Pembayaran digital dan transaksi tanpa sentuh kini bukan lagi sekadar satu pilihan, malah ia telah berkembang menjadi standard pembayaran global.

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap kaedah pembayaran berteraskan digital, AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia, terus mampan dalam memperkukuh keupayaan teknologi kewangannya dengan membolehkan kemudahan Google Pay bagi pengguna Android menerusi AEON Bank Visa Kad Debit-i.

Kemudahan tersebut menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih pantas, selamat dan tanpa sentuh bagi para pelanggan. Google Pay merupakan kemudahan terkini dalam rangkaian keupayaan perbankan digital AEON Bank yang makin berkembang.

Di samping pelbagai fungsian lain di aplikasi AEON Bank seperti Neko Sensei, Neko Missions, AEON Bank Visa Kad Debit-i, Savings Pot, DuitNow QR, JomPAY, Zakat dan Takaful, penawaran ini mencerminkan komitmen berterusan AEON Bank dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang mudah diakses, lancar dan relevan, selaras dengan keperluan serta gaya hidup pelanggan yang sentiasa berkembang.

Tap. Pay. Go. Semuanya Menerusi Telefon Pintar Android Anda
Demi menggandakan ganjaran bagi setiap transaksi, AEON Bank turut memperkenalkan kempen pulangan tunai bagi menggalakkan penggunaan kemudahan pembayaran mudah alih di kalangan pengguna Android, lantas menjadikan Google Pay sebahagian daripada transaksi harian mereka.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini