Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas untuk setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2.
Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih
lancar.
Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.
Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.
Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, Akil Hassan berkata, pemaju mempercayai bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.
“Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat.
“Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama
tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah,” katanya.
Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200.
Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa.
Dibawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud
dapur, laci dengan system penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis ‘pulau’ (island).
Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, Erny Looi Chee En berkata, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

































