PRO-NET, sebuah anak syarikat automotif kereta nasional PROTON, telah mengambil alih pengurusan jenama e.MAS, penambahan terbaru di dalam portfolio kenderaan elektrik
(EV) mereka selepas pelancaran rasmi jenama e.MAS pada 12 Jun 2024.

PRO-NET telah diberikan tanggungjawab yang penting dalam membangunkan jenama e.MAS bagi mengukuhkan pasaran dan bersiap sedia untuk pelancaran produk yang akan datang.

Tanggungjawab ini termasuklah merekrut sebuah pasukan yang berdedikasi, menubuhkan rangkaian pengedar yang kukuh serta menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengecas bagi memastikan ekosistem EV berjalan dengan lebih lancar.

Melihat rekod prestasi daripada pelancaran smart #1 yang kini menjadi pesaing utama dalam segmen SUV Premium dan juga pengenalan smart #3 yang akan datang, PRO-NET telah bersiap sedia untuk menerajui jenama Proton e.MAS.

PRO-NET akan memanfaatkan rangkaiannya yang kukuh, berserta pengembangan platform digitalnya dan juga kakitangan yang pakar dalam teknologi EV bagi memastikan e.MAS bukan sahaja dapat menyaingi tetapi juga melepasi kejayaan yang diperlihatkan
model jenama smart dalam lanskap EV.

Dr Li Chunrong, CEO of PROTON

Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan PRO-NET.

“Kepakaran yang telah dibangunkan oleh PRO-NET sepanjang dua tahun lepas meletakkan
kami pada kedudukan yang unik bagi mengangkat jenama Proton e.MAS ke barisan hadapan dalam industri EV di Malaysia.

“Bakal pelanggan kami bukan sahaja akan mendapat manfaat daripada rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh, malah, melebihi jangkaan mereka, sama seperti pemilikan
pengalaman premium yang disediakan kepada pemilik kenderaan smart.” katanya.

Keterujaan terhadap jenama e.MAS jelas dilihat apabila lebih dari 25,000 peserta telah menyertai peraduan meneka jenama baru tersebut. PRO-NET dengan sukacitanya mengumumkan para pemenang pertandingan ini:

• Hadiah Utama sebanyak RM5,000 dimenangi oleh Puteri Hanna Batrisha Ibrahim
• Hadiah Naib Johan sebanyak RM1,500 dimenangi oleh Noor Hidayah Mohd Rodzi
• Hadiah Ketiga sebanyak RM1,000 dimenangi oleh Ahmad Norrizzuan Noor Azhar

Selain itu, PRO-NET mengumumkan bahawa akaun media sosial rasmi Proton e.MAS kini aktif dengan nama pengguna “Proton e.MAS Cars” di Facebook dan Xiaohongshu. “@protonemasofficial” di Instagram dan TikTok.

Ikuti kami di semua platform sosial media ini untuk mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan terbaru.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini