Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nik Akmal Afifah Nik Mohd Fuad, 22, dipilih sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah P-Circle yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026).
Pertandingan Cabutan Bertuah P-Circle yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 menyaksikan ribuan pengunjung memuat turun super app Perodua, P-Circle dan mengaktifkan ciri e-wallet (P-Duit) sepanjang KLIMS 2026 berlangsung.
P-Circle adalah super app yang menawarkan servis yang komprehensif merangkumi P-Duit, ciri Kesihatan, ciri keselamatan, jual beli dalam talian serya platform penstrimannya sendiri. Aplikasi ini kini tersedia di App Store dan Google Play Store.
“Secara keseluruhannya, penyertaan kami di KLIMS 2025 mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan dengan 37,786 pengunjung berdaftar di reruai kami dan mencuba pelbagai tarikan yang disediakan semasa pameran itu berlangsung.
“Pertandingan Cabutan Bertuah P-Circle ini juga menarik perhatian ramai generasi muda dan Nik Akmal Afifah adalah pemenang bertuah yang terpilih,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
“Sudah tentu kereta ini lebih baik daripada Perodua Axia yang saya pandu pada masa ini. Terima kasih Perodua. Anda memang terbaik!,” kata Nik Akmal Afifah selepas ditemui pada majlis penyerahan Perodua Myvi 1.3 G (Ivory White) di ibu pejabat Perodua di sini, 3 Julai lalu.
Selain daripada Perodua Myvi sebagai hadiah utama, Perodua turut menyerahkan 100 unit jam pintar P-Go kepada pemenang cabutan bertuah yang lain. KLIMS 2026 menyaksikan Perodua mempamerkan kereta konsep terbaharunya yang dinamakan Chapter 2 atau C2 – mewakili gaya reka bentuk berbeza, dilengkapi dengan teknologi terbaharu serta dicipta oleh pereka muda dan berbakat yang mencerminkan visi mereka terhadap masa depan kenderaan elektrik.




































