Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, telah menerima empat pengiktirafan di Anugerah Tenaga Kebangsaan atau National Energy Awards (NEA) 2026, sekali gus mencerminkan komitmen berterusannya terhadap kelestarian serta usaha penyahkarbonan operasi merentasi rangkaiannya di seluruh negara.

Dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia (PETRA), NEA mengiktiraf organisasi yang mempamerkan kecemerlangan dalam kecekapan tenaga dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

Dalam kategori Pengurusan Tenaga, empat fasiliti Pos Malaysia telah menerima pengiktirafan seperti berikut:

• Pemenang, Bangunan Besar: Ibu Pejabat Pos Malaysia / Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur

• Pemenang, Bangunan Kecil & Sederhana: Pusat Pos Laju Pekan Nenas

• Naib Juara, Bangunan Kecil & Sederhana: Pusat Pos Laju Pasir Gudang

• Anugerah Merit, Bangunan Kecil & Sederhana: Pusat Pos Laju Petaling Jaya

Anugerah-anugerah ini mencerminkan usaha berterusan Pos Malaysia dalam meningkatkan kecekapan tenaga di seluruh operasinya melalui pemasangan solar fotovoltaik, penaiktarafan sistem pencahayaan dan penyaman udara cekap tenaga, sistem pemantauan tenaga yang dipertingkatkan serta inisiatif pemuliharaan yang diterajui oleh kakitangan.

Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, berkata, “Pengiktirafan sebegini amat penting kerana ia menunjukkan apa yang boleh dicapai apabila warga kerja diberi kepercayaan dan peluanguntuk mengambil inisiatif serta memacu penambahbaikan di tempat kerja masing-masing.

Inisiatif kelestarian yang paling berkesan sering kali bukan yang paling kompleks, tetapi yang dilaksanakan secara konsisten dan diterapkan secara meluas di seluruh organisasi.”

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini