HONOR Watch 6 serba baharu kini boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM699. Sebagai peranti AIoT terbaharu dalam ekosistem HONOR yang semakin berkembang, jam tangan pintar ini menawarkan ketersambungan lancar, mod sukan bertaraf profesional, pemantauan kesihatan berterusan dan hayat bateri ultra panjang dalam rekaan yang anggun serta bergaya.
Direka untuk mereka yang mahu mengoptimumkan kecergasan, meningkatkan prestasi sukan dan mengurus kesejahteraan diri secara menyeluruh, HONOR Watch 6 ialah teman harian yang sempurna.
Hayat Bateri Luar Biasa sehingga 35 Hari
Dikuasakan oleh bateri berkapasiti besar 980mAh, HONOR Watch 6 menawarkan hayat bateri luar biasa sehingga 35 hari dengan sekali pengecasan, atau sehingga 42 jam apabila mod GPS diaktifkan. Ketahanan ini menjadikannya teman ideal untuk senaman luar, latihan jarak jauh dan pengembaraan berpanjangan. Pengguna boleh terus kekal terhubung, manakala metrik kecergasan dan kesihatan dipantau secara berterusan tanpa perlu kerap mengecas.
Prestasi sepanjang hari yang boleh dipercayai serta penjejakan aktiviti sukan dan kesihatan tanpa gangguan membolehkan pengguna memberikan tumpuan sepenuhnya kepada matlamat mereka, dengan keyakinan bahawa jam tangan pintar ini sentiasa bersedia apabila diperlukan.
Tingkatkan Prestasi dengan Mod Badminton dan Bola Sepak Profesional
Dilengkapi dengan lebih 120 mod sukan terbina dalam, HONOR Watch 6 menawarkan penjejakan kecergasan menyeluruh dan cerapan prestasi pintar terus dari pergelangan tangan. Direka untuk semua pengguna, daripada penggemar kecergasan hingga atlet berdedikasi, jam tangan pintar ini turut menampilkan Mod Badminton Profesional dan Mod Bola Sepak Profesional untuk membantu pengguna berlatih dengan lebih berkesan serta meningkatkan prestasi permainan.
Berbeza dengan sesetengah jam tangan pintar yang memerlukan pengguna memuat turun aplikasi pihak ketiga dan membayar langganan untuk mengakses analisis sukan lanjutan, kedua-dua mod sukan profesional dalam HONOR Watch 6 boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang aplikasi atau bayaran tambahan.
Mod Badminton Profesional menyediakan analisis pukulan terperinci dengan menjejaki kelajuan hayunan, kuasa pukulan, jumlah hayunan dan bilangan pukulan berturut-turut tertinggi. Ia turut mengkategorikan jenis pukulan tertentu, termasuk pukulan smash dan clear, selain menganalisis teknik pukulan bagi mengira nisbah pukulan depan kepada pukulan kilas serta nisbah pukulan atas kepala kepada pukulan bawah tangan.
Sementara itu, Mod Bola Sepak Profesional menyediakan analisis prestasi menyeluruh selepas perlawanan. Mod ini menyediakan peta haba dan peta trajektori pergerakan yang tepat bagi menunjukkan kedudukan pemain di padang sepanjang permainan. Pengguna boleh menilai kedudukan mereka, mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan dan mengoptimumkan taktik bagi perlawanan akan datang.
Rekaan Premium dan Anggun dalam Badan Ringan
Menampilkan Racing Dashboard Design, HONOR Watch 6 mengambil inspirasi daripada reka bentuk salur masuk udara pada kenderaan berprestasi tinggi bagi menghasilkan penampilan yang dinamik dan tegap. Model Shadow Black diperbuat daripada aloi aluminium boleh dikitar semula dan hanya seberat 41g, manakala varian Twilight Brown menampilkan badan keluli tahan karat yang elegan dengan berat 50g. Kedua-duanya menawarkan binaan ringan dan ketahanan luar biasa, menjadikannya teman yang boleh dipercayai untuk setiap acara.
HONOR Watch 6 turut direka untuk menghadapi penggunaan harian yang lasak dengan penarafan ketahanan air dan habuk IP69, sekali gus menawarkan ketahanan jangka panjang.
Akses Mudah ke Tempat Kerja atau Kediaman dengan Satu Sentuhan
Selain menjejaki kecergasan, HONOR Watch 6 memudahkan urusan harian menerusi NFC Smart Access. Ciri ini membolehkan pengguna mengakses pejabat, kediaman atau kemudahan yang serasi dengan hanya satu sentuhan. Akses yang pantas dan lancar ini bermakna pengguna tidak lagi perlu membawa kad akses fizikal atau mengeluarkan telefon pintar.
Pemantauan Kesihatan Intuitif dan Kecekapan Pintar
Dikuasakan oleh Intelligent Sense System, HONOR Watch 6 menyediakan pemantauan berterusan terhadap kadar denyutan jantung, paras oksigen dalam darah dan corak tidur. Semua fungsi ini beroperasi secara automatik tanpa memerlukan pengendalian manual.
Selain fungsi kesihatan, jam tangan ini turut membantu meningkatkan kecekapan harian. Ia menyokong notifikasi mesej daripada dua telefon, kawalan gerak isyarat dengan memusingkan pergelangan tangan serta AI Recorder yang menjana nota suara dan ringkasan pintar secara automatik sebelum disegerakan dengan HONOR Notes pada telefon pintar pengguna.
Melengkapi pelbagai ciri pintarnya ialah paparan ultra terang dengan kecerahan puncak sehingga 3,000 nit, memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik. Sama ada ketika menyemak notifikasi sambil berjalan, berbasikal atau berlari, pengguna boleh melihat maklumat penting dengan mudah dalam sebarang keadaan pencahayaan.
Kini Boleh Didapati di Malaysia
HONOR Watch 6 dalam warna Shadow Black hadir dengan tali fluoroelastomer pada harga RM699, manakala varian Twilight Brown dilengkapi tali kulit dan dijual pada harga RM799. Jam tangan ini boleh dibeli di HONOR Experience Store di seluruh negara, kedai dalam talian HONOR serta kedai rasmi HONOR di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.




































