HONOR hari ini mengumumkan ketersediaan Siri HONOR Pad 20 di seluruh negara, sekali gus memperluaskan portfolio tablet Android terlarisnya dengan HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro pada harga bermula RM1,999.
Seiring peranan tablet yang semakin penting dalam pembelajaran masa kini, termasuk mengikuti kelas dalam talian, mencatat nota dan menyiapkan tugasan, HONOR menjadikan pengalaman tablet terbaharunya lebih mudah dimiliki oleh pelajar menerusi diskaun pendidikan eksklusif sebanyak 15%.
Direka untuk menyokong produktiviti, kreativiti dan hiburan, Siri HONOR Pad 20 menggabungkan paparan 3K teraju industri, bateri berkapasiti besar 10,100mAh, ciri produktiviti bertaraf PC dikuasakan AI serta prestasi lancar untuk tugasan harian.
Antara tarikan utama generasi terbaharu ini ialah kemunculan HONOR Pad 20 Pro buat pertama kali di Malaysia.
Model Pro ini menampilkan Paperlike Display atau Paparan Seakan Kertas dengan kemasan matte anti-silau yang memberikan pengalaman membaca dan menulis lebih semula jadi serta menyerupai sensasi menulis menggunakan pen di atas kertas. Sama ada untuk pelajar, golongan profesional mahupun peminat hiburan, Siri HONOR Pad 20 menawarkan pengalaman tablet yang serba boleh dan imersif.
Paparan 3K Teraju Industri Direka untuk Produktiviti dan Hiburan
Diiktiraf oleh platform penstriman drama terkemuka iQIYI sebagai Tablet Pilihan Utama, Siri HONOR Pad 20 menawarkan pengalaman hiburan dan produktiviti yang imersif menerusi HONOR Eye-Comfort Display 3K bersaiz luas 12.1 inci dan sistem bunyi keliling enam pembesar suara.
HONOR Pad 20 menampilkan kadar segar semula tinggi 120Hz, manakala HONOR Pad 20 Pro membawakan kelancaran visual ke tahap lebih tinggi dengan kadar segar semula ultra tinggi 165Hz. Ini memberikan pengalaman yang lebih lancar dan responsif ketika menatal, bermain permainan serta melaksanakan pelbagai tugas harian.
Direka untuk penggunaan berpanjangan, HONOR Pad 20 dilengkapi enam teknologi keselesaan mata canggih, termasuk Hardware-Level Low Blue Light, DC Dimming, Dynamic Dimming, AI Circadian Night Display, Nature Tone Display dan AI Defocus Display.
Kesemua teknologi ini membantu mengurangkan pendedahan kepada cahaya biru dan kerlipan skrin, sambil menyesuaikan paparan mengikut pencahayaan persekitaran dan waktu penggunaan. Motion Sickness Relief turut meningkatkan keselesaan ketika menggunakan tablet dalam perjalanan. Paparan ini juga menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dan Flicker-Free.
HONOR Pad 20 Pro menawarkan satu lagi tahap keselesaan mata menerusi Paperlike Display eksklusifnya. Permukaan matte anti-silau dengan cahaya lembut ini mengurangkan silau dan pantulan sambil menghasilkan sensasi semula jadi seperti menulis menggunakan pen di atas kertas ketika mencatat nota atau membaca, menjadikannya sesuai untuk pengguna yang menghabiskan masa yang panjang memandang skrin.
Bateri 10,100mAh Teraju Industri untuk Penggunaan Sepanjang Hari
Siri HONOR Pad 20 dilengkapi bateri berkapasiti besar 10,100mAh, iaitu yang terbesar dalam kelasnya, bagi menyokong penggunaan sepanjang hari untuk bekerja, belajar dan berhibur. Ia menawarkan masa siap sedia sehingga 71 hari, 9 jam main balik video, 7 jam permainan, 10 jam penggunaan HONOR Notes dan 14 jam membaca.
Untuk pengecasan pantas, HONOR Pad 20 menyokong pengecasan pantas berwayar 45W, manakala HONOR Pad 20 Pro menyokong pengecasan berwayar lebih pantas pada 66W, sekali gus mengurangkan gangguan sepanjang hari.
Bekerja dengan Lebih Pintar Menggunakan Alat Produktiviti Bertaraf PC
Siri HONOR Pad 20 bukan sekadar untuk hiburan, malah membawakan produktiviti bertaraf PC dalam peranti yang ringan dan mudah dibawa. Dengan PC Mode, pengguna boleh menyambungkan papan kekunci dan tetikus untuk mengakses antara muka ala desktop yang biasa digunakan.
Ini memudahkan mereka menghasilkan dokumen, menyusun fail serta menyiapkan tugasan pembelajaran atau kerja di mana-mana sahaja.
Pelaksanaan pelbagai tugas menjadi lebih mudah dengan sokongan sehingga 15 tetingkap dibuka serentak, yang boleh diubah saiz dan kedudukannya secara bebas.
Pelajar boleh mengikuti kelas dalam talian sambil mencatat nota dan merujuk bahan pembelajaran, manakala golongan profesional boleh menyemak dokumen, menyediakan pembentangan serta menguruskan pelbagai projek ketika dalam perjalanan. Susun atur Split-Screen tiga hala dan empat hala turut memudahkan pengguna melihat dan bekerja menggunakan pelbagai aplikasi tanpa perlu sentiasa bertukar antara skrin.
