JETOUR Malaysia mencipta detik istimewa di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) apabila personaliti terkenal tempatan, Kamal Adli, Ernie Zakri, Sara Ali dan Hayden Wong, secara rasmi menerima JETOUR T2 masing-masing dalam satu majlis penyerahan khas yang berlangsung sempena pameran tersebut.

Pelakon Azhan Rani turut serta dalam meraikan acara tersebut secara maya dengan berkongsi keterujaannya sebagai sebahagian daripada keluarga JETOUR yang semakin berkembang.

Acara tersebut turut dimeriahkan dengan sesi bertemu peminat yang memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka.

Sebagai ahli baharu keluarga JETOUR, para selebriti ini memulakan satu bab baharu yang membuka peluang untuk mereka merasai sendiri falsafah “Travel+” jenama tersebut.

Melalui setiap perjalanan, mereka dapat meneroka pengalaman baharu, mencipta kenangan yang bermakna, serta mengeratkan hubungan dengan orang di sekeliling mereka, sambil menghayati gaya hidup di mana perjalanan menjadi sumber inspirasi dan pengayaan hidup.

Bagi pelakon Kamal Adli dan Sara Ali, hubungan mereka dengan JETOUR bermula jauh lebih awal menerusi penglibatan mereka dalam filem Takluk 2: Ops Daulat, yang bakal menampilkan kenderaan JETOUR dalam filem tersebut.

Kamal Adli berkongsi bahawa pengalamannya memandu salah satu kenderaan JETOUR ketika penggambaran telah mencetuskan minatnya terhadap jenama itu.

“Pengalaman pertama saya dengan JETOUR adalah ketika penggambaran Takluk 2: Ops Daulat, apabila saya berpeluang memandu salah satu kenderaannya di lokasi penggambaran. Pengalaman itu memberikan impresi yang sangat positif dan membuatkan saya lebih mengenali jenama ini. Saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu bersama JETOUR T2.”

Sara Ali pula berkata, “Saya sentiasa menyukai kenderaan yang mempunyai penampilan berani dan berinspirasikan pengembaraan, tetapi pada masa yang sama, keselesaan juga amat penting bagi saya.

“Saya mula mengenali JETOUR ketika penggambaran Takluk 2: Ops Daulat, apabila saya berpeluang merasai sendiri salah satu kenderaan mereka di set. Ia meninggalkan kesan yang sangat baik kepada saya, dan apabila pertama kali melihat JETOUR T2, saya terus jatuh hati dengan reka bentuknya.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini dan mencipta lebih banyak kenangan istimewa bersama keluarga,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini