivity and communication into our daily lives. The impact will be profound in the world of work, where being productive on the go has become part of the job.

Here’s how several of the device’s features, powered by Galaxy AI, transform how we work:

Removing Communications Barriers

Businesses today routinely link up across borders and time zones to pursue new market
opportunities. Accuracy and speed are a must, but international communication can create
misunderstanding, swirl and delays.

Galaxy S24 helps professionals collaborate more effectively whether they’re at the office, working from home or somewhere in between. Real-time, two-way translation on conference calls: You’re setting up a conference call with a potential business partner in an overseas company. You want it to go as smoothly as possible, but you’re concerned about the language barriers.

Galaxy S24’s Live Translate translates phone conversations in real time, ensuring you’ll be as clear, creative and professional with overseas colleagues or clients as you’d be in your own language.

Offered in 17 languages including variations, Live Translate provides two-way translation on both devices, even if one party isn’t using a Galaxy — or even a smartphone.

7 Langkah Mudah Mohon Skim Rebat Motosikal Elektrik MARiiCas

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) merupakan skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Skim rebat ini telah dilancarkan oleh Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 8 Disember 2023 dan akan tamat pada 31 Disember 2024.

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) selaku agensi pelaksana, telah turut mengaktifkan platform permohonan MARiiCas yang membolehkan pemohon mengakses maklumat berkaitan model-model motosikal elektrik yang ditawarkan serta memohon dan menyemak kelulusan permohonan MARiiCas.

Rebat ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dan akan diberikan melalui kaedah berikut:

i) Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
ii) Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, berkata sehingga kini, MARiiCas telah menerima sambutan yang memberangsangkan dari rakyat Malaysia.

Inisiatif ini juga disokong melalui usaha syarikat-syarikat pengeluar seperti Ryde EV yang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti CelcomDiGi, Blueshark dan Maxis, serta Ebixon yang telah membina rangkaian pengedar di Perlis dan Penang. Inisiatif ini membuktikan kesedaran dan komitmen industri tempatan terhadap perkembangan mobiliti elektrik.

Beliau menambah, “Setakat ini, kita sudah mempunyai 51 kabinet pertukaran bateri yang diusahakan oleh Syarikat Pengeluar yang berdaftar bawah MARiiCas. Namun, kami turut mengalu-alukan peluang kerjasama bagi menyediakan lebih banyak stesen pertukaran bateri dan stesen pengecas motosikal elektrik.

Selain itu, MARii juga turut meneroka kerjasama bersama institusi kewangan seperti Bank Rakyat & Bank Muamalat. Kolaborasi ini akan membuka peluang baru bagi perkembangan ekosistem motosikal elektrik di Malaysia, memastikan aksesibiliti yang lebih baik, dan mendorong lebih banyak lagi rakyat untuk beralih kepada kenderaan elektrik.”

Terkini, MARii akan menyertai Program MADANI Rakyat bertujuan mempromosikan MARiiCas dan akan membuka kaunter pendaftaran di reruai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Kami mengalu-alukan semua pemohon dan peminat motosikal elektrik untuk mengunjungi kaunter konsultasi pendaftaran MARiiCas di Program MADANI Rakyat ini. Anda hanya perlu bawa 3 dokumen yang diperlukan iaitu kad pengenalan, lesen memandu motosikal dan borang pengesahan pendapatan untuk terus mendaftar dan mendapat kelulusan segera,” katanya.

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak dan Hidupkan Kereta

Jenama teknologi global HONOR akan memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu yang mampu mengerakkan kereta menggunakan mata semasa pelancaran global Siri HONOR Magic6 di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024, malam Ahad ini.

Ciri canggih ini dikenali sebagai Penjejakan Mata Berkuasa AI masih di peringkat ujian dan fungsinya membolehkan pemandu mengawal kereta menggunakan pandangan mata pada HONOR Magic6 Pro tanpa sentuhan fizikal atau arahan suara.

HONOR telah bekerjasama dengan jurutera automotif Profesor James Brighton untuk menunjukkan potensi ciri Penjejakan Mata Berkuasa AI dan video demonstrasi itu boleh ditonton di saluran YouTube Autocar.

Dalam video tersebut, HONOR Magic6 Pro respon kepada empat arahan mata yang membolehkan pengguna menghidupkan dan mematikan enjin, selain mengerakkan kereta ke hadapan dan mengundur.

Semua kawalan ini dilakukan dengan hanya perlu melihat ikon spesifik dan ciri penjejak mata akan menggerakkan kereta dari jarak jauh tanpa pemandu mahupun penumpang berada di dalam kenderaan.

HONOR Magic6 Pro dilengkapi sensor hadapan bagi mengecam ikon yang sedang dipandang pengguna, seterusnya menggunakan AI untuk mengawal kenderaan.

HONOR yakin teknologi AI ini berpotensi merevolusikan landskap masa depan komunikasi manusia dengan peranti.

Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi Penjejakan Mata Berkuasa AI HONOR, saksikan pelancaran global Siri HONOR Magic6 pada 25 Februari ini, jam 8.30 malam di https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Saksikan video YouTube Autocar di https://www.youtube.com/watch?v=zAJnrWQB3iM 

Post Menarik