Untuk pengalaman yang lebih menyerupai penggunaan komputer riba, siri ini dilengkapi dengan PC-Class WPS Office yang dibangunkan bersama oleh HONOR dan WPS khusus untuk pengguna tablet HONOR.
Ia membawakan pengalaman penyuntingan dokumen ala desktop ke tablet sambil mengekalkan format yang konsisten antara tablet dan PC. Bersama File Manager yang boleh disesuaikan untuk navigasi dan pengurusan fail yang lebih intuitif, Siri HONOR Pad 20 membolehkan hampir mana-mana ruang dijadikan tempat kerja atau ruang belajar yang produktif.
Ciri AI Bertaraf Mercu untuk Nota dan Mesyuarat Lebih Pintar
Siri HONOR Pad 20 membawakan ciri AI terbina dalam yang dibangunkan sendiri oleh HONOR kepada lebih ramai pengguna. Sebelum ini hanya tersedia pada tablet mercu HONOR Magic Series, HONOR Notes dan AI Memo yang dipertingkatkan kini membantu pelajar dan golongan profesional merekod, menyusun serta memahami maklumat dengan lebih cekap.
HONOR AI Memo boleh merakam perbualan dan menukar pertuturan kepada teks dalam masa nyata ketika kuliah, kelas dalam talian dan mesyuarat. Ciri AI Translation pula menterjemah transkripsi dengan serta-merta ke dalam bahasa pilihan pengguna, manakala AI Summary menukarkan perbincangan yang panjang kepada isi penting yang jelas untuk rujukan pantas.
HONOR Notes menawarkan lebih daripada sekadar fungsi mencatat nota digital. AI Reading boleh meringkaskan nota bertulis, menjana ringkasan audio dan menukarkan kandungan kepada peta minda yang mudah difahami.
Sementara itu, AI Creation membantu pengguna memperkemaskan penulisan, melaraskan panjang teks dan menyemak kandungan. Kesemua ciri ini memudahkan pengguna mengulang kaji bahan pembelajaran, menyusun idea dan menyediakan dokumen profesional terus pada tablet.
Ketersambungan Merentas Ekosistem
Siri HONOR Pad 20 merapatkan jurang antara peranti iOS, macOS, Android dan Windows dengan membolehkan pengguna memindahkan dokumen, imej, video serta fail lain merentas platform dengan mudah. Menerusi HONOR Connect, pengguna boleh mengakses bahan penting dan meneruskan tugasan pada peranti berbeza tanpa mengganggu aliran kerja.
Untuk ruang kerja yang lebih fleksibel, tablet ini boleh disambungkan kepada Mac sebagai paparan kedua, sekali gus menyediakan ruang skrin tambahan untuk melihat bahan rujukan, mengurus dokumen atau melaksanakan pelbagai tugas merentas aplikasi. Pengguna juga boleh memperluas paparan tablet secara tanpa wayar ke skrin yang lebih besar untuk pembentangan, mesyuarat atau hiburan.
Siri ini turut menyokong penukaran fail iWork, termasuk dokumen Pages, Numbers dan Keynote, kepada format Microsoft Office bagi memudahkan penyuntingan dan perkongsian. Sama ada untuk bekerja, belajar atau berhibur, Siri HONOR Pad 20 menawarkan pengalaman yang terhubung dan produktif merentas pelbagai ekosistem.
Prestasi Lancar untuk Pelbagai Tugas, Pembelajaran dan Hiburan
Dibangunkan untuk bekerja, belajar dan berhibur, Siri HONOR Pad 20 menawarkan prestasi yang lancar dan responsif sepanjang hari. HONOR Pad 20 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 8s Gen 4, manakala HONOR Pad 20 dilengkapi dengan Snapdragon 7 Gen 3.
Sama ada bertukar antara dokumen, bahan penyelidikan dan pembentangan, mengikuti kelas atau mesyuarat dalam talian, mahupun berehat dengan permainan dan penstriman, Siri HONOR Pad 20 memastikan setiap pengalaman berjalan lancar.
Harga dan Ketersediaan
Siri HONOR Pad 20 hadir dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM898, termasuk papan kekunci pintar Bluetooth dan HONOR Magic-Pencil 4S. Pencil HONOR Pad 20 adalah versi USB-C, manakala model Pro menyokong versi magnetik bagi memudahkan pemasangan dan pengecasan.
Peranti ini ditawarkan dalam konfigurasi berikut:
- HONOR Pad 20 Pro – 16GB RAM + 256GB ROM, termasuk 8GB HONOR RAM Turbo, pada harga RM2,499.
- HONOR Pad 20 Wi-Fi – 12GB RAM + 256GB ROM, termasuk 6GB HONOR RAM Turbo, pada harga RM1,999.
- HONOR Pad 20 5G – 16GB RAM + 256GB ROM, termasuk 8GB HONOR RAM Turbo, pada harga RM2,299.
Pelajar yang layak boleh menikmati diskaun pendidikan eksklusif sebanyak 15% untuk Siri HONOR Pad 20, dengan harga serendah RM1,699.15. Ini menjadikannya lebih mudah dimiliki untuk kegunaan pembelajaran dalam talian, mencatat nota dan menyiapkan tugasan.
Pelanggan boleh membeli Siri HONOR Pad 20 menerusi kedai dalam talian rasmi HONOR Malaysia, kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta kedai rakan niaga sah termasuk Senheng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic. HONOR Pad 20 5G turut boleh didapati menerusi rakan kongsi telco CelcomDigi dan Maxis.







































